SEHARI sebelum hari majlis konvokesyen berlangsung, banglo Datuk Othman riuh sekali lagi dengan kehadiran Mr.Wong sekeluarga. Kehadiran itu juga menandakan yang Amir bakal meninggalkan bumi Sydney. Hati Amira tidak keharuan, dia benar-benar tidak rela melepaskan Amir pergi.
Mengetahui akan kesengsaraan anak gadisnya, Datuk Othman memberikan satu tugasan kepada Amira. Dia akan dilantik sebagai wakil perunding dan mengawasi bisnes mereka di Malaysia. Kerjasama antara syarikatnya dengan syarikat Mr.Wong juga akan diselia oleh Amira. Apa lagi, melompat kegembiraanlah Amira menerima tugasan itu.
Ibu bapa Bob Imran turut dijemput tinggal bersama di banglo itu. Oleh kerana Mr.Wong telah berkenalan dengan keluarga Bob Imran semasa di lapangan terbang dahulu, mereka mudah mesra dan mereka semua berkumpul bagaikan sebuah keluarga. Keluarga Bob Imran amat berterima kasih kerana Mr.Wong sudi menaja tiket kapal terbang buat mereka sekeluarga.
~
KEESOKKAN
KETIKA majlis minum petang di restoran Datuk Othman pada petang itu, Amir banyak termenung. Pertemuannya dengan Sofea sebentar tadi mengejutkannya mujurlah Ah Cheng selalu menegurnya. Jika tidak pasti semua yang hadir akan sedar akan perubahan moodnya.“Kenapa baru hari ni aku dapat bertemu dengan kau, Sofea? Patutlah aku sentiasa merasakan yang kau sentiasa dekat dengan aku,” bisiknya dalam hati.Terbayang-bayang wajah Sofea ketika berbual dengannya tadi. Semakin cantik dan terserlah kematangannya. Melalui Amira, Amir mengetahui yang Sofea sudah bertunang. Sudah tentunya jodoh yang sama taraf dan sedarjat dengan Sofea, fikir Amir.“Semoga kau bahagia dan tak akan menderita lagi,” doa Amir dalam hati.~MALAM itu Amir berjalan seorang diri di sari kaki bandar Sydney. Alasannya dia ingin menghayati kedinginan malam Sydney buat kali terakhir sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada kota itu. Amira pera
HARIS membelek kertas laporan yang telah disediakan oleh setiausahanya. Dia juga membandingkan beberapa perkara mela-lui komputernya. Akhir-akhir ini dia agak sibuk. Pelbagai perkara dia perlu selesaikan sendiri.Dia tidak sampai hati pula untuk meminta bantuan ayahnya kerana ayahnya sendiri juga sibuk dengan projek terbarunya.“Rehat dulu, bos.” Setiausahanya masuk membawa secangkir kopi. Haris menghela nafas sebelum menyambut huluran itu.“Apa kata bos ambil seorang asisten untuk bantu bos dalam projek kali ini.” Tiba-tiba sahaja setia-usahanya membentangkan cadangan.Haris termenung seketika. Ada betul juga cadangan setiausahanya itu. Projeknya kali ini adalah diluar skop kebiasaannya. Dia tiada penga-laman dan harus mencari lebih maklumat. Dia tersenyum lalu menerima cadangan setiausahanya.“Baiklah saya setuju, tapi kamu kenalah bantu saya mencari calon yang sesuai, lebih baik lagi jika dia ada pengalaman.” Arahan dijatuhkan kepada Mimi, setiausahanya.“Okey bos!” Mimi tersenyum.
MIMI membelek resume dari e-melnya selepas mengiklankan jawatan pembantu untuk projek terbaru Haris. Pelbagai respons telah diterima. Memang ramai yang berkelayakan, tetapi tidak ramai yang mempunyai pengalaman dalam bidang itu.Mimi harus teliti dalam mencari calon kerana bosnya sendiri tiada pengalaman. Jadi bosnya pasti mengharap pembantunya dapat memberikan komi-tmen.Mimi mencuba meninjau ke laman web MARA, mengintai-intai graduan tajaan MARA yang ber-kelayakan. Dalam beberapa nama yang tertera, ter-selit juga nama Amir. Mimi menyenaraikan bebe-rapa nama calon daripada resume yang diterima dan calon yang dicari daripada graduan-graduan yang telah tamat pengajian.Mimi tersenyum, tugasnya sudah selesai. Seka-rang dia hanya perlu menunggu masa yang sesuai untuk dibentangkan kepada bosnya.~HARIS tekun membaca barisan resume yang diberikan oleh Mimi. Ada beberapa calon yang sesuai untuk dipanggil temu duga tetapi dia paling berminat dengan resume Amir bin Malik. Lepasan ijazah deng
DATUK ZAKI mencium buku surah Yaasin sebaik sahaja selesai membacanya. Dia juga sempat memanjatkan doa ringkas untuk arwah Datuk Rahman dipusara. Lama betul dia tidak menziarahi pusara ayahnya ayahnya. Dia terlalu leka dengan dunia perniagaan dan mengejar harta dunia.Datuk Zaki memgimbau zaman kanak-kanak hingga ke akhir hayat ayahnya. Sememangnya dia dilimpahi dengan kasih sayang dan didikan dunia dan akhirat yang cukup sempurna. Pelajarannya sehingga di tahap yang tinggi sehingga dia bijak dan berjaya sehingga mendapat gelaran Datuk.Jodohnya dengan Datin Maria juga adalah anu-gerah. Dia cantik dan datang dari keluarga yang kaya dan terhormat. Tetapi anak mereka cuma Sofea seorang. Ini kerana Datin Maria tidak mahu mempunyai ramai anak kerana bimbang kecantik-kannya pudar.Mungkin kerana kekayaan dan kesenangan yang dinikmati, Datuk Zaki mulai lupa diri dan sombong. Lupa kepada pesanan dan asuhan ayahnya.Tengah hari itu dia dan peguamnya iaitu En. Yusuf sudah berjanji untuk ke kam
HAMPIR tiga bulan Syahir tidak bertemu dengan sahabatnya selepas Amir pulang dari Sydney tempoh hari. Mereka juga ada berhubung melalui telefon. Amir agak sibuk dengan syarikat barunya dan berjanji akan keluar bersama apabila dia sudah tidak terlalu sibuk nanti.Sebenarnya Syahir ingin menceritakan kepada Amir tentang pertemuannya dengan Salina tempoh hari, tetapi keadaan masih tidak mengizinkan. Dia perlu menunggu masa yang sesuai. Dia bimbang berita itu akan mengganggu konsentrasi Amir terhadap syarikatnya.Sementara itu, hampir setiap hari juga Syahir pergi ke kelab malam untuk mencari Salina. Tetapi, sepanjang itu juga kelibat Salina tidak kelihatan. Ke mana pula Salina dibawa pergi. Bimbang juga Syahir jika ada apa-apa berlaku terhadap Salina sepanjang tiga bulan ini.Ingin sahaja dia bertanya kepada samseng-samseng di kelab itu, tetapi bimbang disyaki pula.“Kerap sangat kat datang kelab ni. Ada apa-apa ke? Jomlah kita ke kelab lain. Bosanlah asyik ke sini. Kita tukar anginlah p
AMIR bertemu dengan ibunya di penjara sebelum berlepas ke Thailand. Apabila meli-hat Salmah yang sudah bersimpul senyum-nya, Amir seakan tidak sabar-sabar lagi ingin men-cari kakaknya.Ingin sahaja dia menceritakan tentang peranca-ngan mencari kakaknya, namun dia bimbang ibunya akan menaruh harapan yang terlalu tinggi dan mengharap. Sedangkan dia sendiri pun sedang terkapai-kapai mencari jalan.“Dalam sebulan ni Amir tak dapat datang mela-wat ibu sebab Amir ke Thailand. Ada promosi makanan Asean di sana. Itu projek sulung Amir, Amir minta restu dan doa ibu. Doakan kami ber-jaya.” Amir meletakkan tapak tangannya di kaca yang memisahkan mereka berdua.Salmah melakukan hal sama sebagai tanda restu. Sambil tersenyum, dia mengangguk perlahan. Ma-tanya sudah diladungi cairan jernih. Salmah bukan sahaja bersyukur malah sangat bangga dengan anaknya yang seorang ini.“Alhamdulillah, ibu akan sentiasa mendoakan dan merestui Amir. Pergilah dengan semangat, pu-langlah dengan kejayaan. Ibu akan tu
HARI perasmian yang penuh gilang-gemilang. Festival terbesar untuk tahun ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Thai-land. Festival ini juga telah mendapat liputan yang agak meluas di media massa. Pelbagai acara turut diadakan seperti acara nyanyian, pertandingan berkaitan masakan dan makanan malah pencarian bakat memasak bagi yang berminat.Sebagai wakil dari negara Malaysia, Syarikat Asean Food Interprise menyediakan pelbagai menu daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Mr.Wong pula memperkenalkan menu-menu daripada etnik Baba dan Nyonya Melaka.Keunikan ini menyebabkan tapak promosi dari Malaysia menjadi perhatian dan liputan yang meluas. Untuk mengekalkan keaslian masakan, tu-kang-tukang masak dari etnik itu sendiri dijemput untuk menyediakannya.Di tengah kesibukan itu, sepasang pasangan baru sahaja tiba. Mereka tanpa melengah terus ke tapak promosi Malaysia.“Welcome, reed you have already stopped here, please try the menu we have prepared, you m
DI sebuah pusat disko terkenal di Bangkok, Syahir masih dengan misinya iaitu mencari kelibat Salina. Sudah hampir seminggu dia di kota itu, tetapi apa yang dicari masih tidak ditemui.“Kau tak nak menari ke?” Chai menegur Syahir yang hanya melekat punggung di kerusi sambil menopang dagu di bar minuman.“Aku dah bosanlah. Dah berapa malam kita asyik buat rutin yang sama.” Syahir menjawab ringkas.“Habis, kenapa kau masih nak melepak kat sini? Kau nak aku bawa kau ke port baru nak?” Chai cuba memancing.Syahir termangu seketika. Mungkin dia perlu menukar strategi. Dia hanya mempunyai seminggu sahaja lagi sebelum visa lawatannya berakhir tempoh.“Okey, esok saja. Malam ni kita kekal kat sini dulu. Aku nak bagi kau berseronok puas-puas kat sini.” Syahir menepuk bahu Chai.“Yeah! Chaw dulu!” Chai bersorak kecil lalu berlari anak ke tengah dewan. Sambung menari sembari ditemani gadis-gadis Thai yang seksi!Syahir hanya mengorak senyum menyaksikan gelagat Chai. Sedang Syahir menggeleng-gelen