DATUK ZAKI baru sahaja menerima panggilan telefon daripada kampung yang menyatakan bahwa datuknya sudah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi akibat sakit tua.
Ketika datuknya sedang sakit, hanya sekali sahaja Datuk Zaki datang menziarahi. Itupun setelah didesak oleh Sofea kerana dia amat rindukan moyangnya. Sofea tidak sempat bermanja dengan datuknya iaitu ayah kepada Datuk Zaki kerana dia lebih awal dijemput ilahi ketika Sofea masih kanak-kanak lagi.
Datuk Zaki hanya memaklumkan berita kematian datuknya itu kepada ibunya dan Sofea dan tidak membenarkan mereka ikut pulang ke tanah air atas alasan jauh dan jenazah perlu segera dikebumikan.
Malaysia, kampung Datuk Zaki,
DATUK ZAKI dan Datin Maria kelihatan tidak selesa dengan keadaan rumah kampung yang kelihatan uzur dan panas. Kelakuan mereka agak menjengkelkan di mata saudara-mara dan orang-orang kampung. Bagi mereka, Datuk Zaki seolah-olah sudah lupa bahwa
AMIR melonjak keriangan selepas menerima panggilan dari Malaysia. Bob Imran yang sedang minum hampir tersedak melihatkan gelagat sahabatya itu.“Hoi, kau ni dah kenapa? Pinangan kau pada Puteri Gunung Ledang dah diterima ke?” Bob Imran kehairanan melihat Amir begitu gembira.“Minggu depan kita mula cuti semestakan? Kebetulan Ah Cheng pun cuti juga. Jadi dia orang sekeluarga nak datang dan bercuti kat sini. Wah seronoknya! Rindu betul aku dengan dia orang semua.” Amir tersenyum gembira.Bob Imran mencebikkan bibirnya, “Ala, seronoklah kau. Aku pun memendam rindu juga pada famili aku. Kalau aku ni orang yang ‘ado-ado’, dah lama aku ‘pos’ famili aku ke sini tau.” Bob Imran mencurahkan segala apa yang tersimpul dalam hatinya tika itu.“Ala kau ni, itupun nak merajuk. Macamlah kau tak pernah berhubung dengan famili kau. Asyiklah buat video call memanjang. Tahulah ada awek comel menyelit
HARI terakhir keluarga Mr.Wong di Sydney dihabiskan di rumah sahaja. Mereka mahu menghabiskan masa dengan Amir sepuas-puasnya seperti sebuah keluarga. Mereka bercerita, berbual-bual tentang kehidupan seharian, memasak sendiri dan makan beramai-ramai.Amir mengirimkan beberapa bingkisan[1] untuk diberikan kepada Syahir dan ibunya. Gambar-gambarnya beserta sepucuk surat dikirimkan sebagai tatapan sang ibu tercinta. Hanya mereka sahaja tempat Amir bergantung harap untuk menjenguk ibunya.Datuk Othman menjemput mereka makan malam di restoran miliknya. Sebelum itu Datuk Othman dan Mr.Wong telah bersetuju untuk bekerjasama dalam perniagaan mini marketnya.Keesokkan harinya, Amir yang ditemani oleh Amira dan Bob Imran menghantar Mr.Wong sekeluarga ke lapangan terbang. Lambaian mereka sekeluarga mendorong Amir kepada kenangan silam yang indah dan dia seperti tidak sabar-sabar lagi untuk pulang ke tanah air.~Kuala Lumpur, Malaysia
USAI solat Isyak, Sofea mencapai surat Yasin dan membacanya untuk disedekahkan kepada Moyang Man. Panjang doanya dan mengalir air mata kerinduannya pada arwah.Jika diikutkan perancangannya, dia mahu menghabiskan masa dengan menjaga Moyang Man selepas peperiksaan SPM. Tetapi rencananya musnah apabila Datuk Zaki menghantarnya ke Sabah kerana mahu memisahkannya dengan Amir. Sofea dilarang untuk terus menjejakkan kakinya ke semenanjung walaupun untuk berjumpa dengan moyangnya sehinggakan sudah nazak pun Datuk Zaki masih tidak membenarkan Sofea pulang. Bukan sahaja dipisahkan dengan Amir malah dengan moyang kesayangannya.Kejam dan tidak perperimanusiaan sungguh!Sofea ada menelefon Pak Cik Omar untuk bertanyakan khabar Moyang Man. Moyangnya itu asyik menyebut-yebut nama Sofea. Dia juga merindukan cicitnya.Sofea sahaja tempat dia melepaskan kerinduannya pada arwah anaknya, Datuk Rahman yang terlebih dahulu meninggalkannya. Hany
DATUK ZAKI mundar-mandir berjalan di dalam pejabatnya. Dia berasa tidak sedap hati dan diasak gelisah yang bukannya kepalang. Entah apa yang membuatkannya gelisah pun dia tidak pasti.Sejak dia mendesak peguamnya Encik Yusuf agar menyegerakan urusan menuntut rumah Moyang Man dan kebun getah Pak Cik Omar, Encik Yusuf seolah-olah ada menyembunyikan sesuatu darinya. Ada sesuatu yang membuatkan Encik Yusuf seakan teragak-agak dalam menyelesaikan urusannya.Encik Yusuf tiba dengan membawa satu beg berisi dokumen. Wajahnya tenang, kemudian riaknya bertukar serius ketika menghunuskan pandangan mata ke tampang majikannya. Datuk Zaki tertanya-tanya apa agaknya yang yang akan disampaikan oleh Encik Yusuf kepadanya.Setelah kedua-dua mereka melabuhkan punggung di atas kerusi pejabat barulah Datuk Zaki memulakan bicara.“Saya minta maaf Datuk, saya tak dapat teruskan urusan tuntutan harta Moyang Man dan Pak Cik Omar.” Encik Yusuf menuturk
AMIRA tak lekang dengan smartfonnya. Sesekali bibirnya mengernyih bak kerang busuk. Jari-jemarinya lincah menari atas skrin telefon - membalas mesej. Mengundang perasaan hairan untuk menjalar dalam ruang hati kekasih hatinya, yakni Amir.“Hai cik adik, perbincangan kita belum habis lagi ni. Kut ya pun, tunggulah sekejap. Dah tak lama dah pun.” Bob Imran menegur Amira yang begitu ralit dengan telefonnya.“Yelah ... tu Paul dah nak balik, Jessica pun ada hal lepas ni. Cepatlah.” Amir pula mendesak. Amira tersipu-sipu malu apabila ditegur.“Sorry guys,” katanya ringkas, perbincangan disambung semula. Mereka bakal memasuki tahun akhir pengajian, jadi tumpuan perlu diberikan dan mereka bersungguh-sungguh bertekad ingin berjaya.“Kau berchatting dengan siapa, Mira? Kemain lagi mesranya. Aku pun kau dah tak nampak.” Amir cuba mengorek rahsia.“Adalah.” Sepatah dan senafas jawapa
DATUK ZAKI teringin masakan asam pedas mamanya. Datin Sarah menyarankan Sofea menemani papanya untuk mendapatkan pes asam pedas dan bahan-bahan lainnya di mini market makanan Asean yang berlokasi di pinggir bandar. Sofea hanya menurut permintaan neneknya. Pelik pula rasanya apabila papanya tiba-tiba berminat untuk ke market. Bagi Datuk Zaki pula, inilah peluangnya untuk rapat semula dengan anak kesayangannya.Datuk Zaki menyetir kereta mamanya mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Sofea. Gadis itu masih dingin dengannya. Bercakap hanya bila perlu tetapi Datuk Zaki tidak memaksa.Apabila memasuki mini market, Datuk Zaki hanya mengekori anaknya memilih bahan masakan. Sebenarnya dia tidak tahu apa-apa pun tentang masakan dan inilah kali pertama dia memasuki market. Tercengang-cengang dia membaca nama-nama bahan masakan dan jenis-jenisnya. Ada bermacam-macam malah tidak pernah terfikir pun olehnya.Sesekali Sofea terasa ingin ketawa melihat gelagat papa
KAKI Syahir bergoyang mengikut rentak lagu rancak di pusat disko itu. Dia ingin menari di tengah-tengah dewan tarian, tetapi dia masih duduk melekat di kerusi sambil kornea matanya melara mencari sesuatu.“Apa yang kau tunggu lagi, jomlah menari!” Chai mengajak namun tubuhnya masih menari-nari, lagu yang dipasang oleh DJ ketika itu rancak betul.“Kau pergi dulu, aku tengah usha seseorang ni.” Syahir mengarahkan Chai pergi dulu ke tengah dewan. “Ada lagi ke Sally kat sini? Entah-entah sudah dibawa pergi jauh. Tak dapatlah aku jumpa dia lagi.”Tergerak juga dia hendak bertanya kepada samseng-samseng yang berkawal di situ. Tetapi dibatalkan sahaja niatnya itu kerana bimbang disyaki oleh mereka.“Entah-entah dia kena kurung dan diseksa sebab cuba larikan diri tempoh hari.” Syahir berfikir sendiri. “Macam mana ya ... Ini saja peluang untuk aku dekat dengan Sally dan sahkan betul ke dia Salina yang aku cari
AMIR menulis surat untuk ibunya. Panjang kandungannya. Dia rindukan ibunya dan tidak sabar-sabar ingin pulang menemui ibunya. Amir memohon restu dan meminta ibunya mendoakan kejayaannya di peperiksaan akhir yang bakal berlangsung beberapa minggu sahaja lagi.Tak sangka, terasa seperti baru semalam dia berada jauh di perantauan dan kini dia sudah mahu pulang. Minggu terakhir sebelum peperiksaan, Amir, Imran dan Amira hanya memberi tumpuan sepenuhnya pada pelajaran. Mereka juga diberi cuti. Sesekali sahaja Amira menghubungi Sofea untuk menghilangkan stress belajar. Sofea juga amat memahami dan dia juga sibuk dengan tugasannya.Setelah beberapa seketika bertarung di medan peperiksaan, akhirnya mereka boleh menarik nafas lega. Usaha telah dicurahkan diiringi oleh doa dan harapan. Buat masa sekarang, mereka hanya perlu menunggu keputusan peperiksaan keluar dan seterusnya konvo.~MALAM itu Datuk Othman membawa mereka makan malam
“MAMA dengan papa tak sayang kakak lagi ke? Asyik dengan baby je. Nanti bila adik dah keluar, mesti mama lagi sayangkan adik, kan?” Suara kecil yang pelat manja mengejutkan pasangan suami isteri Amir dan Sofea.Mereka meledak tawa kecil.“Mari sini, sayang.” Amir memanggil, kemudian didukungnya anak gadis yang baru pandai bertatih itu mendapatkan mamanya yang sedang mengusap perutnya di buaian yang terletak di taman yayasan.Tangan kecil itu dilekapkan atas perut Sofea yang sedang memboyot itu.“Ini adik kakak, ada dua tau. Mesti seronok kakak tak sunyi lagi selepas ni.” Amir memujuk anak gadisnya yang merajuk itu. Ubun-ubun itu kemudian diusap pula oleh Sofea.“Ada dua? Kembar? Sejak bila kita ada keturunan kembar?” Tiba-tiba suara Salmah mencelah dari tepi.“Yalah, sebelah mama pun tak ada.” Datin Maria pula menyampuk.Tertawa Amir dan Sofea, pecah pula rahsia mereka untuk buat kejutan.“Kalau macam tu, dari kamilah …” Spontan Amir menjawab. Sofea sekadar menahan tawanya daripada te
SEBAGAI penyatuan dua cinta, kedua-dua keluarga tidak melupakan adat. Segalanya berjalan mengikut adat. Merisik, meminang, bertunang. Tidak perlu menunggu lama untuk bernikah, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan tiga bulan dari tarikh bertunang.Segala persiapan perkahwinan tidaklah terlalu sukar untuk mereka kerana persiapan berupa kenduri dibuat oleh team syarikatnya sendiri manakala persiapan lain pula banyak dibantu dan disokong oleh rakan-rakan persatuan NGO.Pastinya insan yang paling sibuk ialah ibu Amir dan mama Sofea.Datin Maria amat cerewet dalam bab penjagaan kesihatan dan kecantikan Sofea. Dia akan memastikan Sofea benar-benar sihat. Makan pakainya, keselamatannya dipantau setiap masa. Sehingga hampir setiap detik Datin Maria berada di samping Sofea.“You are the only one my daughter, Sofea. Pertama dan terakhir. Mama tak akan ada detik-detik macam ni lagi selepas Sofea bernikah nanti. Dan … mama ingin pastikan yang kali ini tiada apa-apa yang buruk
AMIR kembali semula ke pejabatnya selepas begitu lama dia bercuti. Kasihan dia terhadap Ah Cheng kerana terpaksa meng-galas tugasnya ketika ketiadaannya.“Tak apa, Amir. Aku faham perasaan kau, bukan masalah yang kau cari pun. Nasib baik kita tak ada projek besar lagi. Mudahlah sikit,” ujar Ah Cheng apabila Amir berkali-kali memohon maaf.Sebelum menghidupkan komputer ribanya, Amir teringat semula gurauannya bersama ibu dan kakaknya malam tadi. Dia tersenyum sendiri. Teringat juga dia terhadap uncang berisi loket kristal yang diberikan oleh Amira tempoh hari.Uncang itu masih selamat dalam simpanan-nya.Selepas waktu pejabat, seperti biasa Sofea akan singgah di yayasan. Ketika tiba di sana, Salina sedang berkaraoke bersama penghuni yayasan yang lain. Ketibaannya tidak disedari kerana Sofea menyelinap masuk secara senyap melalui belakang tempat duduk.Dia mencuri dengar nyanyian Salina yang memukau bak bangsi buluh perindu. Sofea terpegun, benarlah cerita daripada Amir. Salina merupaka
“AMIRA, kau tetap nak pergi?” Soalan Sofea menyentuh hatinya. Seraya mengangguk perlahan, dia mengukir senyuman simpul di bibir.“Aku ingatkan kedatangan kau kali ni adalah kepulangan kau untuk selamanya. Kau nak tinggalkan Amir lagi?” Buat kesekian kalinya Sofea bertanya.Hati Amira kian tersentuh. Digenggamnya jari-jemari Sofea dan merenung tepat ke dalam anak mata Sofea.“Pada perancangan asal. Ya, tetapi jawapan yang aku peroleh adalah sebaliknya. Aku dah pun dapat jawapan yang sebenarnya, Sofea. Jawapan yang pasti,” jawab Amira jujur.Sofea terpana seketika. Dia seolah-olah tidak faham atau enggan memahaminya. Amira mengerti akan reaksi yang dipamerkan oleh Sofea. Tetapi, dia hanya membiarkan masa dan takdir yang menentukan. Harap Sofea memahaminya.Selepas bersalaman dan saling berpelukan, Amira melambai ke arah Sofea sekeluarga sambil memacu langkah menuju ke teksi yang telah menantinya di luar pagar kediaman Sofea.Amira pergi sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun menghantarnya
AMIRA tiba di hadapan pintu kediaman Amir. Kelihatannya sunyi. ‘Mungkin dia orang kat yayasan. Tapi … masih terlalu awal.’ Fikir Amira.Baru sahaja dia ingin menghubungi Amir, tiba-tiba daun pintu itu terkuak. Salmah terkejut meli-hatkan susuk tubuh Amira yang tercegat di hadapan pintu sementara Amira tergamam melihatkan mereka sekeluarga berpakaian serba hitam dan sedang bersedih.Tanpa banyak bicara, Amira menyertai mereka mengiringi jenazah Zakuan ke tanah perkuburan.Keluangsa Zakuan apatah lagi. Kehilangan Zakuan secara tiba-tiba itu memberi tamparan hebat kepada mereka. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, mereka menerima takdir qada dan qadar yang telah ditentukan.Amir kelihatannya begitu sedih. Kehadiran Amira tanpa sebarang khabar mengejutkan Amir, tetapi dia tidak menebarkan sebarang reaksi.Amira mafhum, dia juga terkejut sebenarnya. Pelbagai peristiwa tragis telah berlaku dan dia mengetahuinya dengan menyaksikan sendiri di hadapan matanya.“Sofea … mengapa kau mesti l
SOFEA mengerling ke arah cermin pandang belakang keretanya, sesekali cermin sisi pula. Dia berasa tidak sedap hati. Mungkin sangkaannya sahaja gamaknya.Sejak beberapa hari ini, dia berasa seperti diekori. Kebimbangan yang merusuh disuarakan kepada Zakuan. Perjaka itu hanya memintanya berdoa dan berhati-hati. Jika perlu, dia akan menemani jika ada urusan yang memerlukan dia keluar kawasan.Zakuan juga terpaksa meminta bantuan Amir untuk mengawasi Sofea terutama sekali jika Sofea ke yayasan kerana dia juga selalu ke luar daerah.“Siapa pula yang ganggu Sofea? Sofea ada musuh ke?” Zakuan mengutarakan persoalan itu ketika mereka bertiga berkumpul di yayasan.Sofea dan Amir termenung sejenak.“Tak mungkin Haris. Aku tak rasa dia akan berdendam atas apa yang berlaku pada kami.” Sofea menyatakan pendapatnya.Gangguan-gangguan pelik seperti nota dan mesej misteri agak menganggu benak fikirannya. Entah apa motif pengirim berkenaan. Sofea sendiri tidak faham.Amir juga cuba mencari jawapan. Da
PENAMPILAN Sofea tampak sederhana sahaja. Permintaannya hanya untuk makan di sebuah benteng terbuka di tengah-tengah kotaraya. Zakuan hanya menurut, dia juga datang dari keluarga yang sederhana.Sofea tersenyum, terhibur dengan nyanyian kumpulan buskers yang membuat persembahan tika itu.“Kau sukakan nyanyian dan lagu mereka, Sofea?” tanya Zakuan apabila dilihatnya Sofea seolah-olah menghayati nyanyian mereka.Sofea mengangguk, “Sesekali apa salahnya kita menghargai bakat mereka. Nyanyian santai macam ni ... seronok pula bila didengar. Mungkin satu hari nanti, aku nak bawa penghuni yayasan buat persembahan macam inilah.”Zakuan cuma tersenyum.Sejak mengenali Sofea, orangnya tidak pernah melupakan penghuni yayasan dibawah naungan-nya. Setiap apa yang dilakukan, mesti terselit yayasannya bersama. Seolah-olah Sofea dan yayasan adalah roh dan jasadnya.Teringat akan cerita Datuk Zaki kepadanya, Sofea amat mencintai kerja kebajikannya. Itu jugalah sebab dia jatuh hati terhadap Sofea. Dia
SOFEA memerhatikan Amir yang sedang berbincang dengan seorang peguam yang akan mewakili seorang daripada ahli yayasan. Hatinya berbunga lega melihatkan Amir kembali pulih daripada kesedihannya.Tetapi Sofea tahu, Amir tidak sepenuhnya pulih. Jiwanya hambar dan kosong. Dia tidak gembira. Amir hanya melalui hari-harinya sekadar memenuhi tuntutan tanggungjawabnya kepada keluarga, syarikat dan yayasan.Teringat akan perbualannya dengan Amir petang semalam. Sofea telah mengetahui kisah sebenar disebalik konflik yang mereka hadapi. Sofea meminta Amir mengejar cintanya. Sofea juga dapat menyelami betapa sayangnya Amir terhadap Amira. Begitu juga sebaliknya.Amir cuma diam membisu, tidak memberi sebarang respons mahupun jawapan. Hatinya telah membeku. Dia sendiri tidak pasti perasaan apa yang sedang bergurindam dalam hatinya sekarang.Hatinya yang berkuntuman bunga bahagia dan ceria, tiba-tiba direnggut pergi oleh kekasihnya tanpa belas kasihan dengan alasan akan menemui kebahagiaan yang lebi
AMIR sudah tidak terkira berapa lama dia hanya mengurung diri dalam dunianya yang tersendiri. Semakin dia terkurung, semakin bertunjang kebuntuannya.Wajah Amira ada di mana-mana. Suaranya sentiasa mendesah kuping telinga. Namun, jawapan yang dicari masih juga belum ditemui.Kunci keretanya dicapai. Dia memandu tanpa arah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Cepat-cepat Amir menukar gear dan memecut ke destinasi. Sudah lama dia tidak menjengah sahabatnya. Mengapalah dia boleh terlupa, sesalnya …Syahir cuma tertawa kecil melihat sahabatnya itu. Menyaksikan keadaannya sudah cukup mem-beri jawapan kepada ketidakhadiran sahabatnya itu untuk tempoh yang lama.“Putus cinta?” Pendek pertanyaan Syahir.Amir mengangguk lemah. Tersedik rasa kasihan dalam hati Syahir melihatkan keadaan sahabatnya.“Tapi … betul ke? Apa yang terjadi? Kau atau Amira yang curang?” Syahir mula berteka-teki.“Entah, dua-dua pun tak. Aku tak tahu.”Kecelaruan bergayut di tampang wajahnya. Syahir juga jadi keliru. Tiba