Aku campak pistol ke tanah. Pisau yang sentiasa di belakang pinggang dikeluarkan. Aku menarik nafas dalam-dalam. Menanti saat yang sesuai untuk aku menyerang.
“ Lan, serang.”
Arah Kamal sebagai pemerhati. Aku terus keluar menikam seorang demi seorang.
Ady melepaskan tembakan menggila. Salman membantu aku daripada diserang dari belakang. Banyak nyawa yang terkorban. Mereka seolah tidak mahu mengalah. Taat setia kepada Jack, membuatkan mereka rela berkorban nyawa. Bukan kerana negara. Tapi kerana minda mereka telah di tanam ideologi Jack.
“ Lan, aku rasa korang takkan mampu bertahan lama.”
Kamal sudah rasa tak sedap hati melihat makin ramai pengikut Jack yang datang.
“ Kau telefon team kita sekarang.”
Kata aku meneruskan rancangan kami. Kamal akur.
“ Perhatian. Team Alpha. Sila datang ke lokasi Anggerik segera. Saya ulang. Team Alpha sila datang ke lokasi Angge
Aku tak kenal lelaki yang beruban beruniform askar itu. Melihat pada pangkat yang dipakai, aku rasa ini ketua mereka.“ Jadi sekarang kau berpaling tadah? Kau menyokong agenda Jack sekarang haa Shukri?”Balas Lan sedikit lantang.“ Apa saja agenda dia aku tak ambil kisah. Asalkan perut aku terisi sudah memandai. Sekarang kau tengok siapa yang ganti tempat kau dulu? Ya aku. Hahahaha.”Lelaki bernama Shukri itu mengangkat tangan memberi isyarat pada orang bawahannya. Mereka mula mengacu senapang ke arah kami.“ Kau mahu bertemu Jack, jadi kau perlu lepasi kami dulu.”Kata Shukri dengan nada berlagak.Aku tahu kami sudah tidak dapat larikan diri lagi. Kali ini memang kami bakal mati. Lan juga seperti hilang akal. Sudah tiada jalan lain lagi.“ Kau pasti kau mahu menentang aku?”Lan masih lagi berunding.“ Hahahaha. Kau tengok. Ajal depan mata pun mas
“ Mari kita pergi memburu.”Lan mengangkat senapang Kamal. Rantai leher yang digenggam Lan dipakai. Aku mula memeriksa pistol aku. Hanya aku dan Lan bakal bertarung.Kami berdua akhirnya sampai ke kawasan pemerintahan Jack. Pengawal yang sangat ramai berkawal di hadapan bangunan. Lan tanpa gentar terus meluru ke arah mereka.“ Ke tepi. Aku nak jumpa Jack.”Arah Lan bengis.“ Eh mana boleh nak masuk macam tu jaa. Kamu kena buat temu janji dulu.”Pengawal itu menghalang Lan.“ Takpe bagi diorang masuk. Jack suruh mereka berdua masuk.”Seseorang keluar dari bangunan tersebut. Lan masuk ke dalam tanpa menunggu aku.Aku kejar Lan dari belakang. Risau jika ada perangkap yang Jack cuba lakukan pada kami. Dalam bangunan itu mempunyai perabot yang mewah beserta patung koleksi sama di tempat persembunyian Jack. Cuma di sini lebih banyak dan menyeramkan. La
“ Jack pernah suntik aku. Kalau kau nak bunuh mereka, aku rasa baik kau teruskan. Lagipun mereka ni memang dah jadi mesin pembunuh.”Aku mengeluarkan pistol. Peluru di isi. Aku akan mempunyai masalah untuk menentang mereka kerana kekurangan peluru.“ Sokalau macam tu. Baik kita bunuh diorang dulu sebelum kita pula dibunuh.”Lan sudah tidak peduli tentang mereka lagi. Matlamat dia mahu menyelamatkan Aina. Aku pula mahu menyelamatkan adik aku, Laila.“ Ayuh!!”Lan mengacu senapang ke arah mereka. Tembakan demi tembakan berganti-ganti. Keadaan semakin kecoh apabila mereka seperti mayat hidup menghampiri kami.“ Jangan gentar wahai rakyat ku. Sesiapa yang dapat membunuh mereka, aku akan berikan hadiah ini sebagai ganjaran.”Jack menayang ubat V-4 ke udara. Pengikut Jack makin rancak menyerang kami.“ Owh sial. Penat aku nak bunuh seorang seorang macam ni.”
“ Abang..Tengok ni.”Panggil adik aku. Terus aku tersedar sebelum berlari ke arahnya.Ya. Kami dah jumpa mayatnya. Aku akan pastikan mayatnya dikebumikan secara sempurna. Aku berasa angin semacam dari belakang. Aku menoleh. Muncul Kamal, Ady dan Salman yang berdiri di belakang aku. Mereka menunding ke bawah tanah. Aku terus menggorek. Aina dan Laila turut sama membantu. Jari-jemari aku mula sakit kerana tidak berhenti mengorek tanah. Aku mula terjumpa sesuatu. Ada satu kotak yang ditanam. Aku keluarkan kotak itu. Saki baki tenaga yang aku ada aku gunakan untuk membuka kotak yang terkunci.“Prakkkk..”Kotak mula terbuka. Aina terus menjerit manakala Laila menahan diri dari muntah. Sepasang biji mata dijumpai dalam kotak pelik itu.Ada banyak kotak lagi yang tertanam di situ.“ Sempurnakan kami.”Kamal tersenyum memandang aku sebelum menghilangkan diri bersama Ady
Aku pulang ke rumah. Aina menyambut aku. Tangan aku dicium dan aku pula membelai rambutnya. Perkara yang kami amalkan selepas kami berkahwin. Dia mengurut bahu aku.“ Ramai peminat perempuan tak hari ni?”Soalnya lembut tapi dalam nada cemburu.“ Hehe takde. Yang perempuan kawan saya jaa.”Jawab aku. Dia mengangguk faham. Aku baru teringat tentang surat itu. Aku membelek poket. Surat yang dilipat tadi segera dibuka.“ Surat apa tu sayang?”Aina terasa teruja.“ Entah. Ada peminat kirim. Saya pelik sebab dia bagi surat ni dekat kawan saya.”Hati aku yang memenuhi rasa curiga segera membaca isi dalam surat tersebut. Selepas habis dibaca, nafas aku mula tercungap-cungap.“ Sayang kenapa ni?”Aina mula gelisah melihat aku panik begitu.Aku memeluk erat Aina. Aku mula berdebar. Aku tak pernah rasa takut macam ni. Aku takut ke
Banduan bernombor 2443 selesai menunaikan solat. Dia bangun lalu duduk di atas lantai. Dia melemparkan pandangan ke arah luar. Ada suatu masa dia mengeluh seketika. Hatinya sedikit tenang selepas selesai melakukan solat sunat taubat. Rutin hariannya sebelum dia melelapkan mata. Tapi dua minggu ini dia tidak dapat tidur dengan lena. Jadi dia perbanyakkan amalan dengan zikir dan sentiasa mendekatkan diri dengan pencipta. Ya dia runsing. Pernah juga dia tanya pada diri. Adakah tuhan mahu menerima amalannya? Dia pendosa. Sudah menzalimi hidupnya sendiri. Dia yang musnahkan kehidupannya gara-gara mengikut nafsu semata. Dia rebahkan badannya. Tinggal lagi 3 hari untuk dia terus sujud. Kerana tidak lama lagi dia bakal dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Balasan terhadap perbuatannya. Dia mengalihkan badannya ke kanan. Masih sama tidak mampu untuk dia melelapkan walaupun seketika.“Kenapa ni 2443? Tak boleh tidur ke?” Suara seorang lelaki bergema. Dia mula
Alhamdullillah aku berjaya sampai ke sekolah pada pukul 7.40 pagi. Cilaka betul aku berlari lebih kurang sama jaa macam berjalan. Aku memandang pintu pagar yang tertutup rapat. Takkan nak panjat kot. Akuberkira-kira dengan faktor ketinggian dan berat badan aku. Lepas ke tak ni? Lantaklah. Aku lempar beg aku ke dalam sekolah. Aku membaca bismillah sebelum mula memanjat pagar. Aku berjaya sampai ke puncak dan melompat. Pendaratan yang sempurna. Aku tersengih sendirian. Aku mengambil beg."Ehem" Aku terkejut apabila dibelakang aku berdirinya crush pujaan hatiku. Zulaikha yang memakai baju kurung biru muda dan skirt labuh memandang tajam ke arah aku."Awak lambat." Tegur dia. Aku menggaru kepala."Eerr sorry. Janji tak ulang dah." Jawab aku sambil mengangkat sumpah."Aah takde takde tulis nama." Minah sebelah dia bersuara. Aku pandang nametag dia, Siti."Alaaa baru first time aku lambat. Rilek lah." Aku cuba kompromi."Maaf
"Awak buat apa tu?" Hampir melatah aku dibuatnya apabila muka Zulaikha berada di sebelah aku. Aku cuba menutup buku itu tetapi gagal. Dia berjaya rampas buku aku."Eh jangan baca. Bagi lah balik." Aku cuba meminta dengan lemah lembut. Dia menjelir lidah."Nak baca boleh?" Dia membuat mimik muka comel seperti kanak-kanak yang merayu dibelikan mainan. Aku serba salah. Serba tak kena. Aku nak mencarut tapi aku tak pandai. Akhirnya aku mengalah setelah melihat matanya yang bulat itu. Dia menaikkan kening. Aku tewas. Dia terus menyelak halaman buku itu. Zulaikha pandang aku kemudian berpaling semula pada buku. Dia mengigit bibir. Sekejap dia tersengih sekejap dia tersenyum. Aku keliru. Apa yang lucu gila?"Sejak bila?" Soal dia."Bila apa?" Jawab aku tidak mengerti."Yelaa sejak bila awak crush dekat saya." Dia shoot terus soalan itu. Aku tergamam." Mmmm aaaaaaa errrrrrr..." Itu saja aku mampu balas. Dia merampaspen yang berada di tangan aku.