Matanya tercelik, entah sejak bila dia tertidur pun dia tidak tahu. Kedengaran bunyi deringan jam di telefon bimbit menusuk ke halwa telinga.
Dia menarik telefon bimbit dan dilihat sekilas lalu jam di telefon itu. Pukul 6 pagi dan Imna meraup wajahnya sendiri. Jika jam telefonnya pukul 6 pagi, jam di Korea Selatan sudah pukul 7 pagi.
Kepala Imna menoleh ke kiri dan ke kanan. Kaki segera menjejak lantai mahu melihat kelibat Puan Isma di biliknya.
"Mama..." Sebaik saja pintu dibuka suara Imna mati serta-merta. Ibunya tiada di bilik.
"Mama?" panggil Imna lagi. Rasa resah mula menyelebungi diri apabila kelibat Puan Isma tiada di mana-mana.
Rambut yang sudah sedia serabut Imna serabutkan lagi kerana tidak betah dengan perasaan yang sedang melanda jiwa.
Tiba-tiba mata Imna tertancap ke arah pintu rumah mereka. Satu nota kecil melekat di belakang pintu. Tanpa menunggu lama, Imna segera mendekat dengan pintu utama rumah.
Sayang... mama ada meeting pagi ni. Makanan Imna mama letak dalam peti. Jangan lupa makan ya? Nanti malam kita jumpa.
Dengusan panjang Imna lepaskan. Nota kecil itu ditarik kasar. Langkah menuju ke peti sejuk di ruangan dapur. Memang benar makanan Puan Isma belikan untuknya ada di dalam peti. Namun, dia tiada selera untuk menjamah apa-apa.
Sejak dia tiba di Korea Selatan, hati dan fikirannya tidak seiring. Hatinya mahu saja menempah tiket untuk pulang ke Malaysia, tetapi fikirannya mengatakan itu kerja gila! Akhirnya, Imna merebahkan tubuh ke katil semula.
"Arghhh!" Dia menjerit kebosanan.
Matanya memandang syiling. Tiba-tiba dia berasa mahu menghirup udara pagi itu dan tanpa membersihkan badan Imna segera membuka pintu balkoni.
Hatinya mahu menjerit sekuat hati ketika itu. Tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, tangannya didepa. Mata pula terpejam rapat.
"Arghhhhhhh!"
"Arghhhhhhh!"
"Arghhhhhhh!"
"Hah!"
Jeritannya diakhiri dengan dengusan kasar terbit dari bibir. Perlahan-lahan matanya terbuka dan nafas panjang ditarik sebelum menghembus kasar.
Dia mahu melangkah masuk semula ke dalam rumah, namun ketika dia mengiring ke kanan. Matanya terbeliak.
Wajah seorang gadis yang dia kenal semalam sedang menongkat dagu merenungnya. Sebaik saja Imna bertentang mata dengannya. Gadis itu tersenyum lebar.
Wajah Imna sudah berubah merah padam. Dia tidak menjangka Aisha berada di balkoni itu bersama-sama dengan Adam.
"Stress ke?" tegur Aisha yang masih tersenyum manis kepada Imna.
Imna tidak tahu mahu menggeleng atau pun mengangguk. Wajahnya benar-benar merah padam ketika itu kerana Adam dari tadi tidak lepas merenung wajahnya.
"Sikit..." jawab Imna perlahan, tidak terdengar suaranya oleh mereka berdua.
"Dah sarapan ke?" soal Aisha lagi.
"Be..."
Belum sempat Imna menjawab apa-apa. Kedengaran satu suara menyapa halwa telinganya.
"Kak! Siapa yang menjerit macam orang gila tadi tu?" sergah satu suara yang tiba-tiba muncul di balkoni rumah Aisha.
Aisha hanya tersenyum manakala Adam melarikan anak matanya ke arah lain. Tidak mahu Aira melihat Imna di balkoni sebelah rumah mereka.
"Eh? Bukan akak yang jerit?" soal Aira lagi dan Aisha menggeleng.
"Oh..." Aira segera melangkah masuk ke dalam rumah kerana tidak mahu bertemu dengan Imna. Mulutnya tadi agak capoi sikit, main sergah mengatakan orang yang menjerit tadi itu gila. Malulah dia dibuatnya. Dia ingatkan Aisha yang menjerit.
Imna kaku tidak mampu untuk bergerak ke mana-mana. Dia rasa macam kakinya digam rapat, wajahnya menunduk ke bawah sambil gigi mengetap bibir bawah. Mata terpejam rapat gara-gara geram. Mengapalah dia perlu berjiran dengan Adam dan gadis itu? Mana dia nak letak mukanya ini?
Tiba-tiba telefon bimbit Imna berdering nyaring membuatkan Imna segera berlari masuk ke dalam rumah. Adam yang melihat kelibat Imna berlari, cuba menahan senyuman dari terukir. Risau jika Aisha perasan senyuman itu.
"Hah?" Imna berlari keluar semula dan kepalanya terus memandang ke bawah sambil telefon bimbit melekap di telinga.
"What are you doing there! What do mean? I do not understand!"
Bertubi-tubi Imna menyoal kepada si pemanggil. Adam yang tengah duduk di balkoni rumah Aisha sambil menyuap sarapan pagi cuba menoleh dan melihat ke bawah. Di mana seorang lelaki di bawah sana sedang melambai ke arah Imna disamping telefon bimbit turut berada di telinganya.
"You forgot? I just told you last night that I need your service?"
"Yes! But you do not tell me when and now how do you know where I live? Are you stalking me or what?"
"Nope! Please don't misunderstanding me..."
Kedengaran sayu suara Wooyoung di hujung talian.
"No! I'm not misunderstanding but your action make me feels like that."
"Aera-shi... I really needs your help right now. If you wanna know all about me, please come down and I'll tell you everything."
Jelas kedengaran suara Wooyoung seperti terdesak untuk meminta pertolongan daripada Imna.
"Just wait a second! I'm not ready yet. If you can wait, give me 30 minute to get ready."
"Sure, I can wait because I cannot go if I didn't bring you too."
"Alright then."
Imna mematikan panggilan telefon dan terus melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu gelongsor ditutup rapat sebelum dia bergerak laju ke bilik mandi.
Sementara itu, Adam yang sedang mengunyah roti bakar buatan Aisha hanya memerhati gerak-geri Imna dan lelaki di bawah sana.
...
Selesai saja Imna bersiap, beg galas tersarung ke bahu. Makanan di dalam peti turut dibawa keluar. Dia tidak sempat untuk menjamah sarapan pagi. Jadi, dia harus membawa bekal makanan bersama.
Ketika Imna kelam keluar dari rumah.
"Kau nak pergi mana?" Soalan daripada seseorang yang sejak bila berdiri di tepi pintu rumah Imna menyapa halwa telinga.
"Aduh!" Imna mengeluh perlahan sambil memegang dadanya sendiri. Terkejut dengan soalan tanpa salam itu.
"Nak keluar dengan kawan aku. Kenapa kau tanya?"
"Ke mana?"
Adam masih menyoal tanpa segaris senyuman terbit dari bibir.
"Tak tahu lagi. Lagipun aku bosan duduk rumah." Imna segera menyimpan kunci rumah ke dalam beg galas. Topi di kepala dibetulkan beberapa kali sebelum dia melangkah ke arah anak tangga.
"Aku pergi dulu. Bye."
Sempat dia melambai kepada Adam yang hanya berdiri statik di tepi pintu rumah Imna sambil merenungnya tajam. Kedua-dua tangan lelaki itu menyeluk seluar track. Pakaian Adam jelas kelihatan dia hendak pergi berjogging ketika itu.
Imna melepaskan nafas mengikut mulutnya. Jantung benar-benar hendak terkeluar dari badan. Entah mengapa setiap kali dia melihat wajah Adam, hatinya berdegup begitu laju.
Setelah kelibat Imna hilang dari pandangan mata. Adam mengorak langkah menuruni anak tangga bangunan apartment mereka memandangkan lift masih rosak belum dibaiki lagi.
Ketika Adam tiba di bahagian bawah, matanya tertancap kelibat Imna dan seorang lelaki tidak jauh di hadapannya.
Lelaki itu berpakaian simple, berserta topi dan mask muka. Adam mengerut dahi memandang lelaki itu dari kejauhan. Rasa tidak sedap hati mula menerpa.
Dia memandang ke kiri dan ke kanan mencari sesuatu tiba-tiba dia terlihat kelibat sebuah teksi sedang memasuki kawasan apartment itu.
Adam segera bergerak ke teksi tersebut. Setelah penumpangnya turun, dia masuk ke tempat penumpang.
"Ya? Encik nak ke mana?" soal pemandu itu.
"Saya nak ikut kereta warna hitam tu. Tunggu dia jalan dulu baru ikut."
"Ah! Baiklah."
Saat itu, kelibat Imna sudah memasuki kenderaan pacuan empat roda itu. Setelah lelaki bersama Imna tadi turut masuk dan menutup pintu. Kenderaan itu laju meluncur ke jalan raya.
"Boleh ikut sekarang?" soal pemandu teksi.
"Hmm..." Adam hanya mengumam perlahan.
"Akak! Cepatlah, lambat pula dia ni. Lambat nanti temu janji dengan doktor." Aira merungut sambil menjeling jam di tangan.Dari tadi dia menunggu Aisha tak siap-siap. Awal pagi lagi kedua ibu bapa mereka sudah keluar bekerja. Tinggallah mereka bertiga di rumah dan sekarang Adam pun sudah keluar, maka tinggallah mereka berdua yang juga hendak keluar bertemu doktor."Akak!" Sergahan Aira di muka pintu bilik Aisha mengejutkan gadis itu. Kepala Aisha segera menoleh."Lah? Apasal tak siap lagi ni? Dah pukul berapa ni?" Aira merungut lagi. Dia benci betul kalau kakaknya sengaja buat-buat lambat, nanti dia juga dimarahi ibu bapa mereka.Aisha tidak menjawab sebaliknya terus mengeringkan rambut yang tergendala akibat mengelamun sekejap tadi.Aira menyandar tubuh ke pintu bilik sambil kedua-dua tangan melipat ke dada."Kau kenapa ni kak? Demam ke?" Aira merenung wajah masam Aisha.
Adam turun dari teksi selepas membayar tambang. Setelah kakinya menjejak tanah. Dia mencari tempat untuk berselindung. Takut jikalau Imna perasan dia sedang mengekori gadis itu.Sebuah dinding bangunan yang agak terlindung dari tempat Imna sedang menuruni kereta menjadi tempat Adam memerhati. Wajah lelaki yang bersama Imna itu masih tidak dapat dilihat dengan jelas."Siapa kau ni?" tanya Adam sendirian. Hatinya kuat mengatakan, akan ada sesuatu yang bakal terjadi.Melihat dari jauh pengawal peribadi penuh mengelilingi Imna dan lelaki itu membuat Adam semakin tidak tenang.Setelah kelibat Imna dan lelaki itu menghilang memasuki sebuah bangunan. Adam segera keluar dari tempat persembunyian dan bergerak ke hadapan pintu bangunan tersebut.Kepalanya mendongak mahu melihat perkataan yang tertera di atas bangunan itu."Hotel?" Terkejut yang teramat, langkahnya laju meredah masuk
Seketika Adam merenung suit yang tersarung kemas di badan. Juru dandan pengantin sedang menyikat rambut Adam seolah-olah dia juga merupakan salah seorang pengantin pada hari itu.Sedang ralit dia melihat dirinya di dalam cermin. Pintu bilik diketuk beberapa kali dan seorang lelaki yang tidak dikenali melangkah masuk."Akhirnya, muncul juga tuan muda!" kata juru dandan.Lelaki itu mengukir senyum."Baju tuan muda dah ada dekat situ, warna hitam tu." Usai berkata, tangannya kembali fokus kepada rambut Adam.Wooyoung pula laju mengapai pakaian yang telah disediakan oleh kakaknya. Tanpa menunggu lama, dia segera melangkah masuk ke dalam bilik kecil untuk menyalin pakaian."Okey, siap..."Adam hanya mengangguk sebagai tanda terima kasih kepada juru dandan itu."Encik ni kawan Tuan Muda Jeon ya?"Sekali lagi Adam mengangguk.
Sebaik saja matanya tertancap wajah di dalam kaca televisyen. Beg tangan terus digapai dan langkahnya laju meninggalkan ruangan lobi hospital.Hatinya benar-benar terkejut dengan apa yang baru menyapa mata. Nafasnya tercugap-cugap menahan pelbagai rasa. Lelaki itu, adalah lelaki yang amat dicintainya! Melihat lelaki itu bersama wanita lain, dia benar-benar tidak dapat membendung rasa cemburu yang meluap.Sementara itu, Aira Hani sedang berada di dalam bilik doktor. Usai rawatan susulan diberikan, dia diajak berbual oleh doktor yang merawat. Aisha terpaksa menunggu di luar seketika sehingga adiknya selesai berbicara."Macam mana doktor?""Hmm... saya rasa macam ada ralat sikit kali ni.""Apa maksud doktor? Ralat apa tu?""Saya nak tanya, dalam dua tiga hari ni kakak awak ada berasa stress ke?"Aira mendongak ke atas, cuba mencari jawapan yang tepat
Mata Imna terbuntang. Serasa nafas Adam sedang menampar wajahnya. Mata lelaki itu terpejam rapat, Imna tidak keruan. Tangannya laju menolak dada Adam agar menjauhinya.Mata lelaki itu turut terbuka luas. Bibir diketap rapat. Kening bertaut. Jelas di matanya, wajah Imna berubah merah.Pak!Kepala Adam terteleng ke tepi. Adam akur, memang selayaknya dia mendapat tamparan daripada gadis itu. Apa yang dia lakukan tadi tersangatlah besar silapnya."How dare you!" Imna melaung sekuat hati, lantas menjeling Adam sebelum bergerak mahu meninggalkan kedua-dua lelaki itu di situ."Aera-shi!" Wooyoung cuba menahan dengan meraih tangan Imna, namun Imna tidak betah berlama di situ. Tangan Wooyoung ditepis kasar."I'm sorry Wooyoung! This thing shouldn't be like this. I'm sorry." Imna terus berlari meninggalkan taman mini."Aera!"Adan
Dua minggu sudah berlalu, Imna langsung tidak keluar ke mana-mana sejak peristiwa dia dilabel perempuan tidak bermaruah oleh Adam.Hatinya masih terasa dengan setiap lontaran kata yang diungkapkan lelaki itu. Namun, untuk membuang perasaan suka dan cinta terhadap Adam teramat sukar untuk Imna lakukan."Imna Safira!" laungan Puan Isma di luar bilik anak daranya itu tidak disahut.Kali ini, pintu pula diketuk beberapa kali. Puan Isma perasan anak gadisnya itu kelihatan murung sejak dua menjak ini. Risau juga hatinya melihat keadaan Imna begitu.Pintu bilik dikuak apabila didapati tidak berkunci. Perlahan-lahan Puan Isma menjengah kepala mahu melihat kelibat anak daranya."Imna? Mama masuk ni..." pinta Puan Isma lagi dan kakinya laju melangkah masuk ke dalam bilik Imna."Ya Tuhan, apa kena dengan kamu ni?" Puan Isma mula bercekak pinggang melihat sesusuk tubuh masih terbongka
Imna keluar dari tandas untuk mencuci tangan. Wajahnya masih memerah akibat adengan dirinya dan Adam tadi."Awak Imna Safira kan?" tegur seseorang yang berada di hujung singki.Imna menoleh dan terkejut. Gadis yang dikenali sebagai adik angkat Adam berada di situ sedang merenungnya dengan memeluk tubuh sendiri."Ya... awak... Aira kan?" Imna cuba mengingati nama gadis itu."Baguslah kalau awak ingat nama saya. Saya harap awak dapat juga ingat pesanan saya ni."Imna mula berkerut dahi tidak mengerti."Maksud awak?""Maksud saya, tolong jauhi Abang Adam. Saya tak beri amaran tapi saya cuma nak awak fikir masak-masak kalau awak sukakan Abang Adam."Dahi Imna semakin berkerut."Saya tak faham...""Macam nilah, apa kata awak ikut saya. Tengok dengan mata awak sendiri.""Pergi mana?"
Sebulan kemudian,Tepat jam 5 pagi Imna sudah bangun untuk menyediakan sarapan. Tinggal di Korea Selatan sungguh jauh berbeza ketika dia tinggal di tanah air sendiri.Banyak perkara perlu diawalkan kerana Korea lebih cepat sejam berbanding Malaysia."Nanti Imna pergi U sendiri ya? Mama kena masuk kerja awal hari ni. Ada meeting dengan client." Puan Isma segera merapikan rambut di bilik tidurnya.Imna hanya mengumam perlahan. Seminggu sudah dia berdaftar di Universiti Kyunghee sebagai pelajar aliran sains kemanusian.Dalam tempoh sebulan ini, sudah lama juga dia tidak terserempak dengan Adam mahupun adik-beradik angkat lelaki itu.Imna lebih selesa meluangkan waktu di rumah dengan bertemankan televisyen. Telefon memang dicampak ke tepi tidak mahu ada manusia yang menganggu. Namun, gangguan itu tetap ada apabila Wooyoung tidak henti-henti menghantar sms kepadanya.
Enam bulan kemudian,Semua perkara yang melibatkan Khalil telah pun di selesaikan oleh pihak polis Korea Selatan dan juga Malaysia. Visa Khalil akan di senarai hitamkan oleh pihak antarabangsa Korea Selatan, ini bermaksud lelaki itu tidak dapat masuk ke Korea Selatan dalam tempoh yang ditetapkan oleh duta Korea Selatan-Malaysia.Wookyung dan juga Jungkook? Mereka turut dipenjarakan atas kesalahan berpakat dan membunuh Amina dan juga Rashid. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara kepada Wookyung selama tiga tahun memandangkan dia sedang mengandung, manakala Jungkook pula lima tahun gara-gara dia adalah si pelaku sehingga menyebabkan pembunuhan itu berlaku.Sepanjang tempoh enam bulan berlalu, terlalu banyak perkara yang berubah di dalam kehidupan Imna dan
Kereta dipandu selaju yang mungkin tanpa pedulikan keadaan lalu lintas yang agak sibuk di pagi hari. Dalam keadaan memandu seperti orang gila. Wooyoung terimbas kembali kata-kata kakaknya berkaitan dengan bukti siapa yang terlibat secara langsung dalam kejadian kemalangan itu dan meminta dia mencari bukti tersebut di dalam almari pakaian kakaknya di rumah.Disebabkan itu, Wooyoung segera meninggalkan hospital dan bergegas menuju ke rumah kakak dan abang iparnya untuk mencari bukti yang dimaksudkan itu. Keadaan semakin genting apabila mengetahui kisah sebenar yang membuatkan Wooyoung tidak dapat duduk tenang.Setibanya dia di hadapan laman rumah Wookyung. Brek tangan segera ditarik lantas tali pinggang keledar dibuka. Dia terus keluar dari kereta selepas membuka pintu. Rumah kakaknya dipandang penuh tanda tanya. Bagaimana kakaknya boleh tinggal bersama seorang pembunuh?Gerak langkah dibuka mendekati pintu rumah. Nombor pin di bahagian pengunci pintu cuba ditekan
Pintu cuba ditutup serapat yang boleh selepas berjaya mengecam wajah lelaki di hadapannya. Belum sempat pintu hendak tertutup tangannya diraih kasih sehingga mendorong dia ke belakang.“Argh!” Jeritan Imna kedengaran halus di telinga Adam dan Aisha. Kedua-dua mereka segera meninggalkan ruang makan menuju ke pintu utama. Kelibat Imna tiada di pintu dan Adam pantas menarik semula daun pintu.“Lepaskan aku!” Imna meronta-ronta sambil menolak-nolak tangan lelaki yang sedang mencengkam lehernya sehingga dia terpaksa berundur ke dinding di koridor rumah.“Imna!” Adam turut menjerit selepas melihat situasi yang tidak disangka-sangka itu berlaku di hadapan mata. Imna masih menolak-nolak tangan lelaki yang cuba menyerang dia. “Kau siapa!” Belakang lelaki itu ditarik dan dihumban ke tepi. Tangan Imna diraih dan menyuruh gadis itu berdiri di belakangnya.Lelaki yang terjatuh ke lantai tadi tidak mahu mengalah begitu sa
Kereta dipandu selaju yang mungkin. Dia mahu mengejar teksi yang dinaiki oleh pasangan suami isteri itu! dia tidak kira, apa akan terjadi nanti. Jadilah! Dia sudah hilang sabar dengan sikap mereka. Kali ini, akan dia habisi mereka tidak kira dengan cara apa sekalipun.Walaupun begitu, teksi yang dinaiki oleh Rashid dan Amina tiba-tiba dilanggar dari arah tepi di persimpangan trafik. Wookyung menekan brek kereta secara mengejut sambil memejam mata. Mujur dia sempat brek, jika tidak keretanya juga akan turut sama berlaga dengan teksi yang baru saja dilanggar tadi.“Argh!” Dia menjerit sekuat hati menahan rasa takut dan terkejut dalam waktu yang sama. Perlahan-lahan dia membuka mata dan dia melihat ke arah kereta yang melanggar teksi tersebut. Keluar seorang lelaki berpakaian serba hitam. Dari alis mata lela
“Macam mana keadaan Wookyung?” Jungkook yang berada di luar wad kecemasan bertanya kepada adik iparnya. Sejak tadi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam oleh Wooyoung gara-gara tidak mahu emosi kakaknya semakin teruk.“Dah okey sikit. Doktor cakap dia mengalami tekanan yang agak teruk. Jadi doktor minta dia duduk di wad sehari dua nak pantau kandungan sekaliJungkook meraup wajahnya sambil labuhkan diri perlahan-lahan di bangku menunggu. Agak berat ujian yang dia peroleh ketika ini. Situasi yang berlaku sekarang sudah tidak sama seperti awal-awal perkahwinan mereka dahulu, bahkan isterinya seolah-olah mahu mengelak daripada bertemu dengan dia. Bukan itu saja, setiap apa yang dia bicarakan pasti akan dibalas dengan tengkingan, tolakan, dan pelbagai lagi aksi yang tidak menyenangkan hati seorang suami. Entah di mana silap dia sebagai seorang suami pun dia tidak tahu. Keluhan berat dilepaskan perlahan sambil mengurut dahi yang terasa berdenyut-denyut.
Sudah beberapa malam Imna tidak dapat melenakan diri, bahkan hari ini juga sama. Mungkin dia sudah tertidur di ruang tamu ketika pulang dari hospital bersama Aisha. Jadi, matanya agak sukar untuk lelap pada waktu malam. Dia diberi tumpang tidur di dalam bilik Aira, walaupun dia bebas untuk tidur pelbagai reaksi masih juga dia tidak dapat memejamkan mata. Rambut dikusutkan selepas dia bangun dari baring. Kepalanya menoleh dari kanan ke kiri. Bilik adik Aisha ini sungguh ringkas dan estetik. Warna perabot, katil, meja solek semuanya minimalis. Tidak seperti biliknya yang lebih suka warna-warna ceria. Selimut ditolak ke tepi dan kaki diturunkan dari katil. Perlahan-lahan dia bergerak ke pintu dan membukanya untuk keluar dari bilik. Ruangan dapur menjadi arah tujuan, dia mahu meminum sedikit air bagi membasahkan tekak yang terasa kering. Dalam ralit dia sedang mengapai gelas di bahagian kabinet tiba-tiba pinggangnya dipaut perlahan. Hampir terlepas gelas di tangan gara-g
Loceng yang berbunyi menandakan salah seorang ahli keluarganya sudah pulang. Melihat jam sudah menunjuk pukul 8:00 pagi, laju Aisha menolak kerusi rodanya ke pintu. Mengapa harus menekan loceng dan mengetuk walhal masing-masing sudah ada kunci pendua. Bunyi ketukan diselangi bunyi loceng semakin deras buat Aisha risau sendiri. Takut-takut bukan Adam mahupun Aira yang pulang ke rumah selewat ini.“Siapa?” tanya Aisha. Namun tiada sebarang jawapan yang diperoleh. Aisha segera berundur ke belakang dan dia cuba memaksa kakinya untuk berdiri sedikit demi sedikit bagi dapat melihat orang itu di luar rumah.Tidak sampai beberapa minit, kakinya jatuh terduduk semula di atas kerusi menyebabkan dia berasa nyeri di bahagian paha. “Siapa?” soal Aisha lagi. Seboleh-bolehnya dia mahu ketahui siapakah orang yang begitu asyik menekan loceng sehingga bergema bunyi itu di dalam rumah.Setelah ditanya untuk kali kedua, masih juga tiada jawapan dan bunyi loc
Sebaik saja mereka tiba di hadapan apartmen, Imna terus menghulur wang tambang kepada pemandu teksi. Dia tidak mahu Aisha menghulur wang lagi untuk membayar bagi pihaknya. Lagipun, dia menerima nasihat Wooyoung agar tidak pergi ke kelas petang ini. Kalau tidak makin bertambah gosip dibuatnya. Sudahlah dia memang agak glamor sejak-sejak pulang dari Malaysia.“Doktor kata saya ada potensi untuk berjalan semula. Saya rasa tak sabar nak berjalan balik, rindu nak bergerak bebas macam dulu.” Aisha bersuara riang ketika mereka sedang menunggu pintu lif terbuka.“Baguslah. Nanti kalau awak dah sihat mesti banyak perkara yang awak nak buat.” Imna cuba mengukir senyuman. Kali ini, hatinya menebak seandainya Aisha kembali pulih adakah Adam akan beritahu tentang status diri dia yang sebenarnya kepada Aisha? Walaupun wajah Aisha ceria dengan berita yang dia peroleh, Imna pula berasa sedih. Risau jika dia terpaksa memakan hati berulam jantung gara-gara berkon
"Jungkook?" Adam berdiri tegak menghadap lelaki yang sangat dia kenali itu. Jungkook pula tersenyum mesra melihat Adam yang terkejut melihat dirinya saat ini seolah-olah macam nampak hantu."Ya? Tuan Kim Tae Jin." Sengaja Jungkook balas begitu, kononnya mahu bergurau dengan sahabat lama."Apa Tuan Jeon buat dekat sini? Bukan ke Tuan Jeon masih bercuti?" Wan segera menyampuk sebelum Jungkook atau Adam bertegang urat."Saya dapat tahu yang awak ada ambil pekerja menggantikan pekerja yang baru meninggal beberapa minggu lepas. Jadi, saya datanglah untuk lihat sendiri. Tak sangka yang awak ambil ini sahabat saya."Jungkook menghulur tangan kepada Adam. Mereka berlaga bahu sebelum Jungkook menepuk perlahan bahu sahabatnya itu.Wan pula tergamam tidak terkata hendaknya. Dia tidak tahu yang Adam dan Jungkook adalah sahabat karib. Jika dia tahu, tidaklah dia bereaksi seperti orang nampak hantu."Kau apa khabar? Tak sangka kecil aje dunia ni." Jungkoo