Share

MY ¦ 13

Dua minggu sudah berlalu, Imna langsung tidak keluar ke mana-mana sejak peristiwa dia dilabel perempuan tidak bermaruah oleh Adam.

Hatinya masih terasa dengan setiap lontaran kata yang diungkapkan lelaki itu. Namun, untuk membuang perasaan suka dan cinta terhadap Adam teramat sukar untuk Imna lakukan.

"Imna Safira!" laungan Puan Isma di luar bilik anak daranya itu tidak disahut.

Kali ini, pintu pula diketuk beberapa kali. Puan Isma perasan anak gadisnya itu kelihatan murung sejak dua menjak ini. Risau juga hatinya melihat keadaan Imna begitu.

Pintu bilik dikuak apabila didapati tidak berkunci. Perlahan-lahan Puan Isma menjengah kepala mahu melihat kelibat anak daranya.

"Imna? Mama masuk ni..." pinta Puan Isma lagi dan kakinya laju melangkah masuk ke dalam bilik Imna.

"Ya Tuhan, apa kena dengan kamu ni?" Puan Isma mula bercekak pinggang melihat sesusuk tubuh masih terbongka

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status