Malam menjelang tiba, Imna hanya menonton televisyen sambil mengunyah bertih jagung yang dibeli ibunya empoh hari. Dalam ralit dia sedang menonton tiba-tiba pintu rumahnya berbunyi.
Ada seseorang sedang menekan loceng dan menanti. Imna segera meletakkan bekas makanan ke atas meja kecil di hadapan sofa. Dalam keadaan mulut masih mengugap, laju dia mendekati pintu rumah.
Sebelum buka pintu, sempat lagi dia mengintai di lubang pintu untuk melihat siapa yang datang. Melihat saja wajah Aira yang berada di sebalik pintu, dahi Imna terus berkerut.
"Dah kenapa pula budak ni datang rumah aku?"
Imna teragak-agak hendak membuka pintu. Tiba-tiba dia teringat akan kes petang tadi.
"Jangan ka
Bunyi jam yang membingitkan telinga membuatkan Imna segera melompat turun dari katil. Rambut dikusut separuh serabai. Kepala melirik ke arah jam yang sedang berdering. "6 Pagi?" Mata Imna terbeliak lantas dia bergegas menarik kain tuala yang tersangkut di belakang pintu bilik. Laju dia bergerak menuju ke kamar mandi. Inilah kebiasaan seorang gadis bernama Imna Safira apabila ketiadaan ibunya. Jika Puan Isma ada di rumah, awal saja gadis itu bangun kerana tidak suka diomeli. Tetapi! Apabila ibunya tiada, bangun lewat itu sudah menjadi satu hobi. "Sejuknya!" jerit Imna ketika dia membuka pili air. Kelam-kabut Imna bersiap dan menyediakan sarapan. Dia sudah berjanji dengan Wooyoung akan menunggu lelaki itu terlebih dahulu sebelum lel
Tiga hari kemudian,"Mama..." panggil Imna ketika ibunya sedang bersiap untuk berangkat kerja. Puan Isma yang sedang menghias wajah dengan bedak muka, terhenti seketika perbuatannya dan mata melirik ke arah Imna yang berada di depan pintu bilik tidurnya."Kenapa?" Compact powder di tangan segera ditutup lalu menyimpannya ke dalam beg tangan. Gincu di atas meja pula digapai untuk merias bibir."Cikgu Dhia telefon Imna kelmarin... dia suruh datang ambil result, lepas tu Ustaz Firdaus ada buat tahlil untuk anak dia yang baru lahir. Jadi, dorang jemput Imna." Usai berkata, bibirnya diketap. Risau jikalau jawapan ibunya tidak seperti yang diharapkan."Kita kan dekat Korea sekarang ni? Mintalah cikgu kamu tu post ke sini, tak pun guna faks nanti dekat tempat kerja mama." Selesai merias bibir, Puan Isma segera menyangkut tali beg tangan ke bahu."Tapi tahlil Ustaz Firdaus tu? Takkan tak pergi ma?""Mama sibuk Imna!" Pergerakan Puan Isma terhenti da
Incheon International Airport's,Beg pakaian dijinjing sambil kaki melangkah masuk ke dalam bangunan lapangan terbang. Tiket dan passport sudah tersedia di dalam beg galas. Puan Isma juga berada di sisi untuk menghantar Imna pulang ke Malaysia selama 3 hari."Tiket balik dah ambil kan?" soal Puan Isma ketika mereka melabuhkan punggung di salah satu kerusi menunggu."Dah ambil dah tadi, mama dah bagi." Imna membetulkan baju hoodie yang dipakai sebelum meletakkan beg galas yang disandang ke riba."Ingat pesan mama, sampai je sana nanti call mama. Pak Ya, mama dah suruh tunggu 20 minit awal. Takut-takut, kamu merayap pula kalau Pak Ya lambat sampai."Imna tersengih mendengar bebelan ibunya itu. Ya! Dia sudah terbiasa dengan merayap ke mana-mana seorang diri sejak dulu lagi. Tetapi, itulah Puan Isma berada di negeri orang membuatkan dia berasa tidak yakin akan anaknya bergerak sendiri."Okey ma..." Hanya itu yang mampu Imna jawab sebagai tanda m
Mereka tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Imna segera bangun dari tempat duduk dan menarik keluar bagasi kecilnya dari kabinet. Setelah itu dia segera menuruni pesawat dan di belakangnya diikuti oleh Adam dan juga Wooyoung. Selesai urusan di balai imigresen. Imna melirik ke jam tangan. "Mama cakap Pak Ya tunggu awal. Tak nampak pun..." "Kau tunggu siapa? Ke naik teksi?" Adam bertanya sambil berdiri di sisi kiri Imna. "Aku tunggu Pak Ya, mama aku kata ayah sedara aku datang awal 20 minit. Tapi, tak nampak pun mana dia." Dalam ralit mereka berbual, tiba-tiba satu suara menjerit memanggil Imna dari kejauhan. "Ira
Keesokannya, Aisha bersiap-siap keluar dari rumah. Hari ini, adiknya tidak masuk ke kampus kerana ada kerja lapangan yang perlu dia lakukan sebagai tugasan pertama pelajar semestar satu di universitinya. Jadi, awal pagi lagi dia sudah keluar rumah bersama kedua-dua ibu bapa mereka. Tinggallah Aisha seorang diri hendak keluar ke universiti. Memandangkan Adam tiada bersamanya, terpaksalah dia bergerak seorang diri. Ketika dia sedang mengunci pintu rumah, tiba-tiba kedengaran satu suara menjerit dari arah lift. "Eonnie!" Aisha menoleh dan terkejut melihat orang yang memanggil itu. "Boram! Bojin!" Aisha mendekati mereka berdua dan terlihat seorang wanita sedang keluar dari pintu lift.
Mata Imna dan Adam saling berpandangan. Kali ini, lelaki itu benar-benar tidak faham mengapa Imna bertindak sebegitu rupa. "Kenapa?" tanya Imna dengan kening terangkat. Walaupun jelas matanya kelihatan kemerahan menahan air mata dari mengalir, tetapi dia tetap cuba mengawal reaksi wajahnya. "Sakit?" Sekali lagi Imna bertanya walhal Adam langsung tidak mengerti apa-apa berkait dengan soalan itu dan paling tidak logik, wajahnya sudah ditampar sudah pastilah sakit! "Macam tulah sakitnya hati aku bila kau sengaja biarkan aku suka kau, tapi kau tak ada sekelumit pun rasa suka dekat aku! Dan bertambah sakitnya hati aku bila kau tipu aku! Kau tak bagitahu aku yang kau dah bertunang. Kau fikir hati dengan perasaan manusia ni barang mainan ke apa?" "Tak..." Adam tidak mampu berkata apa-apa. Dia sendiri tidak tahu mengapa Imna terlalu emosi. Adakah dia bersalah kerana dia tidak memberitahu Imna
Pandangan Faiz dan Asyzin sukar untuk Adam tafsirkan. Sejak tadi, dia mengabaikan saja pandangan mereka dan mengunyah nasi lemak sesuap demi sesuap.Apabila suasana sunyi menimpa mereka semua. Barulah dia melawan renungan Asyzin yang duduk bertentangan dengannya."Apa?" soal Adam seolah-olah tidak tahu atau dengar perbualan rakan-rakannya tadi."Kau pun balik Korea, kan?" tanya Faiz sambil menyiku lengan Adam. Kesemua mata memandangnya kecuali Imna."Ha'ah, kenapa?""Omo!" Farah terus menutup mulutnya kerana tidak percaya. Pandangan matanya silih berganti memandang Imna dan Adam."Jangan cakap korang berdua..." Jari telunjuk ke kiri dan ke kanan menunjuk Imna dan juga Adam."Apa? Apa?" Intan menyoal teruja dan Farah terus tersenyum penuh makna."Patutlah kata jumpa orang handsome dekat Korea... Eee... Pandai eh kau, Na." Sengaja Farah meng
Senyuman orang itu membuatkan Imna terpempan. Adakah dia tersilap melihat siapakah lelaki yang berada di hadapannya ketika ini. "Lama tak jumpa," tegur lelaki itu. Imna segera menolak lelaki itu menjauhinya dan tidak semena-mena tubuh Imna terjatuh ke belakang. Namun sempat belakangnya disambut seseorang yang datang mendekati mereka. Sekali lagi Imna terkejut. Terkejut kerana kali ini, Adam pula yang menyambut belakangnya ala-ala puteri. Imna cuba menolak Adam menjauhinya juga. Dia tidak suka menjadi pandangan mata-mata yang ada di situ termasuklah lelaki di hadapan mereka berdua. "Na gwenchana?" tanya Adam dalam bahasa ibundanya membawa maksud 'tak apa-apa ke?' sambil membulatkan mata seolah-olah Imna itu adalah kekasihn