Senyuman orang itu membuatkan Imna terpempan. Adakah dia tersilap melihat siapakah lelaki yang berada di hadapannya ketika ini.
"Lama tak jumpa," tegur lelaki itu.
Imna segera menolak lelaki itu menjauhinya dan tidak semena-mena tubuh Imna terjatuh ke belakang. Namun sempat belakangnya disambut seseorang yang datang mendekati mereka. Sekali lagi Imna terkejut.
Terkejut kerana kali ini, Adam pula yang menyambut belakangnya ala-ala puteri. Imna cuba menolak Adam menjauhinya juga. Dia tidak suka menjadi pandangan mata-mata yang ada di situ termasuklah lelaki di hadapan mereka berdua.
"Na gwenchana?" tanya Adam dalam bahasa ibundanya membawa maksud 'tak apa-apa ke?' sambil membulatkan mata seolah-olah Imna itu adalah kekasihn
"Seriuslah! Mana kau tahu?" tanya Syakilla tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi. Mustahil Adam sudah bertunang! Dia tak nampak ciri-ciri lelaki sudah berpunya pun di dahi lelaki itu! Tiba-tiba pula Imna kata dia sudah bertunang? Buang Tabiat ke apa?"Ya! Tak percaya sudah. Dia sendiri yang bagi tahu aku. So korang semua stoplah nakkenen-kenenkan aku dengan dia. Takde kerja aku nak rampas tunang orang. Dah, siap cepat sana. Aku nak turun dulu tolong Cikgu Dhia apa yang patut." Imna segera membuka pintu bilik dan bergerak keluar. Dia membiarkan saja kawan-kawannya terpinga-pinga di dalam bilik.Ketika dia menuruni tangga, terlihat Adam berada di hadapan pintu rumah tengah bersembang dengan Faiz dan Asyzin. Lelaki itu berbaju kurta warna ungu membuatkan Imna segera bergerak ke dapur meninggalkan me
Perlahan-lahan Adam cuba bergerak mendekati Imna yang masih mengigil dan tidak berani menarik tangan dari telinganya. Pakaian yang dipakai Imna tadi kelihatan elok kini sudah carik-barik akibat dikoyak oleh Khalil. Adam tidak tahu mahu berbuat apa. Sayu hatinya melihat gadis itu seperti hilang arah begitu. Pasti Imna akan mengalami trauma yang amat dasyat memandangkan ini bukan kali pertama dia terpaksa harungi keadaan sebegitu rupa. Sudah dua kali Khalil melakukan perkara keji itu kepadanya! Ah! Mengapalah Khalil mempunyai hati binatang begitu? Binatang pun takkan sanggup melakukan perkara terkutuk itu kalau sudah wujudnya rasa sayang!Adam teragak-agak hendak memanggil Imna. Gadis itu memejam mata serapat yang boleh. Kening bertaut dan dahi pula berkerut! Peluh dan air mata turut membanjiri wajah gadis itu. Adam memandang ke siling bilik hotel. Terkelip-kelip matanya mahu menyusun kata
Sepanjang perjalanan Imna hanya mendiamkan diri. Trauma yang cuba dibuang sejauh mungkin kembali semula. Keadaannya kini sudah tidak sama seperti dahulu. Jika dahulu dia menceritakan perkara yang sebenar adakah keluarganya masih mempercayai dia?Ketika tiba di rumah Ustaz Firdaus. Imna turun dari kereta dan dibantu Intan. Perlahan-lahan gadis itu dipapah masuk ke dalam rumah."Malam ni biar Imna tidur dengan awak, ya... dekat bilik tetamu atas. Kasihan dia." Ustaz Firdaus telah pun menceritakan segala-galanya kepada Cikgu Dhia apa yang berlaku kepada Imna dan Adam serta apa yang telah Khalil lakukan.Terkejut Cikgu Dhia selepas mendapat tahu perkara itu. Dia langsung tidak menjangka sepupu kepada Imna berperangai begitu! Selama ini, dia tidak tahu menahu tentang keburukan keluarga Imna
"Aunty!" Adam cuba menahan tangan Puan Isma daripada menampar wajah imna dan tamparan itu mengenai bahu Adam. Anak-beranak itu terkejut dengan situasi tersebut. Bahu Adam menyenget akibat dipukul Puan Isma. Imna pula sudah terbeliak mata melihat lelaki itu sanggup menghalang pukulan padu Puan Isma. "Saya... izinkan saya untuk mengahwini Imna, aunty." Kata-kata Adam membuatkan Imna membuntang mata dan cuba menghadam setiap butir bicara yang keluar daripada mulut lelaki itu. Lelaki itu sudah pun jatuhkan lututnya di hadapan Puan Isma. "Adam! Apa kau buat ni?" Imna cuba menarik lelaki itu bangun dari melutut begitu. Dia tidak tahukah? Di sini bukannya Korea? Di sini Malaysia! Budaya melutut-lutut begitu hanya ada di Korea Selatan, tanah air kelahiran Adam sahaja! Tidak di Malaysi
Aisha tiba di Hospital Seoul bersama Aira. Dalam keadaan hati tidak tenang, laju mereka melangkah menuju ke kaunter pertanyaan. Mahu bertanya di mana keberadaan ibu bapa mereka.Aira meluru ke kaunter, Aisha pula berjalan perlahan. Tiba-tiba langkahnya terhenti dan nafasnya tercugap-cugap seolah-olah dia baru saja selesai pertandingan marathon. Fikirannya mula melayang entah ke mana sebaik saja seorang lelaki berpakaian kasual melanggar bahunya. Ada sesuatu tentang lelaki itu yang membuatkan Aisha cuba mengingati sesuatu.Mata Aisha terbeliak seketika dan cuba menoleh ke belakang. Kelibat lelaki itu sudah tiada di situ..."Baba?" panggil Aisha secara perlahan dalam keadaan suara terketar-ketar. Dia yakin, lelaki tadi persis wajah ayahnya! Dia cuba bergerak keluar semula dari pint
Adam bangun daripada duduk. Matanya membulat terkejut dan tidak percaya apa yang baru saja dia dengar berita mengejut itu daripada Aira. "Aira... jangan main-main, Aira..." Ungkap Adam perlahan. Berpinar rasa kepalanya selepas Aira bertegas akan apa yang dia katakan itu benar. Takkan dia mahu main-main pula soal hidup mati seseorang? Tambahan pula, yang meninggal itu adalah kedua ibu dan bapanya! "Aira cuba bawa bertenang dulu. Jaga akak baik-baik, kalau tak ada apa-apa esok abang balik sana. Abang tak boleh balik hari ni. Abang baru selesai urusan, tiket kapal terbang pun tak dapat nak beli lagi." Asyzin menyiku lengan Faiz yang terletak di atas meja makan. Mereka berdua saling berpandangan dan Asyzin memberi isyarat kepala sebagai tanda 'kenapa' kepada Faiz. Faiz mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu dan mereka berdua memandang Adam semula yang baru saja selesai berbual di dalam telefon. "Kenapa, Dam?" tanya Faiz. Keruh saja dia melihat w
Sebaik saja Imna memasuki bilik yang ditumpang Adam, kakinya berhenti bergerak dan berdiri bak patung cendana. Bahunya dijungkit. Bulu romanya tiba-tiba saja meremang memikirkan sesuatu yang tidak pernah dia terbayangkan dek akal fikiran sebelum ini. Adam menutup pintu dan bergerak ke belakang Imna. Sengaja dia mendekatkan wajahnya ke atas bahu Imna dan bisik sesuatu ke telinga gadis itu. "Awak fikir apa?" Imna segera menjauhkan badannya daripada Adam dan matanya memandang wajah lelaki itu dengan pandangan terkejut seolah-olah baru lepas nampak hantu. "Saya nak mandi, awak nak mandi sekali?" Senyuman nakal terpamer di wajah Adam. Ah! Sudah dibuat kerja gila pula. Mahu mengajak Imna mandi sekali, dia buang tabiat ke apa? Kecut perut Imna mendengarkan pertanyaan Adam itu. Jantungnya sudah berdegup laju mengepam darah ke seluruh badan. Jangan macam-macam Adam! Gadis itu masih terkejut dia sudah bergelar isteri, jangan ditambah dengan perkar
Selesai ujian x-ray, Aira dipanggil oleh doktor dan mereka berdiri di sebalik cermin lutsinar bilik ujian itu."Kenapa doktor?" tanya Aira. Inginkan kepastian tentang kakaknya."Apa yang saya andaikan betul. Kakak awak lumpuh di bahagian kaki."Aira terus menekup mulutnya sendiri dengan wajah tidak percaya akan apa yang doktor itu sahkan. Aira terus menoleh ke arah kakaknya yang berada di sebalik kaca itu dengan pandangan tidak dapat ditafsirkan oleh dirinya sendiri."Macam mana kakak saya boleh lumpuh? Tak ada cara untuk akak saya kembali pulih ke doktor? Kakak saya tak pernah mengalami apa-apa kecederaan pada kaki pun sebelum ni.""Apa yang boleh saya beritahu, mungkin kakak awak terlalu terkejut dengan apa yang dah berlaku. Tapi, kelumpuhan ni boleh pulih sekiranya dia cuba berlatih bergerak semula secara perlahan-lahan dan kena datang untuk jalani ujian terapi sebagainya.""Mahal ke doktor? Kami baru kehilangan ibu dan ayah, kalau