Imna dan ibunya tiba di kediaman yang bakal menjadi tempat mereka menginap entah berapa lama pun Imna tidak pasti.
"Imna turun dulu, bawa beg mama sekali. Ini kunci rumah kita, nombor 14 tingkat 2. Mama kena pergi tempat kerja dulu untuk lapor diri."
Imna hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Puan Isma. Sudah terbiasa dengan sikap workerholic ibunya itu. Apabila ditegah, ibunya berleter dan mengatakan apa yang sedang dia usahakan semuanya untuk Imna juga.
Mahu atau tidak, Imna terpaksa akur. Pintu kereta dibuka lantas dia menuruni kenderaan pacuan empat roda itu. Tanpa bicara, Puan Isma turut membantu Imna menurunkan beg pakaian.
Setelah selesai urusan, Imna segera menyalam tangan ibunya.
"Kalau lapar, pergi kedai serbaneka dekat laluan kita lalu tadi. Mama pergi dulu. Imna jaga diri," pesanan Puan Isma hanya dibalas dengan anggukan kepala sahaja.
Imna melambai perlahan ke arah kenderaan yang membawa ibunya ke jalan raya.
Keluhan berat terbit dari bibir. Kedua-dua tangan Imna segera menarik beg pakaian tersebut menuju ke lift yang sudah kelihatan dari jauh.
Setibanya Imna di hadapan lift, butang lift itu ditekan sekali lalu. Sementara menunggu pintu lift terbuka. Mata Imna sempat melilau ke sekelilingnya. Tempat itu tidaklah luas, tidaklah juga sempit. Mungkin rumah sewa yang memadai harganya untuk penyewa baru seperti keluarga kecil Puan Isma.
Beberapa saat Imna menunggu, akhirnya matanya memandang ke hadapan semula. Kerutan di dahi Imna terus timbul apabila pintu lift langsung tidak terbuka.
Sekali lagi Imna menekan dan nombor di bahagian atas pintu lift tidak bergerak.
"Hmm..." Imna mengeluh, dia terpaksa menaiki anak tangga memandangkan lift itu rosak. Pandangannya jatuh ke arah beg pakaian dia dan ibunya.
"Nasiblah badan..." omel Imna sendirian lalu menarik beg pakaiannya menuju ke anak tangga yang berada di bahagian hadapan bangunan tersebut.
Ketika Imna sedang cuba mengangkat kedua-dua beg pakaian yang dibawanya. Tiba-tiba bunyi telefon bimbit kedengaran, menandakan ada seseorang telah menghantar whatsapps kepadanya.
Imna cuba endahkan saja kerana sedang fokus dengan mengangkat beg pakaian tersebut.
Namun, banyak pula mesej yang diterima menyebabkan langkah Imna mati serta-merta.
"Siapa pula ni? Ada-ada jelah," bebel Imna sendirian lalu menyeluk beg galasnya mahu membawa keluar telefon bimbit.
Sebaik saja telefon bimbit itu digapai, tiba-tiba satu kelibat manusia datang mendekati Imna dan tangannya segera mengangkat beg pakaian yang Imna bawa tadi.
"Eh? I'm sorry mister! But this is mine..." Imna cuba menahan pergerakan lelaki yang mengangkat beg pakaiannya itu.
Lelaki itu menoleh sekilas dengan senyuman manisnya. Mata Imna segera terbelalak.
"Adam?"
"Tingkat berapa? Aku hantar mesej dekat kau, suruh kau tunggu aku. Lift tu rosak."
"Ma-macam mana kau tahu lift rosak? Kau tinggal dekat sini juga?" tanya Imna, tidak keruan.
"Ha'ah aku tinggal rumah kawan aku, rumah dia dekat tingkat dua. Rumah kau tingkat berapa?"
"Tingkat dua juga..."
"Baguslah. Dah jom..." Adam segera mengangkat kedua-dua beg pakaian Imna menuju ke tingkat dua. Sementara itu, Imna berasa sangsi dengan pertemuan kali ketiga mereka ini.
Dalam hatinya sudah berteka-teki sendiri. Adakah ini yang dinamakan takdir.
"Rumah kau nombor berapa?" Adam bertanya sebaik saja mereka tiba di tingkat dua.
Imna yang ralit mengekori langkah Adam langsung tidak perasan yang lelaki itu sudah pun berhenti melangkah.
Adam memaling ke belakang mahu melihat Imna dan tanpa sengaja, kepala Imna hampir-hampir hendak berlaga dengan dadanya.
Imna yang baru perasan akan hal itu, terus mematikan langkah dan perlahan-lahan melirik ke atas di mana Adam juga sedang merenung jarak mereka.
"Adam!" Tidak lama mereka dalam keadaan begitu, suara gadis yang mengambil Adam di airport tadi menjenggah halwa telinga mereka.
Imna segera bergerak ke tepi. Wajahnya sudah berubah blushing. Malu dengan adegan tadi.
"Rumah kita nombor 16."
Imna mengangkat wajah, terkejut mendengar ungkapan gadis itu. Pandangannya teralih ke arah Adam pula.
Wajah lelaki itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi sebaliknya hanya tersenyum dari tadi.
"Hai... Awaklah kawan yang Adam maksudkan tadi?" soal gadis itu sambil menghulurkan tangan kepada Imna.
Imna teragak-agak hendak menyambut kerana dalam fikirannya sudah banyak perkara yang terlintas. Namun, pesanan neneknya sentiasa terngiang di telinga. Orang berbuat baik, kita berbahasa. Akhirnya, tangan Imna menyambut salaman dari gadis itu.
"Saya Aisha Hana, tunang Adam."
Mendengar kenyataan itu, Imna segera memandang Adam.
"Tu-tunang?"
Aisha hanya tersenyum lalu mengangguk perlahan.
"Adam tak beritahu? Biasalah, Adam ni berahsia sikit orangnya. Dah jom, sayang..."
Lengan Adam ditarik Aisha. Imna hanya mampu menghantar mereka dengan pandangan. Nombor rumah mereka tidak terlalu jauh, selang satu baris sahaja! Imna menelan liur yang terasa berpasir.
Dia tidak menyangka, selama ini dia menyimpan perasaan terhadap lelaki yang sudah mempunyai tunang?
Rasa kecewa Imna simpan rapi, senyuman hambar dia beri ketika Adam menoleh ke arahnya.
Beg pakaian yang tadinya dipegang Adam, kini Imna tarik semula menuju ke pintu rumahnya yang bernombor 14.
Kunci pintu grill dibuka dan Imna segera meloloskan diri ke dalam rumah. Rumah yang sudah tersedia pelbagai perabot di dalamnya.
Hati yang sudah berkecamuk dan kecewa Imna cuba menepisnya dengan memilih bilik tidur yang juga sudah tersedia katil berserta dengan kelengkapan lain. Rumah barunya itu tidak jauh beza dengan rumahnya di Malaysia. Cuma yang berbezanya, Adam juga berada di situ dan rumah penginapan lelaki itu hanya berselang sebaris dengan rumahnya.
"Arghhhhh!" Imna menjerit kuat mahu melepiaskan rasa yang mengundang dalam jiwa.
"Kenapa kau buat baik dengan aku, kalau kau dah ada tunang ha? Dasar tak guna betul! Argh!"
Itulah yang Imna takutkan, rupa-rupanya memang benar selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Jadi, pertolongan yang diberikan Adam sepanjang mereka berkawan itu hanyalah disalah ertikan oleh Imna.
Dia bergerak menuju ke sofa di ruang tamu. Punggungnya melabuh kasar di atas sofa itu. Perut yang terasa lapar tadi terus hilang selera makan serta-merta. Kejutan yang dia perolehi tadi benar-benar mencengkam jiwa raga.
Akhirnya Imna meraup wajah sendiri, tidak dapat menerima kenyataan pahit tadi.
---
Pintu rumah ditutup perlahan, Adam hanya merenung raut wajah Aisha Hana yang sedang menuju ke ruang tamu rumah.
"Kenapa awak cakap macam tu dekat dia?"
"Kenapa pula awak nak tanya?"
"Look Aisha, kita dah janji takkan hebohkan perkara ni? Kenapa awak sesuka hati beritahu orang tentang status kita?"
"Kenapa juga awak nak berahsia sangat dengan dia?"
"Tak, saya bukan nak berahsia dengan dia. Tapi, saya keep our promise Aisha..."
"Tapi awak memang tunang saya, takkan saya nak tipu perkara betul."
"Dan siapa cakap, bila dah bertunang kita kena hebohkan perkara tu?"
"Jadi, awak nak kata yang kita akan putus macam tu?"
"Tak Aisha... I'm not talking like that, but please. We keep our promise and don't you ever tell anyone about us anymore until that day coming to us."
"Okey Adam, bawa bertenang." Aisha kembali semula mendekati Adam yang masih berdiri di muka pintu.
Perlahan-lahan dia cuba menyentuh wajah lelaki itu.
"I love you... so i'm being jealous when I saw what happend to you two just now, right infront of my eyes."
Tubuh Adam dipeluk erat lalu wajah Aisha menyembam ke dada lelaki itu.
Adam pula hanya mendiamkan diri, tidak memberi sebarang tindak balas atas pelukan yang diterima.
Dia tersepit, dia sudah berjanji dan dia juga telah membuka pintu hati. Namun, apa yang diingini tidak selalu menjadi miliknya yang hakiki.
"I'm sorry Aisha..."
Akhirnya, pelukan Aisha dibalas Adam. Aisha hanya tersenyum mendengar permohonan maaf itu, tetapi jauh di sudut hatinya. Dia berasa terancam dengan gadis yang baru dia temui tadi.
Adam tidak pernah memarahinya atau bersikap kasar dengannya. Kehadiran gadis itu telah memberi satu perubahan dalam diri Adam. Aisha perlu mencari tahu, siapakah gadis yang baru dia temui tadi. Dia nekad mahu mengetahuinya.
Imna terjaga dari lena. Keadaan rumahnya sungguh gelap gelita. Dia terlena sehingga ke malam di atas sofa di ruang tamu. Mata yang terasa kabur dipisat perlahan, perlahan-lahan Imna bangun dari sofa untuk mencari suis lampu. Tanpa dapat melihat dengan jelas, kakinya terlanggar bucu meja kecil di hadapan sofa. "Aaaa..." Terlompat-lompat dia menahan sakit di bahagian ibu jari kaki. "Aduh..." Akhirnya, Imna segera bergerak untuk membuka suis lampu. Setelah itu, dia mengusutkan rambutnya yang semakin serabai. Tiba-tiba bunyi perutnya kedengaran di halwa telinga. Baru Imna perasan, sejak turun dari pesawat tadi dia langsung tidak menjamah sebarang makanan dan hanya meneguk air masak yang dibawa bersama. Tanpa menunggu lama, dia segera mengapai kunci rumah semula dan bergerak keluar dari rumah. Setelah menutup pintu, langkahnya segera menuju ke anak tangga untuk pergi ke kedai serbaneka yan
Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, sejak tadi Adam tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya asyik terbayangkan wajah Imna yang terkejut mendengar pengakuan Aisha petang tadi."Aish!" Adam segera bangun dari pembaringan. Bilik kecil yang disediakan khas untuk dirinya itu dilihat dengan reaksi kosong. Tidur beralaskan toto, itu sudah menjadi kebiasaan. Namun, entah mengapa terlalu sukar dia hendak melelapkan mata.Adam tidak betah berasa tidak keruan begitu, akhirnya dia bangun dari duduk menuju ke pintu. Ruang dapur menjadi tempat arah tujuannya. Tiba-tiba tekaknya terasa haus.Peti sejuk dibuka perlahan untuk mencari apa-apa air yang sudah tersedia. Juice apple yang dibuat oleh Aisha ketika mereka dinner tadi masih ada bakinya.Tanpa menunggu lama, Adam terus mengambil jag air jus itu dan tangan kiri pula mengapai gelas di dalam kabinet. Selesai air itu dituang, Adam segera meneguknya d
Matanya tercelik, entah sejak bila dia tertidur pun dia tidak tahu. Kedengaran bunyi deringan jam di telefon bimbit menusuk ke halwa telinga.Dia menarik telefon bimbit dan dilihat sekilas lalu jam di telefon itu. Pukul 6 pagi dan Imna meraup wajahnya sendiri. Jika jam telefonnya pukul 6 pagi, jam di Korea Selatan sudah pukul 7 pagi.Kepala Imna menoleh ke kiri dan ke kanan. Kaki segera menjejak lantai mahu melihat kelibat Puan Isma di biliknya."Mama..." Sebaik saja pintu dibuka suara Imna mati serta-merta. Ibunya tiada di bilik."Mama?" panggil Imna lagi. Rasa resah mula menyelebungi diri apabila kelibat Puan Isma tiada di mana-mana.Rambut yang sudah sedia serabut Imna serabutkan lagi kerana tidak betah dengan perasaan yang sedang melanda jiwa.Tiba-tiba mata Imna tertancap ke arah pintu rumah mereka. Satu nota kecil melekat di belakang pintu. Tanpa menunggu lama, Imna
"Akak! Cepatlah, lambat pula dia ni. Lambat nanti temu janji dengan doktor." Aira merungut sambil menjeling jam di tangan.Dari tadi dia menunggu Aisha tak siap-siap. Awal pagi lagi kedua ibu bapa mereka sudah keluar bekerja. Tinggallah mereka bertiga di rumah dan sekarang Adam pun sudah keluar, maka tinggallah mereka berdua yang juga hendak keluar bertemu doktor."Akak!" Sergahan Aira di muka pintu bilik Aisha mengejutkan gadis itu. Kepala Aisha segera menoleh."Lah? Apasal tak siap lagi ni? Dah pukul berapa ni?" Aira merungut lagi. Dia benci betul kalau kakaknya sengaja buat-buat lambat, nanti dia juga dimarahi ibu bapa mereka.Aisha tidak menjawab sebaliknya terus mengeringkan rambut yang tergendala akibat mengelamun sekejap tadi.Aira menyandar tubuh ke pintu bilik sambil kedua-dua tangan melipat ke dada."Kau kenapa ni kak? Demam ke?" Aira merenung wajah masam Aisha.
Adam turun dari teksi selepas membayar tambang. Setelah kakinya menjejak tanah. Dia mencari tempat untuk berselindung. Takut jikalau Imna perasan dia sedang mengekori gadis itu.Sebuah dinding bangunan yang agak terlindung dari tempat Imna sedang menuruni kereta menjadi tempat Adam memerhati. Wajah lelaki yang bersama Imna itu masih tidak dapat dilihat dengan jelas."Siapa kau ni?" tanya Adam sendirian. Hatinya kuat mengatakan, akan ada sesuatu yang bakal terjadi.Melihat dari jauh pengawal peribadi penuh mengelilingi Imna dan lelaki itu membuat Adam semakin tidak tenang.Setelah kelibat Imna dan lelaki itu menghilang memasuki sebuah bangunan. Adam segera keluar dari tempat persembunyian dan bergerak ke hadapan pintu bangunan tersebut.Kepalanya mendongak mahu melihat perkataan yang tertera di atas bangunan itu."Hotel?" Terkejut yang teramat, langkahnya laju meredah masuk
Seketika Adam merenung suit yang tersarung kemas di badan. Juru dandan pengantin sedang menyikat rambut Adam seolah-olah dia juga merupakan salah seorang pengantin pada hari itu.Sedang ralit dia melihat dirinya di dalam cermin. Pintu bilik diketuk beberapa kali dan seorang lelaki yang tidak dikenali melangkah masuk."Akhirnya, muncul juga tuan muda!" kata juru dandan.Lelaki itu mengukir senyum."Baju tuan muda dah ada dekat situ, warna hitam tu." Usai berkata, tangannya kembali fokus kepada rambut Adam.Wooyoung pula laju mengapai pakaian yang telah disediakan oleh kakaknya. Tanpa menunggu lama, dia segera melangkah masuk ke dalam bilik kecil untuk menyalin pakaian."Okey, siap..."Adam hanya mengangguk sebagai tanda terima kasih kepada juru dandan itu."Encik ni kawan Tuan Muda Jeon ya?"Sekali lagi Adam mengangguk.
Sebaik saja matanya tertancap wajah di dalam kaca televisyen. Beg tangan terus digapai dan langkahnya laju meninggalkan ruangan lobi hospital.Hatinya benar-benar terkejut dengan apa yang baru menyapa mata. Nafasnya tercugap-cugap menahan pelbagai rasa. Lelaki itu, adalah lelaki yang amat dicintainya! Melihat lelaki itu bersama wanita lain, dia benar-benar tidak dapat membendung rasa cemburu yang meluap.Sementara itu, Aira Hani sedang berada di dalam bilik doktor. Usai rawatan susulan diberikan, dia diajak berbual oleh doktor yang merawat. Aisha terpaksa menunggu di luar seketika sehingga adiknya selesai berbicara."Macam mana doktor?""Hmm... saya rasa macam ada ralat sikit kali ni.""Apa maksud doktor? Ralat apa tu?""Saya nak tanya, dalam dua tiga hari ni kakak awak ada berasa stress ke?"Aira mendongak ke atas, cuba mencari jawapan yang tepat
Mata Imna terbuntang. Serasa nafas Adam sedang menampar wajahnya. Mata lelaki itu terpejam rapat, Imna tidak keruan. Tangannya laju menolak dada Adam agar menjauhinya.Mata lelaki itu turut terbuka luas. Bibir diketap rapat. Kening bertaut. Jelas di matanya, wajah Imna berubah merah.Pak!Kepala Adam terteleng ke tepi. Adam akur, memang selayaknya dia mendapat tamparan daripada gadis itu. Apa yang dia lakukan tadi tersangatlah besar silapnya."How dare you!" Imna melaung sekuat hati, lantas menjeling Adam sebelum bergerak mahu meninggalkan kedua-dua lelaki itu di situ."Aera-shi!" Wooyoung cuba menahan dengan meraih tangan Imna, namun Imna tidak betah berlama di situ. Tangan Wooyoung ditepis kasar."I'm sorry Wooyoung! This thing shouldn't be like this. I'm sorry." Imna terus berlari meninggalkan taman mini."Aera!"Adan
Enam bulan kemudian,Semua perkara yang melibatkan Khalil telah pun di selesaikan oleh pihak polis Korea Selatan dan juga Malaysia. Visa Khalil akan di senarai hitamkan oleh pihak antarabangsa Korea Selatan, ini bermaksud lelaki itu tidak dapat masuk ke Korea Selatan dalam tempoh yang ditetapkan oleh duta Korea Selatan-Malaysia.Wookyung dan juga Jungkook? Mereka turut dipenjarakan atas kesalahan berpakat dan membunuh Amina dan juga Rashid. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara kepada Wookyung selama tiga tahun memandangkan dia sedang mengandung, manakala Jungkook pula lima tahun gara-gara dia adalah si pelaku sehingga menyebabkan pembunuhan itu berlaku.Sepanjang tempoh enam bulan berlalu, terlalu banyak perkara yang berubah di dalam kehidupan Imna dan
Kereta dipandu selaju yang mungkin tanpa pedulikan keadaan lalu lintas yang agak sibuk di pagi hari. Dalam keadaan memandu seperti orang gila. Wooyoung terimbas kembali kata-kata kakaknya berkaitan dengan bukti siapa yang terlibat secara langsung dalam kejadian kemalangan itu dan meminta dia mencari bukti tersebut di dalam almari pakaian kakaknya di rumah.Disebabkan itu, Wooyoung segera meninggalkan hospital dan bergegas menuju ke rumah kakak dan abang iparnya untuk mencari bukti yang dimaksudkan itu. Keadaan semakin genting apabila mengetahui kisah sebenar yang membuatkan Wooyoung tidak dapat duduk tenang.Setibanya dia di hadapan laman rumah Wookyung. Brek tangan segera ditarik lantas tali pinggang keledar dibuka. Dia terus keluar dari kereta selepas membuka pintu. Rumah kakaknya dipandang penuh tanda tanya. Bagaimana kakaknya boleh tinggal bersama seorang pembunuh?Gerak langkah dibuka mendekati pintu rumah. Nombor pin di bahagian pengunci pintu cuba ditekan
Pintu cuba ditutup serapat yang boleh selepas berjaya mengecam wajah lelaki di hadapannya. Belum sempat pintu hendak tertutup tangannya diraih kasih sehingga mendorong dia ke belakang.“Argh!” Jeritan Imna kedengaran halus di telinga Adam dan Aisha. Kedua-dua mereka segera meninggalkan ruang makan menuju ke pintu utama. Kelibat Imna tiada di pintu dan Adam pantas menarik semula daun pintu.“Lepaskan aku!” Imna meronta-ronta sambil menolak-nolak tangan lelaki yang sedang mencengkam lehernya sehingga dia terpaksa berundur ke dinding di koridor rumah.“Imna!” Adam turut menjerit selepas melihat situasi yang tidak disangka-sangka itu berlaku di hadapan mata. Imna masih menolak-nolak tangan lelaki yang cuba menyerang dia. “Kau siapa!” Belakang lelaki itu ditarik dan dihumban ke tepi. Tangan Imna diraih dan menyuruh gadis itu berdiri di belakangnya.Lelaki yang terjatuh ke lantai tadi tidak mahu mengalah begitu sa
Kereta dipandu selaju yang mungkin. Dia mahu mengejar teksi yang dinaiki oleh pasangan suami isteri itu! dia tidak kira, apa akan terjadi nanti. Jadilah! Dia sudah hilang sabar dengan sikap mereka. Kali ini, akan dia habisi mereka tidak kira dengan cara apa sekalipun.Walaupun begitu, teksi yang dinaiki oleh Rashid dan Amina tiba-tiba dilanggar dari arah tepi di persimpangan trafik. Wookyung menekan brek kereta secara mengejut sambil memejam mata. Mujur dia sempat brek, jika tidak keretanya juga akan turut sama berlaga dengan teksi yang baru saja dilanggar tadi.“Argh!” Dia menjerit sekuat hati menahan rasa takut dan terkejut dalam waktu yang sama. Perlahan-lahan dia membuka mata dan dia melihat ke arah kereta yang melanggar teksi tersebut. Keluar seorang lelaki berpakaian serba hitam. Dari alis mata lela
“Macam mana keadaan Wookyung?” Jungkook yang berada di luar wad kecemasan bertanya kepada adik iparnya. Sejak tadi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam oleh Wooyoung gara-gara tidak mahu emosi kakaknya semakin teruk.“Dah okey sikit. Doktor cakap dia mengalami tekanan yang agak teruk. Jadi doktor minta dia duduk di wad sehari dua nak pantau kandungan sekaliJungkook meraup wajahnya sambil labuhkan diri perlahan-lahan di bangku menunggu. Agak berat ujian yang dia peroleh ketika ini. Situasi yang berlaku sekarang sudah tidak sama seperti awal-awal perkahwinan mereka dahulu, bahkan isterinya seolah-olah mahu mengelak daripada bertemu dengan dia. Bukan itu saja, setiap apa yang dia bicarakan pasti akan dibalas dengan tengkingan, tolakan, dan pelbagai lagi aksi yang tidak menyenangkan hati seorang suami. Entah di mana silap dia sebagai seorang suami pun dia tidak tahu. Keluhan berat dilepaskan perlahan sambil mengurut dahi yang terasa berdenyut-denyut.
Sudah beberapa malam Imna tidak dapat melenakan diri, bahkan hari ini juga sama. Mungkin dia sudah tertidur di ruang tamu ketika pulang dari hospital bersama Aisha. Jadi, matanya agak sukar untuk lelap pada waktu malam. Dia diberi tumpang tidur di dalam bilik Aira, walaupun dia bebas untuk tidur pelbagai reaksi masih juga dia tidak dapat memejamkan mata. Rambut dikusutkan selepas dia bangun dari baring. Kepalanya menoleh dari kanan ke kiri. Bilik adik Aisha ini sungguh ringkas dan estetik. Warna perabot, katil, meja solek semuanya minimalis. Tidak seperti biliknya yang lebih suka warna-warna ceria. Selimut ditolak ke tepi dan kaki diturunkan dari katil. Perlahan-lahan dia bergerak ke pintu dan membukanya untuk keluar dari bilik. Ruangan dapur menjadi arah tujuan, dia mahu meminum sedikit air bagi membasahkan tekak yang terasa kering. Dalam ralit dia sedang mengapai gelas di bahagian kabinet tiba-tiba pinggangnya dipaut perlahan. Hampir terlepas gelas di tangan gara-g
Loceng yang berbunyi menandakan salah seorang ahli keluarganya sudah pulang. Melihat jam sudah menunjuk pukul 8:00 pagi, laju Aisha menolak kerusi rodanya ke pintu. Mengapa harus menekan loceng dan mengetuk walhal masing-masing sudah ada kunci pendua. Bunyi ketukan diselangi bunyi loceng semakin deras buat Aisha risau sendiri. Takut-takut bukan Adam mahupun Aira yang pulang ke rumah selewat ini.“Siapa?” tanya Aisha. Namun tiada sebarang jawapan yang diperoleh. Aisha segera berundur ke belakang dan dia cuba memaksa kakinya untuk berdiri sedikit demi sedikit bagi dapat melihat orang itu di luar rumah.Tidak sampai beberapa minit, kakinya jatuh terduduk semula di atas kerusi menyebabkan dia berasa nyeri di bahagian paha. “Siapa?” soal Aisha lagi. Seboleh-bolehnya dia mahu ketahui siapakah orang yang begitu asyik menekan loceng sehingga bergema bunyi itu di dalam rumah.Setelah ditanya untuk kali kedua, masih juga tiada jawapan dan bunyi loc
Sebaik saja mereka tiba di hadapan apartmen, Imna terus menghulur wang tambang kepada pemandu teksi. Dia tidak mahu Aisha menghulur wang lagi untuk membayar bagi pihaknya. Lagipun, dia menerima nasihat Wooyoung agar tidak pergi ke kelas petang ini. Kalau tidak makin bertambah gosip dibuatnya. Sudahlah dia memang agak glamor sejak-sejak pulang dari Malaysia.“Doktor kata saya ada potensi untuk berjalan semula. Saya rasa tak sabar nak berjalan balik, rindu nak bergerak bebas macam dulu.” Aisha bersuara riang ketika mereka sedang menunggu pintu lif terbuka.“Baguslah. Nanti kalau awak dah sihat mesti banyak perkara yang awak nak buat.” Imna cuba mengukir senyuman. Kali ini, hatinya menebak seandainya Aisha kembali pulih adakah Adam akan beritahu tentang status diri dia yang sebenarnya kepada Aisha? Walaupun wajah Aisha ceria dengan berita yang dia peroleh, Imna pula berasa sedih. Risau jika dia terpaksa memakan hati berulam jantung gara-gara berkon
"Jungkook?" Adam berdiri tegak menghadap lelaki yang sangat dia kenali itu. Jungkook pula tersenyum mesra melihat Adam yang terkejut melihat dirinya saat ini seolah-olah macam nampak hantu."Ya? Tuan Kim Tae Jin." Sengaja Jungkook balas begitu, kononnya mahu bergurau dengan sahabat lama."Apa Tuan Jeon buat dekat sini? Bukan ke Tuan Jeon masih bercuti?" Wan segera menyampuk sebelum Jungkook atau Adam bertegang urat."Saya dapat tahu yang awak ada ambil pekerja menggantikan pekerja yang baru meninggal beberapa minggu lepas. Jadi, saya datanglah untuk lihat sendiri. Tak sangka yang awak ambil ini sahabat saya."Jungkook menghulur tangan kepada Adam. Mereka berlaga bahu sebelum Jungkook menepuk perlahan bahu sahabatnya itu.Wan pula tergamam tidak terkata hendaknya. Dia tidak tahu yang Adam dan Jungkook adalah sahabat karib. Jika dia tahu, tidaklah dia bereaksi seperti orang nampak hantu."Kau apa khabar? Tak sangka kecil aje dunia ni." Jungkoo