Perasaan gembira disulami gundah-gulana seringkali menyerang sudut hati Imna Safira. Sejak tadi, dia membelek resepi masakan di internet dan juga youtube. Masih juga tidak menemui masakan yang dia ingin dia hidangkan untuk suaminya.
"Makanan favorite dia apa eh? Takkan aku nak kena mesej pula tanya? Ish! Tak naklah, seganla aku." Kepala digeleng perlahan lantas menaip semula aksara di ruangan carian."Ayam butter?" Tangan kanan bermain dengan bibir sendiri sambil tangan kiri menyeret artikel resepi di skrin telefon."Fuh... mana nak cari daun kari woi dekat Korea ni?" omel Imna lagi. Entah bila dia hendak mulakam masakan pun dia sendiri tidak tahu. Jarum jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Masuk saja pukul enam langit mulai berubah malap. Kalau waktu itu, dia masih belum siapkan hidangan makan malam. Nanti kena perli pula dengan suaminya yang konon tadinya, dia berlagak sangat suruh tengok tangan."Masak jelah, tak sedap jangan salahkan aku." Akhirnya, dia mengaAisha berdiri di tengah-tengah jalan raya yang kini sedang berlakunya kesesakkan lalu lintas akibat kemalangan. Pandangannya menoleh ke kiri dan kanan dalam keadaan resah gelisah. Dia benar-benar takut di saat, ramai orang berpusu-pusu berlari sehingga terlanggar tubuhnya."Argh!" Kakinya terasa lemah lantas terjatuh ke atas jalan tar. Nafasnya tercungap-cungap sendiri. Habis juga badannya menggigil hebat. Dia berada di mana ketika ini pun dia tidak tahu! Apa yang dia pasti, dia berada di dalam masjid untuk merehatkan diri selepas selesai menunaikan solat magrib tadi. Jadi, bagaimana pula dia boleh tiba-tiba berada di tengah jalan raya ini? Persoaan demi persoalan timbul di benak fikirannya yang semakin kusut dan serabut dengan pelbagai andaian menerjah mindanya.Bam!Bahu Aisha bergetar selepas terdengar bunyi sesuatu mendentum di bahagian hadapan sana. Perlahan-lahan dia cuba gagahkan diri untuk bangun semula dan bergerak mengikut arus kesemua manusia sedang berjalan ke hadapan.Saa
Wooyoung bergegas masuk ke dalam wad selepas sekian lama meninggalkan abang ipar dan kakaknya di hospital itu."Ha? Ke mana kau pergi? Lama aku tunggu tau tak?" Jungkook terkejut melihat adik iparnya itu baru muncul semula di hadapan mata."Nunaa macam mana? Dah okey?" tanya Wooyoung tanpa nenjawab soalan Jungkook tadi. Dia malas hendak beritahu perkara yang sudah dia lakukan. Itu namanya stalker, tak memasal dia pergi siasat pula ke mana Adam pergi.Jungkook menoleh sekilas ke arah katil pesakit yang di mana Wookyung sedang terbaring lemah di atasnya. Nafas berat dilepaskan sebelum dia memejam mata dan menunduk ke bawah."Tadi dia meracau, aku pun tak tahulah apa kena dengan kakak kau sebenarnya. Puas juga aku pujuk, doktor pujuk, nurse pujuk juga tadi. Last-last, dorang terpaksa bagi ubat penenang. Itu yang tidur tu, kalau tidak bingit juga telinga dengar dia macam kena sampuk dek hantu." Panjang lebar Jungkook beritahu perkara yang terjadi sementara Wooyoung keluar entah ke mana ta
Selesai makan malam, Imna segera bangun dari kerusi hendak mengemas meja makan. Belum sempat tangannya hendak mengapai pinggan mangkuk. Tangan Adam terlebih dahulu menggenggam pengelangan tangannya."Biar saya yang buat," ujar Adam."Buat apa?" Kening Imna bertaut. Saat itu, tanpa segan silu Adam bangun dan terus menguncup bibir Imna sekilas lalu. Tergamam Imna dibuatnya. Makin berani lelaki itu melakukan aksi curi begitu."Kemas semua, sekali dengan nasi yang terlekat dekat bibir awak tadi." Selamba saja Adam berbicara tanpa memandang wajah merah tomato Imna. Pantas juga dia melepaskan tangan gadis itu dan mengapai pinggan mangkuk di atas meja."Pergilah rehat." Adam menjuih bibir ke arah sofa. Menyuruh gadis itu berehat dan tidak perlu membantunya di dapur."Takkan awak nak kemas sendiri? Awak kan lagi penat ke sana sini urus macam-macam hal hari ni?" Imna tidak mahu dianggap pemalas walaupun hanya mereka berdua di rumah dan Adam sendiri yang menyuruh dia berehat. Walhal dia tidakla
"Assalamualaikum..." Teguran daripada seorang gadis itu membuatkan Aisha dan Aira mendongak mahu memandang siapa gerangan si penegur."Boleh saya duduk?" tanya gadis itu. Penuh sopan dan senyuman lembut terukir di bibirnya."Silakan..." Aira mengangguk memberi keizinan. Mereka saling berbalas senyuman."Boleh saya tahu... ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya gadis itu lagi sebaik saja dia melabuhkan punggung di hadapan kedua-dua beradik itu.Aira tersenyum segan, mungkin kakaknya menangis teruk tadi telah mendapat perhatian gadis itu. Maka dengan itu, dia datang dan bertegur sapa dengan mereka."Sebelum tu, nama saya Fatimah." Gadis itu menghulurkan tangan sebagai tanda salam perkenalan mereka."Saya Aira... ini kakak saya, Aisha." Pandangan Aira melirik sekilas ke arah kakaknya ketika tangan bersalaman dengan Fatimah."Oh, maaf saya bertanya. Awak berdua ada masalah ke? Sebab dari habis solat isyak tadi, saya perasan yang awak berdua macam ditimpa sesuatu. Kalau ada apa-apa yang
Telefon dicampak ke atas meja selepas panggilan ditamatkan. Serabut kepala selepas mendapat arahan daripada orang yang selalu berurusan dengan dia berkait dengan kerja-kerja kedoktoran."Siapa?" Seseorang bertanya sambil melangkah masuk ke dalam makmal tempat kerja haram yang selalu mereka gunakan untuk membuat pembedahan dan sebagainya."Jungkook." Sepatah saja dia menjawab."Kenapa?""Minta buat ujian DNA Wookyung."Gadis yang baru masuk ke dalam makmal itu menoleh dengan kerutan di dahi."Tiba-tiba?" Gadis itu mula menyoal."Entahlah. Siap-siap pergi Hospital Heesung, Wookyung ada dekat sana." Dia bingkas bangun dari kerusi lantas membetulkan segala pakaiannya sebelum dia bergerak keluar. Tidak lupa juga telefon bimbit yang dicampak ke atas meja tadi pun turut digapai."Hm." Gadis itu hanya mengumam perlahan sebelum dia menyarungkan jaket doktor yang tertulis Doktor Kim Yeon. Pantas dia turut keluar dari makmal tersebut untuk mengikuti langkah si lelaki di hadapan.Sementara itu, J
Bunyi azan berkumandang menandakan waktu subuh telah pun menjengah alam semester. Sejak malam tadi, Aisha dan Aira duduk di dalam Masjid Itaewon. Aisha sendiri yang tidak mahu pulang ke rumah gara-gara risau mendapat bayangan kedua-dua mama dan babanya. Dia tidak mahu mereka kenangan mereka meruntun hati tatkala masih bersedih dengan pemergian mereka."Kak?" Aira baru saja bangun dari lena sambil mengeliat sedikit badannya. Walaupun tidak selesa tetap juga dia mahu merehatkan tubuh supaya cergas kembali.Aisha menyahut perlahan. Sejak dia mengigau malam tadi, memang dia langsung tak boleh nak melelapkan mata. Sesaat dia pejam mata, bayangan Encik Rashid dan Puan Amina menyapa pandangan. Keadaan mereka yang sungguh mengerikan berlegar-legar di ruangan minda. Sungguh! Aisha takut hendak tidur jika mimpi ngeri itu berulang kembali."Kau tak tidur ke kak?" tanya Aira. Melihat wajah Aisha yang seakan kurang tidur sengaja dia bertanya walaupun dia tahu saja kakaknya t
Pintu wad ditarik. Perlahan-lahan Jungkook melangkah masuk ke dalam. Di tangannya terdapat dua bungkus sandwish yang dibeli ketika dalam perjalanan ke hospital itu. Malam tadi selepas pulang bertemu dengan penyiasat upahannya. Dia mendapat telefon daripada Dr. Jonny, lelaki yang dia arahkan untuk mendapatkan sampel darah Wookyung bagi membolehkan Jonny melakukan ujian DNA. Jonny beritahu, Wooyoung masih setia berada di sisi kakaknya jadi situasi dia dan Kim Yeon agak sukar untuk menerobos masuk ke dalam bilik wad. Pada waktu yang sama juga, Jungkook membatalkan arahan yang diberikan sebelum itu dan menyuruh Jonny serta Kim Yeon mundur. Dia perlu tahu dapatkan kepastian yang lebih jelas tentang rahsia Wookyung barulah dia boleh melakukan ujian DNA itu untuk mengesahkan zuriat yang dikandung isterinya itu. Mahu atau tidak Jonny dan Kim Yeon terpaksa berundur. Misi mereka itu dibatalkan dan mereka akan menunggu arahan baru. Sementara menunggu, aktiviti kerja haram mereka
Telefon bimbit yang berada di tangan Adam segera Imna rampas. Jelingan maut dilemparkan kepada lelaki itu sebelum dia memeriksa data panggilan yang ada. "Wooyoung? Kenapa dia telefon saya? Dia nak apa?" Pandangan Imna memandang tepat ke anak mata Adam. Dia tidak tahu mengapa Adam harus mengangkat panggilan itu, sengaja mahu membuatkan mereka kantoi lebih awal atau apa? "Tak tahu." Adam mengangkat bahu sambil melarikan pandangannya. Bibirnya dikemam tatkala tangan masuk ke dalam poket seluar. Imna hanya memandang Adam dengan kerutan di dahi. Saat itu, Adam berdiri dan cuba mendekat dengan Imna. Tidak semena-mena punggung gadis itu terhenyak di atas katil pula kerana terkejut dengan kelakuan Adam. Bahkan, Adam sengaja mengunci pergerakkan Imna dengan meletakkan kedua-dua tangannya ke sisi Imna. "Cepat siap, saya hantar awak pergi kolej. Ke awak nak bercuti lagi dan dapat layanan istimewa daripada suami awak yang kacak ni?" Sungguh lembut dan romantis suara Ada