"Assalamualaikum..." Teguran daripada seorang gadis itu membuatkan Aisha dan Aira mendongak mahu memandang siapa gerangan si penegur."Boleh saya duduk?" tanya gadis itu. Penuh sopan dan senyuman lembut terukir di bibirnya."Silakan..." Aira mengangguk memberi keizinan. Mereka saling berbalas senyuman."Boleh saya tahu... ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya gadis itu lagi sebaik saja dia melabuhkan punggung di hadapan kedua-dua beradik itu.Aira tersenyum segan, mungkin kakaknya menangis teruk tadi telah mendapat perhatian gadis itu. Maka dengan itu, dia datang dan bertegur sapa dengan mereka."Sebelum tu, nama saya Fatimah." Gadis itu menghulurkan tangan sebagai tanda salam perkenalan mereka."Saya Aira... ini kakak saya, Aisha." Pandangan Aira melirik sekilas ke arah kakaknya ketika tangan bersalaman dengan Fatimah."Oh, maaf saya bertanya. Awak berdua ada masalah ke? Sebab dari habis solat isyak tadi, saya perasan yang awak berdua macam ditimpa sesuatu. Kalau ada apa-apa yang
Telefon dicampak ke atas meja selepas panggilan ditamatkan. Serabut kepala selepas mendapat arahan daripada orang yang selalu berurusan dengan dia berkait dengan kerja-kerja kedoktoran."Siapa?" Seseorang bertanya sambil melangkah masuk ke dalam makmal tempat kerja haram yang selalu mereka gunakan untuk membuat pembedahan dan sebagainya."Jungkook." Sepatah saja dia menjawab."Kenapa?""Minta buat ujian DNA Wookyung."Gadis yang baru masuk ke dalam makmal itu menoleh dengan kerutan di dahi."Tiba-tiba?" Gadis itu mula menyoal."Entahlah. Siap-siap pergi Hospital Heesung, Wookyung ada dekat sana." Dia bingkas bangun dari kerusi lantas membetulkan segala pakaiannya sebelum dia bergerak keluar. Tidak lupa juga telefon bimbit yang dicampak ke atas meja tadi pun turut digapai."Hm." Gadis itu hanya mengumam perlahan sebelum dia menyarungkan jaket doktor yang tertulis Doktor Kim Yeon. Pantas dia turut keluar dari makmal tersebut untuk mengikuti langkah si lelaki di hadapan.Sementara itu, J
Bunyi azan berkumandang menandakan waktu subuh telah pun menjengah alam semester. Sejak malam tadi, Aisha dan Aira duduk di dalam Masjid Itaewon. Aisha sendiri yang tidak mahu pulang ke rumah gara-gara risau mendapat bayangan kedua-dua mama dan babanya. Dia tidak mahu mereka kenangan mereka meruntun hati tatkala masih bersedih dengan pemergian mereka."Kak?" Aira baru saja bangun dari lena sambil mengeliat sedikit badannya. Walaupun tidak selesa tetap juga dia mahu merehatkan tubuh supaya cergas kembali.Aisha menyahut perlahan. Sejak dia mengigau malam tadi, memang dia langsung tak boleh nak melelapkan mata. Sesaat dia pejam mata, bayangan Encik Rashid dan Puan Amina menyapa pandangan. Keadaan mereka yang sungguh mengerikan berlegar-legar di ruangan minda. Sungguh! Aisha takut hendak tidur jika mimpi ngeri itu berulang kembali."Kau tak tidur ke kak?" tanya Aira. Melihat wajah Aisha yang seakan kurang tidur sengaja dia bertanya walaupun dia tahu saja kakaknya t
Pintu wad ditarik. Perlahan-lahan Jungkook melangkah masuk ke dalam. Di tangannya terdapat dua bungkus sandwish yang dibeli ketika dalam perjalanan ke hospital itu. Malam tadi selepas pulang bertemu dengan penyiasat upahannya. Dia mendapat telefon daripada Dr. Jonny, lelaki yang dia arahkan untuk mendapatkan sampel darah Wookyung bagi membolehkan Jonny melakukan ujian DNA. Jonny beritahu, Wooyoung masih setia berada di sisi kakaknya jadi situasi dia dan Kim Yeon agak sukar untuk menerobos masuk ke dalam bilik wad. Pada waktu yang sama juga, Jungkook membatalkan arahan yang diberikan sebelum itu dan menyuruh Jonny serta Kim Yeon mundur. Dia perlu tahu dapatkan kepastian yang lebih jelas tentang rahsia Wookyung barulah dia boleh melakukan ujian DNA itu untuk mengesahkan zuriat yang dikandung isterinya itu. Mahu atau tidak Jonny dan Kim Yeon terpaksa berundur. Misi mereka itu dibatalkan dan mereka akan menunggu arahan baru. Sementara menunggu, aktiviti kerja haram mereka
Telefon bimbit yang berada di tangan Adam segera Imna rampas. Jelingan maut dilemparkan kepada lelaki itu sebelum dia memeriksa data panggilan yang ada. "Wooyoung? Kenapa dia telefon saya? Dia nak apa?" Pandangan Imna memandang tepat ke anak mata Adam. Dia tidak tahu mengapa Adam harus mengangkat panggilan itu, sengaja mahu membuatkan mereka kantoi lebih awal atau apa? "Tak tahu." Adam mengangkat bahu sambil melarikan pandangannya. Bibirnya dikemam tatkala tangan masuk ke dalam poket seluar. Imna hanya memandang Adam dengan kerutan di dahi. Saat itu, Adam berdiri dan cuba mendekat dengan Imna. Tidak semena-mena punggung gadis itu terhenyak di atas katil pula kerana terkejut dengan kelakuan Adam. Bahkan, Adam sengaja mengunci pergerakkan Imna dengan meletakkan kedua-dua tangannya ke sisi Imna. "Cepat siap, saya hantar awak pergi kolej. Ke awak nak bercuti lagi dan dapat layanan istimewa daripada suami awak yang kacak ni?" Sungguh lembut dan romantis suara Ada
PINTU dibuka, Adam bergerak keluar dari rumah selepas selesai menyarung selipar sandalnya. Saat itu, Imna turut bergegas keluar sebelum mengunci pintu. Mereka langsung tidak perasan akan kelibat dua orang manusia yang baru saja keluar dari lif sedang terkebil-kebil mememandang mereka. "Abang Adam?" panggil Aira. Agaknya, kelibat mereka berdua memang tidak wujud di sebalik kemesraan dua orang pasangan sejoli itu. Sesaat kemudian, Adam dan Imna sama-sama menoleh. Masing-masing cuba mengawal perasaan terkejut yang menghambat hati. Terkejut besar melihat Aira sedang menolak kerusi roda Aisha mendekati mereka berdua. "Abang buat apa dekat rumah Kak Imna?" tanya Aira. Pura-pura tidak melihat kemesraan Adam dan Imna sebentar tadi. Aisha pula tidak berkata apa-apa sebaliknya mengukir senyuman pucat memandang tunangnya yang cuba mencari alasan. "Saya panggil Adam tadi, minta tolong tengokkan pintu grill ni. Macam ada yang tak kena bila nak kunci dengan manga jadi susah na
Pintu dibuka seluas alam sebelum pandangannya menoleh ke belakang mahu melihat wajah si isteri yang masih bungkam tidak ceria seperti dahulu. "Jomlah masuk..." Ajakannya menghentikan lamunan Wookyung yang sejak tadi termenung. Entah apa yang dia fikirkan pun tidak Jungkook tahu. "Are you okey my dear?" soal Jungkook. Risau juga dia melihat reaksi terpinga-pinga si isteri. "Okey." Sepatah saja balasan daripada Wookyung. Perlahan-lahan dia membuka langkah memasuki ruang tamu. Segala beg pakaiannya telah diuruskan oleh Jungkook, jadi dia masuk ke dalam rumah hanya membawa badan dan perut yang sedang memboyot saja. "Nak makan apa-apa tak? Kalau ada nanti I cuba masakkan menu yang I tahu." Ramah Jungkook berbicara. Sebaik-baiknya dia tidak mahu meninggi suara dan kalau boleh mahu melayani Wookyung sebaik mungkin. Jika tiba-tiba emosi isterinya berubah lagi nanti haruslah naya dia hendak melayan. Sudahlah di rumahnya tiada pembantu, hanya tinggal dia dan isterinya saj
Pandangan Aira dan Adam terkalih ke arah bilik Aisha. Bunyi sesuatu terjatuh ke lantai yang begitu benar-benar menarik perhatian mereka berdua. Pantas Adam dan Aira berlari mendekati pintu bilik Aisha. "Kak? Kau okey tak?" panggil Aira sambil melekapkan telinga ke pintu. Matanya bertembung pandangan dengan Adam yang turut sama risaukan Aisha. Namun begitu, soalannya tidak dijawab dari dalam bahkan sunyi sepi saja tiada bunyi lain selepas bunyi benda jatuh tadi. "Akak!" Pintu dikuak seluas mungkin. Adam meluru masuk ke dalam bilik Aisha sebaik penglihatannya menangkap susuk tubuh gadis itu berada terlentang di lantai. "Akak buat apa ni?" tanya Aira sedikit cemas. Adam tidak bertanya banyak terus dicempung tubuh gadis itu dan membawanya ke sofa di ruang tamu. Tubuh Aisha dibaringkan di atas sofa selepas itu Adam berdiri sambil bercekak pinggang. "Akak cuma..." Aisha terhenti bersuara lantas menggigit bibirnya sendiri. Dia serba salah hendak beritahu perkara se