"What the... awak dah gila ke? Kenapa brek mengejut?" Bertubi-tubi Imna menyoal sambil mengosok kepalanya yang terasa sakit. Bukan kepala, tetapi dahinya. Mana tidaknya terhantuk di bahagian dashboard kereta, agak-agaknya benjol ke tidak dahinya nanti? Ah! Imna tidak mahu fikirkan tentang itu. Apa yang dia tahu punca mengapa suaminya itu menekan brek kereta sampai berbunyi seretan tayar kereta itu dibuatnya.
Tahulah suaminya itu kaya! Tetapi, jangan dibuat rosak kereta orang. Esok lusa tak mahu dikasi pinjam sampai ke sudah. Kan naya namanya?
Adam mengerut dahi menahan geram dengan apa yang dia lihat di hadapan mata. Sebuah kereta berhenti mengejut di hadapan kereta yang dipandunya menyebabkan dia terpaksa menekan brek secara mengejut, kalau tidak boleh berlaku kemalangan di situ!
Pertanyaan Imna tidak dia endah, fokusnya hanya kepada seorang lelaki yang baru keluar dari sebuah kereta berjenama BMW di hadapan mereka. Imna turut memandang ke hadapan dan matany
Jam tepat menunjukkan pukul 1:00 pagi. Baru bayang Imna dan Adam kelihatan di rumah Ustaz Fridaus. Mereka turun dari kereta dan masuk ke dalam rumah selepas memberi salam. Cikgu Dhia datang menyambut mereka di pintu mula memandang terkejut. "Kata nak beli pakaian untuk Imna? Ini balik kosong aje?" tanya Cikgu Dhia sambil mengiring mereka masuk ke dalam rumah. "Ini pun, kami ingat nak tidur hotel aje cikgu sebab takut ganggu cikgu balik lewat-lewat macam ni." Adam membuka bicara terlebih dahulu. Ramah betul dia berbual dengan Cikgu Dhia sudah seperti kakaknya sendiri dengan slang bahasa melayu yang dengar sekejap jelas sekejap tidak itu. "Ish, tak ganggunyalah. Kamu berdua kan tetamu cikgu." Cikgu Dhia tersenyum mesra. "Takpelah, pergilah berehat. Esok nak balik pagi, kan?" Imna mengangguk perlahan. "Cikgu naik dulu, ya? Selamat malam..." Cikgu Dhia segera naik ke tangga meninggalkan Imna dan Adam di bawah memandangkan bilik tidur mereka berada
"Akak!" Aira mengoncang tubuh badan Aisha yang tiba-tiba menjerit nama Adam dan Imna serentak dalam mengingau. Risau Aira dibuatnya, hampir terjatuh dia daripada sofa mendengar jeritan Aisha macam histeria di atas katil pesakit itu. Berpeluh habis satu badan Aisha ketika dia membuka mata, pandangannya menangkap wajah Aira dengan reaksi terkejut. "Aira..." Adiknya mengangguk dan mendakap tubuhnya penuh erat. "Aku ada dekat sini, kak. Aku ada sini. Tak apa-apa..." Aira cuba memujuk sambil mengusap belakang Aisha dengan perlahan. Entah apa yang kakaknya mimpikan pun dia tidak pasti, tetapi telinganya jelas dapat menangkap nama Imna dan Adam. "Aira... telefon Adam," pinta Aisha perlahan. "Tapi kak... sekarang dekat Malaysia baru pukul empat pagi?" Aira melepaskan pelukan dan merenung wajah kakaknya meminta kepastian sama ada kakaknya benar-benar mahu menganggu lelaki itu memandang waktu di Malaysia lambat sejam daripada Korea. Aish
Imna letak beg pakaian Adam di tepi pintu bilik sebelum melangkah keluar dari bilik menuju ke dapur. Memandangkan mereka akan bergerak ke lapangan terbang sebaik saja selepas sarapan pagi dan Adam pun masih belum pulang daripada masjid. Imna memainkan peranannya sebagai isteri dengan mengemaskan pakaian suaminya. Di samping dia memakai pakaian yang dihadiahkan Cikgu Dhia sebagai hadiah pengantin untuknya berserta tudung bawal bersaiz lima puluh. Walaupun begitu, dia tidak mengenakan tudung itu dan hanya berhias sederhana sahaja. Dia belum terbuka hati untuk memakai hijab. Mungkin juga perlukan masa untuk berubah memandangkan sekarang dia sudah bergelar isteri. Perlu menjaga kehormatan diri sendiri. Imna melangkah ke ruangan memasak yang di mana Cikgu Dhia sedang berada. Dia mendekati Cikgu Dhia perlahan-lahan dan berdiri di sisi guru itu. "Eh! Imna... siap dah?" tanya Cikgu Dhia yang terkejut dengan kehadiran Imna di sisinya. "Dah, cikgu masak apa tu?
Turun saja dari pesawat Korean Air, Imna dan Taehyung berjalan berpegangan tangan masuk ke dalam balai kemasukan. Saat yang pernah diidamkan-idamkan oleh Imna untuk merasai kehangatan cinta seorang Adam akhirnya termakbul juga. Walaupun begitu, setelah selesai segala urusan mereka di lapangan terbang.Adam menarik lembut bahu Imna dan mereka saling berpandangan untuk seketika waktu. Senyuman yang tersungging di bibir Adam tidak pernah lekang dari wajahnya. Nyaman dan tenang saja, tetapi di dalam hati hanya dia seorang yang tahu betapa gundahnya perasaan yang perlu dia hadapi waktu itu."Saya akan lepaskan awak balik sendiri, tak apa kan? Saya kena pergi hospital. Aisya dengan Aira tak balik lagi dari hospital." Adam bersuara lembut. Selembut hamparan permaidani di atas lantai. Terbuai seketika Imna dengan tutur kata Adam kepadanya. Lelaki itu memang pandai mengambil hati seorang gadis bernama Imna Safira.Imna hanya mengangguk tanda mengerti. Dia tahu keadaan Aisya dan A
Adam berdiri di luar bangunan hospital. Sebelum melangkah masuk sempat lagi dia menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin. Kini, dia sudah bergelar seorang suami dalam waktu yang sama bergelar seorang tunang. Bagaimana dia mahu hadapi semua itu dengan perasaan yang tenang?Tanpa membuang masa, akhirnya dia melangkah masuk ke dalam hospital. Segera gerak kaki membawanya ke arah kaunter mahu bertanya di mana wad yang menempatkan Aisha Hana. Setelah mendapat tahu di mana keberadaan tunangnya, pantas dia bergerak ke sana.Pintu wad cuba diketuk sebelum dibuka perlahan. Kelibat beberapa orang pesakit lain menyapa matanya sebelum kelibat Aisha sedang duduk termenung menyapa mata. Senyuman cuba dia ukirkan semanis yang mampu agar tiada riak kelat terpancar di wajahnya."Assalamualaikum."Aisha menoleh lantas tersenyum mesra. Di hujung matanya sedang berkaca, tunggu waktu saja mutiara jernih itu mahu mengalir deras ke pipinya.Adam berjalan ke arah katil pesakit Aish
Imna melangkah masuk ke dalam rumah. Selepas pintu ditutup rapat, laju saja dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Rindunya dia pada katil bujang kesayangan yang sudah hampir sebulan dia tinggalkan. Kini, dia sudah kembali semula untuk menempel pada katilnya."I'm coming home... Erm Home sweet home. Ah..." Omel Imna sendirian. Dia terlupa seketika yang dia sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang suami. Sebaik saja dia melihat katil kesayangan, terus dia merasakan dirinya bujang seperti sebelum ini.Tubuhnya merebah di atas katil untuk bergolek seperti anak kecil."Rindunya lahai..."Sesaat kemudian, matanya menangkap cincin di tangan. Terus dia mengangkat jari jemarinya tinggi ke udara sambil mata fokus pada cincin yang menjadi bukti ikatan sah dia dan Adam."Aaaa..." Kaki yang awalnya elok saja melunjur, kini dia angkat dan menyepak-nyepak katil sendiri."Gilalah..." Perasaan teruja mula menjalar di segenap ruang hati. Tidak pernah dia terfikir aka
Langkah kaki dibuka selaju yang mungkin sambil mengendong Wookyung masuk ke dalam hospital. Jungkook dan Wooyoung saling membantu membawa wanita itu ke rumah sakit yang berdekatan. Kerja gila yang dilakukan oleh Wookyung akhirnya memakan diri sendiri. Kini, kedua-dua suami dan adiknya mula tidak keruan selepas berjaya menghantarnya masuk ke dalam bilik kecemasan."Macam mana nunaa boleh jadi sampai macam ni, hyung buat apa dengan dia? Hyung jangan tipu aku!" jerkah Wooyoung. Keadaan semakin haru biru selepas dia masuk ke dalam bilik tidur kakaknya, selepas suara Wookyung kedengaran tubuh wanita itu jatuh menyembam lantai.Entah di mana silapnya pun mereka tidak tahu. Keadaan Wookyung sangat-sangat kritikal. Terpaksa Wooyoung bergegas ke arah kakaknya dan mengendong wanita itu masuk ke dalam kereta. Mujur saja Jungkook turut pantas beraksi, dia masuk ke dalam tempat pemandu dan segera menggerakkan kereta meninggalkan kawasan perumahan mereka."Kenapa kau tanya hyung?
Perasaan gembira disulami gundah-gulana seringkali menyerang sudut hati Imna Safira. Sejak tadi, dia membelek resepi masakan di internet dan juga youtube. Masih juga tidak menemui masakan yang dia ingin dia hidangkan untuk suaminya."Makanan favorite dia apa eh? Takkan aku nak kena mesej pula tanya? Ish! Tak naklah, seganla aku." Kepala digeleng perlahan lantas menaip semula aksara di ruangan carian."Ayam butter?" Tangan kanan bermain dengan bibir sendiri sambil tangan kiri menyeret artikel resepi di skrin telefon."Fuh... mana nak cari daun kari woi dekat Korea ni?" omel Imna lagi. Entah bila dia hendak mulakam masakan pun dia sendiri tidak tahu. Jarum jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Masuk saja pukul enam langit mulai berubah malap. Kalau waktu itu, dia masih belum siapkan hidangan makan malam. Nanti kena perli pula dengan suaminya yang konon tadinya, dia berlagak sangat suruh tengok tangan."Masak jelah, tak sedap jangan salahkan aku." Akhirnya, dia menga