Share

BAB 63

Author: Arena Yidin
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

Rasa pedih yang berbuku di hati ini, mungkinkah dapat dirawat cuma dengan kata sabar? Yang ada tidak lebih dari rasa kecewa. Mana mungkin bisa

mengikhlaskan

sebegitu mudah.

_________________________

SUKRI yang melihat Tini tertunduk hiba, menghampiri wanita itu seraya menariknya ke dalam pelukan. Hatinya tersentuh melihat Tini begitu. Saat butiran hening itu diusap, Sukri melihat kekecewaan di mata Tini. Ya

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 64

    Saat rasa benci dan kata nista yang terbit dari ketidakpuasan hatimu itu, nyeri yang ada di jantungku seakan dibawa pergi.________________________MENGINGATI pertemuannya dengan Abang Mail tengah hari tadi, hati Sukri digamit sayu. Dia mengagahkan diri demi Tini untuk menyelamatkan situasi Tini dan Natasha daripada berlarutan.Sukri tertunduk hiba saat terpaksa berdepan dengan orang yang pernah menghancurkan hidupnya suatu

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 65

    Rasa sakit dibenci itu lebih sakit dari semua rasa sakit yang ada. Apa lagi dari orang yang paling kita sayang.________________________PULANG dari klinik, Sukri menyuruh Tini berbaring semula di biliknya. Sukri bingkas bangun menuju ke dapur. Dia menyenduk nasi ke dalam pinggan. Setelah menyudu sedikit kuah dan mengambil seketul ayam goreng, Sukri membawa pinggan ke dalam biliknya.Sukri memandang Tini penuh sayu. Saat suapan pertama memasuki mulut Tini, air mata Tini berguguran.“Kenapa Tini? Tak sedap ke?” tanya Sukri kehairanan.“Kenapa abang baik sangat pada Tini? Abang tak perlu buat semua ni,” ujar Tini seraya menunduk sayu.“Tini...Tini tak sihat. Tak apa, biar abang uruskan. Selama ni makan pakai abang semuanya Tini yang uruskan. Apal

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 66

    Beberapa kali cuba bertahan, agar hubungan ini bisa diselamatkan. Andai nyawa jadi taruhan, aku rela demi mempertahankan._______________________SUKRI terduduk memegang kedua kaki emaknya. Ayahnya pula memandang penuh kehairanan. Apakah yang sudah terjadi kepada anak lelakinya itu?Apakah yang membebankan fikirannya? Mak Cik Halimah memaut bahu Sukri. Mengubah posisi duduknya kepada berdiri. Mata Sukri ditatap lama, penuh keh

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 67

    Cinta datang tanpa diundangCinta hadir tanpa dipintaSayang dan rindu mula bertandangTiap masa tiap ketika.________________________NATASHA melangkah longlai menuju ke biliknya. Sebaik sahaja ingin melangkah masuk ke biliknya, dia berpaling ke bilik mamanya pula. Seketika Natasha teringat pesan ayahnya tadi agar dia berbaik-baik dengan Tini. Sekilas dia mengeluh.Sudah seminggu dia tidak mengambil tahu akan keadaan Tini. Tini tidak sihat angkara perbuatannya. Angkara kelangcangan mulut

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 68

    Cinta yang berputik dalam diam, disemai, dibaja tak pernah padam, tiba badai datang membaham, sakit tak tersisa remuk dan redam..._______________________HARI ini Natasha berterus terang kepada Izzat tentang ayahnya yang sudah tahu akan hubungan mereka berdua. Izzat sedikit mengerutkan dahinya. Natasha kelihatan sugul apabila menceritakan hal itu kepada Izzat. Izzat memandang Natasha dengan pandangan yang aneh.

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 69

    Sesuatu yang tidak terduga buat kita tidak percaya. Namun itulah yang harus kita terima. Walau pahit harus ditelan juga. Moga yang pahit akan manis di akhirnya...______________________MELIHAT Abang Mail duduk bersila di beranda dari jauh, Natasha menggeleng kepala. Dia tidak mahu berjumpa. Wan Saloma memujuk agar Natasha tidak bersikap dingin kepada Abang Mail. Sukri sendiri sudah berusaha memujuk Natasha. Begitu juga d

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 70

    Walau masih belum terlambat untuk berpatah semula, memulakan segalanya dari awal bukan sesuatu yang mudah. Sesal dan hiba buatku gundah - Natasha______________________“ORANG yang kau panggil uncle tu Tasha. Itu papa aku!”Natasha tercengang. Terasa sesak di dada.“Apa? Uncle Izmir? Kau tak tipu kan Izzat?”“Aku takkan bohong kalau melibatkan papa aku, Tasha. Aku nak lihat mama kau kecewa, sakit. Aku buat semua ni demi papa aku,” ujar Izzat dengan senyum sinisnya.“Aku tak faham.”“Aku rapat dengan kau supaya kau sayang aku. Aku akan tinggalkan kau bila kau dah sayangkan aku. Tapi aku tak sangka Tasha yang aku betul-betul sayangkan kau. Aku tak boleh berjauhan dengan kau. Aku buat semua ni untuk papa aku. Papa aku yang mama kau kecewakan.”“Kau cakap apa ni Izzat? Kenapa kau buat macam ni? Aku ingat kau ikhlas berkawan dengan aku. Sampai hati kau kan? Lepas tu kau tuduh mama aku yang bukan-bukan. Kau tak tahu apa yang mama aku alami dulu. Kau hanya nampak penderitaan papa kau. Macam

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 71

    Walaupun pahit menerima kenyataan, namun harus dihadapi juga. Walau sakit tidak tertahan, hanya sabar pengubat segala.________________________SUKRI berdiri dan mencekak pinggang di hadapan Natasha. Matanya tajam merenung anak perempuannya itu. Keputusan Natasha untuk menukar sekolah sedikit sebanyak telah menaikkan kemarahan Sukri.Tini yang berada di sebelah Sukri menggosok dada lelaki itu. Dia faham Sukri sedang marah. Kemudian Tini berpaling pula kepada Natasha yang tunduk memandang lantai.Matanya bergenang dilitupi air jenih. Hanya menunggu masa untuk menitis.Beberapa kali menyoal, Natasha tidak mahu memberikan alasan kenapa dia mahu menukar sekolah. Sukri penasaran dengan tingkah Natasha. Dia pening dengan kerenah Natasha yang seringkali berubah-ubah.Sekali lagi soalan diajukan kepada Natasha, gadis itu membuka mulut. Matanya merah dan air mata mula menitis. Tini hanya mampu melihat anak gadisnya itu sendu di hadapan Sukri.“Tolonglah ayah. Tasha cuma nak jauh dari dia. Buka

Latest chapter

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 81 ( AKHIR )

    Kata orang, seberapa berat ujian yang diterima, ganjarannya berlipat ganda, berapa banyak dugaan menimpa, akhirnya pasti kembali bahagia, yang pahit pasti akan manis akhirnya..._____________________“KALAU Tasha sudi, Izzat sepuluh kali sudi opah. Lagipun sebelum ni Izzat dah banyak kali minta maaf atas kesalahan Izzat, Opah. Tasha saja yang tak nak maafkan Izzat.”Itu kata-kata terakhir Izzat sejak pertemuan seluruh keluarga Tini dan Sukri di rumah emak lelaki itu.Natasha sudah berfikir masak-masak. Dia akan memaafkan Izzat sekaligus memberi peluang kepada lelaki itu untuk berubah serta membuktikan janji-janjinya untuk berjaya dalam pelajaran.Kini Izzat di bawah jagaan emak dan ayah Sukri memandangkan dia tiada siapa-siapa lagi untuk bergantung hidup. Sukri memantaunya saban waktu.Persengketaan bersama Izmir dilupakan dan Izzat menjadi sandaran untuk melupakan permusuhan itu. Sukri tidak mahu Izzat menerima nasib yang sama seperti Natasha di waktu kecilnya, hidup tanpa kasih saya

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 80

    Walau penyesalan datang terlambat, aku tetap punya semangat, merubah hidup dari yang sesat, ke arah jalan yang lebih hebat - Natasha____________________EMPAT bulan sudah berlalu. Natasha yang bersedih dengan kematian ayah kandungnya sudah mula menunjukkan tanda-tanda dia reda dengan pemergian ayahnya.Kesilapannya dahulu tidak mahu menerima kewujudan ayah kandung telah membuatnya berduka selama beberapa bulan.Sukri yang bimbang dengan keadaan Natasha sudah hilang punca untuk mengembalikan keceriaan anak gadisnya itu.Begitu juga dengan Tini. Kegusaran Tini semakin bertambah apabila Natasha membenci Izzat pula pada saat ini. Bagi Natasha, ayah Izzatlah punca kenapa ayah kandungnya meninggal.Sedangkan pada waktu ini Sukri berusaha untuk melupakan apa yang berlaku antara Izzat, Natasha dan Izmir. Izzat yang selama ini tidak juga disukai Sukri kini mulai mendapat kemaafan daripasa Sukri memandangkan Izzat sudah tinggal bersama ayah dan ibunya.Namun berlainan dengan Natasha. Beberapa

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 79

    Semua yang berlaku dalam hidup kita punya hikmahnya. Hanya kita yang tak pernah menyedarinya. Berlapang dada lah saat menerima.__________________________BERITA Abang Mail ditikam Izmir mengejutkan ramai pihak. Kematian Abang Mail menjadi tragedi berdarah. Izmir hilang entah ke mana bersama anak angkatnya Izzat semenjak peristiwa itu. Sukri yang terhutang nyawa dengan arwah Abang Mail tertunduk hiba saat mengunjungi kubur arwah Abang Mail.Kini, impiannya untuk menyatukan Natasha dengan Abang Mail hanya tinggal kenangan. Abang Mail telah pergi buat selamanya dengan mempertaruhkan nyawanya saat Izmir nekad untuk menikam perutnya dengan pisau tempoh hari.Jikalau Abang Mail tidak ada hari itu, Sukri tidak pasti dia akan ada untuk melihat dunia ini lagi. Dia berasa ngeri apabila mengenangkan itu semua. Abang Mail pergi di saat dia telah memaafkan lelaki itu. Di saat dia mula menghulurkan tangan persahabatan semula, Izmir campur tangan hingga menyebabkan tragedi berdarah yang meragut nya

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 78

    Jika dengan begini buat kamu mahu menerimaku kembali, aku rela disakiti, jika begini buat aku bahagia walau seinci, aku sanggup di'jemput' pergi. - Abang Mail_______________________TANPA sengaja Izmir menolak Sukri. Sukri jatuh tergolek ke tanah. Tini, Wan Saloma dan Natasha terkedu melihat Sukri.“Abang!”“Ayah!”Sukri bingkas bangun dibantu Tini dan Natasha.“Papa, sudahlah. Marilah kita balik, papa.” Izzat pula yang berdiam diri dari tadi bersuara, berusaha untuk meredakan ketegangan.“Uncle jangan pukul semua orang lagi.” Natasha menjerit kepada Izmir apabila melihat lelaki itu sudah hilang pertimbangan.Izmir masih ingin menumbuk Abang Mail tetapi dihalang Sukri semula. Sukri menarik tangan Izmir kasar. Begitu juga dengan Izzat.“Cukup Izmir! Jangan teruskan lagi,” larang sukri dan masih menarik tangan Izmir.“Biarkan aku Sukri. Kalau kau halang aku, aku takkan teragak-agak untuk belasah kau juga,” ancam Izmir cuba memancing reaksi Sukri pula.“Izmir!” Kali ini Sukri pula yang

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 77

    Rasa marah yang menguasai diri, cuma salah satu jalan menuju kehancuran. Tanpa dapat mengawal hati, pasti ada sebuah penyesalan._________________________“ADA apa ni? Apa kau buat kat sini Izmir?”“Sukri... aku bukan datang untuk cari gaduh. Aku datang nak minta tolong dengan baik. Tolonglah Sukri. Benarkan Izzat jumpa Tasha.”“Sudahlah Izmir, bawa anak kau balik.”“Please Sukri. Percayalah, aku takkan lama.”“Macam mana aku nak percayakan kau lagi Izmir? Kau tu tahu berjanji saja. Tapi kau tak buat pun. Kau janji takkan ganggu Tini, takkan ganggu Tasha lagi. Tapi kau buat juga lagi kan?” balas Sukri, jengkel dengan janji yang ditabur Izmir selama ini.“Apa kau cakap ni?”“Kau jangan ingat aku tak tahu kau tunggu kat sekolah untuk tengok Tasha kan? Aku ingat, bila Tasha dah pindah sekolah, benda macam ni takkan jadi lagi. Tapi kau masih buat kan? Kau nak buat apa sebenarnya hah?” Geram pula Sukri kali ini.“Sukri...”“Janganlah buat macam ni lagi Izmir. Anak aku nak belajar dengan te

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 76

    Kita tidak pasti seseorang itu berubah untuk apa. Semoga ia berubah kerana khilaf, namun kalau ada rencana disebaliknya, masihkah ada maaf untuknya?__________________________“ABANG Mail ada apa cari saya?”“Abang ada hal sikit Sukri.”“Kalau Abang Mail tak kisah, boleh saya tahu kenapa dengan muka Abang Mail? Kata Abang Minhad tadi, mulut Abang Mail berdarah. Abang Mail kena pukul?” tanya Sukri sebaik sahaja melihat lebam di tepi mulut Abang Mail.“Abang bertumbuk dengan Izmir, Sukri.”“Apa? Abang Mail tak bergurau kan? Abang Mail ada masalah apa dengan Izmir?” Tercengang Sukri mendengar penjelasan Abang Mail. Matanya terjegil memandang lelaki itu.“Masalah apa lagi Sukri kalau melibatkan Izmir. Masalah Tasha la. Sebab inilah abang cari kau. Kau tahu tak Sukri, Izmir dah banyak kali cari Tasha dekat sekolah baru dia. Abang dapat tahu ni pun secara tak sengaja. Satu hari abang terserempak Izmir di hadapan sekolah. Masa tu abang ke sekolah tu atas urusan kerja. Abang ada minta kerja

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 75

    Rasa takut kehilangan itu wajar buat orang yang kita sayang. Justru, kita sanggup lakukan apa saja demi dia, termasuk merelakan diri kita tersakiti._________________________TINI keluar dari keretanya dan meninjau-ninjau mencari Natasha. Kali ini Tini berasa tidak sedap hati.Bimbang ada sesuatu yang berlaku kepada Natasha, dia meluru masuk ke dalam kawasan sekolah dan mencari di dalam pula. Beberapa ketika Tini keluar semula setelah bayang Natasha tidak juga kelihatan.“Aunty cari siapa? Cari Tasha ke?” Tiba-tiba ada seseorang datang menyapa.“Err... ya... ya, Tasha dah keluar kelas ke? Kamu kawan dia?”“Saya Elly, kawan Tasha, aunty. Tadi saya nampak Tasha dah balik naik kereta. Ada orang jemput. Saya ingatkan aunty tadi,” jawab gadis berkacamata itu.Tini tersentak mendengar penjelasan gadis muda yang memperkenalkan diri sebagai Elly tadi. Terus jantungnya berdegup kencang.“Apa? Tasha dijemput? Kamu tahu siapa?”“Tak nampak sangat aunty. Saya jauh tadi dari Tasha. Bila panggil, T

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 74

    Hubungan yang retak, mungkin boleh disambung kembali, dengan rencana yang berlainan. Namun hati yang retak, mana mungkin sembuh kembali. Yang tinggal hanya parut yang berkekalan.________________________HAMPIR sebulan Natasha berada di sekolah baru, Izzat datang mencari gadis itu di rumahnya. Masih lengkap berpakaian sekolah, Izzat meminta izin daripada Wan Saloma dan Tini untuk bertemu dengan Natasha. Pada mulanya Wan Saloma dan Tini agak keberatan untuk membenarkan Izzat menemui Natasha. Tetapi setelah beberapa kali Izzat merayu, akhirnya Tini memberi kebenaran.Natasha keluar dari biliknya dan bertemu Izzat di pangkin. Izzat meminta masa sepuluh minit dari pada Tini untuk bertemu Natasha. Tini mengangguk setuju namun dia dan Wan Saloma memerhatikan Natasha dan Izzat dari beranda.Sebaik sahaja Natasha duduk, Izzat yang sedari tadi lagi mengharapkan Natasha keluar tersenyum gembira. Hatinya berbunga riang namun Natasha hanya diam tidak menunjukkan sebarang reaksi.“Tasha, kau sihat

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 73

    Kegembiraanmu buatku lega.Hanya ini yang aku damba.Moga begini selamanya,Tak ada lagi duka dan kecewa.________________________“TOLONG jangan tukarkan Tasha ke sekolah lain. Tolong Sukri, Tini.”“Kenapa? Kenapa tak boleh buat macam tu? Tasha tak boleh dekat dengan anak kau Izmir. Buat apa aku nak diamkan diri lagi lepas apa yang kau buat pada anak aku? Sekarang hati kau sakit sebab anak kau kecewa kerana terpaksa berpisah dengan anak aku kan?” Sukri membalas. Sakit pula hatinya tika ini.“Kau tahu rasa macam mana sekarang kan Izmir? Masa kau rancangkan semua ni, tak ada pun kau fikir dulu kan apa yang akan jadi pada anak kau. Sekarang, anak kau memberontak kan Izmir? Sekarang kau gelabah kan bila anak kau jadi macam tu?”Izmir tidak mampu membalas. Laju Sukri menceramahinya waktu itu.“Dulu kau tak faham situasi aku macam mana bila Tasha persoalkan aku siapa. Kau tepuk tangan dan hasut Tasha benci aku Izmir. Sekarang, bila anak kau sendiri yang tak percaya dan tak nak ikut cakap k

DMCA.com Protection Status