________________________
NATASHA melangkah longlai menuju ke biliknya. Sebaik sahaja ingin melangkah masuk ke biliknya, dia berpaling ke bilik mamanya pula. Seketika Natasha teringat pesan ayahnya tadi agar dia berbaik-baik dengan Tini. Sekilas dia mengeluh.
Sudah seminggu dia tidak mengambil tahu akan keadaan Tini. Tini tidak sihat angkara perbuatannya. Angkara kelangcangan mulut
Cinta yang berputik dalam diam, disemai, dibaja tak pernah padam, tiba badai datang membaham, sakit tak tersisa remuk dan redam..._______________________HARI ini Natasha berterus terang kepada Izzat tentang ayahnya yang sudah tahu akan hubungan mereka berdua. Izzat sedikit mengerutkan dahinya. Natasha kelihatan sugul apabila menceritakan hal itu kepada Izzat. Izzat memandang Natasha dengan pandangan yang aneh.
Sesuatu yang tidak terduga buat kita tidak percaya. Namun itulah yang harus kita terima. Walau pahit harus ditelan juga. Moga yang pahit akan manis di akhirnya...______________________MELIHAT Abang Mail duduk bersila di beranda dari jauh, Natasha menggeleng kepala. Dia tidak mahu berjumpa. Wan Saloma memujuk agar Natasha tidak bersikap dingin kepada Abang Mail. Sukri sendiri sudah berusaha memujuk Natasha. Begitu juga d
Walau masih belum terlambat untuk berpatah semula, memulakan segalanya dari awal bukan sesuatu yang mudah. Sesal dan hiba buatku gundah - Natasha______________________“ORANG yang kau panggil uncle tu Tasha. Itu papa aku!”Natasha tercengang. Terasa sesak di dada.“Apa? Uncle Izmir? Kau tak tipu kan Izzat?”“Aku takkan bohong kalau melibatkan papa aku, Tasha. Aku nak lihat mama kau kecewa, sakit. Aku buat semua ni demi papa aku,” ujar Izzat dengan senyum sinisnya.“Aku tak faham.”“Aku rapat dengan kau supaya kau sayang aku. Aku akan tinggalkan kau bila kau dah sayangkan aku. Tapi aku tak sangka Tasha yang aku betul-betul sayangkan kau. Aku tak boleh berjauhan dengan kau. Aku buat semua ni untuk papa aku. Papa aku yang mama kau kecewakan.”“Kau cakap apa ni Izzat? Kenapa kau buat macam ni? Aku ingat kau ikhlas berkawan dengan aku. Sampai hati kau kan? Lepas tu kau tuduh mama aku yang bukan-bukan. Kau tak tahu apa yang mama aku alami dulu. Kau hanya nampak penderitaan papa kau. Macam
Walaupun pahit menerima kenyataan, namun harus dihadapi juga. Walau sakit tidak tertahan, hanya sabar pengubat segala.________________________SUKRI berdiri dan mencekak pinggang di hadapan Natasha. Matanya tajam merenung anak perempuannya itu. Keputusan Natasha untuk menukar sekolah sedikit sebanyak telah menaikkan kemarahan Sukri.Tini yang berada di sebelah Sukri menggosok dada lelaki itu. Dia faham Sukri sedang marah. Kemudian Tini berpaling pula kepada Natasha yang tunduk memandang lantai.Matanya bergenang dilitupi air jenih. Hanya menunggu masa untuk menitis.Beberapa kali menyoal, Natasha tidak mahu memberikan alasan kenapa dia mahu menukar sekolah. Sukri penasaran dengan tingkah Natasha. Dia pening dengan kerenah Natasha yang seringkali berubah-ubah.Sekali lagi soalan diajukan kepada Natasha, gadis itu membuka mulut. Matanya merah dan air mata mula menitis. Tini hanya mampu melihat anak gadisnya itu sendu di hadapan Sukri.“Tolonglah ayah. Tasha cuma nak jauh dari dia. Buka
Dendam dan benci mewujudkan rasa tidak suka. Saling bermusuhan entah bila kan reda. Saat semuanya tak lagi mampu kau terima, kembalilah ke jalan yang diredhai Yang Esa.___________________________“IZMIR! Izmir! Izmir!”Beberapa kali memanggil, tidak ada yang menjawab panggilan daripada Sukri. Sukri semakin hilang sabar.“Izmir!”“Oh, kau Sukri! Ada apa ni tiba-tiba datang menjerit macam orang gila? Dah tak reti nak bagi salam ke?” Muncul Izmir di hadapan tangga dengan kata-kata sinis yang menambahkan lagi rasa sakit hati Sukri.Sebaik sahaja Izmir turun mencecah tanah, satu penumbuk singgah di mukanya. Kemudian satu lagi pula mengenai perutnya. Izmir jatuh tersungkur di tanah.Sukri yang masih lagi tidak puas hati mahu memberikan satu tendangan di paha Izmir tetapi tiba-tiba dihalang Izzat yang baru saja menuruni anak tangga sebaik sahaja terdengar bunyi bising di luar rumah.“Pak cik... tolong jangan pukul papa lagi. Saya yang salah Pak cik, bukan papa.”“Kenapa kau berdua buat maca
Kegembiraanmu buatku lega.Hanya ini yang aku damba.Moga begini selamanya,Tak ada lagi duka dan kecewa.________________________“TOLONG jangan tukarkan Tasha ke sekolah lain. Tolong Sukri, Tini.”“Kenapa? Kenapa tak boleh buat macam tu? Tasha tak boleh dekat dengan anak kau Izmir. Buat apa aku nak diamkan diri lagi lepas apa yang kau buat pada anak aku? Sekarang hati kau sakit sebab anak kau kecewa kerana terpaksa berpisah dengan anak aku kan?” Sukri membalas. Sakit pula hatinya tika ini.“Kau tahu rasa macam mana sekarang kan Izmir? Masa kau rancangkan semua ni, tak ada pun kau fikir dulu kan apa yang akan jadi pada anak kau. Sekarang, anak kau memberontak kan Izmir? Sekarang kau gelabah kan bila anak kau jadi macam tu?”Izmir tidak mampu membalas. Laju Sukri menceramahinya waktu itu.“Dulu kau tak faham situasi aku macam mana bila Tasha persoalkan aku siapa. Kau tepuk tangan dan hasut Tasha benci aku Izmir. Sekarang, bila anak kau sendiri yang tak percaya dan tak nak ikut cakap k
Hubungan yang retak, mungkin boleh disambung kembali, dengan rencana yang berlainan. Namun hati yang retak, mana mungkin sembuh kembali. Yang tinggal hanya parut yang berkekalan.________________________HAMPIR sebulan Natasha berada di sekolah baru, Izzat datang mencari gadis itu di rumahnya. Masih lengkap berpakaian sekolah, Izzat meminta izin daripada Wan Saloma dan Tini untuk bertemu dengan Natasha. Pada mulanya Wan Saloma dan Tini agak keberatan untuk membenarkan Izzat menemui Natasha. Tetapi setelah beberapa kali Izzat merayu, akhirnya Tini memberi kebenaran.Natasha keluar dari biliknya dan bertemu Izzat di pangkin. Izzat meminta masa sepuluh minit dari pada Tini untuk bertemu Natasha. Tini mengangguk setuju namun dia dan Wan Saloma memerhatikan Natasha dan Izzat dari beranda.Sebaik sahaja Natasha duduk, Izzat yang sedari tadi lagi mengharapkan Natasha keluar tersenyum gembira. Hatinya berbunga riang namun Natasha hanya diam tidak menunjukkan sebarang reaksi.“Tasha, kau sihat
Rasa takut kehilangan itu wajar buat orang yang kita sayang. Justru, kita sanggup lakukan apa saja demi dia, termasuk merelakan diri kita tersakiti._________________________TINI keluar dari keretanya dan meninjau-ninjau mencari Natasha. Kali ini Tini berasa tidak sedap hati.Bimbang ada sesuatu yang berlaku kepada Natasha, dia meluru masuk ke dalam kawasan sekolah dan mencari di dalam pula. Beberapa ketika Tini keluar semula setelah bayang Natasha tidak juga kelihatan.“Aunty cari siapa? Cari Tasha ke?” Tiba-tiba ada seseorang datang menyapa.“Err... ya... ya, Tasha dah keluar kelas ke? Kamu kawan dia?”“Saya Elly, kawan Tasha, aunty. Tadi saya nampak Tasha dah balik naik kereta. Ada orang jemput. Saya ingatkan aunty tadi,” jawab gadis berkacamata itu.Tini tersentak mendengar penjelasan gadis muda yang memperkenalkan diri sebagai Elly tadi. Terus jantungnya berdegup kencang.“Apa? Tasha dijemput? Kamu tahu siapa?”“Tak nampak sangat aunty. Saya jauh tadi dari Tasha. Bila panggil, T