Pengakuannya,
Membunuh perlahan rasa yang pernah ada di lubukhatiku,Hingga aku lelah untuk menafsirkannya.Terakhir kali, aku akan kehilangan dirinya. - TINIBUTIRAN hujan turun dengan lebatnya pada lewat petang itu. Alam seolah-olah turut berduka dengan apa yang terjadi. Tini duduk termenung di bilik. Seharian berkurung tanpa menjamah apa pun makanan. Di tangannya masih tergenggam erat foto Tina, kakaknya. Tina menggamit kenangan.
“Kalaulah Kak Tina masih ada, semuanya takkan jadi macam ni. Kak Tina banyak mengajar Tini erti kehidupan. Kak Tina tabah menghadapi hidup ini walaupun dibelenggu hidup yang penuh dengan ranjau dan duri...” rintih Tini diselangi bunyi derasnya rintik hujan yang menimpa bumbung rumah.
“Ada apa ni, Tini? Kenapa berkurung saja ni? Menangis?” Wan Saloma yang entah bila masuk ke bilik bersuara, menghentikan lamunan resah Tini seketika. Dia terkejut.
“Mak!” Cuma itu yang keluar dari bibir Tini yang saat ini tidak dioles sebarang pelembab bibir atau gincu.
“Ya, ada apa?” tanya Wan Saloma lalu duduk mengadap Tini sebaik sahaja duduk di birai katil.
“Tini cuma teringatkan Kak Tina.”
Hanya itu alasan yang diberi.Tini tidak mahu emaknya berasa sedih dengan apa yang terjadi. Namun, dia yakin Wan Saloma tahu ada sesuatu yang berlaku kepadanya. Riak wajah tuanya mengatakan segalanya.
“Cuba bagitahu mak, kenapa? Apa dah jadi, Tini?”
Beberapa saat memandang emaknya, akhirnya air mata yang bertakung mahu tumpah juga. Benar-benar tidak mahu menolong untuk menutup kemurungannya hari ini.
Terbayang peristiwa yang membuatnya murung hari ini.
Sukri hanya diam beberapa minit di hadapan Tini. Pandangannya kosong. Ada sesuatu yang Sukri ingin luahkan. Tini sangat yakin. Cukup pasti.
Tapi kenapa Sukri diam? Kenapa dia tidak berkata sesuatu? Gadis itu benar-benar takut melihat diamnya Sukri. Ada apa sebenarnya ini? Sukri tidak pernah seperti ini. Diamnya dia menjerat rasa penasaran di fikiran Tini.
“Tini, kau simpanlah semua barang-barang kakak kau ni. Aku dah tak sanggup lagi nak simpan. Makin lama ia ada dengan aku, makin sedih rasanya, Tini. Semua kenangan dengan dia, aku tak boleh lupa.”
Terkejut Tini dengan penjelasan Sukri.
Ada apa ini sebenarnya?“Ambillah Tini. Simpanlah semuanya. Tolonglah Tini. Lakukanlah untuk aku,” rayu Sukri lagi.
Tergamam Tini dengan pengakuan Sukri. Kenapa Sukri berbuat begitu? Tini tidak ada jawapannya. Apakah Sukri sudah ingin melupakan Tina? Atau Sukri sudah tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan keluarganya setelah kedegilan ayah untuk tidak berdamai dengan keluarga Sukri, Tini juga tidak pasti.
“Dah tiba masanya untuk aku pergi dari tempat ni. Aku rasa macam orang bodoh di mata ayah kau. Ayah kau tu, hatinya dibuat daripada batu ke apa? Tak boleh ke dia berdamai dengan keluarga aku, Tini? Dah bertahun-tahun aku tunggu dia maafkan aku. Sampai bila aku nak tunggu lagi? Aku penat dengan semua ni,” cerita Sukri, kelihatan sangat hiba.
“Aku pun ada perasaan juga. Marah, sedih, sakit hati. Semua kesalahan dia letak atas bahu aku. Aku dah tak larat nak pikul lagi, Tini.”
Itu alasan Sukri untuk semua beban yang ditanggung selama ini. Sukri sudah meluahkan segalanya. Entah mengapa, kata-kata Sukri membuat hati Tini benar-benar sakit.
“Sukri... janganlah macam ni. Tini sanggup merayu pada ayah. Biar ayah berdamai dengan keluarga Sukri. Memang itu pun yang selalu Tini buat. Tapi tolonglah jangan pergi. Natasha perlukan Sukri. Dia amanat dari kakak," rayu Tini kepada lelaki itu.
“Bagilah Tini sikit masa lagi. Tini akan pujuk ayah. Tini yakin ayah akan berubah. Tini tak boleh jaga Natasha sorang diri. Natasha perlukan awak, Sukri. Macam mana Tini nak jaga Natasha kalau awak tak ada, Sukri?”
Entah kebodohan dari mana Tini merayu Sukri. Dia juga tidak tahu kenapa sanggup berbuat begitu, sedangkan dia dan Sukri tidak mempunyai apa-apa hubungan pun.
“Aku bukan ayah Tasha, Tini. Itu kau kena faham. Aku bukan sesiapa pun untuk Tasha. Kenapa kau buat aku macam ni? Cukuplah Tini. Aku nak pergi cari ketenangan. Aku kena teruskan hidup aku,” tolak Sukri.
Terpempan Tini di situ. Sakit rasanya dengan penolakan Sukri.
“Aku tak nak hidup macam ni lagi, Tini. Tolonglah jangan paksa aku lagi. Ayah kau benci aku, seolah-olah aku yang bunuh Tina. Seolah-olah aku yang jadikan Tasha anak yatim. Semua ini tak masuk akal. Kau faham tak, Tini?”
Tini tertunduk hiba. Serasa titik-titik bening di mata mulai bergenang. Tiba-tiba, tangan Sukri diraih Tini. Biarlah dia dipandang bodoh di mata Sukri. Kali ini dia tidak peduli. Dia tidak mahu Sukri pergi. Natasha tidak boleh kehilangan Sukri.
“Tini!” Sukri melepaskan pegangan tangan Tini. “Sudahlah. Aku minta maaf semuanya. Dari dulu sampai sekarang, aku tak pernah marahkan kau. Emak kau juga. Kau baik sangat pada aku. Cuma hati aku sakit dengan tindakan ayah kau. Dia tuduh aku yang bukan-bukan.” Sukri memberi alasan lagi.
“Ayah kau tu dah melampau, Tini. Janganlah halang aku pergi. Mungkin dalam beberapa bulan aku akan balik ke sini lagi. Kau jagalah Tasha. Aku tahu kau boleh.”
Tini terduduk, tidak dapat berbuat apa-apa. Cubaannya memujuk Sukri untuk menghalang lelaki itu pergi tidak memberi apa-apa makna. Sukri tetap dengan pendiriannya. Saat menatap foto Tina yang diberi Sukri tadi, mata Tini berkaca menahan titik jernih dari mengalir.
“Sukri minta Tini simpankan semua barang-barang Kak Tina. Ini gambar Kak Tina yang dah bertahun-tahun Sukri simpan. Kenapa macam ni, mak?”
Tini meluru memeluk Wan Saloma. Saat ini, bahu emaknya benar-benar dia perlukan untuk sandaran.
“Betul ke Tini? Apa, Sukri dah sedia nak lupakan Tina ke?” Pertanyaan Wan Saloma serasa menambah sakit di kepala Tini.
“Tak tahu, mak. Katanya dia nak pergi.” Itu jawapan yang Tini beri sekali gus membuat Wan Saloma tersentak.
“Apa? Sukri nak pergi mana? Kenapa? Apa dah jadi?” Bertalu-talu pertanyaan Wan Saloma tak mungkin ada jawapan untuk dijawab.
“Tak tahu, mak. Dia datang minta maaf dan suruh Tini simpan semua barang-barang Kak Tina. Kenapa jadi macam ni, mak?”
Wan Saloma melihat bahu Tini bergetar. Kenapa pula dengan Tini kali ini?
“Mak, pujuklah Sukri. Janganlah biar dia pergi. Tolonglah, mak. Tasha perlukan dia, mak!” rayu Tini pada Wan Saloma hingga membuat wanita tua itu tercengang.
“Tini, cuba bagitahu mak. Tini ada apa-apa dengan Sukri ke?”
Pertanyaan Wan Saloma membuat Tini terkejut. Kenapa emaknya bertanya seperti itu? Apa yang harus dia jawab? Berterus terang? Apa itu lebih baik dengan situasi sekarang? Oh Tuhan! Dia tidak kuat untuk mengatakannya.
“Ada apa, mak?” Tini memutar kembali pertanyaan Wan Saloma sebentar tadi.
“Natasha itu alasan untuk tidak lepaskan Sukri pergi kan, Tini?” Kata-kata Wan Saloma melonglaikan Tini. Dia terjerat.
“Mak pujuklah ayah, mak. Janganlah bermusuh lagi dengan keluarga Sukri. Dah lama sangat dua keluarga ni berdendam, mak. Dah tiba masanya kita berdamai. Sanggup ke mak tengok sorang lagi anak mak mengikut jejak kakak, mak?”
Entah apa yang ada di fikiran Wan Saloma kali ini Tini sudah tidak peduli lagi. Dia sudah terlalu lama memendamnya.
Kali ni, apa pun penerimaan Wan Saloma, Tini sudah meluahkan semuanya. Tidak berbaki lagi...
arenayidin
18 Julai 2021
Kenangan...Ternyata berat untuk dilupakan. Semakin mencuba semakin ia mendekat. Ternyata kenangan itu, Melupakan tidak semudah menciptakan...Berapa tahun sebelumnya.DUA tiga kali meronda di pasar
Semua orang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Mereka diberi kesempatan kedua untuk memperbetulkan kembali kesilapan itu. Namun, kesilapanku adakah akan dimaafkan? ~ Sukri.Beberapa bulan sebelum kematian Tina.MATA Pak Leman membulat memandang Sukri. Dia tidak tahu harus menjawab apa. Dia tahu kesalahannya. Tapi semuanya tidak boleh diundur kembali.Semuanya telah terjadi.Lelaki itu tunduk memandang lantai papan yang sedikit usang. Pak Cik Leman mencekak pinggang meminta penjelasan.“Mana bungkusan tu, Sukri? Ayah nak tengok sekarang. Mana?” tanya Pak Leman setelah Sukri berdiam diri selama direnungnya dengan pandangan yang tajam.“Maaf, ayah!” Hanya itu yang mampu lelaki itu luahkan. Ada rasa bersalah dalam tuturnya walau ianya bukanlah terjadi kerana kemahuan dirinya send
Sebuah harapan yang menggunung adakah akan terlaksana tanpa perjuangan dan pengorbanan? Tatkala perjuangan dan pengorbanan mulai goyah, harapan mulai pudar. Di mana harus
Kejujuran dan kebaikan seseorang itu biasanya terlihat apabila empunya diri sudah tiada, baik perginya ia buat sementara atau untuk selama-lamanya.BEBERAPA kali mengetuk pintu, akhirnya Tini mengalah. Tini muncul di hadapan pintu. Pak Salihin menarik nafas lega.“Ada apa, ay
Bukan aku berdendam. Bukan juga aku egois. Tapi sudah tiba saatnya aku memperjuangkan rasa yang ada di hati ini. Biar tanpa atau kau tahu, aku sudah tidak peduli lagi - TINIWAN SALOMA memerhatikan Tini yang menongkat dagu di pangkin depan rumahnya. Anak gadisnya itu sudah tidak ceria lagi. Tidak ada lagi senyum manis yang terukir di bibirnya. Tidak ada lagi gelak ketawa manjanya melayan kerenah Natasha.
Seperti burung yang terbang di awanBerapa lama ia terbangAkhirnya pulang ke sarang juga.SUKRI pulang! Tiga tahun menghilangkan diri, lelaki itu pulang semula di Kampung Semerah Padi. Kepulangannya mengejutkan kedua ibu bapanya juga Wan Saloma dan Pak Salihin.Berita kepulangan Sukri sampai ke telinga Tini dan membuatkan gadis
Kepulanganmu membawa harapan, yang penantian ini telah berakhir. Semoga ada noktah dalam penantianku. Andai tidak juga memberi apa-apa makna, maka aku terima kenyataan, dia bukan diciptakan untukku - TINI
Saat keputusan aku ambil untuk memilihmu, aku sudah siap untuk menerima apapun cabaran di masa depan, termasuk membuka pintu hatiku untukmu - SUKRIMALAM. Di rumah ibu mertuanya, Sukri bersama Tini memulakan kehidupan baru mereka bersama setelah selesai majlis akad nikah dan kenduri lewat petang hari itu.Tini berjanji akan berpindah bersama Sukri setelah majlis kenduri di pihak lelaki pula selesai seminggu yang ak
Kata orang, seberapa berat ujian yang diterima, ganjarannya berlipat ganda, berapa banyak dugaan menimpa, akhirnya pasti kembali bahagia, yang pahit pasti akan manis akhirnya..._____________________“KALAU Tasha sudi, Izzat sepuluh kali sudi opah. Lagipun sebelum ni Izzat dah banyak kali minta maaf atas kesalahan Izzat, Opah. Tasha saja yang tak nak maafkan Izzat.”Itu kata-kata terakhir Izzat sejak pertemuan seluruh keluarga Tini dan Sukri di rumah emak lelaki itu.Natasha sudah berfikir masak-masak. Dia akan memaafkan Izzat sekaligus memberi peluang kepada lelaki itu untuk berubah serta membuktikan janji-janjinya untuk berjaya dalam pelajaran.Kini Izzat di bawah jagaan emak dan ayah Sukri memandangkan dia tiada siapa-siapa lagi untuk bergantung hidup. Sukri memantaunya saban waktu.Persengketaan bersama Izmir dilupakan dan Izzat menjadi sandaran untuk melupakan permusuhan itu. Sukri tidak mahu Izzat menerima nasib yang sama seperti Natasha di waktu kecilnya, hidup tanpa kasih saya
Walau penyesalan datang terlambat, aku tetap punya semangat, merubah hidup dari yang sesat, ke arah jalan yang lebih hebat - Natasha____________________EMPAT bulan sudah berlalu. Natasha yang bersedih dengan kematian ayah kandungnya sudah mula menunjukkan tanda-tanda dia reda dengan pemergian ayahnya.Kesilapannya dahulu tidak mahu menerima kewujudan ayah kandung telah membuatnya berduka selama beberapa bulan.Sukri yang bimbang dengan keadaan Natasha sudah hilang punca untuk mengembalikan keceriaan anak gadisnya itu.Begitu juga dengan Tini. Kegusaran Tini semakin bertambah apabila Natasha membenci Izzat pula pada saat ini. Bagi Natasha, ayah Izzatlah punca kenapa ayah kandungnya meninggal.Sedangkan pada waktu ini Sukri berusaha untuk melupakan apa yang berlaku antara Izzat, Natasha dan Izmir. Izzat yang selama ini tidak juga disukai Sukri kini mulai mendapat kemaafan daripasa Sukri memandangkan Izzat sudah tinggal bersama ayah dan ibunya.Namun berlainan dengan Natasha. Beberapa
Semua yang berlaku dalam hidup kita punya hikmahnya. Hanya kita yang tak pernah menyedarinya. Berlapang dada lah saat menerima.__________________________BERITA Abang Mail ditikam Izmir mengejutkan ramai pihak. Kematian Abang Mail menjadi tragedi berdarah. Izmir hilang entah ke mana bersama anak angkatnya Izzat semenjak peristiwa itu. Sukri yang terhutang nyawa dengan arwah Abang Mail tertunduk hiba saat mengunjungi kubur arwah Abang Mail.Kini, impiannya untuk menyatukan Natasha dengan Abang Mail hanya tinggal kenangan. Abang Mail telah pergi buat selamanya dengan mempertaruhkan nyawanya saat Izmir nekad untuk menikam perutnya dengan pisau tempoh hari.Jikalau Abang Mail tidak ada hari itu, Sukri tidak pasti dia akan ada untuk melihat dunia ini lagi. Dia berasa ngeri apabila mengenangkan itu semua. Abang Mail pergi di saat dia telah memaafkan lelaki itu. Di saat dia mula menghulurkan tangan persahabatan semula, Izmir campur tangan hingga menyebabkan tragedi berdarah yang meragut nya
Jika dengan begini buat kamu mahu menerimaku kembali, aku rela disakiti, jika begini buat aku bahagia walau seinci, aku sanggup di'jemput' pergi. - Abang Mail_______________________TANPA sengaja Izmir menolak Sukri. Sukri jatuh tergolek ke tanah. Tini, Wan Saloma dan Natasha terkedu melihat Sukri.“Abang!”“Ayah!”Sukri bingkas bangun dibantu Tini dan Natasha.“Papa, sudahlah. Marilah kita balik, papa.” Izzat pula yang berdiam diri dari tadi bersuara, berusaha untuk meredakan ketegangan.“Uncle jangan pukul semua orang lagi.” Natasha menjerit kepada Izmir apabila melihat lelaki itu sudah hilang pertimbangan.Izmir masih ingin menumbuk Abang Mail tetapi dihalang Sukri semula. Sukri menarik tangan Izmir kasar. Begitu juga dengan Izzat.“Cukup Izmir! Jangan teruskan lagi,” larang sukri dan masih menarik tangan Izmir.“Biarkan aku Sukri. Kalau kau halang aku, aku takkan teragak-agak untuk belasah kau juga,” ancam Izmir cuba memancing reaksi Sukri pula.“Izmir!” Kali ini Sukri pula yang
Rasa marah yang menguasai diri, cuma salah satu jalan menuju kehancuran. Tanpa dapat mengawal hati, pasti ada sebuah penyesalan._________________________“ADA apa ni? Apa kau buat kat sini Izmir?”“Sukri... aku bukan datang untuk cari gaduh. Aku datang nak minta tolong dengan baik. Tolonglah Sukri. Benarkan Izzat jumpa Tasha.”“Sudahlah Izmir, bawa anak kau balik.”“Please Sukri. Percayalah, aku takkan lama.”“Macam mana aku nak percayakan kau lagi Izmir? Kau tu tahu berjanji saja. Tapi kau tak buat pun. Kau janji takkan ganggu Tini, takkan ganggu Tasha lagi. Tapi kau buat juga lagi kan?” balas Sukri, jengkel dengan janji yang ditabur Izmir selama ini.“Apa kau cakap ni?”“Kau jangan ingat aku tak tahu kau tunggu kat sekolah untuk tengok Tasha kan? Aku ingat, bila Tasha dah pindah sekolah, benda macam ni takkan jadi lagi. Tapi kau masih buat kan? Kau nak buat apa sebenarnya hah?” Geram pula Sukri kali ini.“Sukri...”“Janganlah buat macam ni lagi Izmir. Anak aku nak belajar dengan te
Kita tidak pasti seseorang itu berubah untuk apa. Semoga ia berubah kerana khilaf, namun kalau ada rencana disebaliknya, masihkah ada maaf untuknya?__________________________“ABANG Mail ada apa cari saya?”“Abang ada hal sikit Sukri.”“Kalau Abang Mail tak kisah, boleh saya tahu kenapa dengan muka Abang Mail? Kata Abang Minhad tadi, mulut Abang Mail berdarah. Abang Mail kena pukul?” tanya Sukri sebaik sahaja melihat lebam di tepi mulut Abang Mail.“Abang bertumbuk dengan Izmir, Sukri.”“Apa? Abang Mail tak bergurau kan? Abang Mail ada masalah apa dengan Izmir?” Tercengang Sukri mendengar penjelasan Abang Mail. Matanya terjegil memandang lelaki itu.“Masalah apa lagi Sukri kalau melibatkan Izmir. Masalah Tasha la. Sebab inilah abang cari kau. Kau tahu tak Sukri, Izmir dah banyak kali cari Tasha dekat sekolah baru dia. Abang dapat tahu ni pun secara tak sengaja. Satu hari abang terserempak Izmir di hadapan sekolah. Masa tu abang ke sekolah tu atas urusan kerja. Abang ada minta kerja
Rasa takut kehilangan itu wajar buat orang yang kita sayang. Justru, kita sanggup lakukan apa saja demi dia, termasuk merelakan diri kita tersakiti._________________________TINI keluar dari keretanya dan meninjau-ninjau mencari Natasha. Kali ini Tini berasa tidak sedap hati.Bimbang ada sesuatu yang berlaku kepada Natasha, dia meluru masuk ke dalam kawasan sekolah dan mencari di dalam pula. Beberapa ketika Tini keluar semula setelah bayang Natasha tidak juga kelihatan.“Aunty cari siapa? Cari Tasha ke?” Tiba-tiba ada seseorang datang menyapa.“Err... ya... ya, Tasha dah keluar kelas ke? Kamu kawan dia?”“Saya Elly, kawan Tasha, aunty. Tadi saya nampak Tasha dah balik naik kereta. Ada orang jemput. Saya ingatkan aunty tadi,” jawab gadis berkacamata itu.Tini tersentak mendengar penjelasan gadis muda yang memperkenalkan diri sebagai Elly tadi. Terus jantungnya berdegup kencang.“Apa? Tasha dijemput? Kamu tahu siapa?”“Tak nampak sangat aunty. Saya jauh tadi dari Tasha. Bila panggil, T
Hubungan yang retak, mungkin boleh disambung kembali, dengan rencana yang berlainan. Namun hati yang retak, mana mungkin sembuh kembali. Yang tinggal hanya parut yang berkekalan.________________________HAMPIR sebulan Natasha berada di sekolah baru, Izzat datang mencari gadis itu di rumahnya. Masih lengkap berpakaian sekolah, Izzat meminta izin daripada Wan Saloma dan Tini untuk bertemu dengan Natasha. Pada mulanya Wan Saloma dan Tini agak keberatan untuk membenarkan Izzat menemui Natasha. Tetapi setelah beberapa kali Izzat merayu, akhirnya Tini memberi kebenaran.Natasha keluar dari biliknya dan bertemu Izzat di pangkin. Izzat meminta masa sepuluh minit dari pada Tini untuk bertemu Natasha. Tini mengangguk setuju namun dia dan Wan Saloma memerhatikan Natasha dan Izzat dari beranda.Sebaik sahaja Natasha duduk, Izzat yang sedari tadi lagi mengharapkan Natasha keluar tersenyum gembira. Hatinya berbunga riang namun Natasha hanya diam tidak menunjukkan sebarang reaksi.“Tasha, kau sihat
Kegembiraanmu buatku lega.Hanya ini yang aku damba.Moga begini selamanya,Tak ada lagi duka dan kecewa.________________________“TOLONG jangan tukarkan Tasha ke sekolah lain. Tolong Sukri, Tini.”“Kenapa? Kenapa tak boleh buat macam tu? Tasha tak boleh dekat dengan anak kau Izmir. Buat apa aku nak diamkan diri lagi lepas apa yang kau buat pada anak aku? Sekarang hati kau sakit sebab anak kau kecewa kerana terpaksa berpisah dengan anak aku kan?” Sukri membalas. Sakit pula hatinya tika ini.“Kau tahu rasa macam mana sekarang kan Izmir? Masa kau rancangkan semua ni, tak ada pun kau fikir dulu kan apa yang akan jadi pada anak kau. Sekarang, anak kau memberontak kan Izmir? Sekarang kau gelabah kan bila anak kau jadi macam tu?”Izmir tidak mampu membalas. Laju Sukri menceramahinya waktu itu.“Dulu kau tak faham situasi aku macam mana bila Tasha persoalkan aku siapa. Kau tepuk tangan dan hasut Tasha benci aku Izmir. Sekarang, bila anak kau sendiri yang tak percaya dan tak nak ikut cakap k