Share

BAB 7

Author: Arena Yidin
last update Last Updated: 2021-07-22 10:48:54

Seperti

burung yang terbang di awan

Berapa lama ia

terbang

Akhirnya

pulang

ke

sarang

juga.

SUKRI pulang! Tiga tahun menghilangkan diri, lelaki itu pulang semula di Kampung Semerah Padi. Kepulangannya mengejutkan kedua ibu bapanya juga Wan Saloma dan Pak Salihin.

Berita kepulangan Sukri sampai ke telinga Tini dan membuatkan gadis itu tersenyum gembira. Terhalang dengan sifat malu kepada kedua ibu bapa Sukri, Tini membatalkan niat untuk bertemu Sukri di rumah lelaki itu. Hanya emak dan ayahnya yang pergi menemui Sukri.

Tini menahan segala kerinduannya kepada lelaki itu. Dia tidak pernah meluahkan perasaan sayangnya kepada Sukri semenjak dia rapat dengan lelaki itu dengan alasan untuk menjaga Natasha bersama-sama demi memegang amanat Tina.

Tanpa disedari Sukri, Tini menyimpan rasa sayang kepada Sukri. Tini mengagumi Sukri yang membela nasib kakaknya Tina. Dia menyanjungi sikap dan rasa kasih sayang Sukri terhadap Natasha. Sukri melayan Natasha, anak Tina dengan baik. Lelaki itu menjaga anak Tina seperti anaknya sendiri.

Dari detik itu, benih-benih sayang mula berputik dan tumbuh di hati Tini. Tanpa menyedari sedikit pun perubahan dan keanehan sikap Tini, Sukri berkawan dengan Tini seadanya. Tini memang baik terhadapnya.

Kedatangan Wan Saloma dan Pak Salihin merungkaikan segalanya. Apa yang terjadi kepada Tini sepanjang ketiadaan Sukri diluahkan Wan Saloma. Penderitaan Tini meruntun perasaan Sukri. Sungguh dia tidak menduga akan sikap Tini yang sebenarnya.

Sangkanya Tini bercakap benar kepada emaknya bahawa kedua mereka hanyalah kawan biasa, yang sama-sama berjanji untuk memenuhi amanat Tina iaitu menjaga Natasha bersama-sama.

Sukri tidak sedikit pun terfikir bahawa Tini menyimpan perasaan istimewa terhadapnya. Sukri melepaskan keluhan yang dalam. Dia benar-benar terkejut dengan berita yang dikhabarkan Wan Saloma.

Rasa terkejut kerana kedatangan Pak Salihin untuk meminta maaf kepadanya, tidak juga melebihi rasa terkejutnya terhadap sikap aneh Tini. Sukri menarik nafas perlahan. Dia merenung Wan Saloma. Wanita tua itu meminta pengertian Sukri.

"Kalau Wan izinkan, boleh saya jumpa Tini?" tanya Sukri meminta keizinan.

"Jumpalah Sukri. Wan dah tak sanggup tengok penderitaan dia."

"Pak cik tak keberatan?" Sukri menoleh ke arah Pak Salihin pula.

"Silakan Sukri. Pak cik dah buat kesilapan halang hubungan kamu dengan Tina. Kali ni Tini tak patut alami hal yang sama. Pak cik minta maaf. Pak cik menyesal Sukri, dah putuskan pertunangan kamu dengan Tina."

Pak Salihin tertunduk hiba. Hal itu membuat rasa kesal Sukri yang tersimpan lama di hatinya muncul semula. Namun digagahinya untuk memaafkan.

"Tak apalah pak cik. Saya dah tak mahu ingat lagi hal tu. Dah lama berlalu pun. Selama tiga tahun saya pergi pun, saya cari ketenangan diri, tak mahu lagi ingat perkara yang sedih, yang buat kita semua bermasam muka. Saya dah redha dengan pemergian Tina." Bergetar suara lelaki itu saat menyebut nama Tina.

"Macam mana dengan Tini, Sukri? Sukri mahu beri peluang pada Tini?" sambung Wan Saloma pula memberi soalan.

"Biar saya jumpa Tini dulu ya, Wan? Saya tak tahu apa yang ada di hati Tini sekarang. Mungkin dia keliru sebab saya mungkir janji untuk jaga Tasha. Sebelum ni Tini selesa saya bersama dia jaga Tasha walaupun hanya melihatnya dari jauh," jawab Sukri tanpa berselindung lagi.

"Kamulah kekuatan Tini untuk besarkan Tasha, Sukri. Bila kamu pergi, kekuatan Tini juga pergi. Dia menyerahkan Tasha pada Wan untuk Wan uruskan segala-galanya. Kasihan Tasha, Sukri. Tini pula hilang tempat bergantung bila Sukri tiada." Penjelasan Wan Saloma benar-benar mengejutkan Sukri.

"Kenapa Tini macam ni Wan? Saya bukanlah sesiapa pun. Wan... Tini tak perlu macam ni."

"Tini perlukan kamu, Sukri. Dia sayang kamu."

Sukri menelan liur di tekaknya yang tiba-tiba terasa pahit. Apakah yang perlu dia lakukan?

SUKRI memandang Tini di hadapannya. Perbualannya bersama Wan Saloma dan Pak Salihin pagi tadi bermain di fikirannya.

Gadis itu yang sedang duduk di pangkin di hadapan rumahnya tunduk memandang tanah. Dia malu untuk memandang wajah Sukri. Bimbang Sukri menidakkan perasaannya kepada lelaki itu, Tini mengangkat muka, mengharap Sukri mengerti.

"Tasha mana, Tini?" Sukri bersuara memecah kebisuan Tini.

"Ada dengan mak," jawab Tini ringkas.

"Dalam rumah?" soal Sukri lagi, sedikit mengerutkan keningnya.

"Tak. Mak bawa pergi kedai. Dia mengamuk minta dibelikan aiskrim," terus-terang Tini.

"Tasha dah sekolah?" Sukri bertanya lagi sambil melihat Tini memperbetulkan selendangnya.

"Dah, tadika. Lagi beberapa bulan nak masuk tahun satu," cerita Tini lalu tersenyum.

"Kau jaga dia dengan baik?"

"Sukri pergi mana? Kenapa sekarang baru balik?" Tini menukar topik. Dia tidak mahu bersoal jawab pasal Natasha lagi.

"Itu tak penting, Tini. Aku cuma pergi untuk cari ketenangan." Perlahan suara Sukri.

"Dah dapat?" Tini bertanya lagi membuatkan Sukri mengeluh kecil.

"Entahlah. Mungkin ketenangan yang aku cari tak ada di mana-mana." Sukri membuat pengakuan. Tini di hadapan sedikit kehairanan.

"Maksud Sukri?"

"Mungkin ada di sini bersama Tasha." Terkedu gadis itu. Dia memandang Sukri tanpa kerlipan mata."Juga kau, Tini."

Bulat mata Tini. Apa maksud Sukri dengan kata-kata itu? Sama ada Tini kurang mengerti atau dia memang tidak mengerti, Tini menunggu kata-kata daripada Sukri. Tini meminta penjelasan namun hanya hatinya yang berkata-kata. Mulutnya terkunci rapat.

"Kenapa kau macam ni, Tini? Mak kau kata, kau mengurung diri, memberontak pada ayah kau. Kau tak pedulikan Tasha. Apa yang kau dah buat ni, Tini?"

Tersentak Tini di situ. Dia terkejut dengan kata-kata Sukri. Dia tidak menyangka Sukri akan bertanya begitu kepadanya.

"Kau sayangkan aku, Tini? Kau macam ni sebab aku pergi?"

Wajah Tini memerah. Dia tidak berkata apa-apa. Tini hanya menundukkan mukanya memandang tanah. Angin yang bertiup pada petang itu tidak dapat menyejukkan hati Tini. Hatinya bergolak.

Gadis itu gembira dengan kepulangan Sukri tetapi dia juga malu apabila ditanya begitu oleh Sukri. Tini mengangkat muka seraya memandang Sukri dengan pandangan yang sayu.

"Aku rindu Tasha, Tini. Rindu kau juga. Sebab tu aku balik. Kau bagi ini pada Tasha, ya. Anak patung ni dah lama aku beli dan simpan untuk Tasha. Harap dia suka."

Perlahan tangan Tini mengambil anak patung yang diberi Sukri. Terasa hiba hatinya saat itu.

"Kau tak mahu cakap apa-apa? Sejak aku sampai, kau tak banyak cakap. Kau marah aku ke?" Sukri bertanya lagi apabila Tini hanya berdiam diri.

"Tak."

"Habis tu, kenapa kau diam?"

"Tak tahu nak cakap apa."

"Aku gembira mak dan ayah kau dah berdamai dengan keluarga aku. Sekarang aku tak ada halangan lagi untuk jumpa Tasha. Aku tak perlu datang secara sembunyi untuk jumpa Tasha. Ayah kau tak marah aku lagi."

Tini mengangguk. Dia tersenyum namun senyumannya kelihatan hambar di pandangan Sukri.

"Kalau kau tak mahu cakap apa-apa, aku balik. Penat aku cakap sorang-sorang, Tini."

"Sukri..." Lelaki itu berpaling semula. Tidak jadi melangkah apabila Tini memanggilnya. "Sukri tak mahu tunggu Tasha balik dulu? Sekejap lagi baliklah tu. Mak bawa dia ke kedai depan tu saja."

"Dia masih ingat aku ke, Tini?"

"Entahlah. Masa Sukri pergi, umur dia baru tiga tahun. Tapi mak selalu bagitahu dia, ayahnya akan pulang satu hari nanti. Hari-hari dia menunggu." Jawapan Tini mengejutkan Sukri.

"Apa? Wan cakap aku ayah Tasha? Kau pun setuju dengan tindakan Wan, Tini? Kenapa kau rumitkan hidup Tasha? Kenapa bohong pada anak sekecil Tasha? Apa yang harus aku jawab bila dia tanya kenapa ayahnya tinggalkan dia?"

"Bukan Tini yang cakap pada Tasha Sukri, mak yang cakap."

"Kau boleh larang kan Tini. Ini semua tak betul. Sekurang-kurangnya kau bagitahu Tasha aku ni pak cik dia atau siapa saja. Bukan ayah dia."

"Sukri mahu Tini cakap yang ayah dia ada dalam penjara? Dia anak penjahat tu? Macam tu, Sukri? Di sekolah dia selalu cerita tentang ibu bapa kawan-kawan dia. Dia nak ada mama, nak ada ayah." Tini berjeda lalu menyambung kemudiannya.

"Tini sanggup jadi mama dia, tapi siapa yang sanggup jadi ayah dia, Sukri? Lukisan-lukisan yang dia lukis tu, Tini tak sanggup nak tengok. Dia impikan ayahnya datang pada dia. Datang peluk dan dukung dia. Memuji lukisan dia." Tini usap mata yang mula bergenang.

"Dia cerita pada kawan-kawan sekolah dia yang ayah dia bekerja di tempat yang jauh. Satu hari akan pulang peluk dia. Sukri fikir, Tini boleh sampai hati nak menidakkan impian anak sekecil Tasha, Sukri?" Tini tertunduk setelah itu.

"Salahkah kebohongan mak tu kalau demi untuk kebahagiaan Tasha, Sukri? Atau Sukri mahu Tini bagitahu Tasha yang ayahnya dah meninggal macam mama dia? Adil ke untuk dia Sukri?"

Tini melepaskan keluhan yang selama ini terpendam di hatinya. Matanya mula bergenang. Sukri tercengang tidak menduga hal seperti itu akan terjadi.

"Tapi Tini... kenapa aku?"

"Sebab Sukri yang ada di hati Kak Tina. Sebab Tasha anak Kak Tina. Siapa lagi yang layak untuk jadi ayah dia kalau bukan awak, Sukri."

"Okey... okey, aku faham. Sekarang... kau nak aku buat apa?"

"Jumpa Tasha dan peluk dia sekali. Tolonglah Sukri, dah tiga tahun dia tunggu awak balik."

"Kenapa kau buat aku macam ni Tini? Hidup kita akan sukar nanti. Orang akan bercakap pasal kita. Kau akan dapat malu. Orang akan mengata kau. Biar aku, aku lelaki. Tapi kau, Tini. Kau perempuan. Kau belum berkahwin tapi menjaga anak kecil bersama lelaki yang bukan suami kau. Kau sanggup terima tohmahan dari orang kampung ni, Tini? Kau dah fikir ke semua ni?"

"Tasha anak saudara Tini. Anak Kak Tina. Tini bukannya jaga anak luar nikah ke apa? Sesiapa pun tak ada hak nak pertikaikan semua ni." Tini bangun dari duduknya. Hatinya sakit dengan penjelasan Sukri.

"Maaf Tini kalau kau salah faham dengan maksud aku. Aku balik dulu, nanti aku jumpa kau lagi. Aku jumpa Tasha nanti. Aku tak mahu bercakap dalam keadaan kau macam ni. Maaf Tini. Aku balik dulu, kau masuklah."

Tini melihat Sukri pergi dengan linangan air mata di pipinya. Dia kecewa dengan Sukri. Kenapa Sukri tidak memahami? Kenapa Sukri tak mahu mengerti?

arenayidin

22 Julai 2021

Related chapters

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 8

    Kepulanganmu membawa harapan, yang penantian ini telah berakhir. Semoga ada noktah dalam penantianku. Andai tidak juga memberi apa-apa makna, maka aku terima kenyataan, dia bukan diciptakan untukku - TINI

    Last Updated : 2021-07-22
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 9

    Saat keputusan aku ambil untuk memilihmu, aku sudah siap untuk menerima apapun cabaran di masa depan, termasuk membuka pintu hatiku untukmu - SUKRIMALAM. Di rumah ibu mertuanya, Sukri bersama Tini memulakan kehidupan baru mereka bersama setelah selesai majlis akad nikah dan kenduri lewat petang hari itu.Tini berjanji akan berpindah bersama Sukri setelah majlis kenduri di pihak lelaki pula selesai seminggu yang ak

    Last Updated : 2021-07-23
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 10

    Beginikah rasanya bahagia memiliki seorang yang bernama 'ayah'? Aku mendapatnya sekarang setelah cerita-cerita yang kukarang di sekolah kepada teman-teman seakan tak mungkin menjadi kenyataan. Namun, ' Ayah' datang menjadi penyelamat - NATASHATIDAK ada apa yang lebih membahagiakan Tini apabila melihat kegembiraan Natasha. Natasha yang sebelum ini menyimpan angan-angan untuk memiliki seorang ayah seperti k

    Last Updated : 2021-07-23
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 11

    Ujian itu datang untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Untuk melihat seberapa besarnya juga rasa syukur kita sebelum ini.PULANG dari tempat kerjanya hari ini, Sukri duduk di kerusi dengan menungan yang panjang. Matanya dipejam rapat. Keningnya berkerut. Dia memicit-micit kepalanya. Rambutnya dilurutkan ke belakang. Sesuatu telah berlaku. Amat merisaukannya.Tini memerhati sedari Sukri pulang tadi. Habis membancuh kopi, Tini ke ruang tamu. Dia menghampiri Sukri yang masih lagi berkeadaan begitu.Tini meletakkan cawan di atas meja kopi berhadapan Sukri. Lelaki itu memandang Tini dan sekilas berpaling ke arah lain pula. Tini kehairanan. Sikap Sukri agak berlainan hari ini.

    Last Updated : 2021-07-23
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 12

    Orang selalu berkata bahawa bahagia itu sederhana. Sederhana kerana rasa bahagia cukup dirasa kita sendiri saja andai kita dapat bersama dengan orang yang kita sayang, apa lagi kalau rasa bahagia itu berbalas dengan rasa yang sama. MELIHAT Tini m

    Last Updated : 2021-07-24
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 13

    Walau apa pun yang terjadi, memperjuangkanmu adalah tujuankuBiar apa pun yang menghalang di depan, pasti aku harungi.SEBAIK sahaja membuka kasut, Sukri melangkah masuk ke dalam rumah. Perlahan dia duduk menyandar di kerusi panjang. Beberapa saat kemudian, tubuhnya dibaringkan. Tangan diletakkan di atas dahi. Sukri mengeluh.Terasa sedikit berbahang, lantas dia membuka beberapa butang baju kemejanya. Dikibas-kibas badan dengan surat khabar yang dibelinya pagi tadi.Beberapa ketika kemudian, Sukri mencampakkan suratkhabar itu di atas meja kopi di sebelahnya pula.Kemudian

    Last Updated : 2021-07-24
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 14

    Andai saja, kau memahami apa yang telah aku lalui selama ini, rasa sakitnya tidak mungkin seperti ini. Cukuplah andai kau mengerti yang aku perlu waktu untuk melupakannya - SukriSEBULAN berlalu. Sukri mula sakit kepala. Semuanya menemui jalan buntu. Dia masih belum dapat mencari pekerjaan.Berhari-hari dia berfikir akan kesudahan hidupnya. Bagaimana jika hari y

    Last Updated : 2021-07-24
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 15

    Diam itu lebih baik daripada beradu mulut denganmu. Kerana rasa marah yang membuak di dada ini tak mungkin dapat aku tahan lagi bila kamu semakin menguji kesabaranku. Jadi, biarkan aku diam - SukriENTAH ke mana Sukri pergi. Terasa bersalah pula kerana menaikkan kemarahan suaminya itu. Sukri tidak pernah semarah itu. Sukri tidak pernah menengkingnya seperti hari itu.Tini mengesat air mata yang jatuh di pipinya. Dia meninjau beberapa kali. Sukri tidak kelihatan di mana-mana. Motosikalnya tidak dibawa. Sukri mungkin tidak pergi jauh.Beberapa kali lagi meninjau, Tini teringatkan Natasha. Dia bergegas ke bilik anaknya itu. Di b

    Last Updated : 2021-07-25

Latest chapter

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 81 ( AKHIR )

    Kata orang, seberapa berat ujian yang diterima, ganjarannya berlipat ganda, berapa banyak dugaan menimpa, akhirnya pasti kembali bahagia, yang pahit pasti akan manis akhirnya..._____________________“KALAU Tasha sudi, Izzat sepuluh kali sudi opah. Lagipun sebelum ni Izzat dah banyak kali minta maaf atas kesalahan Izzat, Opah. Tasha saja yang tak nak maafkan Izzat.”Itu kata-kata terakhir Izzat sejak pertemuan seluruh keluarga Tini dan Sukri di rumah emak lelaki itu.Natasha sudah berfikir masak-masak. Dia akan memaafkan Izzat sekaligus memberi peluang kepada lelaki itu untuk berubah serta membuktikan janji-janjinya untuk berjaya dalam pelajaran.Kini Izzat di bawah jagaan emak dan ayah Sukri memandangkan dia tiada siapa-siapa lagi untuk bergantung hidup. Sukri memantaunya saban waktu.Persengketaan bersama Izmir dilupakan dan Izzat menjadi sandaran untuk melupakan permusuhan itu. Sukri tidak mahu Izzat menerima nasib yang sama seperti Natasha di waktu kecilnya, hidup tanpa kasih saya

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 80

    Walau penyesalan datang terlambat, aku tetap punya semangat, merubah hidup dari yang sesat, ke arah jalan yang lebih hebat - Natasha____________________EMPAT bulan sudah berlalu. Natasha yang bersedih dengan kematian ayah kandungnya sudah mula menunjukkan tanda-tanda dia reda dengan pemergian ayahnya.Kesilapannya dahulu tidak mahu menerima kewujudan ayah kandung telah membuatnya berduka selama beberapa bulan.Sukri yang bimbang dengan keadaan Natasha sudah hilang punca untuk mengembalikan keceriaan anak gadisnya itu.Begitu juga dengan Tini. Kegusaran Tini semakin bertambah apabila Natasha membenci Izzat pula pada saat ini. Bagi Natasha, ayah Izzatlah punca kenapa ayah kandungnya meninggal.Sedangkan pada waktu ini Sukri berusaha untuk melupakan apa yang berlaku antara Izzat, Natasha dan Izmir. Izzat yang selama ini tidak juga disukai Sukri kini mulai mendapat kemaafan daripasa Sukri memandangkan Izzat sudah tinggal bersama ayah dan ibunya.Namun berlainan dengan Natasha. Beberapa

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 79

    Semua yang berlaku dalam hidup kita punya hikmahnya. Hanya kita yang tak pernah menyedarinya. Berlapang dada lah saat menerima.__________________________BERITA Abang Mail ditikam Izmir mengejutkan ramai pihak. Kematian Abang Mail menjadi tragedi berdarah. Izmir hilang entah ke mana bersama anak angkatnya Izzat semenjak peristiwa itu. Sukri yang terhutang nyawa dengan arwah Abang Mail tertunduk hiba saat mengunjungi kubur arwah Abang Mail.Kini, impiannya untuk menyatukan Natasha dengan Abang Mail hanya tinggal kenangan. Abang Mail telah pergi buat selamanya dengan mempertaruhkan nyawanya saat Izmir nekad untuk menikam perutnya dengan pisau tempoh hari.Jikalau Abang Mail tidak ada hari itu, Sukri tidak pasti dia akan ada untuk melihat dunia ini lagi. Dia berasa ngeri apabila mengenangkan itu semua. Abang Mail pergi di saat dia telah memaafkan lelaki itu. Di saat dia mula menghulurkan tangan persahabatan semula, Izmir campur tangan hingga menyebabkan tragedi berdarah yang meragut nya

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 78

    Jika dengan begini buat kamu mahu menerimaku kembali, aku rela disakiti, jika begini buat aku bahagia walau seinci, aku sanggup di'jemput' pergi. - Abang Mail_______________________TANPA sengaja Izmir menolak Sukri. Sukri jatuh tergolek ke tanah. Tini, Wan Saloma dan Natasha terkedu melihat Sukri.“Abang!”“Ayah!”Sukri bingkas bangun dibantu Tini dan Natasha.“Papa, sudahlah. Marilah kita balik, papa.” Izzat pula yang berdiam diri dari tadi bersuara, berusaha untuk meredakan ketegangan.“Uncle jangan pukul semua orang lagi.” Natasha menjerit kepada Izmir apabila melihat lelaki itu sudah hilang pertimbangan.Izmir masih ingin menumbuk Abang Mail tetapi dihalang Sukri semula. Sukri menarik tangan Izmir kasar. Begitu juga dengan Izzat.“Cukup Izmir! Jangan teruskan lagi,” larang sukri dan masih menarik tangan Izmir.“Biarkan aku Sukri. Kalau kau halang aku, aku takkan teragak-agak untuk belasah kau juga,” ancam Izmir cuba memancing reaksi Sukri pula.“Izmir!” Kali ini Sukri pula yang

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 77

    Rasa marah yang menguasai diri, cuma salah satu jalan menuju kehancuran. Tanpa dapat mengawal hati, pasti ada sebuah penyesalan._________________________“ADA apa ni? Apa kau buat kat sini Izmir?”“Sukri... aku bukan datang untuk cari gaduh. Aku datang nak minta tolong dengan baik. Tolonglah Sukri. Benarkan Izzat jumpa Tasha.”“Sudahlah Izmir, bawa anak kau balik.”“Please Sukri. Percayalah, aku takkan lama.”“Macam mana aku nak percayakan kau lagi Izmir? Kau tu tahu berjanji saja. Tapi kau tak buat pun. Kau janji takkan ganggu Tini, takkan ganggu Tasha lagi. Tapi kau buat juga lagi kan?” balas Sukri, jengkel dengan janji yang ditabur Izmir selama ini.“Apa kau cakap ni?”“Kau jangan ingat aku tak tahu kau tunggu kat sekolah untuk tengok Tasha kan? Aku ingat, bila Tasha dah pindah sekolah, benda macam ni takkan jadi lagi. Tapi kau masih buat kan? Kau nak buat apa sebenarnya hah?” Geram pula Sukri kali ini.“Sukri...”“Janganlah buat macam ni lagi Izmir. Anak aku nak belajar dengan te

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 76

    Kita tidak pasti seseorang itu berubah untuk apa. Semoga ia berubah kerana khilaf, namun kalau ada rencana disebaliknya, masihkah ada maaf untuknya?__________________________“ABANG Mail ada apa cari saya?”“Abang ada hal sikit Sukri.”“Kalau Abang Mail tak kisah, boleh saya tahu kenapa dengan muka Abang Mail? Kata Abang Minhad tadi, mulut Abang Mail berdarah. Abang Mail kena pukul?” tanya Sukri sebaik sahaja melihat lebam di tepi mulut Abang Mail.“Abang bertumbuk dengan Izmir, Sukri.”“Apa? Abang Mail tak bergurau kan? Abang Mail ada masalah apa dengan Izmir?” Tercengang Sukri mendengar penjelasan Abang Mail. Matanya terjegil memandang lelaki itu.“Masalah apa lagi Sukri kalau melibatkan Izmir. Masalah Tasha la. Sebab inilah abang cari kau. Kau tahu tak Sukri, Izmir dah banyak kali cari Tasha dekat sekolah baru dia. Abang dapat tahu ni pun secara tak sengaja. Satu hari abang terserempak Izmir di hadapan sekolah. Masa tu abang ke sekolah tu atas urusan kerja. Abang ada minta kerja

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 75

    Rasa takut kehilangan itu wajar buat orang yang kita sayang. Justru, kita sanggup lakukan apa saja demi dia, termasuk merelakan diri kita tersakiti._________________________TINI keluar dari keretanya dan meninjau-ninjau mencari Natasha. Kali ini Tini berasa tidak sedap hati.Bimbang ada sesuatu yang berlaku kepada Natasha, dia meluru masuk ke dalam kawasan sekolah dan mencari di dalam pula. Beberapa ketika Tini keluar semula setelah bayang Natasha tidak juga kelihatan.“Aunty cari siapa? Cari Tasha ke?” Tiba-tiba ada seseorang datang menyapa.“Err... ya... ya, Tasha dah keluar kelas ke? Kamu kawan dia?”“Saya Elly, kawan Tasha, aunty. Tadi saya nampak Tasha dah balik naik kereta. Ada orang jemput. Saya ingatkan aunty tadi,” jawab gadis berkacamata itu.Tini tersentak mendengar penjelasan gadis muda yang memperkenalkan diri sebagai Elly tadi. Terus jantungnya berdegup kencang.“Apa? Tasha dijemput? Kamu tahu siapa?”“Tak nampak sangat aunty. Saya jauh tadi dari Tasha. Bila panggil, T

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 74

    Hubungan yang retak, mungkin boleh disambung kembali, dengan rencana yang berlainan. Namun hati yang retak, mana mungkin sembuh kembali. Yang tinggal hanya parut yang berkekalan.________________________HAMPIR sebulan Natasha berada di sekolah baru, Izzat datang mencari gadis itu di rumahnya. Masih lengkap berpakaian sekolah, Izzat meminta izin daripada Wan Saloma dan Tini untuk bertemu dengan Natasha. Pada mulanya Wan Saloma dan Tini agak keberatan untuk membenarkan Izzat menemui Natasha. Tetapi setelah beberapa kali Izzat merayu, akhirnya Tini memberi kebenaran.Natasha keluar dari biliknya dan bertemu Izzat di pangkin. Izzat meminta masa sepuluh minit dari pada Tini untuk bertemu Natasha. Tini mengangguk setuju namun dia dan Wan Saloma memerhatikan Natasha dan Izzat dari beranda.Sebaik sahaja Natasha duduk, Izzat yang sedari tadi lagi mengharapkan Natasha keluar tersenyum gembira. Hatinya berbunga riang namun Natasha hanya diam tidak menunjukkan sebarang reaksi.“Tasha, kau sihat

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 73

    Kegembiraanmu buatku lega.Hanya ini yang aku damba.Moga begini selamanya,Tak ada lagi duka dan kecewa.________________________“TOLONG jangan tukarkan Tasha ke sekolah lain. Tolong Sukri, Tini.”“Kenapa? Kenapa tak boleh buat macam tu? Tasha tak boleh dekat dengan anak kau Izmir. Buat apa aku nak diamkan diri lagi lepas apa yang kau buat pada anak aku? Sekarang hati kau sakit sebab anak kau kecewa kerana terpaksa berpisah dengan anak aku kan?” Sukri membalas. Sakit pula hatinya tika ini.“Kau tahu rasa macam mana sekarang kan Izmir? Masa kau rancangkan semua ni, tak ada pun kau fikir dulu kan apa yang akan jadi pada anak kau. Sekarang, anak kau memberontak kan Izmir? Sekarang kau gelabah kan bila anak kau jadi macam tu?”Izmir tidak mampu membalas. Laju Sukri menceramahinya waktu itu.“Dulu kau tak faham situasi aku macam mana bila Tasha persoalkan aku siapa. Kau tepuk tangan dan hasut Tasha benci aku Izmir. Sekarang, bila anak kau sendiri yang tak percaya dan tak nak ikut cakap k

DMCA.com Protection Status