Share

BAB 3

Penulis: Airin Abdul
last update Terakhir Diperbarui: 2021-07-04 20:36:31

"Hey beb" Bahu Ain Nur Jannah ditampar lembut oleh seseorang. Pantas dia menoleh. Kelibat yang ditunggu telahpun tiba. Kaisah, sahabat baiknya. Sahabat susah senangnya.

"Jauh kau termenung. Kau ingat dekat siapa?" soal Kaisah ingin tahu.

Dia menarik kerusi lalu melabuhkan duduk bertentangan dengan Ain Nur Jannah. Ain menggelengkan kepala. Malas dia nak memanjangkan cerita pagi tadi. Biarlah menjadi rahsia buat sementara. Lagipun mana mungkin Ain berjumpa dengan lelaki itu lagi. Semuanya bakal menjadi sejarah.

"Ingat dekat kaulah Kai. Janji nak jumpa pagi. Ini haa, dah malam baru kita dapat jumpa." Ain menjuihkan bibir. Sengaja memberi alasan.

"Iye iye je kau. Dia yang tak jadi jumpa kita. Cakap kita pula yang tak jadi jumpa. Asal kau batalkan janji temu kita eh? Kau tak nak jumpa aku?" soal Kaisah. 

Dia menggamit pelayan kedai makan dari jauh. 

"Bagi saya Nasi goreng seafood satu, ais lemon tea satu," ujar Kaisah sebaik saja pelayan ada di depan mata. Pelayan itu mencatat pesanan Kaisah dengan pantas.

"Kau nak makan apa ni?" dia menyoal Ain.

Tak akan dia mahu makan seorang-seorang. Mahu mati seleranya tidak ada yang menemani.

"Kau order yang kau je. Aku dah order tadi sebelum kau sampai." Kaisah mengangguk laju. Dia mendongak ke arah pelayan.

"Yang itu je dik, thank you ya ... " Ucapnya sebelum pelayan tadi berlalu pergi. 

Tumpuannya kembali kepada Ain. Dia membetulkan duduknya. Mata memandang gadis itu dengan tajam.

“Kau dah kenapa aku tengok? Gelisah semacam ja. Ada apa-apa yang kau nak kongsi dengan aku?” Kaisah cuba menebak. Mana tahu umpannya mengena.

Ain menggeleng. 

"Sorry Kaisah pasal pagi tadi. Aku memang betul-betul tak sengaja. Opah aku call. Bukan kau tak tahu. 5 minit tak muncul. Gerenti kena pancung tau" 

Ain cuba berdalih. Dia bukan sengaja. Kaisah ketawa lepas. Dia teringat reaksi opah kalau memanggil Ain. Kalau tidak muncul, gerenti dicari cucu kesayangannya itu sampai jumpa.

Ain mengeluh.

Kalau bukan sebab budak gemuk itu, sudah pasti dia dan Kaisah meneruskan rancangan mereka. Tetapi bila dia teringat peristiwa pagi tadi, dia rasa lucu. Namun terselit juga rasa risau.

Mana tahu kalau tindakan dia tadi beri kesan sampingan  pada lelaki itu. Bukan boleh dijangka apa kesan pada tendangan padu juara silat seperti dia.

Dia juga takut nanti secara tiba-tiba, ada orang datang mencari dia. Mahu dia bertanggungjawab menyebabkan kemandulan. Huh! Mustahillah semua itu. Minta dijauhkan.

Akan tetapi dia rasa lucu sangat bila terbayang tubuh lelaki sombong tadi terduduk menahan sakit. Kali pertama dia buat begitu pada seorang lelaki. Memang terbaik. Biar lelaki itu belajar cara meminta maaf yang sebetulnya.

Senyuman terukir dihujung bibir.

"Kau apahal senyum sorang-sorang? Buang tebiat ke apa? Ke kau teringat dekat crush kau si Wawa Jenal?" Kaisah menggawang-gawang tangannya di depan Ain. Cuba menyedarkan rakannya.

“Eh, kau gila ke apa? Bila pula crush aku si Wawa Jenal? Ingat aku lesbian macam kau? Minat dengan orang perempuan?” Laju Ain menepis. Kaisah memang. Dia yang crush dengan Wawa Jenal, dikata kita pula yang minat. 

“Haha ...” Kaisah ketawa kuat. Semua mata yang berada dalam restoran memerhati mereka dengan pandangan tidak senang.

Pantas Ain menekup mulut Kaisah.

“Kau cover sikit gelak kau tu boleh? Malu aih orang tengok. Mana aku nak sorok muka lawa aku?” ujar Ain sebaik saja dia melepaskan tangannya.

Kaisah menjuih bibir.

“Kau tu yang senyum tiba-tiba. Entah angau dekat lelaki mana entahlah. Tersengih-sengih. Lucu aku tengok. Sebab tu aku ketawa.” 

"Eh, aku ada senyum ke?" soal Ain selamba.

Apa kejadahnya soalan kau ni Ain Nur Jannah. Memang dah sah sah kau senyum seorang-seorang. Lagi mahu berdalih ke?

"Opah kau call ke atau kau pergi dating tak bagitau aku ni?" Kaisah cuba serkap jarang. Saja mahu lihat reaksi sahabatnya.

"Bukan dating la. Memang betul opah aku call suruh balik" tekan Ain lagi. Cuba menegakkan benang yang basah.

Kaisah sudah menarik muka. Mahu merajuk. Macamlah dia baru kenal Ain Nur Jannah.

Gadis itu terlalu perahsia. Terlalu liat mahu berkongsi cerita. Apatah lagi derita yang ditanggung. Sehinggakan tidak mampu lagi mahu dibendung, barulah gadis itu akan meluahkan segalanya.

"Ala, nanti nantilah aku cerita dekat kau. Aku janji okey?" Ain cuba memujuk. 

Dia tahu sebenarnya sahabatnya itu saja buat-buat merajuk. Sengaja mahu cungkil rahsia dari dia. Dia sudah dapat mengagak. 

Kaisah menjungkit bahu.

"Weh, aku janji. Kau macam tak kenal aku pula. Asal yang nak sentap tiba-tiba ni?" Ain menggoncang tubuh Kaisah. Hidung gadis itu dicuit manja beberapa kali.

Kaisah tidak jadi merajuk lama-lama. Tindakan Ain buat dia rasa lucu. Mana ada sahabat yang memujuk sahabat dia yang merajuk seperti kekasih. Kalau adapun mungkin 10 dalam sejuta.

"Alah, aku gurau jela dengan kau. Aku bukan merajukpun. Aku buat-buat merajuk je." Kaisah tersenyum senget. Terpamer gigi yang tersusun cantik.

“Aku dah agak dah” Ain menepuk bahu sahabatnya kuat. Menyeringai gadis itu menahan sakit.

“Tapi kau janji tau dengan aku yang kau  akan kongsi story dengan aku?" 

Laju saja Ain bersetuju. Kalau dia tidak setuju, merajuk pula gadis itu sekali lagi.

Jari kelingking Kaisah diangkat. Disua pada Ain. Seperti biasa. Mahu mengikat janji antara mereka. 

"Ok. Aku janji dengan kau" Janji Ain Nur Jannah. Dia mengepit jari kelingkingnya dengan jari Kaisah.

"Ha macam tulah sahabat" Ujar Kaisah sambil tersengih.

"Best friend forever till jannah," kata mereka serentak. Terburai ketawa antara mereka.

Kaisah adalah sahabat Ain Nur Jannah dunia akhirat. Allah yang menghantar dia pada Ain disaat dirinya memerlukan sokongan seorang sahabat.

Pada siapa lagi dia mahu berkongsi rasa hati kalau bukan dengan Kaisah. Dia berjanji akan menceritakan semuanya pada Kaisah nanti. Satupun tidak akan tertinggal.

Bab terkait

  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 4

    "Selamat pagi boskur. Apa cerita disebalik video yang kau hantar semalam?" Sapa Syed sebaik saja menapak masuk ke dalam bilik sahabatnya.Kelihatan Nuh Al-Edruz masih tekun membaca fail yang berlambak di hadapan jejaka itu. Syed Muqry menarik kerusi lalu duduk di hadapan sahabatnya"Woi!" Sergah Syed. Kedua belah tangan ditepuk. Betul- betul depan muka Nuh. Terkejut lelaki itu. Muka sudah memerah menahan rasa bengang.Syed ketawa berdekah."Hoi, agak-agaklah. Masuk bilik aku pun tak reti bagi salam ke?" jerkah Nuh. Dia sendiri terkejut bila disergah begitu.Adab kat mana? Adab? Saja si Syed Muqry ini mahu mengundang amarah dia. Dia juga hampir terlupa yang mereka sudah berjanji mahu bertemu.Sungguh dari tadi dia ralit membaca kronologi kes yang perlu dia wakili esok pagi. Sampai tidak sedar dengan kehadiran sahabat baik dia.Syed Muqry menyengih macam kerang busuk. Dia sengaja mahu kejutkan lelaki itu. Dari tadi dia panda

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-04
  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 5

    Ain Nur Jannah menarik bagasinya tergesa-gesa. Dia perasaan dengan pandangan lelaki di hujung sana tadi. Dia seperti mengenali siapa lelaki itu. Pantas saja dia menekup mulut. Dia berharap sangat lelaki yang di hujung sana tidak mengenali dia atau sudah lupakan dia."Teksi!" Ain menggamit sebuah teksi yang sedang menanti di situ. Cepat saja dia meloloskan diri ke dalam kereta berwarna biru sebaik saja pintu dibuka."Grand Alora Hotel," pantas dia memberitahu. Pemandu teksi sekadar mengangguk. Sekejap saja teksi sudah berada di atas jalan raya untuk ke destinasi yang dikatakan.Telefon bimbit Ain menjerit-jerit meminta untuk diangkat. Huh! Dia mendengus. Salah masa betullah. Dari tadi lagi telefonnya berbunyi dalam keadaan kelam kabut dia melarikan diri."Assalamualaikum ...," sahut Ain sebaik saja panggilan bersambung."Yea ... aku dah sampai. Aku terus ke hotel. Nanti malam aku jumpa kau" Dia bersuara lagi. Sesekali kepalanya terangguk-anggu

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-05
  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 6

    Nuh Al-Edruz mewakili anak guamnya Cikgu Nasuha untuk bertemu dengan ibu bapa pelajar yang ingin memfailkan kes saman. Mereka ditemani oleh Syed Muqry dan juga Hidayah, saudara cikgu Nasuha. Pihak pelajar tersebut juga diwakili oleh seorang peguam, dari Firma Guaman Aziz and Co. Kebetulan peguam yang mewakili keluarga pelajar terbabit merupakan rakan satu universiti Nuh Al-Edruz dahulu. Jadi dijangka, perbincangan mereka akan jadi lebih mudah dan cepat. Tidak perlu melibatkan banyak pihak untuk mereka berdamai. Selepas sebutan kes sebentar tadi, mereka telah duduk dan berbincang bersama-sama. Kedua belah pihak akhirnya telah mencapai kata sepakat untuk menarik semula dakwaan terhadap cikgu Nasuha. Segala perjanjian dilakukan secara hitam putih oleh peguam masing-masing. Permohonan maaf juga dibuat oleh kedua belah pihak agar tiada lagi salah faham yang berlaku. Fuh! Nuh menarik nafas lega sebaik sahaja semua orang bersurai. Syed dan Na

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-17
  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 7

    Temubual antara Ain Nur Jannah bersama cikgu Nasuha dan peguamnya berjalan dengan lancar. Namun dalam kerancakkan perbincangan mereka, hati Ain masih lagi kacau bilau. Apa tidaknya, mata helang si peguam asyik saja bertembung dengan anak mata Ain Nur Jannah. Dan setiap kali mata mereka bertaut, dia juga yang terpaksa melarikan terlebih dulu. Pandangan peguam itu seolah-olah memberi dia amaran. Amaran yang menggerunkan hati Ain. Dalam kekalutan dia berdoa semoga cepat-cepat perjumpaan ini berakhir. Bukan kerana dia tidak suka bertemu dengan Cikgu Nasuha tapi itulah. Hatinya terganggu dek pandangan sinis peguam dihadapannya. Pandangan itu menghantar rasa debar yang makin menjadi-jadi. Telapak tapak tangan kanan Ain ditepuk-tepuk ke dada. Perbuatan itu seperti ingin mencari ruang yang lebih untuk bernafas. Sungguh dia merasa sesak yang teramat. "Cik Ain okey ke tak?" Nuh Al-Edruz menyoal. Pura-pura mengambil berat. Sedangk

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-30
  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 8

    Ain Nur Jannah sudah tiba di kampung halaman arwah abahnya. Suasana desa yang nyaman memberikan dia rasa ketenangan. Mahu dilupakan seketika dunia yang sedang bergolak di luar.Dia mahu memanfaatkan cutinya bersungguh-sungguh. Tidak mahu dibiarkan peristiwa tadi mengganggu gugat ketenteramannya.Dipandang sekilas telefon pintar yang diletak diatas meja kopi bersebelahan katil. Ingatannya serta merta teringatkan bapa saudaranya.Pantas dia mengatur langkah lalu duduk di birai katil. Telefon dicapainya pantas. Panggilan yang tidak berjawab dipandang dengan senyuman nipis.35 kali panggilan dari bapa saudaranya. Pasti sebentar lagi dia akan dimarahi. Pantang dia tiada di rumah ataupun keluar bekerja ke mana-mana. Pasti Azam akan menelefonnya sampai panggilan berjawab.Ain menggeleng.Nombor telefon bapa saudaranya didail. Dua saat kemudian panggilan diangkat."Assalamualaikum Pak Usu" sapa Ain memberi salam."Waa

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-30
  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 9

    Sudah genap seminggu semenjak pertemuan Nuh dan Ain di Kedah. Seminggu jugalah berlalu tanpa ada apa-apa gangguan dari Nuh Al-Edruz. Sengaja dia membiarkan hidup Ain Nur Jannah tenang terlebih dahulu. Sebelum dia mengucar-kacirkan kehidupan gadis itu semula. Walaupun begitu, segala perkembangan berkaitan Ain Nur Jannah sentiasa berada di dalam pengetahuan dia. Syed Muqry lah orang yang bertanggungjawab menjadi pemberi maklumat bertauliah dia. Jangan kata Ain seorang. Malah seluruh ahli keluarga gadis itu berada di dalam pengetahuan Nuh. Dengan siapa gadis itu tinggal, dan siapakah saudara mara gadis itu, semua dia tahu. Bebola mata Nuh tertancap pada skrin laptopnya. Web Media Online ditaip pada carian g****e chrome. Keluar keputusan carian dan dia klik pada laman web Media Online. Sebelah tangan memegang pen sambil mengetuk-ngetuk permukaan meja seolah sedang berfikir. Dia skrol laman web Media Online. Artikel yang tertulis 'Penjelasan Ekslusif Cikgu

    Terakhir Diperbarui : 2021-09-09
  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 10

    Nuh memakir Honda CRV nya ke dalam garaj. Kelihatan Mini Cooper S milik bondanya turut tersadai sama. Nampak gayanya bonda dia ada di rumah. Tak ada meeting agaknya hari ini. Bukan senang dia mahu bertemu dengan Dato Mahani. Dia tersenyum simpul. "Ha! Dah sampai pun anak bonda" Belum pun sempat Nuh melangkah masuk ke dalam rumah, dia sudah disergah bondanya dari belakang. Pipi tembam Nuh dicubit-cubit geram. Nuh mengetap bibir. Dia cuba menepis dengan tangan. Tetapi tindakan bondanya lebih pantas. "Bonda ni, tak habis-habis buat Nuh macam budak-budak," omel Nuh perlahan. Dia menarik muka masam. Dari dulu sampai sekarang, pipi dia selalu saja jadi mangsa semua orang dalam rumah ini. "Alah, Nuh tetap budak-budak pada bonda selagi Nuh tak kahwin. Jadi sekarang, Nuh ken

    Terakhir Diperbarui : 2021-10-22
  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 1

    "Hey! Tepi sikit! Tepi sikit!"Bunyi kecoh dari arah belakang sedikit mengejutkan.Belum sempat Ain mengelak tiba-tiba bahunya dirempuh kasar oleh seseorang. Hampir terdorong dia ke hadapan. Mujur tidak ada kereta yang melintas. Kalau tidak, mesti dia sudah jadi arwah. Darahnya mula menyirap. Marah dengan tindakan pelaku yang langsung tidak punya rasa kemanusiaan. Ain rakus menanggalkan earphone di telinga. Matanya dikecilkan sedikit melihat tubuh yang semakin menjauh.Hati mendongkol geram. Memang cari nahaslah siapa yang sesuka hati melanggar dia. Dendam perlu dibalas. Itu memang prinsipnya."Hey saudara!" jerit Ain lantang. Dia berlari-lari anak. Mengejar semula lelaki yang merempuhnya sebentar tadi. Beg sandang yang digalas oleh lelaki itu pantas direntap kasar dengan sebelah tangan. Serta merta empunya diri tersentak.Lantas wajah itu menoleh. Lelaki itu terpinga-pinga. Barangkali terkejut bila diperlakukan sebegitu oleh gadis yang tidak dikenal

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-04

Bab terbaru

  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 10

    Nuh memakir Honda CRV nya ke dalam garaj. Kelihatan Mini Cooper S milik bondanya turut tersadai sama. Nampak gayanya bonda dia ada di rumah. Tak ada meeting agaknya hari ini. Bukan senang dia mahu bertemu dengan Dato Mahani. Dia tersenyum simpul. "Ha! Dah sampai pun anak bonda" Belum pun sempat Nuh melangkah masuk ke dalam rumah, dia sudah disergah bondanya dari belakang. Pipi tembam Nuh dicubit-cubit geram. Nuh mengetap bibir. Dia cuba menepis dengan tangan. Tetapi tindakan bondanya lebih pantas. "Bonda ni, tak habis-habis buat Nuh macam budak-budak," omel Nuh perlahan. Dia menarik muka masam. Dari dulu sampai sekarang, pipi dia selalu saja jadi mangsa semua orang dalam rumah ini. "Alah, Nuh tetap budak-budak pada bonda selagi Nuh tak kahwin. Jadi sekarang, Nuh ken

  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 9

    Sudah genap seminggu semenjak pertemuan Nuh dan Ain di Kedah. Seminggu jugalah berlalu tanpa ada apa-apa gangguan dari Nuh Al-Edruz. Sengaja dia membiarkan hidup Ain Nur Jannah tenang terlebih dahulu. Sebelum dia mengucar-kacirkan kehidupan gadis itu semula. Walaupun begitu, segala perkembangan berkaitan Ain Nur Jannah sentiasa berada di dalam pengetahuan dia. Syed Muqry lah orang yang bertanggungjawab menjadi pemberi maklumat bertauliah dia. Jangan kata Ain seorang. Malah seluruh ahli keluarga gadis itu berada di dalam pengetahuan Nuh. Dengan siapa gadis itu tinggal, dan siapakah saudara mara gadis itu, semua dia tahu. Bebola mata Nuh tertancap pada skrin laptopnya. Web Media Online ditaip pada carian g****e chrome. Keluar keputusan carian dan dia klik pada laman web Media Online. Sebelah tangan memegang pen sambil mengetuk-ngetuk permukaan meja seolah sedang berfikir. Dia skrol laman web Media Online. Artikel yang tertulis 'Penjelasan Ekslusif Cikgu

  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 8

    Ain Nur Jannah sudah tiba di kampung halaman arwah abahnya. Suasana desa yang nyaman memberikan dia rasa ketenangan. Mahu dilupakan seketika dunia yang sedang bergolak di luar.Dia mahu memanfaatkan cutinya bersungguh-sungguh. Tidak mahu dibiarkan peristiwa tadi mengganggu gugat ketenteramannya.Dipandang sekilas telefon pintar yang diletak diatas meja kopi bersebelahan katil. Ingatannya serta merta teringatkan bapa saudaranya.Pantas dia mengatur langkah lalu duduk di birai katil. Telefon dicapainya pantas. Panggilan yang tidak berjawab dipandang dengan senyuman nipis.35 kali panggilan dari bapa saudaranya. Pasti sebentar lagi dia akan dimarahi. Pantang dia tiada di rumah ataupun keluar bekerja ke mana-mana. Pasti Azam akan menelefonnya sampai panggilan berjawab.Ain menggeleng.Nombor telefon bapa saudaranya didail. Dua saat kemudian panggilan diangkat."Assalamualaikum Pak Usu" sapa Ain memberi salam."Waa

  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 7

    Temubual antara Ain Nur Jannah bersama cikgu Nasuha dan peguamnya berjalan dengan lancar. Namun dalam kerancakkan perbincangan mereka, hati Ain masih lagi kacau bilau. Apa tidaknya, mata helang si peguam asyik saja bertembung dengan anak mata Ain Nur Jannah. Dan setiap kali mata mereka bertaut, dia juga yang terpaksa melarikan terlebih dulu. Pandangan peguam itu seolah-olah memberi dia amaran. Amaran yang menggerunkan hati Ain. Dalam kekalutan dia berdoa semoga cepat-cepat perjumpaan ini berakhir. Bukan kerana dia tidak suka bertemu dengan Cikgu Nasuha tapi itulah. Hatinya terganggu dek pandangan sinis peguam dihadapannya. Pandangan itu menghantar rasa debar yang makin menjadi-jadi. Telapak tapak tangan kanan Ain ditepuk-tepuk ke dada. Perbuatan itu seperti ingin mencari ruang yang lebih untuk bernafas. Sungguh dia merasa sesak yang teramat. "Cik Ain okey ke tak?" Nuh Al-Edruz menyoal. Pura-pura mengambil berat. Sedangk

  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 6

    Nuh Al-Edruz mewakili anak guamnya Cikgu Nasuha untuk bertemu dengan ibu bapa pelajar yang ingin memfailkan kes saman. Mereka ditemani oleh Syed Muqry dan juga Hidayah, saudara cikgu Nasuha. Pihak pelajar tersebut juga diwakili oleh seorang peguam, dari Firma Guaman Aziz and Co. Kebetulan peguam yang mewakili keluarga pelajar terbabit merupakan rakan satu universiti Nuh Al-Edruz dahulu. Jadi dijangka, perbincangan mereka akan jadi lebih mudah dan cepat. Tidak perlu melibatkan banyak pihak untuk mereka berdamai. Selepas sebutan kes sebentar tadi, mereka telah duduk dan berbincang bersama-sama. Kedua belah pihak akhirnya telah mencapai kata sepakat untuk menarik semula dakwaan terhadap cikgu Nasuha. Segala perjanjian dilakukan secara hitam putih oleh peguam masing-masing. Permohonan maaf juga dibuat oleh kedua belah pihak agar tiada lagi salah faham yang berlaku. Fuh! Nuh menarik nafas lega sebaik sahaja semua orang bersurai. Syed dan Na

  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 5

    Ain Nur Jannah menarik bagasinya tergesa-gesa. Dia perasaan dengan pandangan lelaki di hujung sana tadi. Dia seperti mengenali siapa lelaki itu. Pantas saja dia menekup mulut. Dia berharap sangat lelaki yang di hujung sana tidak mengenali dia atau sudah lupakan dia."Teksi!" Ain menggamit sebuah teksi yang sedang menanti di situ. Cepat saja dia meloloskan diri ke dalam kereta berwarna biru sebaik saja pintu dibuka."Grand Alora Hotel," pantas dia memberitahu. Pemandu teksi sekadar mengangguk. Sekejap saja teksi sudah berada di atas jalan raya untuk ke destinasi yang dikatakan.Telefon bimbit Ain menjerit-jerit meminta untuk diangkat. Huh! Dia mendengus. Salah masa betullah. Dari tadi lagi telefonnya berbunyi dalam keadaan kelam kabut dia melarikan diri."Assalamualaikum ...," sahut Ain sebaik saja panggilan bersambung."Yea ... aku dah sampai. Aku terus ke hotel. Nanti malam aku jumpa kau" Dia bersuara lagi. Sesekali kepalanya terangguk-anggu

  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 4

    "Selamat pagi boskur. Apa cerita disebalik video yang kau hantar semalam?" Sapa Syed sebaik saja menapak masuk ke dalam bilik sahabatnya.Kelihatan Nuh Al-Edruz masih tekun membaca fail yang berlambak di hadapan jejaka itu. Syed Muqry menarik kerusi lalu duduk di hadapan sahabatnya"Woi!" Sergah Syed. Kedua belah tangan ditepuk. Betul- betul depan muka Nuh. Terkejut lelaki itu. Muka sudah memerah menahan rasa bengang.Syed ketawa berdekah."Hoi, agak-agaklah. Masuk bilik aku pun tak reti bagi salam ke?" jerkah Nuh. Dia sendiri terkejut bila disergah begitu.Adab kat mana? Adab? Saja si Syed Muqry ini mahu mengundang amarah dia. Dia juga hampir terlupa yang mereka sudah berjanji mahu bertemu.Sungguh dari tadi dia ralit membaca kronologi kes yang perlu dia wakili esok pagi. Sampai tidak sedar dengan kehadiran sahabat baik dia.Syed Muqry menyengih macam kerang busuk. Dia sengaja mahu kejutkan lelaki itu. Dari tadi dia panda

  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 3

    "Hey beb"Bahu Ain Nur Jannah ditampar lembut oleh seseorang. Pantas dia menoleh. Kelibat yang ditunggu telahpun tiba. Kaisah, sahabat baiknya. Sahabat susah senangnya."Jauh kau termenung. Kau ingat dekat siapa?" soal Kaisah ingin tahu.Dia menarik kerusi lalu melabuhkan duduk bertentangan dengan Ain Nur Jannah.Ain menggelengkan kepala. Malas dia nak memanjangkan cerita pagi tadi. Biarlah menjadi rahsia buat sementara. Lagipun mana mungkin Ain berjumpa dengan lelaki itu lagi. Semuanya bakal menjadi sejarah."Ingat dekat kaulah Kai. Janji nak jumpa pagi. Ini haa, dah malam baru kita dapat jumpa." Ain menjuihkan bibir. Sengaja memberi alasan."Iye iye je kau. Dia yang tak jadi jumpa kita. Cakap kita pula yang tak jadi jumpa. Asal kau batalkan janji temu kita eh? Kau tak nak jumpa aku?" soal Kaisah.Dia menggamit pelayan kedai makan dari jauh."Bagi saya Nasi goreng seafood satu, ais lemon tea satu," ujar Kaisah sebaik s

  • KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 2

    Nuh Al-Edruz mencampak beg galasnya ke sofa. Hati dia masih lagi sebal memikirkan tindakan perempuan yang dia jumpai tadi. Rasa senak masih lagi terasa. Betul-betul mengundang rasa amarahnya.Kesalahan dia cuma terlanggar sedikit saja gadis itu. Bukan dia buat benda yang tidak senonohpun. Tapi gaya gadis itu sudah macam orang hilang sesuatu yang berharga. Meroyan sampai melakukan tindakan yang memalukan pada dia.Nuh menuju ke dapur. Dia mendekati peti sejuk. Dibuka pintu dengan rasa geram. Lalu dicapai air kosong dalam botol dan diteguk rakus tanpa menuang dulu ke dalam gelas."Huh!" Nuh meletak kembali botol air. Kasar sehingga mengeluarkan bunyi.Dia mendengus. Rasa geramnya kembali mencanak naik. Fikiran dia tidak tenang. Belum pernah lagi ada orang yang berani buat dia macam tu. Dan dia langsung tidak menyangka dia diperlakukan seperti tu oleh seorang perempuan.PEREMPUAN!Bayangkanlah.Tadi dia perasan ada beberapa o

DMCA.com Protection Status