"Babygirl...." Pipi mulus itu ditepuk beberapa kali.
"Erm...." Kelopak matanya dibuka sedikit. Terpapar senyuman manis di raut wajah kacak sang suami.
"Morning beauty angel,"
"Erm...morning...."
Amanda memeluk sang suami. Kantuknya masih terasa, tak semena pipinya dicium beberapa kali tanpa sempat diberi peluang untuk tidur.
"Dah pukul berapa ni babygirl? Hmmm? Kenapa tidur lagi? Tak eloklah...." bebel Dylan.
Hidung Amanda ditarik beberapa kali. Ada jugak yang kena gigit hidung, perutnya dah meragam nak makan sesuatu. Boleh pulak sang isteri tidur. Alahai...
"Manda mengantuklah, kejap....bagi Manda lima minit untuk tidur and hubby kejut Manda untuk masakkan hubby. Okay?"
"Hubby laparlah babygirl, mahu hubby makan babygirl dekat sini. Dah lama hubby tunggu babygirl bangun tau, tak kesian dekat hubby ke?" Amanda meraup kasar mukanya.
"Yelah...."
"Yeay!"
Mukanya digomol manja, ketawa bahagia dihambu
Sorry lama menghilang, krja makin bnyk musim banjir. Hrap korang semua maaf, terima kasih
Dylan bersiap memakai baju kemeja, manakala kot miliknya setia pada lengannya. keluhan berat dilepaskan, Amanda yang masih enak ketiduran itu dirapati, cium diberi pada kedua pipi."Mi manchi e... Ti amo cosi tanto Manda." (I miss you and ... I love you so much, Manda)"Kenapa cium pipi Manda?" soal Amanda.Tidurnya terganggu kerana lelaki itu. Meski sudah tahu jawapan yang akan keluar dari bibir Dylan, namun tetap Amanda mahu tanyakan hal itu. Sengaja acah-acah tak suka, sedangkan dalam hati dah berbunga riang mahu melompat tinggi."Hubby takkan lupa rutin harian hubby, hubby tak boleh tak cium pipi babygirl sebelum keluar rumah.""Hmm...""Ma dai." (Come on)Tangan halus sang isteri dicapai, riak wajah Dylan berubah apabila pegangannya ditepis."Kenapa ni? Hmm?" soal Dylan risau.Rambut panjang sang isteri diusap sambil-sambil itu disikat dengan jari-
Amanda berdandan simple, cukup secalit bedak pada muka dan itu sudah mencukupi baginya. Lagipun, Amanda cuma nak jumpa Rita aje. Tak perlu rasanya untuk berdandan melebih. Ting! Dentingan mesej buatnya laju capai telefon. Lengkungan senyum terbias di bibir saat matanya terpandang Hubby yang tertera di skrin. -Mi manchi sai? (I miss you, you know?) Amanda menggeleng, dah tahu Amanda tak faham bahasa Itali, tetap juga dihantar mesej bahasa Itali. -In questo momento non riesco a concentrarmi, leggo e non mi rimane niente in testa (Right now I can't concentrate, I read and I have nothing left in my head) Baru saja nak taip lebih, lelaki itu telah mendail nombornya. Talian diangkat, "Scusa Viktor, ma davvero non riesco a concentrarmi oggi. ..." (Sorry Viktor, but I really can't concentrate today) Kedengaran suara lelaki itu berbicara dengan seseorang dalam pejabat. "Si." (Yes) Bunyi pintu ditutup menandakan lelaki itu telah keluar. "Kalau awak sibuk tak payah call saya, lagipun
Amanda celik mata perlahan-lahan, dahinya berkerut hebat apabila sekelilingnya dihidangkan dengan keadaan gudang yang berterabur dengan kotak. Seingatnya, tak ada pulak Amanda masuk mana-mana gudang. "Bukan aku nak jumpa Rita ke?" soal Amanda pada diri sendiri. Bunyi tapak kasut seseorang menarik perhatiannya, bermula dari kasut sehinggalah raut wajah seorang lelaki yang dikenalinya. "Papa?" Encik Jamal senyum sinis. "Kenapa? Terkejut? Tak percaya kau boleh jumpa aku dekat sini? Atau....kau masih bermimpi ada di bumi Itali sana?" Dahi Amanda berkerut seribu. Kejap? "Apa maksud papa?" "Kau tak faham lagi apa yang aku cuba cakap dekat kau? Huh?" Makanan bungkus di tangan dilempar tepat pada muka Amanda. "Sakitlah! Kenapa dengan papa ni?" "Kau tahu sakit? Habis hati aku? Kau ingat tak sakit? Beraninya kau jumpa lelaki asing entah dari mana, kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan aku. Elok sangat ke perangai macam tu?!" tempik Encik Jamal kuat. Rambut panjang Amanda ditarik kua
Amanda terjaga dari tidurnya yang panjang. Mata dicelik perlahan-lahan. Mukanya berkerut seribu menahan sakit. Fikirannya kini mengimbas kembali apa yang terjadi sebelumnya. "Aku dekat mana ni?" soal Amanda pada diri sendiri. Mata pandang sekeliling. "Bukan bilik Dylan ke ni?" Bunyi kuakan pintu memberi jawapan segalanya. Muncullah Dylan di sebalik pintu utama bersama makanan yang ditantang. "Hubby?" Dylan diam tanpa suara. Raut wajah tampan itu tenang aje, walaupun begitu Amanda tahu suaminya sedang menahan marah padanya. "Makan." sepatah keluar dari bibur itu. Dylan berura-ura nak keluar. Tak sempat nak bangun, tangannya ditarik Amanda. "Hubby." Diam, tak ada langsung panggilan manja untuk Amanda. Amanda dah mula nak menangis dapat layanan sebegini. 'Mana panggilan yang selalu Dylan guna? Amanda rindu...' "Hubby marahkan Manda?" Untuk sekian kalinya bibir itu terkatup rapat tanpa bicara. Beberapa titis mutiara turun, Amanda tak nak perubahan ini. Amanda tak sanggup mena
Encik Jamal mencuba meleraikan ikatan tali pada kedua belah tangannya. Ingatannya terimbas kembali kejadian yang berlaku semalam. Bagaimana dirinya boleh terkurung di dalam bilik bawah tanah ini. Buk! Kuat mukanya ditumbuk Dylan. Merah menyala muka lelaki itu menahan amarah. "Kau!" "Kenapa? Terkejut? Huh!" Encik Jamal mengetap kuat giginya. "Kau dah rosakkan rancangan aku, kau tahu tak?!" "Do i look like i care?" sinis Dylan membalas sebelum tubuh Encik Jamal dibelasah habis-habisan. Rayuan dari Encik Jamal sedikitpun tidak menyejukkan hatinya malah Dylan amarahnya makin mencanak tinggi. "Bila Manda merayu macam orang gila ada kau peduli? Huh?" "Tolong....tolong...." "Siapa nak tolong kau? Kau ingat dengan rancangan hebat kau bersepakat dengan abang aku, kau dapat kalahkan aku? Huh?" Sekuat tenaga, tangannya dihayun pada pipi Encik Jamal. Pang! Tamparannya lebih kuat berbanding tamparan Encik Jamal pada Amanda. "Kau tampar aku?" Pang! Sekali lagi tamparan kuat itu dihad
Perut yang berkeroncong minta diisi ditepuk beberapa kali. "Sabar, aku tahu kau tengah lapar. Aku cari tuan kau ni, dari tadi tak jumpa-jumpa. Pergi mana pun aku tak tahu." kata Amanda bercakap pada perutnya. Lagak perut faham aje. Mata pandang sekeliling sebelum arah matanya memicing pada Andrea. Jauh termenung, seperti ada masalah besar aje. Tergerak hati untuk merapat, kini tubuhnya telah berdiri tegak sebelah Andrea. Malu pun ada, tapi itulah tebalkan jugak muka. "Awak okay?" sapa Amanda berbasa-basi. Andrea kerling Amanda sekilas sebelum alih pandang ke arah lain. Bibir terkatup, tak ada hati nak bercakap. "Kalau awak ada masalah, kongsilah. Mana tahu saya boleh tolong kan? Tak elok-elok pendam sorang-sorang, kadang-kadang awak perlukan seseorang untuk luahkan masalah awak." "Seseorang macam kau ke? Atau lebih tepat seseorang itu adalah kau?" soal Andrea bersama alis diangkat. "Boleh dikatakan macam tu." ucap Amanda tahan malu. Ehem! Andrea senyum menyampah. Tubuhnya dip
Bam! "Argh!!! Jantan tak guna! Kurang ajar! Gila! Argh!!! Kau jantan tak guna Lan!" tempikan kuat itu bergema dalam bilik itu. Semua barang habis bersepah kerana perbuatannya. Merah menyala matanya menahan rasa amarah yang membara. "Aku minta maaf." ucap Encik Jamal serba salah. Fabio ketawa sinis. Bahu kanan yang berbalut itu ditatap lama. Semuanya gara-gara Dylan, Fabio tak tahu bagaimana lelaki itu boleh tahu tempat persembunyian Amanda. Dirinya terkejut bukan kepalang melihat kemunculan lelaki iu di depan mata, tak sempat nak menghilang bahunya telah ditembak. Tsk! Tak guna! "Maaf kau takkan mampu pulihkan balik bahu aku, maaf kau tak ada guna. Kau tahu tak? Aku dah bosan dengar kau cakap minta maaf, susah sangat ke apa yang aku arahkan kau sampai aku tertangkap? Kau dah musnahkan semua rancangan aku, kau tahu tak?!" "Ak....ak-aku mi-minta maaf...." terbata-bata ayat maaf itu dihulur. "Itu aje yang kau tahu, tak reti sungguh sejukkan hati aku. Makin aku tengok muka kau, m
Tok! Tok! Tok! Puan Ana bangun meluru menuju ke pintu utama, terukir senyum manis saat raut wajah gembira milik Andrea dijamahnya. "Andrea!" Tubuh itu dipeluk erat melampiaskan rindu. "Ibu...." rengek Andrea manja. Tawa halus terhambur dari bibir. Suka dengan telatah anak lelakinya yang tidak pernah berubah. Manja itu tetap ada biarpun sudah menginjak dewasa. "Anak ibu sihat?" Andrea angguk. "Sihat, ibu macam mana? Sihat?" "Ibu nampak anak lelaki ibu terus sihat, rindu katakan." Andrea menyalami tangan sang ibu. "Rea rindu ibu, maafkan Rea sebab dah lama tak balik rumah. Rea ada banyak kerja, tak sempat nak balik. Rea bersyukur dapat jumpa ibu." "Rea balik pun dah buat ibu lega, mari duduk. Kita borak sama-sama." Mereka berdua kini melabuh duduk di atas sofa panjang. "Macam mana dengan kerja di sana? Semuanya okay ke?" "Okay aje, cuma...." Andrea gigit bibir. "Kenapa Rea?" Keluhan berat Andrea lepaskan. "Rea tak dapat kesan keberadaan abang Rea. Rea dah cuba macam-macam c
Beberapa bulan kemudian... Amanda masuk ke dalam rumah yang telah lama dibiar. Lepas kematian sang papa, Amanda kerap pulang ke sini. Untuk pertama kalinya, Amanda beranikan diri masuk ke dalam bilik papa tirinya itu. Sepucuk surat kelihatan di atas meja sisi, lekas surat itu dicapai dan dibuka. Kepada anakku Amanda, Terima kasih kerana kau masih layani aku baik persis seorang ayah kandung. Aku minta maaf atas setiap dosa yang aku lakukan. Jujur, aku sudah insaf selepas bertemu Dylan. Dia yang menasihati aku agar menjadi seorang yang lebih baik. Dylan adalah lelaki yang sempurna dan kau beruntung menjadi isteri kepada lelaki sebaik dia. Papa kandung kau sudah meninggal dunia, semuanya berpunca dari aku. Aku yang membunuh papamu. Amanda tekup mulut, benarkah? Aku bencikan seluruh keluargamu. Aku tak tahu kenapa perasaan benci ini tumbuh, yang aku tahu....aku nak musnahkan kehidupan seluruh ahli keluarga kau. Maafkan aku, Manda. Maafkan aku.... Yang benarJamal "Babygirl...." L
Tok! Tok! Tok!"Ibu! Ibu!Ibu!"Dylan dah naik risau, dah berapa kali dia ketuk pintu dan mengucapkan salam tapi langsung tak ada sahutan. Tak ada tanda untuk pintu dibuka."Ibu macam takde, Ahmad pun takde keluar. Ada apa-apa jadi ke ni?" soal Dylan kerisauan."Jom kita try masuk." Andrea rempuh pintu sehingga pintu terbuka.Masuk saja, terus dicari keberadaan sang ibu. Tak ada langsung batang tubuh tua itu. Malah, Ahmad jugak tiada. Andrea serabutkan kepalanya."Ibu dan Ahmad tak ada, semua bilik abang dah cari." Amanda angguk."Manda pun tak nampak sesiapa dalam rumah ni. Kosong aje." Andrea ketap kuat giginya."Biar Rea call ibu."Namun,Tidak langsung diangkat, voice mail aje yang keluar. Satu mesej whatsapp yang dihantar ibu didengari."Cari ibu...kalau Rea masih sayangkan ibu. Kalau tak...."Mata Andrea berkaca."Biarkan ibu mati."Beberapa titis mutiara jatuh, salahnya tidak mengambil peduli penjelasan ibu ketika itu. Salahnya menilai tanpa menyiasat terlebih dahulu."Ibu dicul
Puan Ana terbaring lemah di bawah lantai. Badan tak kuat dan kini kehilangan arah, fikirannya kusut sekali memikirkan tentang Andrea dan Andra. Dalam diam, hatinya merintih mahukan dua anak lelakinya itu. Namun, mengenangkan Andrea bencikan dia, juga Andra tidak tahu hilang entah ke mana. Mana lagi jalan yang harus dia pilih selain redha. Mungkin dia patut mati kan? "Kau fikirkan apa orang tua?" Diam, Dan itu menyakitkan hati lelaki bertopeng itu. "Aku ingatkan kau dah mati, rupa-rupanya masih hidup. Kuat jugak kau eh? Aku tak bagi makan pun kau boleh hidup macam orang biasa." Terkatup rapat bibir itu menerima kata pedas itu. Tak ada langsung hati nak membalas. Tubuhnya lemah tidak berdaya, nak bangun pun tak boleh. Saat ini Puan Ana berbaring di atas lantai tanpa berlapik apa-apa. "Apa lagi yang kau nak? Mana janji kau temukan aku bersama anak lelaki aku? Mana Andra? Mana anak aku?" "Kau percaya?" Tsk! "Janji tak semestinya ditepati, aku tak rasa kau patut jumpa anak lelaki
Luna menangis hiba, cincin yang indah tersarung pada jari ditatap lama. Tak jangka keputusan lelaji itu adalah mengahwininya sedangkan pilihannya adalah berkahwin bersama Dylan. "Darling...." Sepantas kilat air mata dihapus, senyum manis diukirkan untuk Fabio. Tahu lelaki itu tak suka dia menangis, andai nampak Luna menangis pasti dirinya dipukul. "Darling menangis ke? Hmm? Terpaksa kahwin dengan Dani? Atau masih sayangkan Dylan?" Menggeletar hebat tubuhnya apabila tepi mukanya dicium Fabio. "Luna sayangkan Dani, tak baik Dani buruk sangka tau." pujuk Luna. "You sayangkan I?" Macam buruk belatuk Luna mengangguk. "Betul you sayangkan I." Kedua pipinya diusap lembut. "I betul-betul sayangkan you. Percayalah cakap I, I tak tipu tau." "Macam mana kalau I cakap...." Luna gigit bibir. Tahu apa yang lelaki itu mahukan. "I nak you layan I atas katil macam sebelum ni tapi...." Fabio menggeleng. "I tak nak kalau I yang mulakan secara paksa. I tak nak sakitkan you, I sayangkan you...."
"Kenapa masam sangat ni? Hmm?" Amanda labuh duduk di atas kerusi. 'Nampak stress aje muka Dylan, ada apa-apa yang terjadi ke?' "Si Rea tu, hubby tak faham betullah. Hubby arahkan Ahmad bagitahu Rea untuk fail kerja tadi. Tunggu punya tunggu dalam bilik meeting, langsung tak ada batang hidung. Nasib baik PA hubby bawak fail tu, kalau tak susahlah nak deal dengan syarikat baru ni." "Mungkin Rea busy, hubby fikir positif je. Tak mungkin Rea ingkar arahan hubby tanpa sebab kan?" "Dah try positiflah ni, kalau tak dah lama hubby hambur marah aje dekat si Rea tu." Amanda ketawa kecil. "Apa gelak-gelak? Nak kena geletek ke hmm?" Tak dan menggeleng, tubuhnya menjadi sasaran lelaki itu. Terbahak-bahak Amanda ketawa, rumah pun dah bergema dengan suaranya aje. "Mana ada gelak, stop! Stop!" "Nak gelakkan hubby lagi ke? Hmm?" "Tuan." Panggilan dari Andrea menghentikan perbuatan Dylan. Dehem kecil dibunyikan sebelum tubuhnya diangkat bangun. Baju kemejanya dibetulkan, tubuh dipeluk gaya nak
Andrea ketuk beberapa kali meja, sejak tadi matanya fokus pada pintu cafe aje. Semuanya kerana Ahmad, dikatakan ada sesuatu yang perlu dia ketahui. Tapi apa? "Sorry aku lambat, kau dah lama tunggu ke?" sergah Ahmad lalu duduk dilabuh di hadapan Andrea. "Kau selalu tak tepati janji kan?" "Aku jumpa ibu kau tadi." Andrea angguk. "Patutlah..." "Terima kasih kau tumpangkan aku beberapa hari tinggal rumah kau. Biasalah, aku takde rumah. Nak sewa rumah, duit aku kurang. Nak tinggal sebumbung dengan Dylan, aku tak rasa itu pilihan yang selamat. Kau tahu Dylan dah kahwin kan? Mana tahu tiba-tiba jeles. Habis aku dilunyai agaknya." Andrea ketawa kuat. "Kelakarlah kau ni, ada pulak macam tu eh? Dylan okay aje, kau yang fikir jauh sangat. Padahal Dylan tak cakap apa-apapun. Aku pun tak faham dengan kau, Dylan suruh kau tinggal bersama dia, kau tolak mentah-mentah. Kau datang sana pun atas arahan, kalau tidak memang tidaklah nak nampak muka kau."Ahmad sengih malu. "Itupun, lepas siap kerja
"Tahniah, kamu sedang mengandung dua bulan, jangan buat kerja berat-berat. Pastikan cukup rehat, okay?" Luna ketap kuat giginya, terngiang-ngiang apa yang dikatakan doktor pada Amanda. Gilakah dia? Jika Luna mengintip setiap pergerakan suami isteri itu? "Gila atau tak, Dylan milik aku! Tak ada siapa yang boleh rampas aku dari dia! Bahkan Manda pun, aku takkan bagi peluang!" Lagak orang gila bercakap seorang diri, dari jauh Fabio pandang Luna. Perlahan langkah dirapati perempuan itu. "Seorang aje ke?" Duduk dilabuh di sebelah Luna. "You buat apa dalam rumah I? Macam mana you masuk? Bukan I kunci pintu tadi?" "I masuk melalui tingkap." Luna tepuk dahi. "I lupa...." Fabio sandar tubuh pada sofa. "You selalu lupa kan? Bab Dylan tak ada pulak you lupa. Pelik kan? Atau you cinta mati dengan si Dylan tu?" Luna pekakkan telinga. "Eh kejap....bukan you yang mainkan perasaan Dylan ke? Macam mana you boleh ingat Dylan? Eh? I tak faham, cuba you explain dekat I, maybe I boleh tolong k
Sejak dari Luna selalu menganggu Dylan, Amanda banyak termenung memikirkan hal buruk saja. Terbit dalam hati rasa takut, takut jika Dylan beralih arah sayang pada Luna. Amanda tak ada kekuatan andai itu yang terjadi. "Babygirl...." Diam, "Babygirl, dengar tak hubby panggil ni?" Rambut panjang itu diusap, barulah kepala itu menoleh pandang dirinya. "Hubby tak mandi lagi ke?" Dari pemakaian kemeja, Amanda tahu lelaki itu baru saja pulang dari tempat kerja. Raut wajah itu terlihat gusar, tidak seperti selalu ceria dan tersenyum. "Macam mana hubby nak mandi kalau hubby panggil babygirl, babygirl diam? Hubby risau tau." ujar Dylan kerisauan. "Manda okay, tak ada apa yang perlu dirisaukan." Senyum nipis dilakar. "Hubby kenal babygirl dah lama tau, semua tentang babygirl hubby tahu. Biasanya babygirl diam macam ni bersebab kan? Ada yang tak kena ke? Atau ada yang perlu hubby jelaskan sesuatu?" 'Macam mana Dylan tahu isi hati aku?' monolog Amanda sendiri. "Betul eh?" Dylan ketawa c
"Aku tengok kemain dia merajuk dengan kau." Ahmad kerling Amanda. Beberapa meter dari mereka berdua. "Gaduh sikit aje, biasalah pasangan muda yang baru kahwin." Dylan pandang Amanda, saat mata bertaut. Laju mata cantik itu dialih pandang ke arah lain. Senyum sikit terkutik di bibir. "Aku tak faham dengan kau berdua ni, benda kecik pun boleh bergaduh bagai." "Biasalah dugaan orang yang dah kahwin. Kau apa tahu?" Ahmad mendecit. "Eleh kau, mentang-mentang aku single kau layan aku macam ni eh? Kurang asam!" Dylan senyum jahat. "Siapa tahu kau dapat jumpa seseorang dalam masa terdekat kan? Siapa tahu kan?" sakat Dylan. "Aku tak fikir sampai ke tahap tu, aku nak hidup single dulu. Tak puas lagilah nak enjoy, kalau ada isteri susah nak enjoy macam zaman muda sekarang." "Korang sembang apa lagi? Cepatlah sikit, Manda dah nak balik ni. Dah lewat sangat ni, tak takut ke?" "Takutlah....Oh no....takut...." ejek Ahmad kejam. "Hey!" Jari tuding pada Ahmad. "Babygirl..." Jari yang menudi