Gambar waktu kecilnya bersama Andra ditatap tak jemu. Senyum kecil terkutik di bibir, ada rindu yang tak terluah apabila gambar itu ditatapnya. "Abang nak aiskrim boleh?" "Mana boleh, abang takde duitlah. Abang ada duit cukup-cukup nak beli keropok untuk abang makan balik nanti tau." "Abang tak sayang Rea ke? Bolehlah, belanja Rea kalini je, please...." Andra hela nafas payah. Pasrah, Duit miliknya diberikan pada Andrea. "Lepas beli aiskrim terus balik, jangan tunggu abang, abang ada kelas tambahan lepas ni." Andrea angguk. "Adik tak boleh bayang kalau abang takde dalam hidup adik." "Dah mula dah, tak payahlah fikir sampai macam tu. Abang tak pergi mana-mana pun, ada aje ni." Tanpa sedar, celah matanya terkeluar setitis air mata. Ehem! "Kenapa you nangis?" soal Jen kini melabuh duduk di sebelah Andrea. "Takde apa, I cuma rindukan abang I. Itu aje." "Kenapa? Abang you pergi mana? Kerja jauh ke?" soal Jen ingin tahu. Andrea dah sebak, sempit dada mahu hambur setiap rasa ya
Amanda ketap beberapa kali bibir. Raut wajah berkerut beberapa meter darinya ditatap lama. Serba salah atas kejadian beberapa hari lalu, Amanda tahu lelaki itu masih marahkan dirinya. Salahnya menjadi seorang yang tidak mendengar kata, akibatnya Dylan merajuk padanya. Kepalanya dihantuk pada dinding dua kali. "I see what you did there." Tanpa alih mata Dylan berkata. Amanda telan air liur kelat. "Erk...." Perlahan langkah dihayun merapati Dylan. "Manda....erk...." Dehem kecil dibunyikan sebelum duduk dilabuh sebelah sang suami. "Is there anything i can do to help you?" soal Dylan mendatar. "Are you still mad at me?" "Nope, i ain't mad." Majalah dibelek malas. "Are you sure?" "Why would i be mad at you?" "You sure hubby?" Dylan pandang Amanda sesaat. "Yes." Halaman lain dibelek. Tak nampak gaya baca pun. "Can you smile for me?" Amanda sengih tak berapa lawa. "No." Amanda hembus nafas tak puas hati. Tubuhnya dipeluk. "I am once again asking, are you mad at me?" "Stop ple
Amanda bangun dari tidurnya, bersemangat dia mahu kejutkan Dylan. Pudar semangatnya apabila tempat di sebelahnya sudah kosong. Tahulah Amanda bahawa lelaki itu telah berangkat ke kerja. Tok! Tok! Tok! "Puan..." panggil seseorang di sebalik pintu. "Kejap." sahut Amanda tertahan dari sebak. Pintu dibuka, terjengul raut wajah beku milik Ahmad. Lelaki itu menunduk hormat padanya sebelum menyambung kata. "Sudah bersedia?" "Kenapa Dylan tak ikut? Dylan betul-betul busy ke? Kenapa sampai awak diganti untuk keluar dengan saya sedangkan Dylan boleh tunda kerja demi luang masa bersama saya?" bertalu-talu soalan keluar dari bibir Amanda. Kecewa yang tak dapat ditahan dari lubuk hatinya. "Aku tak boleh nak jawab soalan kau, lagipun ini arahan dari Dylan sendiri. Aku tak boleh nak arahkan dia supaya tinggalkan kerja demi kau, aku takut dia naik angin." "Oh." Kecewa tak hilang dari ton bicara itu. "Jom kita pergi sekarang." ajak Ahmad. "Jom." Ahmad bukakan pintu kereta sebelah pemandu unt
"Abang, please jangan tinggalkan adik. Please...." "Andra, apapun yang terjadi jangan pernah lupakan ibu dan ayah. Okay?" "Andra!" Naik turun nafas Dylan, mukanya diraup kasar. Banyak kali mimpikan benda yang sama dan dia sendiri tak pasti apakah maksud mimpi itu yang sebenar? "Kau okay? Kenapa dah berpeluh macam orang baru mimpi hantu?" soal Andrea kini melabuh duduk di atas kerusi depan Dylan. "Takde apa." Deheman kecil dibunyikan. "Kau tak nak cerita apa-apa masalah kau dekat aku? Mana tahu aku boleh tolong kan?" ujar Andrea prihatin. "Aku fikirkan sesuatu aje." Dylan dah mula nak buka cerita. "Maksud kau apa?" Tubuh disandar dengan mata tepat pandang ke dalam anak mata Dylan. "Kau pernah merasai kehilangan?" "Pernah." Nafas ditarik panjang. "Aku pernah kehilangan abang kesayangan aku, aku tak tahu macam mana cara untuk aku dapatkan abang aku. Malah, aku sendiri tak tahu rupa abang aku macam mana." Helaan nafas kecewa dilepaskan. "Bagaimana agaknya khabar dia sekarang?
"Aku tengok kemain dia merajuk dengan kau." Ahmad kerling Amanda. Beberapa meter dari mereka berdua. "Gaduh sikit aje, biasalah pasangan muda yang baru kahwin." Dylan pandang Amanda, saat mata bertaut. Laju mata cantik itu dialih pandang ke arah lain. Senyum sikit terkutik di bibir. "Aku tak faham dengan kau berdua ni, benda kecik pun boleh bergaduh bagai." "Biasalah dugaan orang yang dah kahwin. Kau apa tahu?" Ahmad mendecit. "Eleh kau, mentang-mentang aku single kau layan aku macam ni eh? Kurang asam!" Dylan senyum jahat. "Siapa tahu kau dapat jumpa seseorang dalam masa terdekat kan? Siapa tahu kan?" sakat Dylan. "Aku tak fikir sampai ke tahap tu, aku nak hidup single dulu. Tak puas lagilah nak enjoy, kalau ada isteri susah nak enjoy macam zaman muda sekarang." "Korang sembang apa lagi? Cepatlah sikit, Manda dah nak balik ni. Dah lewat sangat ni, tak takut ke?" "Takutlah....Oh no....takut...." ejek Ahmad kejam. "Hey!" Jari tuding pada Ahmad. "Babygirl..." Jari yang menudi
Sejak dari Luna selalu menganggu Dylan, Amanda banyak termenung memikirkan hal buruk saja. Terbit dalam hati rasa takut, takut jika Dylan beralih arah sayang pada Luna. Amanda tak ada kekuatan andai itu yang terjadi. "Babygirl...." Diam, "Babygirl, dengar tak hubby panggil ni?" Rambut panjang itu diusap, barulah kepala itu menoleh pandang dirinya. "Hubby tak mandi lagi ke?" Dari pemakaian kemeja, Amanda tahu lelaki itu baru saja pulang dari tempat kerja. Raut wajah itu terlihat gusar, tidak seperti selalu ceria dan tersenyum. "Macam mana hubby nak mandi kalau hubby panggil babygirl, babygirl diam? Hubby risau tau." ujar Dylan kerisauan. "Manda okay, tak ada apa yang perlu dirisaukan." Senyum nipis dilakar. "Hubby kenal babygirl dah lama tau, semua tentang babygirl hubby tahu. Biasanya babygirl diam macam ni bersebab kan? Ada yang tak kena ke? Atau ada yang perlu hubby jelaskan sesuatu?" 'Macam mana Dylan tahu isi hati aku?' monolog Amanda sendiri. "Betul eh?" Dylan ketawa c
"Tahniah, kamu sedang mengandung dua bulan, jangan buat kerja berat-berat. Pastikan cukup rehat, okay?" Luna ketap kuat giginya, terngiang-ngiang apa yang dikatakan doktor pada Amanda. Gilakah dia? Jika Luna mengintip setiap pergerakan suami isteri itu? "Gila atau tak, Dylan milik aku! Tak ada siapa yang boleh rampas aku dari dia! Bahkan Manda pun, aku takkan bagi peluang!" Lagak orang gila bercakap seorang diri, dari jauh Fabio pandang Luna. Perlahan langkah dirapati perempuan itu. "Seorang aje ke?" Duduk dilabuh di sebelah Luna. "You buat apa dalam rumah I? Macam mana you masuk? Bukan I kunci pintu tadi?" "I masuk melalui tingkap." Luna tepuk dahi. "I lupa...." Fabio sandar tubuh pada sofa. "You selalu lupa kan? Bab Dylan tak ada pulak you lupa. Pelik kan? Atau you cinta mati dengan si Dylan tu?" Luna pekakkan telinga. "Eh kejap....bukan you yang mainkan perasaan Dylan ke? Macam mana you boleh ingat Dylan? Eh? I tak faham, cuba you explain dekat I, maybe I boleh tolong k
Andrea ketuk beberapa kali meja, sejak tadi matanya fokus pada pintu cafe aje. Semuanya kerana Ahmad, dikatakan ada sesuatu yang perlu dia ketahui. Tapi apa? "Sorry aku lambat, kau dah lama tunggu ke?" sergah Ahmad lalu duduk dilabuh di hadapan Andrea. "Kau selalu tak tepati janji kan?" "Aku jumpa ibu kau tadi." Andrea angguk. "Patutlah..." "Terima kasih kau tumpangkan aku beberapa hari tinggal rumah kau. Biasalah, aku takde rumah. Nak sewa rumah, duit aku kurang. Nak tinggal sebumbung dengan Dylan, aku tak rasa itu pilihan yang selamat. Kau tahu Dylan dah kahwin kan? Mana tahu tiba-tiba jeles. Habis aku dilunyai agaknya." Andrea ketawa kuat. "Kelakarlah kau ni, ada pulak macam tu eh? Dylan okay aje, kau yang fikir jauh sangat. Padahal Dylan tak cakap apa-apapun. Aku pun tak faham dengan kau, Dylan suruh kau tinggal bersama dia, kau tolak mentah-mentah. Kau datang sana pun atas arahan, kalau tidak memang tidaklah nak nampak muka kau."Ahmad sengih malu. "Itupun, lepas siap kerja