Share

Bab 3

last update Last Updated: 2021-07-11 09:12:42

Kereta Myvi milik Ben memasuki sebuah bangsal yang agak usang. Di situ, ada tiga orang lelaki sedang berdiri tegak di bahagian sisi kereta pacuan empat roda yang berada di situ manakala seorang lagi duduk dibahagian bonet enjin. Mereka bertiga memeluk tubuh sendiri sambil memerhatikan sahaja Ben memberhentikan kereta serta mengeluarkan lelaki tua yang sudah mati itu.

Lelaki yang duduk di atas bonet enjin itu lekas turun lalu menuju ke arah Ben yang mengheret mayat Eddie ke arah mereka. Ben berhenti daripada melangkah. Lelaki tadi tersenyum sambil melihat sekujur tubuh lelaki tua tersebut.

"Bagus ya, Marco. Budak kau yang satu ini memang hebat buat kerja. Aku memang suka berurusan dengan kalian", kata lelaki itu kepada Marco, yang berdiri di bahagian sisi kiri kereta pacuan empat roda itu. Tubuhnya tinggi dengan rambutnya berwarna perang ala blonde. Namun begitu, gaya potongan rambutnya pelik seperti buah nanas.

"Kau pasti ke, dia ini memang sihat betul? Tak ada sakit jantung, darah tinggi atau apa-apa jenis penyakit. Aku tak nak nanti, bila dah buat pemeriksaan kantoi ada macam penyakit. Memang aku minta balik duit kami", kata lelaki tadi sambil memandang ke arah Ben. Punggungnya mencangkung sambil matanya sesekali melihat ke arah tubuh Eddie.

"Kalau ikut apa yang dia tulis dekat novel dia, memang dia ini sihat walafiat. Kalau tidak, tak akan sampai berpuluh perempuan yang dia balun. Bangga pula itu dengan apa yang dia buat", balas Ben sambil tangannya mengeluarkan pod yang digantung pada lehernya.

"Jadi sekarang macam mana Kuma? Kami dah dapatkan mayat ini. Kau jangan cakap tak jadi ambil pula. Kita dah susah payah susun pelan nak bunuh dia, kalau kata tak jadi kau jangan tanya kenapa kalau kau tiba-tiba rebah nanti", kali ini lelaki di bahagian sisi sebelah kiri kereta pacuan empat roda itu bersuara pula. Tubuhnya tinggi namun sedikit gempal. Raut wajahnya agak menakutkan dengan keras torehan pada bahagian wajahnya.

Kuma tertawa sambil memandang ke arah tiga pemuda itu. "Tenanglah kawan, kita jenis bukan cakap kosong. Kalau kita kata mahu, kita mesti ambil punya. Jangan risau ya Bob", kata Kuma sambil ketawa sinis.

Lelaki yang bernama Bob itu mengangguk. Selepas itu, sebuah van Toyota model Hiace Super GL berwarna hitam berhenti di hadapan mereka berempat. Lima lelaki berbangsa India keluar daripada Van berkenaan lalu mendekati Kuma. Kuma berkata sesuatu kepada mereka.

Walaupun lelaki itu berbual dalam bahasa Tamil, Ben, Marco dan Bob hanya melihat sahaja lima lelaki tadi mula memindahkan mayat lelaki tua itu masuk ke dalam van hitam tersebut. Setelah selesai, Kuma bersama tiga lagi anak buahnya dengan membawa sebuah beg besar menuju semula ke arah mereka bertiga. Kuma membuka beg berkenaan yang mengandungi sejumlah wang.

"Ini jumlah wang yang kita janjikan itu. RM 300 ribu. Tak lebih, tak kurang", kata Kuma kepada Marco. Marco memeriksa setiap ikatan wang berwarna ungu itu. Oleh sebab terlalu lama memeriksa dan mengira, Kuma mula menjadi bengang.

"Deyy, ingat kita tipu kau orang semua ke. Betullah RM 300 ribu. Kalau korang nak kira satu persatu, sampai esok pun belum tentu habis", kata Kuma. Marco hanya berdiam diri sahaja.

"Kita mesti kena cek dahulu. Buatnya kami ditipu, macam mana?", soal Bob pula. Kuma menyeringai kerana geram.

"Adoi, tak ada tipu lah. Ingat kita samseng ke mahu tipu-tipu? Kita orang berniaga sahaja. Jual organ manusia yang dah mati. Apa kami dapat kalau tipu?", kata Kuma dengan nada berang. Marco kemudian menutup beg bimbit berkenaan lalu menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan Kuma.

"Terima kasih, Kuma. Gembira dapat berurusan dengan kau. Kalau ada apa-apa lagi, kau boleh hubungi kami", kata Marco. Senyuman diwajahnya terpancar jelas. Bayangan RM 100 ribu setiap seorang adalah satu jumlah yang banyak. Pelbagai perkara boleh dilakukan dengan duit itu.

"Sama-sama kawan. Kalau kau susah nak cari penderma organ, hubungi kami. Segala jenis organ manusia kita ada. Apa-apa kau hubungi kami di website biasa itu ya", kata Kuma. Lelaki India itu kemudian berpaling lalu masuk ke dalam kereta model Mitsubishi Evo 10 miliknya sementara lima lagi anak buahnya menaiki van hitam tadi.

Marco, Bob dan Ben hanya melihat sahaja dua kenderaan itu. Setelah menghilang, giliran mereka pula bersurai untuk menuju ke sebuah lokasi, yakni markas rahsia mereka bertiga.

****

12.00am

Bob dan Ben tersenyum lebar melihat habuan RM 100 ribu setiap seorang di dalam pelukannya manakala Marco sedang leka menghadap komputer riba. Di bahagian sisinya juga ada beberapa ikat duit not RM 100 ringgit yang banyak jumlahnya.

Terima kasih kerana berurusan dengan kami. Urusan sangat mudah dan ringkas. Pekerja anda juga tidak banyak karenah. Kami daripada pihak Blood Hunter sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Donor Corporation.

Setelah selesai menaip, butang enter ditekan. Mesej sebagai feedback dihantar kepada lama web rasmi Donor Corporation.

"Duit dah banyak ini, apa kata kita melancong luar negara nak? Aku teringin nak pergi Rom, Itali", kata Ben dengan senyuman di wajahnya.

"Daripada pergi luar negara, baik kita naik bot cruise. Biasanya dalam bot mewah macam itu, ramai awek hot tau", balas Bob pula.

"Okay juga itu kan. Boleh kita feeling macam naik Titanic. Tapi, buatnya jadi apa-apa atas bot itu, naya kita nanti", Ben membalas ayat Bob tadi.

"Alahai kau ini. Kemalangan mana-mana boleh berlaku. Kalau kau nak kapal terbang, lagi lah. Jatuh terhempas, mayat tak jumpa weh. Wush, seriau aku", Bob kemudian berpaling ke arah Marco yang masih khusyuk dengan komputer riba di meja makan itu.

"Weh, kau apa cerita? Sibuk betul ya", soal Bob kepada Marco. Marco hanya berdiam diri sahaja. Tangannya menaip sesuatu di atas papan kekunci komputer riba itu.

"Ada orang nak guna servis kita. Tak sangka betul, ramai orang Malaysia boleh tahu website Blood Hunter ini", kata Marco.

Blood Hunter adalah sebuah laman web rasmi yang tidak ada di carian internet biasa. Jika dicari di G****e, pasti tidak jumpa kerana laman web berkenaan boleh dijumpai di dalam web yang paling dalam iaitu dark web. Laman internet yang digunakan dalam kehidupan seharian kita sebenarnya hanya 20 peratus sahaja. Selebihnya ada pada deep web dan dark web.

Di dark web, carian apa sahaja yang dimahukan pasti akan jumpa. Pembelian senjata api ala-ala Shopee, pemerdagangan manusia, malah ada juga yang membuat live video untuk menyeksa seseorang di mana penonton boleh minta seksaan apa yang mahu dipertontonkan di ruangan komen. Tidak mudah sebenarnya untuk melayari dark web ini. Jika tersalah langkah, kemungkinan maut bakal menanti.

"Korang. Kita dapat job baru. Selepas selesai kerja ini, baru kita bercuti. Boleh?", soal Marco kepada Ben dan Bob.

"Kali ini siapa pula yang kita kena habiskan?", soal Ben pula. Raut wajahnya tampak berminat dengan kerja ini.

"Sophia Jane, seorang selebriti Malaysia. Kata si pengadu, wanita ini jalinkan hubungan dengan suaminya sampaikan suaminya berubah hati dengan pengadu", kata Marco sambil menunjukkan mesej yang diterima di peti masuk website rasmi mereka.

Ben membaca mesej berkenaan. "Jadi, kita kena habiskan Sophia sahaja? Tak nak habiskan suaminya sekali?", soal Ben.

Mereka bertiga kemudian melihat ruangan peti mesej itu di mana pengadu sedang menaip sesuatu. Selepas itu, mereka bertiga tersenyum membaca mesej berkenaan. "Bagi pengajaran ya. Kalau bab ini, aku boleh. Kau habiskan Sophia, aku ajar mamat poyo itu. Sial, ada isteri tapi gatal telur nak jalinkan hubungan sulit", kata Bob sambil memegang kesan parut pada wajahnya. Parut yang meninggalkan kesan buruk pada wajah dan emosinya.

"Jadi, kira setuju ya", kata Marco. Ben dan Bob mengangguk. Mereka bertiga tersenyum. Satu lagi kerja bersama bayaran lumayan akan diperoleh mereka nanti.

Comments (2)
goodnovel comment avatar
RED SCARLET
betul... psikopat pon byk dlm tu
goodnovel comment avatar
RED SCARLET
lma xberlakon dh dia ni huhuhu
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

  • Dendam: Darah Perampas Cinta   Bab 4

    11.00amIrfan ralit menyiapkan kerja-kerja yang berlambak di atas meja. Tugasnya di pejabat agama Jelebu ini tampak mudah namun jika tidak cukup ilmu di dada, akan menjadi serba tidak kena. Irfan terlibat dalam hal ehwal undang-undang kekeluargaan Islam, yakni perkahwinan, penceraian, nafkah dan penjagaan anak.Tuk! Tuk! Tuk!"Masuk", Irfan bersuara kepada si pengetuk pintu. Pintu berkenaan kemudian dibuka daripada luar. Kelihatan seorang wanita bersama pasangan lelaki dan perempuan yang sedikit berusia masuk ke dalam bilik pejabat ini. Wanita muda itu membawa sehelai kertas lalu ditunjukkan kepada Irfan."Pakcik dan makcik, jemput duduk ya", kata wanita itu dengan tag nama Maria di bahagian tudung sebelah kanan. Irfan hanya membaca borang berkenaan. Borang itu adalah borang yang perlu diisi oleh setiap pasangan jika mempunyai masalah rumah tangga.Irfan mengeluh send

    Last Updated : 2021-07-11
  • Dendam: Darah Perampas Cinta   Bab 5

    8.00amIzzati tersedar daripada tidur. Tubuhnya terasa berat namun wajahnya tersenyum melihat suaminya yang masih terlena tertiarap di atas tubuhnya. Oleh sebab keletihan, mereka terlena begitu sahaja sehingga terlepas solat fardhu Subuh."Abang. Bangun, dah pagi", bisik Izzati sambil tersenyum. Tangannya mengusap belakang kepala Irfan. Tidak lama kemudian, lelaki itu memberikan tindak balas. Tubuhnya perlahan-lahan bangkit lalu duduk di atas katil. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain sebelum masing-masing ketawa."Teruk betul abang ini, dengan sejadah tak lipat, terus terkam sayang. Tengok, tak pasal-pasal kita terlepas Subuh", kata Izzati dengan nada merengek. Irfan hanya tertawa sahaja."Dah sayang romantik sangat malam tadi. Abang tak boleh, mesti turn on sahaja", balas Irfan sambil menepuk kaki isterinya."Sudah lah itu, jom bangun. Hari in

    Last Updated : 2021-07-21
  • Dendam: Darah Perampas Cinta   Bab 6

    8.30pmAxiata Arena, Kuala LumpurOrang ramai daripada kalangan selebriti serta kelab penyokong begitu ramai di pintu masuk hadapan dewan ini. Anugerah Juara Lagu ke 34 antara program televisyen yang sentiasa dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Segala karya daripada pencipta lagu, penulis lirik serta penyanyi sesebuah lagu itu akan berada di majlis ini. Mereka bertanding untuk dinobatkan siapakah pemenang AJL yang ke 34 ini.Ketika ini, laluan karpet merah antara yang paling mencuri tumpuan. Ini kerana golongan selebriti sama penyanyi yang tidak bertanding mahupun pelakon akan hadir bagi menyaksikan program berprestij ini. Di laluan karpet merah ini juga akan menyaksikan bagaimana seseorang selebriti mengenakan pakaian dan busana daripada pereka fesyen yang disegani Malaysia.Ada diantara mereka yang datang bersama pasangan, ada yang berjalan seorang

    Last Updated : 2021-07-27
  • Dendam: Darah Perampas Cinta   Bab 7

    Golden Screen Cinemas, Palm MallIrfan dan Izzati keluar daripada panggung wayang sambil berpegangan tangan. Wajah Irfan tampak seronok dan puas setelah selesai menonton filem daripada siri anime popular Jepun itu. Sedari tadi, mulutnya ralit bercerabih tentang babak-babak di dalam filem berkenaan."Macam itu sahaja Mihawk potong meteor Fujitora itu. Tapi, abang tak faham apa fungsi dia datang pulau itu. Baik tak payah datang kan kalau setakat nak potong meteor sahaja", kata Irfan ketika mereka sudah keluar daripada panggung berkenaan."Ish! Dah lah itu bang. Tati bukan faham pun apa yang abang cakap. Tati tak kenal langsung nama-nama yang abang sebut tadi itu", balas Izzati. Dia menggeleng sambil tersenyum sahaja mendengar bebelan suaminya tentang filem tadi."Itulah awak, abang dah cakap follow daripada awal siri One Piece ini. Tapi awak tak nak. Tengok, dah tak faham apa yang a

    Last Updated : 2021-08-03
  • Dendam: Darah Perampas Cinta   Bab 8

    Izzati hanya diam membisu sahaja di tempat duduk penumpang hadapan. Suaminya juga tidak bercakap sepatah kata pun sejak masuk ke dalam kereta. Kedua-duanya seperti melayan perasaan masing-masing sambil ditemani alunan suara penyampai radio Suria FM ini.Sesekali anak mata Izzati menjeling ke arah Irfan yang masih fokus kepada pemanduan. Hatinya masih terkejut dengan perubahan sikap suaminya sebentar tadi. Lelaki itu adalah seorang yang tidak mudah betah dan marah akan hal yang remeh-temeh. Tetapi perkara tadi jelas menunjukkan sisi lain suaminya itu.Irfan pula perasan akan hal itu namun sengaja dia tidak mahu memulakan perbualan terlebih dahulu. Tipu jika dia tidak berasa bersalah dengan ketelanjuran sikapnya yang telah memalukan dirinya dan pasangan. Hembusan nafasnya dihembuskan perlahan-lahan. Dia perlu rendahkan egonya waktu ini."Sayang".Izzati yang leka memandang cermin sisi tingkap berpaling ke ar

    Last Updated : 2021-08-10
  • Dendam: Darah Perampas Cinta   Prolog

    1.00am Royal Bintang, Seremban Dua kujur tubuh lelaki dan wanita sedang berpelukan sesama mereka. Tubuh mereka basah dengan peluh selain tiada seurat benang. Mereka berdua baru sahaja selesai memadu asrama yang telah lama disimpan sekian lama. Kini, mereka hanya berbaring di atas katil untuk berehat selepas beraksi hebat sebelum ini. Sang wanita memeluk dada bidang lelaki dengan kepalanya berada di atas lengan pasangannya. Jari jemari lelaki itu mengusap lembut rambut perang pasangannya sambil tersenyum manis. Kedengaran ketawa kecil sesama mereka. "Lama kan kita tak jumpa. I rasa dalam dua minggu juga kan. Terima kasih ya sebab sudi jumpa I. Apa yang you cakap dengan si tua itu tadi?", soal si wanita itu sambil jarinya masih setia memegang dada lelaki itu. Lelaki tadi hanya tertawa sahaja. "Dia itu memanjang tidur awal sahaja. Itu sebab dia tak pernah ada masa de

    Last Updated : 2021-07-11
  • Dendam: Darah Perampas Cinta   Bab 1

    Tuk! Tuk! Tuk!Ketukan pintu bilik hotel itu terlalu kuat. 7 orang lelaki berdiri termasuk seorang kanak-kanak lelaki di hadapan pintu bilik hotel ini. Salah seorang daripada berwajah bengis. Hatinya panas disebabkan sesuatu. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan oleh salah seorang daripada mereka."Hei, sial! Buka pintu ini", jerkah lelaki itu dengan wajahnya yang merah padam."Sabar Kamarul", ucap lelaki di sebelahnya. Ketukan kuat itu akhirnya berhenti selepas pintu hotel itu dibuka daripada dalam oleh seorang lelaki. Tanpa menunggu lama, Kamarul terus menerpa ke arah lelaki terbabit lalu menumbuk muka lelaki itu. Tersungkur lelaki itu dibuatnya ke atas lantai."Jantan sial! Apa yang kau buat dengan isteri aku hah? Kau sedar tak apa yang korang buat ini?", Kamarul memijak tubuh lelaki itu berkali-kali walaupun dihalang oleh 2 daripada rakannya."Ka..Ka..kami tak buat apa-apa

    Last Updated : 2021-07-11
  • Dendam: Darah Perampas Cinta   Bab 2

    9.00pmRestoran Azhaar Maju, Senawang"Teh o panas ya".Pelayan mamak itu menghantar minuman panas yang dipesan ke meja seorang pengunjung. Air panas itu kepunyaan seorang lelaki yang agak berusia dalam lingkungan 50an berdasarkan rambutnya yang sudah beruban sedikit. Namun begitu, tubuhnya masih kelihatan sihat. Tidak bongkok, malah masih tegap lagi."Terima kasih", kata lelaki tua itu kepada pelayan tadi. Pelayan tadi mengangguk sebelum beredar menyambung semula tugasannya.Tiba-tiba, telefon pintar model IPhone 11 berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nama Ben Beckham tertera di skrin berkenaan. Lelaki itu menjawab panggilan tersebut."Hello","...","Oh ya? Baik. Saya pakai baju T berwarna merah. Encik nampak tak?", soalnya kepada pemanggil di hujung talian."...",

    Last Updated : 2021-07-11

Latest chapter

  • Dendam: Darah Perampas Cinta   Bab 3

    Kereta Myvi milik Ben memasuki sebuah bangsal yang agak usang. Di situ, ada tiga orang lelaki sedang berdiri tegak di bahagian sisi kereta pacuan empat roda yang berada di situ manakala seorang lagi duduk dibahagian bonet enjin. Mereka bertiga memeluk tubuh sendiri sambil memerhatikan sahaja Ben memberhentikan kereta serta mengeluarkan lelaki tua yang sudah mati itu.Lelaki yang duduk di atas bonet enjin itu lekas turun lalu menuju ke arah Ben yang mengheret mayat Eddie ke arah mereka. Ben berhenti daripada melangkah. Lelaki tadi tersenyum sambil melihat sekujur tubuh lelaki tua tersebut."Bagus ya, Marco. Budak kau yang satu ini memang hebat buat kerja. Aku memang suka berurusan dengan kalian", kata lelaki itu kepada Marco, yang berdiri di bahagian sisi kiri kereta pacuan empat roda itu. Tubuhnya tinggi dengan rambutnya berwarna perang ala blonde. Namun begitu, gaya potongan rambutnya pelik seperti buah nanas."K

  • Dendam: Darah Perampas Cinta   Bab 2

    9.00pmRestoran Azhaar Maju, Senawang"Teh o panas ya".Pelayan mamak itu menghantar minuman panas yang dipesan ke meja seorang pengunjung. Air panas itu kepunyaan seorang lelaki yang agak berusia dalam lingkungan 50an berdasarkan rambutnya yang sudah beruban sedikit. Namun begitu, tubuhnya masih kelihatan sihat. Tidak bongkok, malah masih tegap lagi."Terima kasih", kata lelaki tua itu kepada pelayan tadi. Pelayan tadi mengangguk sebelum beredar menyambung semula tugasannya.Tiba-tiba, telefon pintar model IPhone 11 berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nama Ben Beckham tertera di skrin berkenaan. Lelaki itu menjawab panggilan tersebut."Hello","...","Oh ya? Baik. Saya pakai baju T berwarna merah. Encik nampak tak?", soalnya kepada pemanggil di hujung talian."...",

  • Dendam: Darah Perampas Cinta   Bab 1

    Tuk! Tuk! Tuk!Ketukan pintu bilik hotel itu terlalu kuat. 7 orang lelaki berdiri termasuk seorang kanak-kanak lelaki di hadapan pintu bilik hotel ini. Salah seorang daripada berwajah bengis. Hatinya panas disebabkan sesuatu. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan oleh salah seorang daripada mereka."Hei, sial! Buka pintu ini", jerkah lelaki itu dengan wajahnya yang merah padam."Sabar Kamarul", ucap lelaki di sebelahnya. Ketukan kuat itu akhirnya berhenti selepas pintu hotel itu dibuka daripada dalam oleh seorang lelaki. Tanpa menunggu lama, Kamarul terus menerpa ke arah lelaki terbabit lalu menumbuk muka lelaki itu. Tersungkur lelaki itu dibuatnya ke atas lantai."Jantan sial! Apa yang kau buat dengan isteri aku hah? Kau sedar tak apa yang korang buat ini?", Kamarul memijak tubuh lelaki itu berkali-kali walaupun dihalang oleh 2 daripada rakannya."Ka..Ka..kami tak buat apa-apa

  • Dendam: Darah Perampas Cinta   Prolog

    1.00am Royal Bintang, Seremban Dua kujur tubuh lelaki dan wanita sedang berpelukan sesama mereka. Tubuh mereka basah dengan peluh selain tiada seurat benang. Mereka berdua baru sahaja selesai memadu asrama yang telah lama disimpan sekian lama. Kini, mereka hanya berbaring di atas katil untuk berehat selepas beraksi hebat sebelum ini. Sang wanita memeluk dada bidang lelaki dengan kepalanya berada di atas lengan pasangannya. Jari jemari lelaki itu mengusap lembut rambut perang pasangannya sambil tersenyum manis. Kedengaran ketawa kecil sesama mereka. "Lama kan kita tak jumpa. I rasa dalam dua minggu juga kan. Terima kasih ya sebab sudi jumpa I. Apa yang you cakap dengan si tua itu tadi?", soal si wanita itu sambil jarinya masih setia memegang dada lelaki itu. Lelaki tadi hanya tertawa sahaja. "Dia itu memanjang tidur awal sahaja. Itu sebab dia tak pernah ada masa de

DMCA.com Protection Status