Share

Bab 3

Author: Fazilah Rahman
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

AINAN geli hati melihat Safwan yang berusaha menangkap burung merpati yang mendarat di tanah. Jinak-jinak burung merpati, bila di dekat ia terbang.

Safwan yang beberapa kali berusaha untuk menangkap burung merpati itu akhirnya terduduk kecewa. Tangisannya mula kedengaran.

Dasuki yang sedang bermain gelongsor, berlari mendapatkan Safwan yang sedang menangis. Dipujuknya Safwan. Kepala Safwan diusap lembut. Entah apa yang dibebelkan pada Safwan, Ainan tidak dapat menangkap butir bicaranya.

Dasuki penuh dengan sifat penyayang walaupun adakalanya dia menunjukkan sikap baran. Sayu hati apabila melihat Dasuki. Punya ayah, langsung tak ambil kisah. Ada ayah tiri namun, tidak boleh menumpang kasih. Ada saja jurang antara mereka. Mujurlah masih ada atoknya yang sentiasa menyayangi dia.

"Suki, bawa Saf sini." Ainan memanggil Dasuki apabila Dasuki tidak mampu memujuk Safwan. Mendengar suara Ainan, Safwan segera berlari mendapatkan Ainan. Dasuki mengikut dari belakang sambil menggeleng. Geli hati Ainan melihat telatah Dasuki yang adakalanya seperti orang tua.

"Kenapa menangis?" soal Ainan lembut sebaik saja Safwan menghampirinya.

"Bird. Nak bird," ujar Safwan sayu. Ainan tersenyum lantas memeluk erat tubuh kecil Safwan.

"Saf nak air tak?" Ainan menyuakan botol air kepada Safwan. Safwan tersenyum lantas menyedut air yang disuakan kepadanya.

"Suki nak?" Dasuki menggeleng. Dia mengambil tempat di sebelah Ainan. Biskut Tiger yang telah dibuka, diambilnya sekeping.

"Mama nak pergi rumah atok. Nak jumpa atok tak?" Ainan memancing anak-anaknya untuk beredar. Sebenarnya dia rimas duduk di situ.

"Nak," jerit Dasuki riang. Dia memang banyak menghabiskan masa bersama atok dan neneknya.

Waktu hampir lewat petang begini, memang ramai mak cik-mak cik bawang yang berkumpul di taman permainan itu sambil bergosip dan mengata hal anak orang.

Ada tu sibuk jaga tepi kain orang tapi, tepi kain sendiri koyak rabak tak sedar. Bukan tu je, ada yang mengata anak orang tu teruk, anak orang ni liar. Tapi, perangai anak sendiri lebih teruk dari orang yang dikatakan tu.

Ainan selalu berpesan pada emaknya jangan sibuk ikut sama membawang. Cukup uruskan anak-anak sendiri. Jangan nanti sibuk hal anak orang, salah anak sendiri pun tak nampak. Pasti emaknya akan tersengih bila mendengar teguran Ainan.

"Dengan anak-anak je ke?" Ainan terus menoleh. Tersengih dia memandang figura yang berada di belakangnya.

"Mak dari mana?" Soalan emaknya dibiarkan tergantung.

"Potong rambut. Nak balik, nampak pulak Safwan kerja burung tadi. Tu yang mak ke sini dulu." Maimun tersengih melihat keletah Safwan. Dasuki segera memeluk Maimun.

"Tak datang rumah nenek ke?" soal Maimun kepada Dasuki.

"Jomlah mak. Ainan memang nak pergi rumah mak." Ainan semakin rimas. Telinganya panas mendengar gosip-gosip liar. Telinganya panas mendengar pelbagai cerita mengenai orang lain yang digembar-gemburkan.

Maimun segera mendukung Safwan, manakala Ainan pula menolak Umairah yang berada dalam stroller dan memimpin tangan Dasuki.

"Masak apa tadi?" Senjaga Maimun menduga Ainan. Tahu benar dia keadaan anak sulongnya itu.

"Masak sambal telur je mak. Gorengkan ayam untuk Saf dengan Suki. Mak faham-faham jelah dorang ni. Kalau takde ayam, jangan haraplah memasing nak makan. Kadang tu, makan ayam sesaja." Tersengih Safwan apabila mendengar namanya disebut-sebut.

Maimun memeluk erat bahu Ainan seraya melepaskan satu kucupan lembut di umbun-umbun Ainan.

"Anak mak kuat!" Seakan mengerti apa yang diperlukan oleh Ainan ketika itu, Maimun meniupkan kata semangat buat Ainan. Ainan tersenyum manis.

AAZAD melengu. Waktu kerjanya telah habis. Tetapi dia tidak terburu-buru untuk pulang. Memang begitulah kebiasaannya. Dia tidak suka bersesak. Eh bukan! Hakikatnya dia mahu menjimatkan minyak kereta. Semuanya perlu dicatu. Bukan setakat dirinya tetapi juga Ainan.

Ainan...

Aazad melepaskan satu keluhan berat apabila mengingati Ainan. Seorang isteri yang cukup sabar selama mereka berumahtangga. Seorang isteri yang penuh bertanggungjawab. Aazad terkenangkan peristiwa yang membuatkan dia tekad mengahwini Ainan.

"Ainan! Kenapa menangis ni?" Aazad terkedu apabila Ainan menemuinya dengan sisa air mata.

"Lebih baik abang bersihkan nama Ainan semula. Isteri abang tu pukul canang dekat mak cik Ainan yang kita ni ada scandal! Sampai mak ayah Ainan pulaukan Ainan. Abang bersihkan balik nama Ainan!" Ainan menjerit sambil menahan tangisnya.

Geram apabila pulang dari pejabat untuk mengambil Dasuki, emaknya terus menghamburkan kata-kata yang tak sepatutnya dia terima. Tiada satu peluang pun untuk dia membela dirinya ketika itu.

Aazad kelihatan terkejut dengan apa yang dikhabarkan oleh Ainan. Darahnya mula mendidih mengenangkan sikap isterinya.

"Sampai hati abang buat Ainan macam ni kan? Tergamaknya isteri abang fitnah Ainan! Apa dosa Ainan dekat abang laki bini, huh? Apa? Ingat janda ni kerjanya mengatal dengan laki orang je?" Kemarahan Ainan sudah tidak dapat dikawal. Akhirnya dia jatuh terjelepok. Menangis dia semahunya di situ. Langsung tidak dihiraukan orang ramai yang memerhati.

"Ainan... bangunlah. Abang minta maaf sebab abang, Ainan jadi macam ni." Aazad berusaha untuk memujuk. Mencerlung mata Ainan memandang Aazad.

"Tu je abang mampu cakap? Itu je ke?" tengking Ainan. Air matanya dikesat kasar.

"Ainan minta abang bersihkan nama Ainan dekat family Ainan. Ainan tak perlukan kata maaf abang!" Semakin meninggi suara Ainan ketika itu.

"Apa pun masalah abang laki bini, perlu ke jadikan Ainan ni sebagai sebab? Tolong cakap dengan bini abang tu, jangan kejutkan singa yang tengah tidur. Jangan sampai, aku seret muka dia dekat jalan tar ni." Ainan terus berlalu pergi meninggalkan Aazad yang terpinga-pinga.

Buat pertama kali dalam hidupnya dia melihat Ainan marah sebegitu sekali. Aazad meraup mukanya kasar sebelum masuk ke dalam kereta dan memandu pulang ke rumah.

Sampai saja di rumah, Aazad terus menarik isterinya masuk ke dalam bilik.

"Masalah apa pulak yang Imah timbulkan kali ni?" Imah buat muka tak bersalah. Lengannya yang digenggam Aazad direntap kasar.

"Yang balik nak marah-marah ni apahal?" Buntang mata Aazad memandang Imah.

"Kau jangan jadi manusia tak reti bersyukur. Jangan jadi macam anjing yang tersepit! Orang dah tolong, kau gigit balik." Kali ni Aazad betul-betul hilang sabar dengan Imah.

Masuk minggu lalu, hampir lima kali Ainan membantu keluarganya dalam bulan itu. Tapi lain pula yang dibalas oleh isterinya.

"Ala, bukan buat apa pun," jawab Imah bersahaja. Sakit hati Aazad mendengar jawapan Imah.

"Jangan cabar kesabaran saya, Imah. Berapa kali awak nak buat onar, huh?" Aazad pula naik hantu.

Ini bukanlah kali pertama Imah menabur fitnah. Sebelum Ainan, ada seorang rakan sekerjanya turut difitnah Imah sehinggakan gadis tomboy itu menangis akibat terluka dengan perbuatan Imah.

"Yang awak over sangat ni kenapa?" soal Imah geram.

"Kalau dah tak ada apa-apa hubungan tak perlu sampai nak naik hantu macam tu," tempelak Imah. Langsung tak ada rasa hormat pada suaminya.

"Kalau kau tak bersihkan semula nama Ainan, aku bersumpah aku akan kahwin dengan Ainan. Tak kira apa jadi sekali pun. Ada bini tapi perangai tak semenggah. Solat tak tinggal, dosa memfitnah pun tak tahu, kan?" Aazad menghamburkan amarahanya pada Imah.

Deringan telefon bimbit memecahkan lamunan Aazad. Melihat nama yang tertera diskrin telefon membuatkannya malas untuk menjawab panggilan itu.

Hampir lima kali telefonnya berdering, akhirnya Aazad mengalah lalu menjawab panggilan itu.

"Haa... nak apa pula kali ni?" soal Aazad keras.

"Kalau dengan Imah tak pernah nak cakap baik-baikkan? Imah ada dekat Setia Alam ni dengan anak-anak. Tak nak ke jumpa Imah dengan anak-anak?" Aazad terdiam seketika.

"Tengoklah kalau sempat malam ni abang datang." Terus saja talian dimatikan.

Tidak lama Aazad duduk melengu, akhirnya dia segera bersiap untuk pulang ke rumah. Dia ingin menemui anak-anaknya. Rindu pada mereka bukan kepalang. Sudah berbulan tidak berjumpa. Jadi ini peluang untuk dia bermesra dengan mereka.

Related chapters

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 4

    KEPULANGAN Aazad dari tempat kerja disambut seperti biasa. Namun Aazad langsung tidak mengendahkan Ainan. Makanan yang telah terhidang juga tidak dipedulikan.Aazad terus melangkah masuk ke dalam bilik tanpa mengendahkan kedua-dua anaknya yang minta dikendong. Sayu hati Ainan melihat anak-anaknya dipulaukan bapa sendiri. Dasuki memandang tanpa kata. Dia sudah biasa tidak dipedulikan oleh Aazad.Ainan sendiri tidak tahu apa silapnya. Apa yang tak kena kerana pagi tadi, Aazad tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik. Malah ketika Ainan mengirimkan pesanan Whatsapp pada Aazad petang tadi, Aazad melayannya elok je.Ainan segera mengendong Umairah saat anaknya itu menghulurkan tangan. Dicium pipi anaknya bertalu-talu. Safwan yang melihat Ainan mencium Umairah, ketawa riang lalu meminta bahagiannya pula sambil menunjukkan pipinya kepada Ainan.Ainan duduk di sofa bagi membolehkannya memegang

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 5

    AAZAD tergesa-gesa mencari Ainan di wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya. Hampir luruh jantungnya apabila Syazana memarahinya."Abang dengar tak ni? Abang pergi mana tinggalkan Kak Ainan dekat rumah sorang-sorang? Abang tak tahu ke Kak Ainan tak sihat? Blood pressure dia low lagi!" Terkedu Aazad mendengar jerkahan Syazana. Memang dia sedar sejak akhir-akhir ni Ainan sentiasa lesu. Malah wajahnya juga sering pucat. Namun, Ainan tidak pernah mengadu apa-apa kepadanya membuatkan dia berfikir Ainan baik-baik saja."Abang tak tahu. Kak Ainan takde bagitahu abang apa-apa pun." Lemah sekali suara Aazad. Syazana merengus geram."Macam mana nak bagitahu kalau abang langsung tak ambil berat pasal Kak Ainan? Bukan Sya tak tahu abang sibuk dengan handphone," ucap Syazana kecewa. Sungguh dia kecewa dengan sikap Aazad yang selalu lepas tangan. Langsung

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   BAB 6

    RIDHWAN memerhatikan cermin di depannya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia segera melangkah keluar. Cuti begini, bosan pula duduk di rumah. Kebetulan barang dapur dan juga makanan ringan di rumahnya sudah habis, jadi dia menggunakan cuti ini untuk mendapatkan keperluannya."kau nak ke mana?" sapa Karim. Terkejut Ridhwan dibuatnya."Nak beli baranglah. Tu kat dapur tu barang banyak dah takde. Kau ni tak kerja ke?" Ridhwan yang sedang mengikat tali kasut memandang Karim yang masih berseluar pendek."Aku cutilah hari ni. Tukar cuti dengan Si Becok tu. Ada hal katanya jumaat ni. Tu yang minta tukar cuti dengan aku." Ridhwan hanya mengangguk mendengar jawapan Karim."Kau keluar dengan siapa?" Ridhwan memandang pelik wajah Karim."Aku ada awek ke nak keluar dengan awek?" soal Ridhwan kasar."Manalah tahu. Kalau sorang tunggu aku siap boleh

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 7

    SUDAH seminggu Aazad tidak pulang ke rumah. Selama seminggu itu jugalah Ainan tidak menjawab sebarang panggilan mahupun Whatsapp darinya. Mujur saja Syazana tidak terus menerus memarahinya."Sya kesian kat akak. Sekarang ni dia kerap termenung. Selera makan pun tak ada. Mak dengan ayah tak bagi balik tapi akak tetap nak balik. Jadi, mak minta Sya temankan akak sepanjang abang tak ada." Aazad mengeluh kesal mendengar khabar yang diterima daripada Syazana. Aazad telah memaklumkan kepada mak dan ayah mertuanya bahawa dia tidak akan pulang ke rumah bagi memberi ruang kepada Ainan untuk bertenang. Namun, dia sendiri tidak menyangka tindakannya membuatkan Ainan semakin tertekan.Khuatir dengan keadaan Ainan, Aazad terus memohon cuti kecemasan beberapa hari bagi menenangkan emosi Ainan. Mungkin silapnya kerana mengasingkan diri. Adakalanya dia buntu untuk berhadapan dengan emosi Ainan yang dirasakan tid

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 8

    AINAN termenung. Rambutnya yang panjang paras pinggang dibiarkan mengerbang ditiup angin. Berada di situ, membuatkan dia berasa tenang dan damai.Pantai Teluk KemangDi sinilah tempat biasanya Aazad akan membawanya untuk menenangkan fikiran suatu masa dulu. Di sini jugalah rasa sayang mula berputik. Di sinilah rasa bahagia itu menyelinap masuk ke setiap pembuluh darahnya. Namun, bahagia itu tidak kekal lama. Aazad semakin hari semakin berubah sikap. Semakin dingin dengannya."Sedarlah wahai Ainan. Inilah akibat apabila engkau mengambil hal orang."Dahi Ainan berkerut. Semakin kerap bisikan itu menjengah pendengarannya kebelakangan ini. Semakin ditepis, semakin menjadi-jadi. Ainan tekup telinga. Berharap suara itu hilang. Dia sudah tidak sanggup mendengar bisikan itu. Bisikan itu membuatnya hampir separuh gila. Membuatnya putus harapan untuk terus hidup."Kau t

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 9

    AAZAD memeluk erat Ainan. Berharap agar Ainan berasa selamat dalam dakapannya. Lenanya terganggu dek racauan Ainan.Ini kali pertama, Ainan tidur meracau sepanjang mereka hidup bersama. Ada satu bebanan perasaan yang terlalu berat dipendam oleh Ainan.Aazad berasa bersalah yang teramat sangat. Dulu isteri pertamanya membuat onar sehingga Ainan dibuang keluarga, sampaikan dia membuat keputusan untuk menikahi Ainan. Kini, dia pula menjadi penyebab jiwa dan raga Ainan terseksa.Sisa air mata di pipi Ainan disekanya. Terngiang kata-kata Syazana petang tadi ketika dia menelefon bertanyakan khabar anak-anaknya."Abang kena banyak bersabar kalau abang tak nak kehilangan akak. Akak tak nak makan ubat yang doktor bagi tu. Dia cakap sama je. Takkan hilang kalau selalu terseksa macam tu." Jeda seketika."Sya tahu macam mana sayangnya akak pada abang. Jadi Sya mo

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   BAB 10

    IMAH menyimpan rasa dendam. Macam mana sekalipun, dia akan musnahkan rumahtangga Aazad dan Ainan. Dia tak peduli apa akibatnya. Yang penting hatinya puas. Dipulas-pulas bantal yang berada di pehanya."Kaulah bodoh! Yang kau gatal pindah balik kampung kenapa? Sekarang sendiri sakit hati." Marah benar Yani pada Imah."Aku ingatkan dia nak pujuk aku. Tapi dia bagi je duit bila aku minta nak pindah kampung." Imah cuba mempertahankan dirinya."Tetap kau bodoh. Dah tau Aazad cakap nak kahwin dengan budak tu, kau pindah sini kenapa? Tak ke bangang namanya." Yani meluahkan apa yang terbuku. Kesal dengan sikap Imah yang langsung tak berfikir jauh."Bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut kau ni," marah Yani lagi."Sampai hati kak kata ke aku macam tu, kan?" Imah mencebek. Geram hatinya bila dipersalahkan."Sekarang ni kau nak aku buat apa?" Yani menyoal. Ke

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 11

    AAZAD hanya memerhati tingkah Ainan. Sudah hampir sejam Ainan berdiri seperti patung di gigi pantai itu. Tidak sedikit pun dia berganjak.Bayu laut yang menyapa tubuhnya terasa damai sekali. Rasa seperti terbang seketika masalah yang dihadapinya.Malam tadi Ainan mendakap erat tubuhnya. Tidak sedikit pun mahu dilepaskan. Apabila dia bergerak sedikit, semakin erat pelukan Ainan. Hatinya sedikit lega. Walaupun Ainan masih dingin, sekurang-kurangnya dia tahu Ainan masih menyayanginya seperti dulu.Aazad menghampiri Ainan. Dipeluknya pinggang Ainan. Tersentak Ainan diperlakukan begitu.Aazad bukanlah suami yang romantik. Aazad paling tidak suka mempertontonkan kemesraan ditempat awam. Seringkali juga Ainan dimarahi kerana memeluk manja lengannya."Ainan menung apa?" Aazad meletakkan dagunya di bahu Ainan."Menung masa depan." Aazad tersenyum kelat mendengar ja

Latest chapter

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 34

    AINAN sedang sibuk di dapur menyediakan mee goreng untuk sarapan bersama anak-anaknya. Dia cuba untuk menghiburkan hatinya sendiri dengan mengembirakan hati mereka. Syazana pula membantu Ainan menyiapkan anak-anaknya. Mereka telah bercadang untuk keluar setelah selesai makan tengah hari nanti.Sudah lama Ainan berjanji untuk membawa Dasuki menonton wayang. Kebetulan filem animasi Jepun yang menjadi kegilaan anak-anak kecil berada di pawagam. Makin seronoklah Dasuki mendengarnya.“Dah siap.” Ainan tersenyum riang sambil menghidangkan mee goreng di atas meja makan. Milo panas yang dibancuhnya tadi juga di letakkan di atas meja. Dasuki yang baru selesai memakai baju segera memanjat kerusi. Di halakan wajahnya ke arah mee goreng lalu menyedut dalam aroma masakan itu. Ibu jarinya di angkat.“Sedapnya bau mama masak. Tak sabar Suki nak makan.” Dasuki melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Ainan pula menletakkan secawan milo di depan Dasuki.“Suki kena makan banyak-banyak ye. Kita tunggu mum

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 33

    AINAN menahan sebak di dada. Hatinya terlalu sakit memikirkan tindakan Aazad. Baru tadi Aazad memaklumkan yang dia telah pun membuat pinjaman sebanyak RM3000. Terduduk Ainan mendengar jumlah yang dinyatakan.Ainan tidak mengerti apa sebenarnya yang berada difikiran Aazad. Hidup mereka hanya dikelilingi hutang. Ainan sudah tidak mampu berkata apa-apa. Dia penat. Dia sendiri sudah tidak larat terus hidup dalam hutang. Sudahlah hampir keseluruhan perbelanjaan rumah serta keperluan anak-anak ditanggung oleh Ainan. Aazad juga semakin kerap memintanya duit sekiranya dia tidak mempunyai duit saku.“Abang langsung tak fikir pasal Ainan dengan anak-anak kan?” soal Ainan sebak. Dahi Aazad berkerut seribu mendengar soalan dari Ainan. Dia merengus kesal. Ada saja yang Ainan tidak puas hati.“Ainan jangan nak merepek boleh tak? Abang penat tahu tak?” tengking Aazad. Ainan terkedu. Dia semakin sebak dengan sikap Aazad. Air mata ditahan

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 32

    AAZADmemandang Ainan pelik. Sudah lama dia tidak melihat Ainan bersolek. Tapi hari ini, penampilan Ainan jauh berbeza dari hari-hari biasa.Kening diukir cantik, kelopak mata disoleksmokey,eyelinertidak ketinggalan, pemerah pipi disapu tipis dan akhir sekali gincu berwarna merah jambu disapu rata di bibirnya.Tak berkelip mata Aazad melihat Ainan. Jarang-jarang dapat melihat Ainan begitu."Amboi, lain macam je hari ni," tegur Aazad lembut. Dia tidak bekerja hari ni. Memang hari cutinya tidak menentu."Saja je ambil mood nak melawa hari ni. Orang asyik tegur muka macam mayat hidup je." Ainan menjawab selamba. Entah mengapa dia terasa ingin bersolek.Dia bukanlah seorang wanita yang gemar bersolek. Bila keinginan itu ada, barulah dia bersolek. Kebiasaannya dia akan bersolek pada hari raya atau ketika menghadiri sebarang majlis."Yelah. Selama bekerja ni tak pernah pun nak bersolek.&nbs

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 31

    AAZAD berang apabila dia pulang, tiada siapa di rumah. Kebiasaannya Ainan pasti akan memaklumkan kepadanya jika ingin ke mana-mana. Tapi hari ni, dia langsung tidak dimaklumkan.Usai membersihkan diri, Aazad segera ke dapur. Lauk dipanaskan, lalu nescafe dibancuh.'Cuti pun tak reti duduk rumah. Merayau entah kemana, langsung tak minta izin.' Sebal hati Aazad dengan sikap Ainan.Aazad menyenduk nasi dan lauk ke dalam pinggan, lalu di bawa ke meja makan."Assalamualaikum." Salam diberi. Ainan yang sedang mengendong Safwan dan Umairah kelihatan kemengahan. Mana tidaknya terpaksa mendukung kedua-duanya naik tangga kerana lift rosak."Merayap ke mana?" soal Aazad tanpa menjawab salam Ainan. Ainan pula hanya membiarkan sambil lalu soalan Aazad.Mengah naik tangga belum lagi hilang. Dah nak kena hadap kepala angin Aazad yang tak tentu hala. Dasuki berlari masuk

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 30

    SYAZANA ketawa riang melihat telatah Safwan. Umairah yang dikendong sesekali dicuit."Ais krim." Safwan tunding jari ke arah kedai sambil bercakap dengan pelat."Okey." Syazana tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam kedai.Usai membeli ais krim buat Safwan, Syazana terus membawa mereka pulang ke rumah Ainan."Assalamualaikum." Syazana mengetuk pintu. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Mana mungkin Ainan masih lena.Beberapa minit kemudian kelihatan Ainan yang serabai membuka pintu. Tercengang Syazana melihat keadaan Ainan."Ya Allah, kak. Apa kena kau ni?" Geleng kepala Syazana dengan penampilan Ainan. Dia segera masuk ke dalam rumah tanpa menunggu pelawaan Ainan.Umairah diletakkan di ruang tamu. Safwan berdiri di depan pintu sambil menikmati ais krim Padle Pop yang dibeli oleh Syazana tadi.Ainan menguap besar meme

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 29

    BERTALU-TALU ketukan di pintu bilik air, namun tidak diendahkan oleh Ainan. Aazad semakin tidak keruan. Sudah lebih sejam Ainan di dalam bilik air. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda ingin keluar.Sudahnya, Aazad terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia melihat Ainan yang sudah tidak bermaya di bawah pancuran air pancut. Aazad segera menutup pili air dan mencapai tuala lalu membalut tubuh Ainan. Dicepung tubuh Ainan dan dibawa ke dalam bilik."Ainan..." Tiada sahutan. Aazad segera mengeringkan tubuh Ainan lalu menyarungkan pakaian sebelum menyelimutkan Ainan.Panggilan telefon dari Syazana segera diangkat."Hello, kak." Aazad tarik nafas panjang mendengar suara Syazana."Akak dah tidur." Aazad memandang Ainan yang masih tidak sedarkan diri."Tak apalah. Bagitahu akak biar budak-budak tidur sini jelah. Esok Sya han

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 28

    PEJAMcelik, Ainan berjaya melalui tempoh percubaan sebagai pembantu penyelia. Malah dia telah pun disahkan jawatan.Ainan berasa puas. Puas apabila dapat memenuhi keinginan anak-anaknya walau tidak semuanya dapat dipenuhi. Puas apabila melihat anak-anaknya sentiasa ceria setiap kali dia berikan buah tangan kepada anak-anaknya.Dua bulan lepas, Aazad sekali lagi terpaksa turun naik mahkamah atas satu lagi tuntutan tunggakan nafkah. Ainan malas mahu ambil pusing. Terasa tuntutan yang tak masuk akal. RM67,800 bukanlah satu jumlah yang boleh diterima akal. Apatah lagi Aazad bukanlah seorang yang bergaji besar."Laki kau naik mahkamah, kan hari ni?" Liza menyoal apabila melihat Ainan mula merehatkan badannya seketika. Terasa lenguh punggung apabila duduk terlalu lama."Haah kak. Entah bila nak habis pun tak tahulah. Jenis tamak haloba kan, macam tu lah. Masa laki tak buat perangai tuduh macam-macam. Tak memasal, saya terpalit sama." Bany

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 27

    IMAHjadi tak tentu arah. Ke hulur ke hilir dibuatnya. Sakan berjoli akhirnya dia buat pinjaman. Tanpa sedar, bunga semakin tinggi. Pokok tak juga turun-turun. Imah buntu. Dia harus langsaikan segera hutang itu. Dalam masa yang sama dia tak mahu kehilangan Zul. Anak muda yang sentiasa menjadi bualan teman-temannya.Mereka masing-masing bersaing untuk mendapatkan Zul. Nasib menyebelahinya. Dengan sedikit kemewahan yang diperolehi dari Aazad, Imah berjaya menambat hati Zul. Namun ketika setahun lebih Aazad tidak memberinya nafkah, Imah terpaksa membuat pinjaman daripada ceti demi menampung perbelanjaan Zul.Kereta yang dimiliki Zul juga adalah hasil dari duit pinjaman dan juga nafkah yang diberikan oleh Aazad buat dirinya dan anak-anak. Kereta Proton Saga BLM itu dibeli atas nama Zul. Namun deposit dan juga bulanan, Imah yang bayar.Zul hanya perlu mengikut kata Imah. Memberi perhatian dan kasih sayang. Hanya itu yang Imah perlukan. Jiw

  • Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)   Bab 26

    AINAN melangkah tenang. Hari ini merupakan hari pertama dia perlu mengalas jawatan baru. Dari seorang juruwang beralih kepada pembantu penyelia. Bukan itu yang diimpikan tapi Allah hadirkan rezeki buat dia dan anak-anaknya. Tiada kata yang mampu diucapkan selain hanya rasa bersyukur yang tidak terhingga.“Dah ready?” Liza menyoal lembut saat Ainan melangkah masuk ke dalam stor pagi itu. Ainan hanya mampu tersenyum untuk mengimbangi rasa gugupnya. Liza menggenggam kemas tangan Ainan. Dia tahu Ainan gugup. Tapi dia tersangat yakin bahawa Ainan mampu pergi lebih jauh.“Jangan risau. Aku akan ajar kau apa yang aku tahu. Yang penting, kalau tak tahu apa-apa terus tanya. Okey?” Liza masih cuba membantu Ainan supaya kekal tenang. Ainan menarik nafas panjang sebelum dia mengangguk yakin.Apa pun yang berlaku dia tidak boleh berpatah balik. Tanggungjawab yang diamanahkan akan dipikul sebaik mungkin. Dalam hati dia panjatk

DMCA.com Protection Status