AAZAD hanya memerhati tingkah Ainan. Sudah hampir sejam Ainan berdiri seperti patung di gigi pantai itu. Tidak sedikit pun dia berganjak.
Bayu laut yang menyapa tubuhnya terasa damai sekali. Rasa seperti terbang seketika masalah yang dihadapinya.
Malam tadi Ainan mendakap erat tubuhnya. Tidak sedikit pun mahu dilepaskan. Apabila dia bergerak sedikit, semakin erat pelukan Ainan. Hatinya sedikit lega. Walaupun Ainan masih dingin, sekurang-kurangnya dia tahu Ainan masih menyayanginya seperti dulu.
Aazad menghampiri Ainan. Dipeluknya pinggang Ainan. Tersentak Ainan diperlakukan begitu.
Aazad bukanlah suami yang romantik. Aazad paling tidak suka mempertontonkan kemesraan ditempat awam. Seringkali juga Ainan dimarahi kerana memeluk manja lengannya.
"Ainan menung apa?" Aazad meletakkan dagunya di bahu Ainan.
"Menung masa depan." Aazad tersenyum kelat mendengar ja
HARI terakhir percutian mereka, barulah Ainan boleh bergurau mesra dan bermanja dengannya seperti biasa. Aazad rasa bersyukur sangat. Dah lama dia tak melihat senyuman ikhlas yang diberikan untuk dirinya."Abang, Ainan nak naik banana boat tu. Boleh tak?" Ainan memaut mesra lengan Aazad."Boleh je. Jom." Aazad segera menarik Ainan menghampiri banana boat."Bang, berapa?" soal Aazad."Lima belas ringgit sorang." Aazad terus menghulurkan tiga keping not sepuluh ringgit. Jaket keselamatan diberikan kepada mereka. Aazad membantu Ainan memakai jaket keselamatan."Terima kasih abang." Satu kucupan diberikan pada pipi belah kanan Aazad. Ciuman pertama setelah hampir dua minggu. Aazad tersenyum bahagia."Boleh naik tak ni?" Aazad akhirnya membantu Ainan naik ke atas. Ainan tersenyum bahagia. Bahagia dengan sikap romantik yang ditunjukkan suaminya
SEMINGGUtelah berlalu sejak peristiwa di Teluk Kemang. Ainan semakin tenang. Aazad pula mula menunjukkan sikap positif."Ainan, abang nak cakap sikit ni." Aazad menghampiri Ainan yang sedang leka menonton drama jam tujuh. Ainan angkat kening. Menanti Aazad untuk terus bersuara."Akak saman abang. Dia tuntut tunggakkan nafkah sepanjang setahun abang tak kerja dulu. Lepas tu dia tuntut giliran bermalam." Ainan menghela nafas berat. Dia memang dapat rasakan perkara ini akan berlaku. Tapi apakan daya, kata-katanya langsung tidak didengari oleh Aazad. Sekarang sendiri yang susah."Ainan dah cakap dulu. Tapi apa abang cakap? Nak biar dia terjerat sendiri dengan kesilapan dia. Sekarang ni siapa sebenarnya yang terjerat?" Aazad terdiam mendengar kata-kata Ainan. Jelas kelihatan wajah Ainan yang kecewa dengan apa yang berlaku."Abang tak sangka pula akan jadi macam ni." Aazad mempertahankan dirinya. Masih tidak mahu kalah. Mana mungkin dia m
RIDHWANberdansa riang di ruang tamu. Kucing kesayangannya diawang-awangan dikerjakan. Nak buat macam mana, dah itu je teman berdansa yang dia ada. Mengiaw-ngiaw kucing itu minta dilepaskan. Ridhwan meletakkan semula kucingnya ke lantai sambil membelai lembut bulu Si Comel."Hai la Comel. Mujurlah ada kau.Takdelah aku sunyi sangat. Kau mesti dah lapar, kan? Jom pergi dapur, kita makan." Ridhwan melangkah ke dapur diikutilah oleh kucing kesayangannya.Ikan kembung yang direbus tadi dicedok masuk ke dalam pinggan. Segala tulang belulang dileraikan dari isi sebelum disuakan kepada Si Comel. Mengiaw Si Comel melihat ikan rebus yang terhidang di depan mata. Ridhwan mengusap lembut bulu Si Comel yang sedang makan."Makan kenyang-kenyang. Tak cukup, aku tambah lagi." Begitulah kasihnya Ridhwan kepada Si Comel. Sudahnya badan Si Comel semakin menggebu."Encik kena control diet Comel. Berat badan dia dah melebihi yang
AINANmemandang Aazad yang pulang dalam keadaan tak bersemangat. Tanpa sebarang kata, Ainan ke dapur untuk membancuh secawan nescafe buat Aazad. Walaupun Aazad langsung tidak menyapanya, itu langsung tidak memberi kesan pada diri Ainan ketika itu. Dia cuba bersangka baik."Nah..." Nescafe dihulurkan kepada Aazad. Tersenyum Aazad saat menerimanya dari Ainan. Ainan mengambil tempat di sebelah Aazad. Dia tidak berniat untuk menyambung kerjanya."Terima kasih sayang." Ainan ketawa kecil mendengar panggilan sayang yang keluar dari mulut Aazad. Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu. Terasa janggal di telinganya."Abang okey ke?" Ainan yang penasaran akhirnya menyoal setelah Aazad membasahkan tekaknya."Kes tangguh. Hakim pertikaikan kenapa dalam tempoh setahun tu abang tak bagi nafkah. Abang dah tunjuk bukti abang jaga Sharil masa dia koma sampai abang dibuang kerja." Aazad tersandar lesu.Ainan hanya terdiam. Tidak tahu apa
AINANmengisime timenya dengan Syazana. Anak-anaknya ditinggalkan bersama Maimun. Puas berpusing ke sana sini, Ainan terpandang satu jawatan kosong di salah satu lot kedai di tingkat dua, Kayangan Mall. Kakinya terhenti."Kak, takkan nak kerja sini. Kan boleh mintaoffice." Syazana seakan mengerti apa yang bermain difikiran Ainan."Apa salahnya. Duduk rumah pun kepala serabut. Lagi pun, akak dah banyakapplykerjaoffice. Satu pun tak lekat." Ainan ralit menaip sesuatu di telefon bimbitnya."Akak pasti ni?" soal Syazana sekali lagi."Pasti. Akak dahapply cashier." Buntang mata Syazana mendengarnya. Laju betul Ainan bertindak."Jom pergi Chicken Rice Shop. Akak laparlah." Syazana hanya menurut.Masuk saja ke dalam Chicken Rice Shop, Ainan segera mencapai menu yang ada di atas meja."Sya nak makan apa?" Syazana masih membelek menu di
RIDHWANagak kepenatan selepas memastikan semuadepartmentdikemas dengan rapi. Bukan mudah nakhandlepekerja yang tidak fasih berbahasa melayu. Sudahlah Inggeris pun tak faham."Suruh buat benda senang pun tak boleh ke? Berapa kali nak kena terangkan? Susun ikutbrand. Bukan suka-suka je letak sana sini." Panas hati bila barang yang sepatutnya disusun mengikut jenama, disusun sesuka hati sehingga menyebabkan susunan kelihatan tidak teratur."Sorry.Saya betulkan balik." Maka berkejaranlahpromoterdari Bangladesh itu menyusun semula barang jualan seperti yang diminta oleh Ridhwan."Janganhot tempersangat Wan. Kawal-kawal sikit baran tu." Ridhwan berpaling me
HARI ini Ainan berasa sangat gembira kerana menerima gaji pertama. Dia sudah terbayangkan wajah kegembiraan anak-anaknya. Kebetulan Ainan shift pagi. Sebelum pulang ke rumah, dia singgah ke pasar raya untuk membeli susu dan lampin pakai buang anaknya serta sedikit barang dapur.Selesai membeli belah, Ainan singgah ke KFC. Dia membeli bucket KFC untuk dimakan bersama di rumah orang tuanya. Hati Ainan berbunga riang. Gaji pertama sepanjang hampir tiga tahun dia tidak bekerja.Tidak dapat digambarkan betapa dia bahagia ketika itu. Ada duit sendiri. Tidak perlu terlalu bergantung harap kepada Aazad untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Ainan belajar untuk redha walau sesakit apa pun hatinya ketika itu.Ya Allah... KAU permudahkan urusan suamiku. KAU luaskan rezekinya, Ya Allah... Sayangi dia, berkati hidupnya. Aamiin aamiin aamiin.Itulah doa yang sering dipanjatkan A
AAZADmenatap wajah Ainan yang sedang lena tidur. Sayu sekali melihat wajah Ainan. Keletihan jelas kelihatan di wajah itu.Pulang dari bekerja, terpaksa pula menguruskananak-anak yang semakin membesar. Mengemas di sini, sebelah sana pula bersepah. Dari ruang tamu sehingga ke dapur, kerjanya tak pernah sudah.Setiap kali Ainan cuti, bilik air pula dikerjakan. Dicuci segala lumut dan kotoran. Baru kelmarin Ainan jatuh terduduk. Terkejut Aazad bukan kepalang. Walhal, lantai tandas tidak licin. Mungkin saja Ainan tersalah langkah. Tidak termasuk kain baju yang hanya dicuci seminggu sekali.Aazad sedar Ainan sedikit keras semenjak Ainan mengungkapkan kata melepaskannya dari tanggungjawab terhadap Ainan dan anak-anak.Pernah dia meminta untuk mengambil cuti sakit ketika Ainan kelihatan pucat, namun Ainan tetap bekeras untuk bekerja."Tak apa. Sikit je ni. Ainan boleh pergi kerja lagi."Aazad mengeluh. Ain
AINAN sedang sibuk di dapur menyediakan mee goreng untuk sarapan bersama anak-anaknya. Dia cuba untuk menghiburkan hatinya sendiri dengan mengembirakan hati mereka. Syazana pula membantu Ainan menyiapkan anak-anaknya. Mereka telah bercadang untuk keluar setelah selesai makan tengah hari nanti.Sudah lama Ainan berjanji untuk membawa Dasuki menonton wayang. Kebetulan filem animasi Jepun yang menjadi kegilaan anak-anak kecil berada di pawagam. Makin seronoklah Dasuki mendengarnya.“Dah siap.” Ainan tersenyum riang sambil menghidangkan mee goreng di atas meja makan. Milo panas yang dibancuhnya tadi juga di letakkan di atas meja. Dasuki yang baru selesai memakai baju segera memanjat kerusi. Di halakan wajahnya ke arah mee goreng lalu menyedut dalam aroma masakan itu. Ibu jarinya di angkat.“Sedapnya bau mama masak. Tak sabar Suki nak makan.” Dasuki melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Ainan pula menletakkan secawan milo di depan Dasuki.“Suki kena makan banyak-banyak ye. Kita tunggu mum
AINAN menahan sebak di dada. Hatinya terlalu sakit memikirkan tindakan Aazad. Baru tadi Aazad memaklumkan yang dia telah pun membuat pinjaman sebanyak RM3000. Terduduk Ainan mendengar jumlah yang dinyatakan.Ainan tidak mengerti apa sebenarnya yang berada difikiran Aazad. Hidup mereka hanya dikelilingi hutang. Ainan sudah tidak mampu berkata apa-apa. Dia penat. Dia sendiri sudah tidak larat terus hidup dalam hutang. Sudahlah hampir keseluruhan perbelanjaan rumah serta keperluan anak-anak ditanggung oleh Ainan. Aazad juga semakin kerap memintanya duit sekiranya dia tidak mempunyai duit saku.“Abang langsung tak fikir pasal Ainan dengan anak-anak kan?” soal Ainan sebak. Dahi Aazad berkerut seribu mendengar soalan dari Ainan. Dia merengus kesal. Ada saja yang Ainan tidak puas hati.“Ainan jangan nak merepek boleh tak? Abang penat tahu tak?” tengking Aazad. Ainan terkedu. Dia semakin sebak dengan sikap Aazad. Air mata ditahan
AAZADmemandang Ainan pelik. Sudah lama dia tidak melihat Ainan bersolek. Tapi hari ini, penampilan Ainan jauh berbeza dari hari-hari biasa.Kening diukir cantik, kelopak mata disoleksmokey,eyelinertidak ketinggalan, pemerah pipi disapu tipis dan akhir sekali gincu berwarna merah jambu disapu rata di bibirnya.Tak berkelip mata Aazad melihat Ainan. Jarang-jarang dapat melihat Ainan begitu."Amboi, lain macam je hari ni," tegur Aazad lembut. Dia tidak bekerja hari ni. Memang hari cutinya tidak menentu."Saja je ambil mood nak melawa hari ni. Orang asyik tegur muka macam mayat hidup je." Ainan menjawab selamba. Entah mengapa dia terasa ingin bersolek.Dia bukanlah seorang wanita yang gemar bersolek. Bila keinginan itu ada, barulah dia bersolek. Kebiasaannya dia akan bersolek pada hari raya atau ketika menghadiri sebarang majlis."Yelah. Selama bekerja ni tak pernah pun nak bersolek.&nbs
AAZAD berang apabila dia pulang, tiada siapa di rumah. Kebiasaannya Ainan pasti akan memaklumkan kepadanya jika ingin ke mana-mana. Tapi hari ni, dia langsung tidak dimaklumkan.Usai membersihkan diri, Aazad segera ke dapur. Lauk dipanaskan, lalu nescafe dibancuh.'Cuti pun tak reti duduk rumah. Merayau entah kemana, langsung tak minta izin.' Sebal hati Aazad dengan sikap Ainan.Aazad menyenduk nasi dan lauk ke dalam pinggan, lalu di bawa ke meja makan."Assalamualaikum." Salam diberi. Ainan yang sedang mengendong Safwan dan Umairah kelihatan kemengahan. Mana tidaknya terpaksa mendukung kedua-duanya naik tangga kerana lift rosak."Merayap ke mana?" soal Aazad tanpa menjawab salam Ainan. Ainan pula hanya membiarkan sambil lalu soalan Aazad.Mengah naik tangga belum lagi hilang. Dah nak kena hadap kepala angin Aazad yang tak tentu hala. Dasuki berlari masuk
SYAZANA ketawa riang melihat telatah Safwan. Umairah yang dikendong sesekali dicuit."Ais krim." Safwan tunding jari ke arah kedai sambil bercakap dengan pelat."Okey." Syazana tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam kedai.Usai membeli ais krim buat Safwan, Syazana terus membawa mereka pulang ke rumah Ainan."Assalamualaikum." Syazana mengetuk pintu. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Mana mungkin Ainan masih lena.Beberapa minit kemudian kelihatan Ainan yang serabai membuka pintu. Tercengang Syazana melihat keadaan Ainan."Ya Allah, kak. Apa kena kau ni?" Geleng kepala Syazana dengan penampilan Ainan. Dia segera masuk ke dalam rumah tanpa menunggu pelawaan Ainan.Umairah diletakkan di ruang tamu. Safwan berdiri di depan pintu sambil menikmati ais krim Padle Pop yang dibeli oleh Syazana tadi.Ainan menguap besar meme
BERTALU-TALU ketukan di pintu bilik air, namun tidak diendahkan oleh Ainan. Aazad semakin tidak keruan. Sudah lebih sejam Ainan di dalam bilik air. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda ingin keluar.Sudahnya, Aazad terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia melihat Ainan yang sudah tidak bermaya di bawah pancuran air pancut. Aazad segera menutup pili air dan mencapai tuala lalu membalut tubuh Ainan. Dicepung tubuh Ainan dan dibawa ke dalam bilik."Ainan..." Tiada sahutan. Aazad segera mengeringkan tubuh Ainan lalu menyarungkan pakaian sebelum menyelimutkan Ainan.Panggilan telefon dari Syazana segera diangkat."Hello, kak." Aazad tarik nafas panjang mendengar suara Syazana."Akak dah tidur." Aazad memandang Ainan yang masih tidak sedarkan diri."Tak apalah. Bagitahu akak biar budak-budak tidur sini jelah. Esok Sya han
PEJAMcelik, Ainan berjaya melalui tempoh percubaan sebagai pembantu penyelia. Malah dia telah pun disahkan jawatan.Ainan berasa puas. Puas apabila dapat memenuhi keinginan anak-anaknya walau tidak semuanya dapat dipenuhi. Puas apabila melihat anak-anaknya sentiasa ceria setiap kali dia berikan buah tangan kepada anak-anaknya.Dua bulan lepas, Aazad sekali lagi terpaksa turun naik mahkamah atas satu lagi tuntutan tunggakan nafkah. Ainan malas mahu ambil pusing. Terasa tuntutan yang tak masuk akal. RM67,800 bukanlah satu jumlah yang boleh diterima akal. Apatah lagi Aazad bukanlah seorang yang bergaji besar."Laki kau naik mahkamah, kan hari ni?" Liza menyoal apabila melihat Ainan mula merehatkan badannya seketika. Terasa lenguh punggung apabila duduk terlalu lama."Haah kak. Entah bila nak habis pun tak tahulah. Jenis tamak haloba kan, macam tu lah. Masa laki tak buat perangai tuduh macam-macam. Tak memasal, saya terpalit sama." Bany
IMAHjadi tak tentu arah. Ke hulur ke hilir dibuatnya. Sakan berjoli akhirnya dia buat pinjaman. Tanpa sedar, bunga semakin tinggi. Pokok tak juga turun-turun. Imah buntu. Dia harus langsaikan segera hutang itu. Dalam masa yang sama dia tak mahu kehilangan Zul. Anak muda yang sentiasa menjadi bualan teman-temannya.Mereka masing-masing bersaing untuk mendapatkan Zul. Nasib menyebelahinya. Dengan sedikit kemewahan yang diperolehi dari Aazad, Imah berjaya menambat hati Zul. Namun ketika setahun lebih Aazad tidak memberinya nafkah, Imah terpaksa membuat pinjaman daripada ceti demi menampung perbelanjaan Zul.Kereta yang dimiliki Zul juga adalah hasil dari duit pinjaman dan juga nafkah yang diberikan oleh Aazad buat dirinya dan anak-anak. Kereta Proton Saga BLM itu dibeli atas nama Zul. Namun deposit dan juga bulanan, Imah yang bayar.Zul hanya perlu mengikut kata Imah. Memberi perhatian dan kasih sayang. Hanya itu yang Imah perlukan. Jiw
AINAN melangkah tenang. Hari ini merupakan hari pertama dia perlu mengalas jawatan baru. Dari seorang juruwang beralih kepada pembantu penyelia. Bukan itu yang diimpikan tapi Allah hadirkan rezeki buat dia dan anak-anaknya. Tiada kata yang mampu diucapkan selain hanya rasa bersyukur yang tidak terhingga.“Dah ready?” Liza menyoal lembut saat Ainan melangkah masuk ke dalam stor pagi itu. Ainan hanya mampu tersenyum untuk mengimbangi rasa gugupnya. Liza menggenggam kemas tangan Ainan. Dia tahu Ainan gugup. Tapi dia tersangat yakin bahawa Ainan mampu pergi lebih jauh.“Jangan risau. Aku akan ajar kau apa yang aku tahu. Yang penting, kalau tak tahu apa-apa terus tanya. Okey?” Liza masih cuba membantu Ainan supaya kekal tenang. Ainan menarik nafas panjang sebelum dia mengangguk yakin.Apa pun yang berlaku dia tidak boleh berpatah balik. Tanggungjawab yang diamanahkan akan dipikul sebaik mungkin. Dalam hati dia panjatk