Share

Akhiri Penderitaanku
Akhiri Penderitaanku
Penulis: Aireen Arianna

Prolog

Penulis: Aireen Arianna
last update Terakhir Diperbarui: 2021-08-06 18:30:19

Roselle merenung panorama di luar tingkap. Hatinya tidak menentu sejak tadi, berdebar seakan ada sesuatu yang akan terjadi.

Tok Tok Tok

Ketukan pintu biliknya menyedarkan Rose dari renungan panjang itu.

   "Ya masuk je, pintu tak berkunci" Rose menyahut, tombol pintu itu dipulas seseorang. Rupanya Kak Ana iaitu pembantu rumahnya.

   "Pukul 4 nanti bersiap ya, Tuan Zhafran ajak keluar" Kak Ana berpesan, dahi Ros berkerut.

   "Keluar? Nak pergi mana?" Ros menyoal.

   "Tak silap Kak Ana, Tuan nak bawa pergi Kafe Cappuccino Oreo" Ros terdiam dan segera mengangguk.

   "Ok Kak Ana, terima kasih" Ros tersenyum dan Kak Ana segera keluar dari bilik itu. Ros melabuhkan punggung di atas katil, fikiran nya bercelaru dan sedang berfikir perkara negatif.

   "Kenapa dekat Kafe tu Zhaf? Kau nak ulang peristiwa empat tahun lalu ke? Kau nak tinggalkan aku lagi?" Ros tertanya sendiri, dia tersenyum pahit.

   "Hubungan ni memang dah lama hancur, cuma aku yang nak sangat pertahankan. Aku bertahan kerana Ziyad tapi...." Ros tak dapat menyambung bicara air matanya mengalir deras dari pelupuk mata. Dia bukan Ros beberapa tahun yang lalu. Ros yang tak suka menangis, Ros yang selalu ceria. Namun dia kini seorang Ros yang mudah menangis dan terluka.

   "Umi" Ziyad menjerit dan segera menghampirinya, Ros segera mengelap air mata di pipinya. Bimbang jika anak kecilnya itu melihat, Ziyad ni memang pintar. Nanti ada sahajalah soalan yang ditanya apabila melihat umi nya menangis.

   "Kenapa sayang?" Ros bertanya dan segera mengusap rambut Ziyad.

   "Ziyad nak makan Dorayaki, umi buatkan eh?" Ziyad menyoal dengan nada manja sambil memeluk umi nya.

   "Haritu kata nak kurus macam ayah?" Ros mengusik Ziyad. Ziyad segera menayangkan wajah cemberut.

   "Haritu yang ni hari ni, Ziyad kecil lagi lah Umi. Ayah dulu masa kecik pun gemok, nanti dah besar Ziyad kuruslah" dengan petah Ziyad membalas, tertawa riang Ros dengan karenah anaknya.

   "Hmm yelah, umi buatkan. Ziyad pergi tengok tv dulu ok?"

   "Ok umi!" Ros segera mendukung anaknya dan di bawa ke ruang bawah.

Dress labuh bewarna biru menjadi pilihan Roselle, baju yang diberikan oleh Puan Sri Zuria iaitu ibu mertuanya. Tudung shawl satin jenama Ariani tersarung elok di kepalanya bagi melindungi mahkota nya dari tatapan umum.

   "Umi nak pergi mana?" Ziyad menyoal.

   "Nak jumpa ayah sayang" 

   "Ziyad nak ikut!" Ziyad berkata dengan nada teruja.

   "Ziyad tak boleh ikut sayang, umi dengan ayah ada urusan penting" wajah Ziyad kemuraman apabila mendengar balasan dari umi nya.

   "Umi tak payahlah pergi, umi teman Ziyad tengok kartun je" Ros tersenyum dan mengusap kepala anaknya.

   "Ziyad sayang umi tak? Kalau sayang dengar cakap umi ya. Umi pergi sekejap je." Ros memujuk.

   "Promise?" Ziyad meminta kepastian.

   "Promise"

   "Jangan lama-lama tau, nanti Ziyad rindu umi" Entah mengapa Ros merasa sebak sangat apabila mendengar bicara anaknya. Segera tubuh kecil itu dibawa dalam pelukan. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Ros hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Semakin hampir dengan tempat yang dijanjikan semakin luluh hatinya. Jauh disudut hatinya, Ros berharap agar pertemuan pada hari ini menjanjikan sesuatu yang manis untuk mereka berdua.

   "Kamu nampak restoran tu?" Tanya Pak Ismail selepas dia memberi isyarat berhenti di bahu jalan bertentangan dengan restoran tersebut. Ros mengangguk.

   "Jauh kalau nak buat pusingan U. Dah lambat ni, kamu lintas jalan dari sini. Lepas ni, kamu balik dengan Zhafran." Kata Pak Mail. Jalan raya tidak putus dengan kenderaan yang lalu-lalang. Ros mengangguk tanda faham. Dia mengucapkan terima kasih sebelum menutup pintu kereta. Ros berdiri di belakang kereta untuk melintas jalan. Tidak jauh dari tempat dia berdiri, kelihatan Zhafran sedang duduk menghadap cermin dan memandang ke arahnya. Pandangan mereka bertembung. Ros menyusun langkah melintasi jalan. Ketika Ros tiba di tengah garisan pembahagi jalan, sebuah kereta Audi yang dipandu laju hilang kawalan dan merempuh Ros. Tubuhnya melayang ke udara dan jatuh di atas kereta tersebut sebelum tergolek di atas jalan. Ros terbujur kaku di situ. Zhafran yang menyaksikan kejadian itu terkaku di tempat duduknya. Terasa seperti nafasnya terhenti. Hampir beberapa saat dia dalam keadaan begitu sebelum tersedar semula dan berlari mendapatkan Rose. Pak Ismail yang terdengar bunyi dentuman yang kuat terus mencampakkan telefon bimbitnya ke atas kerusi di sebelah pemandu dan berlari mendapatkan Roselle. Orang ramai sudah mengerumuni tempat kejadian. Zhafran terpaksa berasak untuk menghampiri Roselle. Terasa lemah seluruh sendinya apabila melihat darah yang membasahi dress biru Roselle. Dia terus mencempung badan Roselle dan dibawa ke dalam kereta. Tanpa berlengah Pak Ismail memandu laju menuju ke hospital yang paling dekat dengan Cafe Coppucino Oreo. Zhafran meriba kepala Roselle. Dia tidak putus-putus berdoa agar Roselle selamat. Bau hanyir darah sudah tidak menjadi masalah baginya. Dia merapatkan bibir pada telinga Roselle.

   "Jangan tinggalkan abang, Rose. Tolong jangan tinggalkan abang. Abang cintakan Rose" luah Zhafran dengan bersungguh-sungguh apabila melihat Roselle semakin lemah dan mata isterinya semakin layu. Sedih Pak Ismail mendengar rintihan dan pengakuan cinta Zhafran Cairil pada Roselle. Kenapa kau ambil masa yang terlalu lama untuk ucapkan nya pada Roselle? Kau berdoalah agar dia dapat mendengar sendiri pengakuan kau itu. Jika masanya sudah sampai untuk dia pergi, aku memohon padamu Ya Allah agar dia dapat mendengar pengakuan suaminya kerana aku tahu itulah yang ditunggunya selama ini.

   Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu kecemasan hospital, Roselle ditolak ke dalam bilik rawatan kecemasan.

   "Kemalangan ke encik?" Soal salah seorang jururawat yang berada di kaunter pendaftaran kes kecemasan.

   "Err...ye. Ada sebuah kereta yang dipandu laju dan langgar dia." Jawab Zhafran.

   "Ada bawak IC dia?" Soal jururawat itu lagi.

Zhafran terdiam. Aku ada ambil beg tangan dia ke tidak tadi? Dia termangu-mangu, langsung tidak dapat mengingati rentetan peristiwa yang berlaku. Pak Ismail menghulurkan beg tangan Roselle kepada Zhafran. Zhafran segera menyambut huluran Pak Ismail. Dia membuka dompet Roselle, mengeluarkan kad pengenalan Roselle dan menyerahkannya kepada jururawat tersebut. Setelah urusan pendaftaran selesai, Zhafran dan Pak Ismail bergerak ke ruangan menunggu. Mereka menanti dengan dada yang berdebar-debar. Pak Ismail mengerling sekilas Zhafran yang tunak memandang pintu bilik rawatan kecemasan. Dia menepuk perlahan bahu Zhafran.

   "Jangan berhenti berdoa, Zhaf"

Zhafran menundukkan wajahnya. Perasaannya dihimpit dengan seribu satu penyesalan. Dia juga takut kehilangan Roselle. Tanpa segan-silu, Zhafran menangis semahunya di hadapan Pak Ismail.

   "Buat solat hajat, Zhaf. Doakan semuanya baik-baik sahaja. Takde guna kalau Zhaf meratap macam ni. Pak Mail ambilkan baju Zhaf kejap, nanti Zhaf pergi solat ya"

Zhafran mengangguk, ada benarnya kata Pak Ismail. Tiada guna kalau dia terus menyesali perkara yang dah terjadi, lebih baik dia berdoa dan memohon ampun kepada Allah.

Bab terkait

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 1

    "Dah 4 tahun dia tinggalkan kau, kau masih nak menunggu lagi ke Rose?" Lara menyoal, mereka sedang berkumpul di kediaman Rose. "Aku akan menunggu sebab Ziyad masih memerlukan kasih seorang ayah." Roselle membalas perlahan. Lara, Hana dan Alisya memang sahabat baiknya. Mereka rapat sejak sekolah menengah lagi, Ros bersyukur sangat dapat sahabat baik seperti mereka bertiga yang selalu membantunya di saat susah mahupun senang. "Tapi dia dah ada perempuan lain, kau masih nak menunggu? Dahlah gantung kau tak bertali" Hana sudah mula emosi, dia memang seorang yang sangat protektif. Rose segera mengusap bahu Hana untuk menghilangkan emosi marahnya. "Hana....aku menunggu sebab Ziyad. Kalau bukan disebabkan Ziyad aku dah mintak cerai. Aku tak sanggup dengar Ziyad merintih setiap kali tengok kawan-kawan dia cerita fasal ayah diorang, aku sedih sangat. Aku cuma nak Ziyad bahagia" Ros berkata d

    Terakhir Diperbarui : 2021-08-06
  • Akhiri Penderitaanku   Bab 2

    Ziyad memasuki kereta dengan wajah yang muram. “Kenapa muka muram ni sayang? Anything happen?” Roselle menyoal Ziyad yang sedang menundukkan kepalanya ke bawah. “Nothing, umi.”Dari suara sahaja Roselle tahu ada perkara yang tak ok terjadi pada Ziyad. “Yad kena buli ke?” Roselle menyoal dengan risau, manalah tahu ada murid lain dalam taska ini yang membuli Ziyad. “Yad laparlah umi, jom kita balik.” Ziyad cuba menukar topik, Roselle kembali memandu kereta. Takpelah nanti di rumah dia akan bertanya kembali pada Ziyad setelah mood anaknya itu membaik. “Aku nak jumpa Zhafran.” Gadis yang bernama Melina itu berkata dengan kasar ke arah Kak Tipah iaitu PA kepada Zhafran. “Tuan Zhafran tak mahu jumpa sesiapa buat masa ni, harap maklum.” Ka

    Terakhir Diperbarui : 2021-08-07
  • Akhiri Penderitaanku   Bab 3

    Keadaan Kafe Cherry Blossom itu sangat sibuk, jam sudah menginjak ke angka 12.30 tengah hari. Waktu pekerja di pejabat berhampiran rehat. Roselle sudah resah, dia tidak tahu untuk meminta tolong pada siapa. Lara tiada di Johor sekarang, Alisya dan Hana pun busy. Dengan keadaan di Kafe sekarang memang dia tidak dapat keluar untuk mengambil Ziyad. “Rose tak pergi ambil anak ke?” Soal Kavin. Tersentak Roselle dengan kehadiran Kavin yang secara tiba-tiba itu. Seketika kemudian dia merasa pelik, bagaimana pula Kavin mengetahui tentang Ziyad. “Biar Kavin ambilkan Ziyad, Ros mesti busy sekarang. Boleh tak?” Kavin menyoal lagi, Roselle mengangguk tanpa ragu-ragu. “Nanti kalau cikgu tu tanya siapa awak, terus call saya tau. Kawalan keselamatan dekat taska tu ketat sikit. Nama taska tu Taska Darul Iman, berhampiran je dengan Taman Perumahan Melur.” Roselle berpesan, Kavin mengangguk dan segera kelu

    Terakhir Diperbarui : 2021-08-08
  • Akhiri Penderitaanku   Bab 4

    Rasa resah menyelimuti jiwa Ros, dia kehulu-kehilir di ruangan menunggu itu. Mulut nya tidak habis-habis berdoa agar tidak ada penyakit serius yang dihadapi oleh Ziyad. Ros tidak sanggup melihat anaknya kesakitan, saat melihat Ziyad pengsan tidak sedarkan diri tadi pun Ros sudah rasa ingin pitam. Nasib baiklah Lara sudi menghulurkan bantuan untuk membawanya ke hospital berhampiran, dengan keadaannya yang panik itu dia tidak mampu untuk memandu kereta. “Ros bertenang ok, InsyaAllah semuanya baik-baik saja. Nah minum air ni.” Lara cuba menenangkan hati sahabatnya dan menghulurkan air mineral kepada Roselle. Ros duduk di bangku bersebelahan Lara, selesai membaca bismillah Ros meneguk rakus air mineral itu. “Terima kasih sebab bawa aku pergi hospital. Kalau takde kau tadi aku tak tahu nak minta tolong siapa. Hana dekat kampung, Alisya pula outstation.” Roselle berkata dengan nada terharu. “Small ma

    Terakhir Diperbarui : 2021-08-13
  • Akhiri Penderitaanku   Bab 5

    Bangunan megah di hadapannya dilihat dengan hati yang gusar. Dia takut dengan keputusan yang bakal dibuatnya. “Demi Ziyad, ini semua demi Ziyad Rose.” Rose cuba mengingatkan dirinya tentang tujuan sebenar dia ke sini. Telefon bimbitnya berbunyi, dia segera mengambil telefon bimbitnya itu. Ada dua mesej dari Lara.Lara :Kau ok tak? Dah pergi jumpa suami kau?Roselle segera membalas pesanan tersebut dengan mengatakan bahawa dia baik-baik sahaja dan dalam perjalanan untuk menemui Zhafran Cairil. Telefon itu diletakkan kembali ke dalam handbagnya. Roselle menarik nafas panjang lalu keluar dari perut kereta. “Ya Puan, ada urusan apa ya?” Seorang receiptionist menyoal Roselle dengan senyuman manis dibibirnya. “Saya nak jumpa dengan Tuan Zhafran Cairil.” Wajah wanita itu kelihatan terkejut dengan balasan dari Roselle. “Atas urusan apa ya Puan? Tuan Zhafran takkan jumpa sesiapa tanpa urusan penting.” Roselle termangu

    Terakhir Diperbarui : 2021-08-18
  • Akhiri Penderitaanku   Bab 6

    Wajah anaknya yang sedang tidur itu sangat menenangkan, wajah Ziyad yang sangat mirip dengan Zhafran sentiasa menjadi penguat semangatnya, Roselle tidak sanggup membayangkan hidupnya tanpa Ziyad. Kejadian semalam cuba dilupakan, dia tidak akan sama sekali meminta bantuan kepada Zhafran lagi. Dia tidak mahu maruahnya dipijak lagi. Pintu wad itu ditolak seseorang, Roselle menoleh ke arah belakang. Hana datang bersama sebakul buah-buahan, dia memasuki ruangan itu dan meletakkan bakul buah itu di atas meja bersebelahan katil Ziyad. “Macam mana keadaan Yad? Getting better?” Hana menyoal dan memendang sayu ke arah Ziyad yang sudah dianggap seperti anak sendiri. “Takde improvement, doktor kata kena segera buat pembedahan.” Roselle membalas dengan sayu. Hana juga buntu, dia nak menolong pun tidak mampu. “Kau dah jumpa Zhaf kan semalam? Dia cakap apa?” Hana menyoal lagi, Roselle menggelengkan kepala menandakan bahawa Zhafran tida

    Terakhir Diperbarui : 2021-08-20
  • Akhiri Penderitaanku   Bab 7

    Suhu penghawa dingin yang nyaman itu langsung tidak menenangkan hati Roselle yang keresahan, dia takut dengan syarat yang akan dikenakan Zhafran kepadanya. Semoga syarat itu tidak membebankan hati dan perasaannya. Bunyi derapan langkah menuju ke arahnya makin meningkatkan ritma jantung Roselle, dia pasti itu Zhafran dan peguam nya. Zhafran dan seorang lelaki yang berusia seperti 40 tahun itu melabuhkan punggung di sofa berhadapan Roselle yang sedang keresahan itu. “Assalamualaikum, Puan Roselle Riana. Saya Haziq, peguam kepada Tuan Zhafran Cairil. Seperti yang puan sedia maklum, pertemuan kita pada petang ini adalah untuk membincangkan tentang syarat pinjaman sebanyak RM80000. Silakan baca dokumen tersebut.” Haziq berkata dengan profesional. Dia menghulurkan dokumen itu kepada Roselle. Roselle mengambil dokumen tersebut dengan hati yang penuh kerisauan. Hampir 15 minit Roselle membaca dokumen tersebut dan cuba memahami isi kandungannya. Roselle tak boleh ambil m

    Terakhir Diperbarui : 2021-08-26
  • Akhiri Penderitaanku   Bab 8

    Selesai sahaja menunaikan solat asar Roselle berjalan menuju ke arah Kafeteria di kawasan hospital itu. Perutnya semakin berkeroncong hebat kerana rasa kelaparan yang teramat. Pagi tadi dia hanya makan sekeping roti sahaja. Roselle membeli sebungkus nasi ayam dan air milo ais di dalam cawan sederhana besar. Telefonnya berbunyi, ada tiga mesej dari Hana. Hana : Beb, aku ada hal emergency ni. Ziyad aku tinggalkan, tapi jangan risau ada nurse dekat situ. Roselle merasa risau, dia takut jika orang upahan Zhafran ada disekitar sini. Sudah beberapa hari Roselle merasa dirinya seperti diekori. Selesai mengambil nasi ayam dan air milo yang ditempahnya tadi, Roselle bergegas menuju ke wad yang ditempatkan Ziyad. Roselle membuka pintu wad itu dengan tergesa-gesa, alangkah terkejutnya dia melihat figura tubuh seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi. Dia tahu siapa lelaki itu, namun yang dia terkejut apabila melihat Ziyad yang sudah sedar dari lena sangat mesr

    Terakhir Diperbarui : 2021-09-03

Bab terbaru

  • Akhiri Penderitaanku   BAB 13

    Tepat pukul 7 malam, kek cawan yang berjumlah 500 biji berjaya disiapkan oleh Roselle dengan bantuan dari salah seorang pekerja kafe itu juga. Sejak pukul 5 petang tadi dia dan Lila mula membuat kek cawan itu, akhirnya dengan berkat kesabaran dan ketekunan mereka kek itu berjaya disiapkan. "Terima kasih Lila sebab tolong akak, esok Akak belanja Lila makan." Roselle mengucapkan terima kasih kepada Lila disaat gadis muda itu sedang mengemas begnya di locker simpanan barang pekerja. "No hal ah kak, ni pun tugas saya. Eh waktu akak dekat sini, siapa yang jaga Ziyad?" Lila menyoal, tiba-tiba sahaja dia teringat tentang anak Kak Ros yang comel itu. "Akak minta tolong cikgu taska Ziyad jagakan dia, nasib baiklah dia ok je. Akak

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 12

    Selama seminggu ini, Roselle tenang tanpa sebarang gangguan dari sesiapa. Dia hidup seperti biasa dengan Ziyad, cuma itulah. Setiap hari Ziyad akan bertanya soalan yang sama. “Umi, bila ayah nak ambik kita dekat sini?” itulah soalan yang acap kali ditanya oleh anaknya. Roselle hanya mampu menjawab bahawa Zhafran busy dan akan mengambil mereka apabila kerjanya sudah selesai. “Macam mana duduk sini? Selesa?” Kak Karina menyoal Roselle yang sedang sibuk mengelap meja itu. “Alhamdulillah, ok kak. Lagipun rumah sewa saya tu dekat dengan Kafe, lepastu kawasan nya pun takde lah jauh sangat dengan Taska Ziyad. Itu pun dah bersyukur sangat.” Roselle membalas sambil tersenyum senang. Dia banyak berhutang budi dengan Kak Karina. Selain menawarkannya kerja, wanita itu jugalah yang menjaga dia sewaktu berpantang. Maklumlah Kak Karina lebih berpengalaman kerana sudah mempunyai anak seramai tiga orang. “Alhamdulill

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 11

    Hana menjadi marah yang teramat saat mendengar cerita dari Roselle tentang kedatangan Melina di hospital tengahari tadi. Dia cukup meluat dengan perangai sepupunya yang tak reti malu itu. “Sakitnya hati aku dapat sepupu tak bermoral macam dia tu! Otak dia tu kemana eh? Jatuh? Hilang? Cakap macam orang takde akal je.” Hana membebel dengan sangat beremosi. “Kalau aku jadi kaulah Ros, memang aku tampar je mulut busuk dia tu. Eee… sakit betul hati aku ni.” Hana menyambung bicara, air milo dihadapannya diteguk rakus setelah membaca bismillah. Marah pun marah juga, tapi jangan lupa baca bismillah! “Aku malas nak gaduh, lagipun dekat kawasan hospital kan. Menganggu ketenteraman awam je, lagipun lepas ni aku takkan jumpa lagi mereka berdua. Biarkan jelah.” Roselle membalas dengan tenang, berkerut dahi Hana mendengar kenyataan dari Roselle. “Kau nak pergi mana pula

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 10

    Ziyad sudah dipindahkan ke wad biasa kerana keadaannya yang sudah mula stabil setelah pembedahan di jalankan. Ziyad semakin berselera sekarang, Roselle selalu membawa makanan yang berkhasiat untuk anaknya dan makanan itu pun Doktor Aidan yang sarankan padanya. “Umi, daddy tak datang ke harini?” Ziyad menyoal Roselle yang sedang menyuapkan makanan kepadanya. “Daddy, busy kot sayang. Petang nanti ke Daddy datang.” Roselle memberi alasan, dia pun tidak tahu mengapa suaminya tidak melawat Ziyad hari ini. “Alah, lamanya nak tunggu Daddy datang. Kalau Daddy tak datang harini takdelah lagi kisah nabi yang Yad boleh dengar.” Ziyad membalas dengan nada sayu. Tersenyum Roselle mendengar nya, dia gembira kerana Ziyad begitu menggemari kisah perjuangan Nabi Muhammad. Subhanallah! “Takpe, hari ni biar umi cerita kan kisah nabi pada Yad. Boleh tak?” “Yay, boleh-boleh. Yad nak jadi orang hebat

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 9

    Raihana tersedar dari lena, kepalanya merasa sakit yang teramat. Kawasan disekeliling nya terasa begitu asing, matanya yang berpinar itu digosok perlahan. Kejadian semalam masih kabur di kotak pemikirannya. Pintu ruangan itu dibuka oleh seseorang, terlihat wajah seorang gadis yang kemungkinan berusia 20 tahun. Gadis itu menghampiri Raihana yang masih terbaring di atas katil “Saya dekat mana ni? Awak siapa?” Raihana menyoal dalam ketakutan, setelah kejadian dia diculik di lapangan kapal terbang itu dia jadi takut untuk mempercayai orang asing. “Saya Nazra, semalam akak pengsan dekat tepi tong sampah belakang café saya. Itu yang saya bawa akak ke rumah saya. Akak ok?” Nazra menyoal dengan simpati, dia kasihan melihat wajah Raihana yang terdapat kesan luka dan wajahnya yang tampak pucat dan lesu. “Terima kasih Nazra, maaf sebab susahkan Nazra. Akak ok je.” Raihana membalas dengan senyuman pahit di bibirnya. &

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 8

    Selesai sahaja menunaikan solat asar Roselle berjalan menuju ke arah Kafeteria di kawasan hospital itu. Perutnya semakin berkeroncong hebat kerana rasa kelaparan yang teramat. Pagi tadi dia hanya makan sekeping roti sahaja. Roselle membeli sebungkus nasi ayam dan air milo ais di dalam cawan sederhana besar. Telefonnya berbunyi, ada tiga mesej dari Hana. Hana : Beb, aku ada hal emergency ni. Ziyad aku tinggalkan, tapi jangan risau ada nurse dekat situ. Roselle merasa risau, dia takut jika orang upahan Zhafran ada disekitar sini. Sudah beberapa hari Roselle merasa dirinya seperti diekori. Selesai mengambil nasi ayam dan air milo yang ditempahnya tadi, Roselle bergegas menuju ke wad yang ditempatkan Ziyad. Roselle membuka pintu wad itu dengan tergesa-gesa, alangkah terkejutnya dia melihat figura tubuh seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi. Dia tahu siapa lelaki itu, namun yang dia terkejut apabila melihat Ziyad yang sudah sedar dari lena sangat mesr

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 7

    Suhu penghawa dingin yang nyaman itu langsung tidak menenangkan hati Roselle yang keresahan, dia takut dengan syarat yang akan dikenakan Zhafran kepadanya. Semoga syarat itu tidak membebankan hati dan perasaannya. Bunyi derapan langkah menuju ke arahnya makin meningkatkan ritma jantung Roselle, dia pasti itu Zhafran dan peguam nya. Zhafran dan seorang lelaki yang berusia seperti 40 tahun itu melabuhkan punggung di sofa berhadapan Roselle yang sedang keresahan itu. “Assalamualaikum, Puan Roselle Riana. Saya Haziq, peguam kepada Tuan Zhafran Cairil. Seperti yang puan sedia maklum, pertemuan kita pada petang ini adalah untuk membincangkan tentang syarat pinjaman sebanyak RM80000. Silakan baca dokumen tersebut.” Haziq berkata dengan profesional. Dia menghulurkan dokumen itu kepada Roselle. Roselle mengambil dokumen tersebut dengan hati yang penuh kerisauan. Hampir 15 minit Roselle membaca dokumen tersebut dan cuba memahami isi kandungannya. Roselle tak boleh ambil m

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 6

    Wajah anaknya yang sedang tidur itu sangat menenangkan, wajah Ziyad yang sangat mirip dengan Zhafran sentiasa menjadi penguat semangatnya, Roselle tidak sanggup membayangkan hidupnya tanpa Ziyad. Kejadian semalam cuba dilupakan, dia tidak akan sama sekali meminta bantuan kepada Zhafran lagi. Dia tidak mahu maruahnya dipijak lagi. Pintu wad itu ditolak seseorang, Roselle menoleh ke arah belakang. Hana datang bersama sebakul buah-buahan, dia memasuki ruangan itu dan meletakkan bakul buah itu di atas meja bersebelahan katil Ziyad. “Macam mana keadaan Yad? Getting better?” Hana menyoal dan memendang sayu ke arah Ziyad yang sudah dianggap seperti anak sendiri. “Takde improvement, doktor kata kena segera buat pembedahan.” Roselle membalas dengan sayu. Hana juga buntu, dia nak menolong pun tidak mampu. “Kau dah jumpa Zhaf kan semalam? Dia cakap apa?” Hana menyoal lagi, Roselle menggelengkan kepala menandakan bahawa Zhafran tida

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 5

    Bangunan megah di hadapannya dilihat dengan hati yang gusar. Dia takut dengan keputusan yang bakal dibuatnya. “Demi Ziyad, ini semua demi Ziyad Rose.” Rose cuba mengingatkan dirinya tentang tujuan sebenar dia ke sini. Telefon bimbitnya berbunyi, dia segera mengambil telefon bimbitnya itu. Ada dua mesej dari Lara.Lara :Kau ok tak? Dah pergi jumpa suami kau?Roselle segera membalas pesanan tersebut dengan mengatakan bahawa dia baik-baik sahaja dan dalam perjalanan untuk menemui Zhafran Cairil. Telefon itu diletakkan kembali ke dalam handbagnya. Roselle menarik nafas panjang lalu keluar dari perut kereta. “Ya Puan, ada urusan apa ya?” Seorang receiptionist menyoal Roselle dengan senyuman manis dibibirnya. “Saya nak jumpa dengan Tuan Zhafran Cairil.” Wajah wanita itu kelihatan terkejut dengan balasan dari Roselle. “Atas urusan apa ya Puan? Tuan Zhafran takkan jumpa sesiapa tanpa urusan penting.” Roselle termangu

DMCA.com Protection Status