Chapter: BAB 13Tepat pukul 7 malam, kek cawan yang berjumlah 500 biji berjaya disiapkan oleh Roselle dengan bantuan dari salah seorang pekerja kafe itu juga. Sejak pukul 5 petang tadi dia dan Lila mula membuat kek cawan itu, akhirnya dengan berkat kesabaran dan ketekunan mereka kek itu berjaya disiapkan. "Terima kasih Lila sebab tolong akak, esok Akak belanja Lila makan." Roselle mengucapkan terima kasih kepada Lila disaat gadis muda itu sedang mengemas begnya di locker simpanan barang pekerja. "No hal ah kak, ni pun tugas saya. Eh waktu akak dekat sini, siapa yang jaga Ziyad?" Lila menyoal, tiba-tiba sahaja dia teringat tentang anak Kak Ros yang comel itu. "Akak minta tolong cikgu taska Ziyad jagakan dia, nasib baiklah dia ok je. Akak
Last Updated: 2023-09-12
Chapter: Bab 12Selama seminggu ini, Roselle tenang tanpa sebarang gangguan dari sesiapa. Dia hidup seperti biasa dengan Ziyad, cuma itulah. Setiap hari Ziyad akan bertanya soalan yang sama. “Umi, bila ayah nak ambik kita dekat sini?” itulah soalan yang acap kali ditanya oleh anaknya. Roselle hanya mampu menjawab bahawa Zhafran busy dan akan mengambil mereka apabila kerjanya sudah selesai. “Macam mana duduk sini? Selesa?” Kak Karina menyoal Roselle yang sedang sibuk mengelap meja itu. “Alhamdulillah, ok kak. Lagipun rumah sewa saya tu dekat dengan Kafe, lepastu kawasan nya pun takde lah jauh sangat dengan Taska Ziyad. Itu pun dah bersyukur sangat.” Roselle membalas sambil tersenyum senang. Dia banyak berhutang budi dengan Kak Karina. Selain menawarkannya kerja, wanita itu jugalah yang menjaga dia sewaktu berpantang. Maklumlah Kak Karina lebih berpengalaman kerana sudah mempunyai anak seramai tiga orang. “Alhamdulill
Last Updated: 2021-10-10
Chapter: Bab 11Hana menjadi marah yang teramat saat mendengar cerita dari Roselle tentang kedatangan Melina di hospital tengahari tadi. Dia cukup meluat dengan perangai sepupunya yang tak reti malu itu. “Sakitnya hati aku dapat sepupu tak bermoral macam dia tu! Otak dia tu kemana eh? Jatuh? Hilang? Cakap macam orang takde akal je.” Hana membebel dengan sangat beremosi. “Kalau aku jadi kaulah Ros, memang aku tampar je mulut busuk dia tu. Eee… sakit betul hati aku ni.” Hana menyambung bicara, air milo dihadapannya diteguk rakus setelah membaca bismillah. Marah pun marah juga, tapi jangan lupa baca bismillah! “Aku malas nak gaduh, lagipun dekat kawasan hospital kan. Menganggu ketenteraman awam je, lagipun lepas ni aku takkan jumpa lagi mereka berdua. Biarkan jelah.” Roselle membalas dengan tenang, berkerut dahi Hana mendengar kenyataan dari Roselle. “Kau nak pergi mana pula
Last Updated: 2021-09-27
Chapter: Bab 10Ziyad sudah dipindahkan ke wad biasa kerana keadaannya yang sudah mula stabil setelah pembedahan di jalankan. Ziyad semakin berselera sekarang, Roselle selalu membawa makanan yang berkhasiat untuk anaknya dan makanan itu pun Doktor Aidan yang sarankan padanya. “Umi, daddy tak datang ke harini?” Ziyad menyoal Roselle yang sedang menyuapkan makanan kepadanya. “Daddy, busy kot sayang. Petang nanti ke Daddy datang.” Roselle memberi alasan, dia pun tidak tahu mengapa suaminya tidak melawat Ziyad hari ini. “Alah, lamanya nak tunggu Daddy datang. Kalau Daddy tak datang harini takdelah lagi kisah nabi yang Yad boleh dengar.” Ziyad membalas dengan nada sayu. Tersenyum Roselle mendengar nya, dia gembira kerana Ziyad begitu menggemari kisah perjuangan Nabi Muhammad. Subhanallah! “Takpe, hari ni biar umi cerita kan kisah nabi pada Yad. Boleh tak?” “Yay, boleh-boleh. Yad nak jadi orang hebat
Last Updated: 2021-09-13
Chapter: Bab 9Raihana tersedar dari lena, kepalanya merasa sakit yang teramat. Kawasan disekeliling nya terasa begitu asing, matanya yang berpinar itu digosok perlahan. Kejadian semalam masih kabur di kotak pemikirannya. Pintu ruangan itu dibuka oleh seseorang, terlihat wajah seorang gadis yang kemungkinan berusia 20 tahun. Gadis itu menghampiri Raihana yang masih terbaring di atas katil “Saya dekat mana ni? Awak siapa?” Raihana menyoal dalam ketakutan, setelah kejadian dia diculik di lapangan kapal terbang itu dia jadi takut untuk mempercayai orang asing. “Saya Nazra, semalam akak pengsan dekat tepi tong sampah belakang café saya. Itu yang saya bawa akak ke rumah saya. Akak ok?” Nazra menyoal dengan simpati, dia kasihan melihat wajah Raihana yang terdapat kesan luka dan wajahnya yang tampak pucat dan lesu. “Terima kasih Nazra, maaf sebab susahkan Nazra. Akak ok je.” Raihana membalas dengan senyuman pahit di bibirnya. &
Last Updated: 2021-09-08
Chapter: Bab 8Selesai sahaja menunaikan solat asar Roselle berjalan menuju ke arah Kafeteria di kawasan hospital itu. Perutnya semakin berkeroncong hebat kerana rasa kelaparan yang teramat. Pagi tadi dia hanya makan sekeping roti sahaja. Roselle membeli sebungkus nasi ayam dan air milo ais di dalam cawan sederhana besar. Telefonnya berbunyi, ada tiga mesej dari Hana. Hana : Beb, aku ada hal emergency ni. Ziyad aku tinggalkan, tapi jangan risau ada nurse dekat situ. Roselle merasa risau, dia takut jika orang upahan Zhafran ada disekitar sini. Sudah beberapa hari Roselle merasa dirinya seperti diekori. Selesai mengambil nasi ayam dan air milo yang ditempahnya tadi, Roselle bergegas menuju ke wad yang ditempatkan Ziyad. Roselle membuka pintu wad itu dengan tergesa-gesa, alangkah terkejutnya dia melihat figura tubuh seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi. Dia tahu siapa lelaki itu, namun yang dia terkejut apabila melihat Ziyad yang sudah sedar dari lena sangat mesr
Last Updated: 2021-09-03
Chapter: Bab 10Tiara berjalan menuju ke arah ruangan berlatih dengan membawa sebuah buku dan beberapa keperluan lain. Saat mahu membelok ke tepi dia telah terlanggar Mak Cik Esah iaitu isteri kepada Pak Cik Sulaiman. “Maafkan saya.” Tiara segera memohon maaf. Tiara melihat Pak Cik Sulaiman sedang berjalan keluar dari wad nya dan sempat lagi memarahi seorang jururawat. “Ada apa-apa yang jadi ke?” Tiara menyoal dengan prihatin. “Saya selalu dengan dia tapi tak tahu kenapa mood dia jadi buruk hari ni. Saya dah cukup stress kena kerja part time.” Makcik Esah mengeluh perlahan. Simpati Tiara mendengarnya. “Terima kasih sebab sudi datang walaupun Makcik tengah sibuk. Saya tahu semua ni bukannya senang.” Tiara tersenyum ke arah Mak Cik Esah. “Terima kasih sebab buat Mak Cik lega.” Tiara hanya mengangguk.🤍🤍🤍
Last Updated: 2021-08-14
Chapter: Bab 9Doktor Aidan duduk di kerusi luar bahagian hospital, dia termenung sendirian. “Aku dah agak kau mesti dekat sini” Doktor Mikael menyapa. “Hari yang sangat melelahkan, kalau kau tak boleh buat orang lain lagi lah tak boleh” Doktor Mikael menyambung bicara lagi namun Doktor Aidan masih lagi diam. “Cuaca dah mendung” Doktor Mikael berkata dan memandang ke langit yang sudah berwarna kegelapan. Doktor Aidan juga memandang ke arah langit, dia teringat memori lama. “Raisha pernah cakap yang dia sukakan hujan.” Mendengar sahaja nama itu Doktor Aidan teringat akan kenangan lamanya. Di bangku yang sama namun situasi yang berbeza. Di bangku ini dia menangis sewaktu pertama kali menjadi Doktor. “Aidan, janganlah menangis” Raisha menyapa dengan nada risau. Dia segera melangkah dan melabuhkan punggung di sebelah Doktor Aidan.
Last Updated: 2021-08-11
Chapter: Bab 8 “Assalamualaikum” Tiara memberi salam, namun tiada sesiapa yang berada dalam ruangan para Doktor itu. Tiara segera memasuki bilik itu dengan membawa sebungkus plastik yang berisi Dorayaki. Dia pergi ke meja Doktor Aidan dan meletakkan plastik itu di atas meja. Matanya terlihat sekeping foto yang melekat di atas meja, wajah Doktor Aidan kelihatan sangat gembira saat itu dan disampingnya ada seorang gadis yang tersenyum manis. Dari cara pemakaian mereka seperti di zaman universiti. “Aku akan panggil security” Doktor Aidan berkata dari arah pintu, Tiara tersentak dan segera menoleh kebelakang. “Kau datang sini nak mencuri barang-barang aku ke?” Doktr Aidan menyoal sambil bercekak pinggang. “Ya! Saya datang untuk curi hati awak yang sadis tu” Tiara berkata dengan ceria dan membuat gaya mini heart kepada Doktor Aidan. Doktor Aidan menjeling dan berjalan ke arah tempat
Last Updated: 2021-08-11
Chapter: Bab 7“So you’ve officially been assigned here today. Welcome to the cardiology departmen” Doktor Ahmad menyambut Tiara dan Farah dengan mesra. “We look forward to working with you” Tiara dan Farah menjawab serentak. “Saya rasa awak masuk bahagian ni sebab Doktor Aidan lah” Hana berkata. Tiara tersenyum. “Biasalah… you know me but as a woman and as a nurse, my goal is to defeat the devil!” Tiara berkata dengan penuh semangat tangannya juga diangkat tingii seperti sedang melaungkan ‘merdeka’. Semua kakitangan terhibur dengan gelagat Tiara. “Macam inilah semangat yang kita mahu” Doktor Mikael memuji. “Selamat datang juga pada nurse terbaik kita, Jururawat Farah Liyana” semua jururawat di situ bertepuk tangan. “Dalam banyak-banyak wad kenapa awak pilih wad ni?” Amira
Last Updated: 2021-08-11
Chapter: Bab 6Tiara melangkah keluar dari lif dan dia terserempak dengan Doktor Mikael. “You did well, Tiara!” Doktor Mikael memuji Tiara di atas kejayaannya menyelamatkan Maisara tadi. “Terima kasih Doktor Mikael” Tiara tersenyum. “Mulai esok kita akan menjalankan misi Cream Puff Strategy” “Thank you!” Tiara membalas dengan teruja. “Tapi…kenapa Doktor nak tolong saya?” Tiara menyoal dengan penuh tanda tanya. “Saya nak tengok Miss Hero kalahkan The Devil yang ego. Dengan ini saya Tuanku Mikael memberikan tuan hamba pedang untuk mengalahkan The Devil!” Doktor Mikael berseloroh dan mereka berdua tertawa riang. “Banyak hal yang jadi hari ni. Mesti awak kelelahan” “Ya, tapi saya cukup bahagia saat ini sampaikan penat tu tak terasa” Tiara memb
Last Updated: 2021-08-11
Chapter: Bab 5 “It sure is a relief about Maisara. Saya yakin ini situasi yang sangat sukar untuk dia tapi dia sangat tabah orangnya” Tiara ramah bercerita kepada Elisa yang sedang membawa troli untuk menyusun segala barang keperluan perubatan. Elisa mengangguk mengiyakan bicara Tiara. “Tunjukkan pada saya bila awak dah siap menulis nurse’s record” Elisa mengarah Tiara memandangkan dia ketua jururawat di bahagian ini. Elisa kembali menjalnkan tugasnya yang tergendala tadi. “Lah, tisu dah habis pulak” Elisa segera mengambil bekas yang sepatutnya berisi tisu itu. “Biar saya ambilkan” Tiara menawarkan diri untuk membantu Elisa. Dia segera berlari menuju ke stor penyimpanan barang.🤍🤍🤍Tiara terpaksa memanjat kerusi untuk mengambil tisu yang diletakkan di rak yang agak tinggi. Tisu itu di ambil dan dia se
Last Updated: 2021-08-10