Share

Bab 3

Author: Miss Noi
last update Last Updated: 2021-09-15 15:37:11

AKU bersandar di dinding melihat Zarif membasuh semua perkakas selepas membuat kek. Aku tidak menyangka permintaan Zarif tempoh hari adalah untuk bekerja di bahagian dapur. Memang aku masih tidak mempunyai pekerja yang ramai di dapur. Cuma ada dua orang tukang masak Zul dan Nina, dua orang pembuat kek Laili dan Fatin, serta dua orang barista Solehin dan Alia. Selebihnya, empat orang pelayan termasuk Ayu. Ayu, selain pembantu pemasaran, dia akan menjalankan tugas pelayan. Ayu juga akan bersilih ganti dengan Solehin untuk menjaga kaunter bayaran.

Kehadiran Zarif di dapur sedikit sebanyak meringankan beban mereka. Aku akui, Zarif seorang yang ringan tangan dan cekap di dapur. Dapur aku lebih bersih dan tersusun selepas seminggu dia bekerja.

Oh ya, satu lagi permintaan Zarif adalah untuk mengizinkan dia balik ke rumah pada jam tiga setengah petang hingga jam lima petang. Memang asalnya satu permintaan. Tapi, bila aku bersetuju untuk dia bekerja di dapur, dia buat permintaan yang kedua. Bila difikir-fikirkan, masa yang dia minta tu tidaklah menggangu kerja-kerja di dapur sebab dah lepas lunch hour. Maka, aku setuju.

”Cik Fish, aku balik sekejap ya.” Aku mengurut dada. Terkejut bila tiba-tiba Zarif sudah tegak di hadapanku. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 3.35 petang.

“Zarif, kau balik buat apa sebenarnya?” soal Zul. Salah seorang chef di caféku. Dia sudah duduk di kerusi bersebelahan singki. Nina, Laili dan Fatin juga nampak santai di ruangan kerja masing-masing. Masa macam ni memang mereka boleh bersenang-lenang sikit.

Soalan Zul turut mengundang rasa ingin tahuku. Sebelum ini aku tidak bertanya kepada Zarif kerana aku ingin menilai tahap kerja dia terlebih dahulu. Setakat ini memang aku berpuas hati. Dia juga tidak pernah lewat untuk kembali semula ke café. Tepat jam lima petang dia memang sudah ada di dapur semula.

“A’ahlah Zarif. Awak balik buat apa?” soalku apabila melihat dia hanya diam.

“Maaf. Aku balik dulu ya, cik Fish. Aku takut lambat.”  Perlahan aku angguk. Kasihan pula tengok muka resah Zarif. Nantilah aku tanya dia semula.

Zarif terus melangkah keluar melalui pintu belakang cafe. Laili dan Fatin aku tengok sudah berbisik-bisik sesama sendiri.

“Kenapa tu?” tanyaku kepada Zul sambil jari terarah kepada Laili dan Fatin.

“Kalau cik Fish nak tau, Laili dan Fatin ni… dua-dua orang tengah bersaing nak ngorat Zarif.”

Terangkat keningku mendengar kata-kata Zul. Nampak gayanya Zara dah ada pesaing. Laili dan Fatin pula sudah merah muka keduanya. Malu agaknya dikantoikan oleh Zul.

Aku akui Zarif mudah buat orang jatuh hati. Selain rupa paras yang kacak, dia juga ada aura yang tersendiri. Pendiam dia pun, ada saja perbuatannya yang boleh memikat hati. Contohnya, pagi tadi dia tolong Laili dan Fatin sediakan semua bahan-bahan untuk buat kek selepas dapat tahu yang gadis berdua itu masuk kerja lambat kerana ada masalah di rumah sewa.

Dua hari lepas pula Zarif offer diri bantu mengambil dan menghantar pesanan pelanggan bila Ayu cuti sakit. Kebetulan masa tu café agak sibuk dengan pelanggan yang datang silih berganti kerana hari gaji. Itu semua dia buat tanpa disuruh atau diarahkan oleh sesiapa.

“Zarif tu memang calon suami mithali, kan cik Fish?” Nina bersuara pula.

“Kenapa awak cakap macam tu?” soalku.

“Cik Fish tengoklah, sejak dia kerja sini, dapur kita ni lebih tersusun, kemas, bersih. Nampak sangat dia biasa buat kerja-kerja rumah. Lepas tu, part tolong masak pun terror jugak. Kalau saya atau Zul tengah kalut tu, dia tolong juga kadang-kadang. Tak kekok langsung. Ha, satu lagi… malam-malam dia meniaga burger. Gigih cari duit. Susah nak dapat lelaki macam ni.”

Terangguk-angguk Laili dan Fatin menyokong kata-kata Nina. Zul pula hanya tayang sengih. Semua tahu yang Zarif meniaga burger sebab dia pernah jamu kami semua dengan burger hari Jumaat minggu pertama dia kerja. Katanya, sedekah daripada ibunya.

“Cuma tulah. Pendiam dan perahsia sangat. Mana dia pergi time ni bukan nak cakap,” luah Laili.

“Jangan-jangan dia balik sebab nak ambil anak balik sekolah kot…” teka Zul.

“Yelah kan… lelaki baik ni selalunya dah ada komitmen,” tambah Nina.

Tekaan Zul dan Nina membuatkan aku tergelak. Muka Laili dan Fatin jangan cakap. Sudah masam mengalahkan cuka nampak gayanya.

*

AKU sampai di rumah tepat jam sepuluh malam. Waktu biasa aku tiba di rumah pada hari bekerja. Kalau hujung minggu, 12 tengah malam barulah aku berjaya jejak kaki ke rumah. Walaupun aku boss, tak semestinya aku boleh suka-suka hati tinggalkan café kepada pekerjaku. Bak kata uncle Zainal, jadi boss sebenarnya lagi teruk daripada kuli. Kena datang paling awal dan balik paling lambat. Barulah kerja berjalan lancar dan pekerja pun segan nak mengelat.

“Fish…”

“Ma…” Kaki kuatur ke arah mama yang sedang berdiri di hujung tangga. Agaknya mahu turun ke dapur untuk minum. Tubuh ramping mama kupeluk kejap. Seperti biasa, mama akan menepuk perlahan belakang badanku. Leganya… hilang rasa penat seharian bekerja.

“Fish dah makan?”

“Dah. Mama nak minum ke?” Soalanku dibalas dengan anggukan oleh mama. Aku dan mama sama-sama melangkah ke dapur.

“Fa mana, ma? Dah tidur ke?” Fariha, satu-satunya adik yang aku ada.

“Fa tidur rumah Suzi. Katanya ada group discussion.”

“Mama percaya?” Hatiku diasak rasa curiga. Setahu aku Fariha ni bukanlah rajin sangat nak belajar. Dia masuk kolej swasta pun sebab desakan mama.

Teringat aku cerita yang disampaikan oleh Misha tempoh hari. Rupanya Misha adalah salah seorang pensyarah di kolej Fariha. Sudah semestinya dia mengenali Fariha sebagai adikku kerana dulu Misha pun selalu datang ke rumah berjumpa mama dan Fariha.

“Fish… tak elok cakap adik macam tu. Mana tau adik dah betul-betul berubah?”

Aku hanya mampu tersenyum mendengar harapan mama. Aku tak pasti adakah Fariha boleh berubah dalam masa yang singkat. Kalau diikutkan Fariha sangat manis orangnya. Sentiasa menurut dan mendengar kata. Tidak tahu di mana silapnya, perangai Fariha semakin berubah menjadi kasar dan suka melawan.

“Macam mana Fish harini? Café okay?” Mama sudah melabuhkan punggung di kerusi di kitchen island.

“Alhamdulillah, ma. Sejak café buat offer happy hour, makin ramai yang datang.” Sedikit bangga aku bercerita. Happy hour, salah satu kaedah promosi yang SS Café laksanakan buat masa ini. Sepotong kek percuma untuk pelanggan yang membuat tempahan set pasta dan secawan air latte semasa lunch hour bermula jam satu hingga tiga petang.

“Alhamdulillah. Kalau arwah papa masih ada, mesti dia bangga dengan Fish.” Aku hanya tersenyum memandang mama.

“Mama, ma ingat Misha?”

“Misha, kawan universiti Fish dulu? Yang selalu datang sini dengan Zara tu?”

Aku angguk. “Rupanya Misha sekarang lecturer kat kolej Fa, ma.”

“Wah, baguslah. Bolehlah minta tolong Misha tengok-tengokkan Fa tu.”

“Tak payah kita minta pun dia dah buat, ma.” Tergelak aku dan mama. Misha, sangat baik dengan kami sekeluarga. Walaupun daripada golongan orang berada, dia langsung tidak kekok bergaul dengan golongan marhean macam kami.

“Ni nak cerita kat mama ni.” Aku tayang wajah serius. Mama juga sudah berhenti gelak. Mama diam menanti ceritaku.

“Misha bagitau yang Fa kena tangkap meniru masa test dia minggu lepas.”

Berubah riak wajah mama. Aku pasti, dia mesti kecewa.

“Mama dah tak tahu nak nasihatkan Fa macam mana lagi. Semua yang mama tak suka dia buat. Mama dah tak kenal anak mama sorang tu.” Lirih suara mama di pendengaranku. Tangan mama aku genggam lembut.

“Nanti Fish slow talk dengan dia. Mama jangan risau, ye.” Mama hanya mengangguk lemah.

Selama aku hidup, tidak pernah aku melihat mama memarahi Fariha. Apa yang dia nak, selalunya mama akan tunaikan. Berbeza dengan didikan mama kepadaku. Aku perlu berusaha untuk dapat apa yang aku nak. Jealous? Semestinya aku tidak cemburu dengan Fariha, adikku sendiri. Sehingga kini, aku dan mama masih tidak mengetahui punca perubahan Fariha.

“Oh ya, sebenarnya ada benda mama nak bagitau Fish.”

“Apa dia, ma?” Perhatian aku tumpukan semula kepada mama. Nampak serius bunyinya. Muka mama juga tidak kalah seriusnya.

“Fish ingat tak yang mama cerita fasal rumah sewa di Taiping tu?” Aku angguk. Terbayang di mataku rumah teres satu tingkat yang terletak di hujung jalan. Dulu semasa arwah papa masih hidup, pernahlah beberapa kali kami ke Taiping menjenguk rumah tersebut. Setahu aku, sejak arwah papa beli rumah tu, memang rumah itu terus disewakan.

“Kenapa dengan rumah tu, ma?”

“Penyewa sekarang nak beli rumah tu.”

“Oh… jadi, mama nak jual?” Mama geleng.

“Kalau tak nak jual, mama cakap jelah tak nak jual.”

“Sebenarnya, rumah tu bukan rumah mama. Bukan juga rumah arwah papa.”

“Habis tu rumah siapa?”

“Pak cik Salam.”

*

MASIH terngiang-ngiang permintaan mama semalam. Mama memintaku untuk mencari pak cik Salam. Seseorang yang aku langsung tidak pernah tahu kewujudannya selama ini. Malah itulah kali pertama nama tersebut meniti di bibir mama. Apa yang ada padaku sekarang cuma sekeping gambar lama. Gambar arwah papa dan lelaki yang mama gelar pak cik Salam.

”Cik Fish, ni ada bouquet untuk cik Fish.” Terangkat kepalaku ke arah Ayu. Jari yang sedari tadi setia di bibir aku turunkan. Sudah menjadi tabiatku menggigit kuku jika sedang gelisah atau sedih.

Sejak masuk ke café tadi, aku sengaja duduk bersendiri di meja paling hujung. Menikmati secawan Caramel Latte sambil berfikir mengenai Fariha dan pak cik Salam.

“Siapa bagi?”

“Tak pasti. Tapi ada kad ni. Cik Fish nak saya bacakan?” usikan Ayu aku balas dengan tawa kecil. Dia ni memang suka mengusikku. Ini bukan kali pertama aku mendapat kiriman sebegini.

“Saya rasa mungkin cik Fish patut buat satu sudut khas dalam café ni. Macam-macam jenis hadiah cik Fish dapat. Nanti senang peminat-peminat cik Fish hantar hadiah. Kitorang boleh letak je kat sudut hadiah.” Ayu masih galak mengusikku.

“Awak ni, Ayu. Saya bukan artis pun.”

“Bukan artis, tapi kalau tengok gaya hadiah-hadiah yang cik Fish dapat, boleh kalah artis-artis sendu.” Lagi-lagi aku tergelak mendengar kata-kata Ayu. Padanlah dia dengan jawatannya, pembantu pemasaran. Pandai beli jiwa.

Tapi, ada benarnya apa yang Ayu perkatakan. Hampir setiap hari akan ada hadiah yang dikirimkan kepadaku. Kalau hadiah berupa makanan, berkongsilah para pekerjaku makan. Syukur, ramai yang sudi berkongsi rezeki denganku.

Thank you…” Jambangan bunga baby breath berwarna pelangi aku ambil dari tangan Ayu. Ayu hanya mengangguk sambil berlalu dengan senyuman manisnya.

Laju sahaja tanganku mencapai kad ucapan yang terselit di sebalik jambangan bunga tersebut.

Rainbow… very colourful and so beautiful… just like you.’ – Haziq

Ada-ada sahaja Haziq ni. Kek hari jadi untuk ibu Haziq masih belum final lagi. Berbaki tiga minggu lagi hari jadi ibunya. Aku masih menunggu kunjungan kakak Haziq. Katanya kakaknya nak datang ke café untuk memilih kek. Tapi, sampai harini masih belum muncul.

“Wow, ada orang dapat baby breathlah!” Sampai dah Astro bergerak ni. Siapa lagi kalau bukan Zara. Kalau dia tahu siapa yang bagi bunga ni, kejap lagi semua pekerjaku juga akan tahu.

“Kau tak kerja ke harini? Pagi-pagi dah muncul kat sini?” Malas melayan Zara, bunga tadi aku letak ke atas meja.

Laju sahaja Zara duduk dan membelek kad yang aku letak di sebelah bunga tadi. Adeh, terlupa pula nak simpan elok-elok. Minah sorang ni bukan betul sangat.

“Ehem… ehem… Haziq? Sejak bila kau bercinta tak bagitau aku?” Hampir terjojol matanya melihatku dengan pakej kening terangkat ala Ziana Zain.

“Mana ada.”

“Mesti handsome kan? Dengar nama pun dah tau handsome.” Mata kujulingkan ke atas. Malas melayan Zara.

“Kau tak kerja ke?” Sekali lagi aku menyoalnya. Malas hendak berlawan mulut soal Haziq.

“Kau ni, macam tak biasa. Kerja aku kan jumpa orang. Jadi, pagi ni aku ajak bakal client aku datang sini. Dalam promote business aku, boleh promote café kau sekali.”

“Cakap jelah kau nak ambil kesempatan jumpa Zarif,” ujarku sambil menjelirkan lidah ke arahnya.

Two in one, apa salahnya.” Mengekek kami ketawa. Dengan Zara ni, siapa pun boleh masuk air. Ceria sahaja orangnya. Jaranglah nampak dia bersedih.

“Ha, macam mana prestasi kerja pakwe aku tu?” Tengok tu… Zara dan perasan memang berpisah tiada.

So far so good. Kalau kau nak tau…” Sengaja aku meleretkan kata-kataku. Kening ku angkat berkali-kali.

“Kau ni, cepatlah cakap. Kenapa dengan Zarif?” Sedikit menjerit Zara menyebut nama Zarif. Tergeleng juga aku sebentar dengan perangai Zara.

“Hurm... aku patut bagitau ke tak eh?” Sengaja aku buat gaya acah-acah berfikir. Dahi berkerut sambil jari telunjuk mengetuk dagu.

“Apa dia? Cepatlah cerita.” Muka bukan main ceria si Zara ni.

“Zarif tu mungkin suami orang.”

“What?!” Hampir pecah gegendang telingaku. Kelihatan beberapa orang pelanggan sudah meninjau-ninjau ke arah meja kami.

Sorry…” Zara mengangkat tangan sambil tersengih ke arah beberapa orang yang memandangnya.

“Kau ni kan… volume tu tak boleh control sikit ke? Buat malu je.”

“Spontan babe… Ha, masa dia isi borang kerja kat sini memang dia isi status dah berkahwin ke?” Serta merta muka Zara berubah riak. Hilang senyum gediknya.  

“Tak. Status dia bujang dalam borang.”

“Habis tu, kenapa kau kata dia suami orang.”

“Aku kata mungkin...”

Pap! Meja pula jadi mangsa tangan Zara sekarang.

“Ha, kau saja nak main-mainkan aku kan?” Bersinar-sinar muka Zara. Bahagia benar nampaknya dia bila dengar status bujang Zarif.

“Tapi, mana tau kalau dia tipu dalam borang?”

“Kenapa kau cakap macam tu?”

“Budak-budak kitchen yang buat kesimpulan tu. Sebabnya, setiap hari Zarif akan balik ke rumah dalam pukul tiga hingga lima. Jadi, ada yang kata dia ambil anak balik sekolah.”

“Aduh… pergilah panggil dia. Biar aku tanya. Tak naklah terlepas lagi jodoh aku kalini.” Zara sudah mengipas badannya dengan buku menu di atas meja. Panas agaknya bila dengar kemungkinan Zarif suami orang. Sekali lagi mata kujulingkan ke atas. Bosan melayan drama Zara.

Baik aku belek baby breath pemberian Haziq. Orang kata baby breath ni simbol untuk cinta sejati. Hurm…

Related chapters

  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 4

    AKU bangun seawal jam lima pagi. Sejak semalam aku sukar melelapkan mata. Bukan sebab gelisah atau susah hati, tapi sebab rasa teruja. Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran ku yang ke-27. Juga ulang tahun pertama SS Cafe.Sejak seminggu yang lalu pelbagai promosi yang kami lancarkan. Selain Happy Hour, turut diadakan peraduan swafoto di SS Cafe, pertandingan meneka berat kek dan pertandingan memberi nama puding terbaharu keluaran SS Cafe.Sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan hari ini merupakan hari kemuncak sambutan ulang tahun pertama cafeku. Hari ini, senarai pemenang akan diumumkan menerusi IG live yang akan dikendalikan oleh Ayu. Bertuah aku ada pekerja cekap seperti Ayu dan yang lain.Gambar yang terletak di atas meja solek aku capai. Ada arwah papa, mama, aku dan Fariha. One happy family. Gambar terakhir bersama arwah papa. Gambar semasa kami bercuti di Langkawi. Masa itu aku berumur

    Last Updated : 2021-09-18
  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 5

    AKU berdiri tegak menghadap almari pakaianku. Sedang berfikir nak pakai baju apa harini. Isnin, hari cuti cafeku. Seminggu sekali saja kami cuti. Sengaja aku pilih Isnin sebagai hari cuti sebab kononnya nak elakkan Monday blues. Blouse berwarna hitam aku capai dan acukan ke tubuhku. Erm... nampak suram pula pakai warna gelap ni. Okay, tukar merah jambu. Ha, barulah nampak ceria. Harini kena terlebih ceria sebab nak jumpa Zarif. Eh, bukan... nak belajar buat puding raja dengan Zarif. Hihihi. Banyak betul syarat Zarif sebelum dia setuju untuk membuka kelas mengajarku. Syarat pertama kena belajar semasa hari cuti. Aku dah bagitahu yang aku boss, jadi dia kena ikut arahanku. Tapi, dia balas hari kerja dia tak nak susahkan rakan-rakan yang terpaksa cover kerja dia. Bila difikirkan, betul juga. Nanti apa kata staff yang lain? Orang lain sibuk bekerja, aku dengan dia sibuk buka kelas buat puding raja. Lagipun itu bukanny

    Last Updated : 2021-09-22
  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 6

    WAJAH ceria mak cik Salmah aku perhatikan dengan penuh minat. Wanita seusia mama itu nampak tenang saja wajahnya. Kalau diperhatikan, wajah Zarif tidak banyak persamaan dengan ibunya. Lagi-lagi hidungnya. Mak cik Salmah berhidung jambu, hidung kebanyakkan orang Melayu, berbeza dengan Zarif yang berhidung mancung. Mungkin Zarif banyak ikut muka arwah ayahnya kot. Aku perhatikan pula Zafirah, adik Zarif yang duduk di hadapanku. Dia juga nampak tenang menyuap nasi ke dalam mulut. Mukanya menyerupai mak cik Salmah, cuma versi lebih muda. Manis orangnya. Zafirah mengangkat wajahnya dan mata kami saling berlaga. Aku senyum dan meneruskan suapanku. Zafirah juga membalas senyumanku. Sesekali dia mengerling Zarif yang duduk di sebelahku. Selepas insiden air panas terpercik di tanganku, aku diarahkan duduk sahaja sambil Zafirah menuam tanganku dengan kain tuala yang direndam dengan air sejuk. Takut benar Zarif tanganku akan berparut akibat kejadian tadi. Bagiku, perkara terseb

    Last Updated : 2021-09-24
  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 7

    MERIAH sungguh majlis sambutan ulang tahun kelahiran aunty Maria, mommy Haziq. Meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan jiran terdekat mereka. Ada dua buah khemah dipasang di halaman rumah. Hampir keseluruhan ruang tamu rumah semi-D itu hingga ke halaman rumah digunakan. Ada sebuah gazebo terbuka dengan alat-alat permainan seperti gelongsor dan jongkang -jongket di tepi rumah.Mommy dan daddy Haziq cikgu sekolah rupanya. Mommynya Guru Besar manakala daddynya pula Pengetua. Haziq ada empat orang adik beradik. Dia yang paling bongsu dan satu-satunya anak lelaki aunty Maria dan uncle Hairul. Ketiga-tiga kakak Haziq masing-masing sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Ada tujuh orang semuanya anak buah Haziq. Comel semuanya. Geram pula tengok dorang berpakaian sedondon berwarna merah jambu bagi yang perempuan dan biru muda bagi yang lelaki.Ahli keluarga Haziq agak besar juga jika hendak dibandingka

    Last Updated : 2021-09-27
  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 8

    SUDAH seminggu Fariha melancarkan perang dingin kepadaku dan mama. Sudah seminggu juga Fariha tidur di rumah sahabat baiknya, Suzi. Panggilan telefon daripadaku dan mama langsung tidak diendahkan olehnya. Dahsyat sungguh salah faham Fariha lantaran perbualanku dengan mama di dapur tempoh hari.Tangan kananku menatal telefon bimbit sambil kepala direbahkan di atas lengan kiri, di atas meja. Sakit kepala menyerang lagi. Aku baru sahaja meneliti semula laporan kewangan café. Aliran tunai café menyesakkan dadaku. Kenapa banyak sangat duit yang keluar bulan lepas? Duit masuk pula nampak menyusut berbanding bulan-bulan sebelum ini. Padahal rasanya bilangan pelanggan yang datang semakin bertambah.Dalam tempoh seminggu ini juga aku mengelak daripada Haziq. Malas mahu melayan lelaki bermulut manis itu. bukan aku bencikan dia, cuma aku tak selesa bila dia terang-terangan mahu memikatku sedangkan adikku sendiri meyukai dia. Sudah banyak kali Haziq datang k

    Last Updated : 2021-09-29
  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 9

    AKU menolong Zarif mengemas perkakas yang digunakan untuk meniaga sebentar tadi. Rupanya sahabat Zarif, pemilik stall burger ni adalah kawan yang sama menjadi pemandu grab yang dia tempah untuk menjemput dan menghantarku pulang tempoh hari. Hari di mana Zarif memberi ‘hadiah hari jadi’ buatku. Patutlah dia mesra semacam dengan driver grab. Sudah jam 12 tengah malam. Inilah kali pertama aku berada di luar rumah sebegini lewat. Walaupun sudah hampir pagi, namun aku masih rasa segar. Mungkin kerana terhibur dengan telatah dan kerenah pembeli burger Zarif sepanjang malam ini. Selain daripada Minah dan kawannya si baju merah jambu, ada lagi gadis-gadis remaja yang datang ke stall burger Zarif dan membuat pesanan yang lebih kurang seperti Minah. Malah ada yang datang seolah-olah ingin menegur dan bersembang dengan Zarif. Tapi, Zarif tetap dengan muka datarnya. Yang datang bersembang pun dilayan acuh tak acuh. Ti

    Last Updated : 2021-10-01
  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 10

    “FISH balik jam berapa semalam?” Serius muka mama memandangku.Selepas Subuh tadi aku tertidur. Sekarang, dah jam 10 pagi baru aku turun bersarapan. Fariha pula mama kata sudah keluar seawal jam 9 pagi. Keluar dengan siapa lagi kalau bukan Haziq.Aku kadang rasa pelik dengan Haziq. Dia meluahkan perasaan kepadaku, tapi dalam masa yang sama dia melayan Fariha. Apa motif dia sebenarnya?“Dua pagi macam tu.” Mama menggeleng mendengar jawapanku.“Fish tau tak bahaya Fish kat luar time macam tu? Sejak bila Fish jadi kutu rayau ni?” Kali pertama aku mendengar mama meninggikan nada suaranya kepadaku.Rasa tersekat mi goreng di tekakku. Cepat-cepat aku hirup air teh yang baru sahaja aku bancuh tadi.“Ma, Fish kan dah bagitau mama yang Fish teman Zarif je. Kami-”“Tengok tu. Mama dah cakap dah. Jangan bergaul dengan budak tu. Kenapa susah sangat Fish nak dengar cakap mama?

    Last Updated : 2021-10-06
  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 11

    AKU kini duduk berhadapan dengan Zarif. Selepas sesi soal jawab Zarif, Sha dan mak cik Salmah tadi, Zarif bawa aku ke kantin hospital. Soalan aku tentang siapa Puteri tiada siapa yang sudi jawab. Malu juga bila aku diabaikan saja oleh mereka bertiga tadi.Mak cik Salmah ditinggalkan bersama Sha. Zarif kata lepas teman aku, nanti dia naik balik jaga mak cik Salmah. Siang sahaja dia dibenarkan jaga mak cik Salmah sebab lelaki tak dibenarkan jaga pesakit wanita waktu malam. Jadi, kalau malam biasa Sha yang akan temankan mak cik Salmah.“Cik Fish nak minum atau makan apa-apa tak?” Zarif bertanya seraya matanya meliar ke arah kaunter yang menjual air tidak jauh dari meja kami.“Saya nak fresh orange.”“Okay, sekejap.”Aku perhatikan saja gerak geri Zarif. Kenapa hati aku rasa berdebar-debar bila duduk berdua dengan dia? Bila tengok dia dengan Sha tadi, aku rasa cemburu pula. Apa aku sudah terjangkit

    Last Updated : 2021-10-09

Latest chapter

  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 15

    AKU sangkakan kes Datin Aida selesai sebaik sahaja aku selesaikan tempahannya dan meminta maaf bagi pihak café. Namun, rupa-rupanya itulah permulaan kepada semua kekacauan dalam hidupku.Seawal pagi Isnin aku dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang wartawan di depan pagar rumah. Terbantut langkahku yang mahu keluar bersama Haziq. Cepat-cepat aku masuk semula ke dalam rumah dan menghubungi Haziq. Mama memang ada memaklumkan kepadaku tentang perihal wartawan yang datang berkunjung sejak malam tadi lagi.“Are you okay?” soal Haziq sebaik sahaja dia menjawab salamku.“Entah…” Jujurnya, itulah apa yang aku rasakan. Pelbagai perasaan datang serentak. Cemas, risau, takut, malu dan pelbagai lagi perasaan negatif sedang bersarang dalam diriku.“You rehat dulu harini. Esok I datang ambil you kat rumah.”“Eh… tak apa. I boleh pergi caf&e

  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 14

    MERIAH sungguh majlis persandingan Misha dengan Farel yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di pusat bandar Kuala Lumpur. Almaklumlah, pasangan pengantin masing-masing berasal daripada keluarga berada. Tidak hairanlah semuanya nampak mewah. Seronok aku perhatikan Misha dan Farel yang tersenyum lebar sepanjang majlis. Nampak kedua-duanya bahagia dengan perkahwinan yang pada asalnya diatur oleh orang tua mereka. Aku doakan semoga Misha dan Farel bahagia hingga syurga. Zara juga tidak kalah lebar senyumannya. Seronok benar dia menjadi pengapit Misha. Tapi, apa yang buat dia lebih gembira sudah semestinya pasangan pengapitnya yang sama kacak dengan si pengantin. Siapa lagi kalau bukan Zarif. Silap pandang dah macam Zarif pula pengantinnya. Harapnya Misha tidak menyesal memaksa Zarif memakai sut serba hitam itu. Kali pertama aku nampak Zarif dalam persalinan sut hitam. Lain benar auranya saat ini. Agaknya kalau Zarif anak orang kaya, sudah pasti dia salah

  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 13

    LANGKAWI, pulau bersejarah. Akhirnya di sinilah aku, mama dan Fariha bersama Haziq, aunty Maria dan uncle Hairul. Bercuti di Langkawi selama tiga hari dua malam. Kebetulan cuti sekolah, maka ibu dan ayah Haziq pun ikut sekali. Usah ditanya macam mana gembiranya Fariha bila mama ajak dia bercuti di Langkawi. Hubungan aku dengan Fariha juga semakin membaik. Baik dengan erti kata dah boleh bercakap walaupun masih tak semesra dulu. Mungkin benar apa Haziq cakap. Fariha dah boleh terima kenyataan yang Haziq hanya anggap dia macam adik sahaja. Melihat wajah gembira mama dan Fariha sudah cukup membuatku bahagia. Urusan café aku serahkan dulu kepada Solehin. Aku yakin aku boleh percayakan Solehin. Lagipula Zara dah menawarkan diri untuk tolong tengok-tengokkan café sepanjang aku ke Langkawi. Aku tahu sangat dah niat dia tu. Mesti nak jumpa Zarif. Tapi, tak apalah. Janji ada yang tolong tengok-tengokkan café sepanjang ketiadaanku,

  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 12

    “THANK you kak… bawa Ira makan kat sini.” Wajah teruja Zafirah membuatkan aku ketawa kecil. Happy benar dia.“Tapi, kenapa tiba-tiba akak bawa saya makan kat tempat mahal macam ni?” soal Zafirah setelah hampir setengah jam kami menjamu selera di restoran berputar Menara Kuala Lumpur.Hampir semua makanan kami dah rasa. Aku pun banyak juga ambil gamba Zafirah berlatar belakangkan pemandangan bandar Kuala Lumpur. Sekejap meja kami nampak KLCC, sekejap nampak bangunan lain. Betul-betul berputar rasanya.Ya, makan malam yang telah ditempah oleh Zara kononnya untuk aku memujuk si buah hati. Mana mungkin aku bawa Zarif datang makan ke sini. Boleh menimbulkan salah faham lelaki itu kepadaku. Lebih-lebih lagi selepas aku menuduhnya yang bukan-bukan.“Saja. Sebagai tanda terima kasih sebab dah tolong Puteri,” balasku dengan senyuman.“Akak ni kelakarlah. Patutnya Ira yang berterima kasih dek

  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 11

    AKU kini duduk berhadapan dengan Zarif. Selepas sesi soal jawab Zarif, Sha dan mak cik Salmah tadi, Zarif bawa aku ke kantin hospital. Soalan aku tentang siapa Puteri tiada siapa yang sudi jawab. Malu juga bila aku diabaikan saja oleh mereka bertiga tadi.Mak cik Salmah ditinggalkan bersama Sha. Zarif kata lepas teman aku, nanti dia naik balik jaga mak cik Salmah. Siang sahaja dia dibenarkan jaga mak cik Salmah sebab lelaki tak dibenarkan jaga pesakit wanita waktu malam. Jadi, kalau malam biasa Sha yang akan temankan mak cik Salmah.“Cik Fish nak minum atau makan apa-apa tak?” Zarif bertanya seraya matanya meliar ke arah kaunter yang menjual air tidak jauh dari meja kami.“Saya nak fresh orange.”“Okay, sekejap.”Aku perhatikan saja gerak geri Zarif. Kenapa hati aku rasa berdebar-debar bila duduk berdua dengan dia? Bila tengok dia dengan Sha tadi, aku rasa cemburu pula. Apa aku sudah terjangkit

  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 10

    “FISH balik jam berapa semalam?” Serius muka mama memandangku.Selepas Subuh tadi aku tertidur. Sekarang, dah jam 10 pagi baru aku turun bersarapan. Fariha pula mama kata sudah keluar seawal jam 9 pagi. Keluar dengan siapa lagi kalau bukan Haziq.Aku kadang rasa pelik dengan Haziq. Dia meluahkan perasaan kepadaku, tapi dalam masa yang sama dia melayan Fariha. Apa motif dia sebenarnya?“Dua pagi macam tu.” Mama menggeleng mendengar jawapanku.“Fish tau tak bahaya Fish kat luar time macam tu? Sejak bila Fish jadi kutu rayau ni?” Kali pertama aku mendengar mama meninggikan nada suaranya kepadaku.Rasa tersekat mi goreng di tekakku. Cepat-cepat aku hirup air teh yang baru sahaja aku bancuh tadi.“Ma, Fish kan dah bagitau mama yang Fish teman Zarif je. Kami-”“Tengok tu. Mama dah cakap dah. Jangan bergaul dengan budak tu. Kenapa susah sangat Fish nak dengar cakap mama?

  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 9

    AKU menolong Zarif mengemas perkakas yang digunakan untuk meniaga sebentar tadi. Rupanya sahabat Zarif, pemilik stall burger ni adalah kawan yang sama menjadi pemandu grab yang dia tempah untuk menjemput dan menghantarku pulang tempoh hari. Hari di mana Zarif memberi ‘hadiah hari jadi’ buatku. Patutlah dia mesra semacam dengan driver grab. Sudah jam 12 tengah malam. Inilah kali pertama aku berada di luar rumah sebegini lewat. Walaupun sudah hampir pagi, namun aku masih rasa segar. Mungkin kerana terhibur dengan telatah dan kerenah pembeli burger Zarif sepanjang malam ini. Selain daripada Minah dan kawannya si baju merah jambu, ada lagi gadis-gadis remaja yang datang ke stall burger Zarif dan membuat pesanan yang lebih kurang seperti Minah. Malah ada yang datang seolah-olah ingin menegur dan bersembang dengan Zarif. Tapi, Zarif tetap dengan muka datarnya. Yang datang bersembang pun dilayan acuh tak acuh. Ti

  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 8

    SUDAH seminggu Fariha melancarkan perang dingin kepadaku dan mama. Sudah seminggu juga Fariha tidur di rumah sahabat baiknya, Suzi. Panggilan telefon daripadaku dan mama langsung tidak diendahkan olehnya. Dahsyat sungguh salah faham Fariha lantaran perbualanku dengan mama di dapur tempoh hari.Tangan kananku menatal telefon bimbit sambil kepala direbahkan di atas lengan kiri, di atas meja. Sakit kepala menyerang lagi. Aku baru sahaja meneliti semula laporan kewangan café. Aliran tunai café menyesakkan dadaku. Kenapa banyak sangat duit yang keluar bulan lepas? Duit masuk pula nampak menyusut berbanding bulan-bulan sebelum ini. Padahal rasanya bilangan pelanggan yang datang semakin bertambah.Dalam tempoh seminggu ini juga aku mengelak daripada Haziq. Malas mahu melayan lelaki bermulut manis itu. bukan aku bencikan dia, cuma aku tak selesa bila dia terang-terangan mahu memikatku sedangkan adikku sendiri meyukai dia. Sudah banyak kali Haziq datang k

  • Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)   Bab 7

    MERIAH sungguh majlis sambutan ulang tahun kelahiran aunty Maria, mommy Haziq. Meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan jiran terdekat mereka. Ada dua buah khemah dipasang di halaman rumah. Hampir keseluruhan ruang tamu rumah semi-D itu hingga ke halaman rumah digunakan. Ada sebuah gazebo terbuka dengan alat-alat permainan seperti gelongsor dan jongkang -jongket di tepi rumah.Mommy dan daddy Haziq cikgu sekolah rupanya. Mommynya Guru Besar manakala daddynya pula Pengetua. Haziq ada empat orang adik beradik. Dia yang paling bongsu dan satu-satunya anak lelaki aunty Maria dan uncle Hairul. Ketiga-tiga kakak Haziq masing-masing sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Ada tujuh orang semuanya anak buah Haziq. Comel semuanya. Geram pula tengok dorang berpakaian sedondon berwarna merah jambu bagi yang perempuan dan biru muda bagi yang lelaki.Ahli keluarga Haziq agak besar juga jika hendak dibandingka

DMCA.com Protection Status