author-banner
Miss Noi
Miss Noi
Author

Novels by Miss Noi

Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)

Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)

10
Dibesarkan oleh ibu tunggal membuatkan Falisha membesar menjadi seorang gadis yang kuat dan bertanggungjawab. Fokusnya cuma satu, iaitu membahagiakan ibu dan adiknya, Fariha. Untuk itu, dia bekerja keras demi masa depan mereka sekeluarga. Soal jodoh, biarlah masa yang menentukan. Perkenalan dengan Haziq dan Zarif membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan Falisha. Dia mula belajar menerima seorang lelaki dalam hidupnya. Namun, kerana sebuah rahsia, dia melamar Zarif untuk menjadi suaminya. Keputusan Falisha membuatkan Haziq kecewa. Saat bahagia mula dirasa, rahsia yang selama ini ditutup rapi terungkai jua. Menghancurkan hati yang baru mula belajar mencinta. "You janji nak bagi peluang untuk I, untuk kita. Tapi, kenapa you mungkir janji?"-Haziq "Sorry... let me explain."-Falisha "Aku tak perlukan penjelasan daripada penipu macam kau."-Zarif Apakah rahsia yang Falisha simpan sebenarnya? Abandoned promise, apakah benar janji tinggal janji? Atau ia cuma sebuah akad yang tertangguh?
Read
Chapter: Bab 15
AKU sangkakan kes Datin Aida selesai sebaik sahaja aku selesaikan tempahannya dan meminta maaf bagi pihak café. Namun, rupa-rupanya itulah permulaan kepada semua kekacauan dalam hidupku.Seawal pagi Isnin aku dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang wartawan di depan pagar rumah. Terbantut langkahku yang mahu keluar bersama Haziq. Cepat-cepat aku masuk semula ke dalam rumah dan menghubungi Haziq. Mama memang ada memaklumkan kepadaku tentang perihal wartawan yang datang berkunjung sejak malam tadi lagi.“Are you okay?” soal Haziq sebaik sahaja dia menjawab salamku.“Entah…” Jujurnya, itulah apa yang aku rasakan. Pelbagai perasaan datang serentak. Cemas, risau, takut, malu dan pelbagai lagi perasaan negatif sedang bersarang dalam diriku.“You rehat dulu harini. Esok I datang ambil you kat rumah.”“Eh… tak apa. I boleh pergi caf&e
Last Updated: 2021-10-20
Chapter: Bab 14
MERIAH sungguh majlis persandingan Misha dengan Farel yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di pusat bandar Kuala Lumpur. Almaklumlah, pasangan pengantin masing-masing berasal daripada keluarga berada. Tidak hairanlah semuanya nampak mewah. Seronok aku perhatikan Misha dan Farel yang tersenyum lebar sepanjang majlis. Nampak kedua-duanya bahagia dengan perkahwinan yang pada asalnya diatur oleh orang tua mereka. Aku doakan semoga Misha dan Farel bahagia hingga syurga. Zara juga tidak kalah lebar senyumannya. Seronok benar dia menjadi pengapit Misha. Tapi, apa yang buat dia lebih gembira sudah semestinya pasangan pengapitnya yang sama kacak dengan si pengantin. Siapa lagi kalau bukan Zarif. Silap pandang dah macam Zarif pula pengantinnya. Harapnya Misha tidak menyesal memaksa Zarif memakai sut serba hitam itu. Kali pertama aku nampak Zarif dalam persalinan sut hitam. Lain benar auranya saat ini. Agaknya kalau Zarif anak orang kaya, sudah pasti dia salah
Last Updated: 2021-10-19
Chapter: Bab 13
LANGKAWI, pulau bersejarah. Akhirnya di sinilah aku, mama dan Fariha bersama Haziq, aunty Maria dan uncle Hairul. Bercuti di Langkawi selama tiga hari dua malam. Kebetulan cuti sekolah, maka ibu dan ayah Haziq pun ikut sekali. Usah ditanya macam mana gembiranya Fariha bila mama ajak dia bercuti di Langkawi. Hubungan aku dengan Fariha juga semakin membaik. Baik dengan erti kata dah boleh bercakap walaupun masih tak semesra dulu. Mungkin benar apa Haziq cakap. Fariha dah boleh terima kenyataan yang Haziq hanya anggap dia macam adik sahaja. Melihat wajah gembira mama dan Fariha sudah cukup membuatku bahagia. Urusan café aku serahkan dulu kepada Solehin. Aku yakin aku boleh percayakan Solehin. Lagipula Zara dah menawarkan diri untuk tolong tengok-tengokkan café sepanjang aku ke Langkawi. Aku tahu sangat dah niat dia tu. Mesti nak jumpa Zarif. Tapi, tak apalah. Janji ada yang tolong tengok-tengokkan café sepanjang ketiadaanku,
Last Updated: 2021-10-13
Chapter: Bab 12
“THANK you kak… bawa Ira makan kat sini.” Wajah teruja Zafirah membuatkan aku ketawa kecil. Happy benar dia.“Tapi, kenapa tiba-tiba akak bawa saya makan kat tempat mahal macam ni?” soal Zafirah setelah hampir setengah jam kami menjamu selera di restoran berputar Menara Kuala Lumpur.Hampir semua makanan kami dah rasa. Aku pun banyak juga ambil gamba Zafirah berlatar belakangkan pemandangan bandar Kuala Lumpur. Sekejap meja kami nampak KLCC, sekejap nampak bangunan lain. Betul-betul berputar rasanya.Ya, makan malam yang telah ditempah oleh Zara kononnya untuk aku memujuk si buah hati. Mana mungkin aku bawa Zarif datang makan ke sini. Boleh menimbulkan salah faham lelaki itu kepadaku. Lebih-lebih lagi selepas aku menuduhnya yang bukan-bukan.“Saja. Sebagai tanda terima kasih sebab dah tolong Puteri,” balasku dengan senyuman.“Akak ni kelakarlah. Patutnya Ira yang berterima kasih dek
Last Updated: 2021-10-10
Chapter: Bab 11
AKU kini duduk berhadapan dengan Zarif. Selepas sesi soal jawab Zarif, Sha dan mak cik Salmah tadi, Zarif bawa aku ke kantin hospital. Soalan aku tentang siapa Puteri tiada siapa yang sudi jawab. Malu juga bila aku diabaikan saja oleh mereka bertiga tadi.Mak cik Salmah ditinggalkan bersama Sha. Zarif kata lepas teman aku, nanti dia naik balik jaga mak cik Salmah. Siang sahaja dia dibenarkan jaga mak cik Salmah sebab lelaki tak dibenarkan jaga pesakit wanita waktu malam. Jadi, kalau malam biasa Sha yang akan temankan mak cik Salmah.“Cik Fish nak minum atau makan apa-apa tak?” Zarif bertanya seraya matanya meliar ke arah kaunter yang menjual air tidak jauh dari meja kami.“Saya nak fresh orange.”“Okay, sekejap.”Aku perhatikan saja gerak geri Zarif. Kenapa hati aku rasa berdebar-debar bila duduk berdua dengan dia? Bila tengok dia dengan Sha tadi, aku rasa cemburu pula. Apa aku sudah terjangkit
Last Updated: 2021-10-09
Chapter: Bab 10
“FISH balik jam berapa semalam?” Serius muka mama memandangku.Selepas Subuh tadi aku tertidur. Sekarang, dah jam 10 pagi baru aku turun bersarapan. Fariha pula mama kata sudah keluar seawal jam 9 pagi. Keluar dengan siapa lagi kalau bukan Haziq.Aku kadang rasa pelik dengan Haziq. Dia meluahkan perasaan kepadaku, tapi dalam masa yang sama dia melayan Fariha. Apa motif dia sebenarnya?“Dua pagi macam tu.” Mama menggeleng mendengar jawapanku.“Fish tau tak bahaya Fish kat luar time macam tu? Sejak bila Fish jadi kutu rayau ni?” Kali pertama aku mendengar mama meninggikan nada suaranya kepadaku.Rasa tersekat mi goreng di tekakku. Cepat-cepat aku hirup air teh yang baru sahaja aku bancuh tadi.“Ma, Fish kan dah bagitau mama yang Fish teman Zarif je. Kami-”“Tengok tu. Mama dah cakap dah. Jangan bergaul dengan budak tu. Kenapa susah sangat Fish nak dengar cakap mama?
Last Updated: 2021-10-06
You may also like
DMCA.com Protection Status