Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]
Dia terperangkap dalam situasi yang mendebarkan. Hidupnya musnah dalam sekelip mata sahaja. Dia lari membawa hati yang lara.
Masih layakkah aku untuk bersujud menghadap Illahi? Adakah doaku akan diterima lagi. Dia menyesal dengan semua perbuatannya. Dirinya sentiasa dihantui dengan kesilapan silam yang telah dibuatnya.
"Kalau awak nak belajar ilmu agama dengan lebih dalam, datanglah rumah saya. Mungkin mak saya boleh mengajar sedikit sebanyak." - Mohd Zaquan
"Alisa! Kau ikut aku balik!" - Adam Haris
Ya, aku Alisa. Hidup aku boleh dikatakan berada di dalam genggaman lelaki yang bernama Adam Haris. Dia tidak mahu semua itu. Dia benci dengan apa yang lelaki itu telah buat kepadanya.
Dia nekad untuk bersembunyi dari Adam. Tetapi lain pula yang terjadi. Hatinya bergetar setiap kali terdengar suara alunan ayat-ayat suci al-Quran di dalam masjid. Hatinya tertanya-tanya, siapakah pemilik suara itu?
"Alisa, aku tahu itu anak aku. Tolong jangan lari lagi."
"Jodoh itu ketentuan Illahi. Semua makhluk di muka bumi ini dicipta berpasang-pasangan. Sama seperti kisan nabi Adam dan juga Hawa. Walau apa rintangan yang mendatang, mereka tetap akan bersatu. Kerana itu telah tertulis di luh mahfuz. Tapi, andai ada jodoh antara kita, sudikah awak untuk jadi teman sehidup dan semati saya."
102.2K DibacaOngoing