Eleftheria (BAHASA MELAYU)
Cinta pertama,
Selalu dikatakan cinta pertama adalah cinta yang terus melekat di hati.
Sukar sekali hati ini melupakan orang pertama yang membuat hati berdetak laju dan nafas bagai tersekat di dada.
Bagaimana pula dengan cinta yang menghadirkan kelukaan di hati seseorang seperti Shayra? Cinta yang memaksanya menukar nama dan identiti. Dari Shayra ke Qistina.
Tatkala hati sudah nekad mahu hidup tanpa cinta, hadir duda anak satu Eijaz yang mengajar Shayra cinta juga satu kebahagiaan.
"Awak tak akan boleh terima saya sekiranya masa lalu saya terbuka di hadapan awak." - Qistina.
"Masa lalu saya juga penuh kegelapan, Qis. Apa kata kita cuba bawa cahaya kembali ke dalam kehidupan kita?"-Eijaz
Cinta mula bersemai di hati ketika dia mendapat berita ayahnya meninggal di dalam satu kebakaran. Kembali ke tempat yang membuat hatinya terluka membuka lembaran yang menakutkan buat Shayra.
"Tik tok, tik tok. Hanya aku saksi pembunuhan yang kau lakukan. Hari ini ayahmu, esok siapa yang tahu?"
Nota misteri itu mula menjadi mimpi ngeri buat Qistina. Dia mula mempersoalkan kebakaran yang akhirnya membunuh ayahnya.
Mampukah dia mempertahan cintanya ketika nyawa orang yang dia sayangi terancam? Siapa pula yang berdendam sehingga tidak mampu melihat senyum di wajah Qistina.
NOTE
1. COVER DARI PEXELS (FREE)
2. ELEFTHERIA berasal dari perkataan Greek membawa maksud Freedom (kebebasan)
106.0K DibacaOngoing