MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)
“Jika aku salah kerana ada rasa ini padamu, maka salahlah semua apa yang ada di kehidupanku. Jika aku benar melunaskan rasa peduli pada Anak kecil ini hingga tumbuh dewasa, maka benarlah tanggungjawab yang kulakukan sejak dulu.” SUKRI
Perjuangan Sukri dan Tini dalam membesarkan Natasha, anak Tina yang telah meninggal dunia menuntut banyak pengorbanan. Hingga satu masa, Tini sendiri merasa lelah untuk terus berjuang. Dia merasa kalah dengan himpitan kasih sayang silam.
Begitu juga Sukri, berasa ingin mengundur diri saat keikhlasan dia tidak dihargai.
“Tini dah tak sanggup lagi. Tasha bayangkan Kak Tina jadi mama dia. Tini terlupa yang Tini ini cuma pengasuhnya. Tini sudah kalah...” TINI
Semuanya jadi berantakan setelah Natasha meningkat dewasa. Dia mempersoalkan semuanya. Bagi Natasha, dia berhak untuk memiliki ibu dan bapa seperti orang lain. Namun kenyataan Sukri dan Tini bukan ibu bapa kandungnya buat dia memberontak dan kecewa.
“Kenapa mama dengan ayah nak marah? Tasha berhak tahu siapa ayah Tasha yang sebenar. Tasha tak kira, Tasha nak tahu semuanya...” NATASHA.
Akhirnya, sebuah rahsia telah mengungkapkan segalanya. Namun segalanya menyesak dada. Kenyataan tak seindah impian. Hati Natasha dirobek dengan kenyataan yang ayah kandungnya adalah pemilik penghuni penjara. Dia malu dan merasa terhina.
Sukri dan Tini pasrah dengan kenyataan. Sebuah dendam lama adalah titik dari segala yang Natasha lalui sekarang.
Apakah Sukri dan Tini mampu bertahan, membesarkan Natasha yang sudah hilang semangat untuk meneruskan hidupnya?
103.2K viewsOngoing