AKU kini duduk berhadapan dengan Zarif. Selepas sesi soal jawab Zarif, Sha dan mak cik Salmah tadi, Zarif bawa aku ke kantin hospital. Soalan aku tentang siapa Puteri tiada siapa yang sudi jawab. Malu juga bila aku diabaikan saja oleh mereka bertiga tadi.Mak cik Salmah ditinggalkan bersama Sha. Zarif kata lepas teman aku, nanti dia naik balik jaga mak cik Salmah. Siang sahaja dia dibenarkan jaga mak cik Salmah sebab lelaki tak dibenarkan jaga pesakit wanita waktu malam. Jadi, kalau malam biasa Sha yang akan temankan mak cik Salmah.“Cik Fish nak minum atau makan apa-apa tak?” Zarif bertanya seraya matanya meliar ke arah kaunter yang menjual air tidak jauh dari meja kami.“Saya nak fresh orange.”“Okay, sekejap.”Aku perhatikan saja gerak geri Zarif. Kenapa hati aku rasa berdebar-debar bila duduk berdua dengan dia? Bila tengok dia dengan Sha tadi, aku rasa cemburu pula. Apa aku sudah terjangkit
Last Updated : 2021-10-09 Read more