Sungai yang mengalir tenang di hadapan mata sedikit sebanyak telah menenangkan otak yang sedang berserabut memikirkan hal duniawi. Memang kalau makin difikirkan, makin berserabut kepala jadinya. Tangan pula sibuk mengkuis-kuis rumput hijau yang renek. Air mata ditahan sebaik mungkin agar tidak gugur dalam menghadapi medan genting ini. Entah mengapa semakin ditahan, makin galak pula mutiara jernih itu mahu jatuh menyembah bumi.Batu-batuan yang ada berhampiran dicapai dan dilempar satu persatu ke dalam sungai. Dibalingnya sekuat hati bagai mahu melepaskan semua rasa sesak yang terbuku di dada.Keluhan nafas dihela panjang. Berat untuk diluah dengan kata-kata akan masalahnya itu. Dia, Nur Alisa, gadis yang terlampau mengejar harta dunia hinggakan dia membutakan mata mengenai ilmu akhirat. Memang benar apa yang dikatakan oleh ustazahnya dahulu apabila kita terlampau cintakan dunia sampaikan sa
Read more