Share

Bab 1

Author: Misz_s
last update Last Updated: 2021-08-02 17:05:36

Bunyi lagu yang membingitkan di dalam kelab malam itu membuatkan sedikit sebanyak kepala Alisa menjadi pusing. Walaupun kepalanya pening saat ini, hatinya boleh dikatakan cukup gembira apabila dapat melampiaskan segala kekusutan yang ada di dalam kepalanya itu. Sesekali badannya digoyang mengikuti rentak lagu yang dimainkan oleh DJ di dalam kelab malam itu.

"Hai, cantik." tegur satu suara yang kini sudah pun duduk di hadapan Alisa. Alisa mula membuat muka menyampahnya. Tidak habis-habis dengan lelaki gatal yang menghampiri dirinya. Pantang nampak perempuan seksi sedikit pasti nak cuba mengayat.

"Sombong..." komen lelaki itu. Tajam mata Alisa memandang wajah lelaki itu. Dia tidak berpuas hati.

"Kau nak apa?" soal Alisa dingin. Air kencing syaitan yang ada di dalam gelas diteguknya dengan sekali tegukan. Dia kemudian menghentak kuat gelas tersebut di atas meja. Berkerut wajahnya apabila mahu menelan minuman tersebut.

Lelaki tersebut hanya tersenyum sinis.

"Bos, dua gelas lagi." kata lelaki tersebut kepada pelayan bar di situ.

Alisa berura-ura mahu bangun. Dia mahu balik segera. Entah kenapa sejak lelaki itu datang menghampirinya, mood dia sudah hilang entah ke mana. Kepalanya kembali menjadi berserabut.

Badan terasa seakan melayang. Dia mahu jatuh. Lekas hujung meja dipegangnya. Alisa terasa bahunya seakan dipegang. Terus kepalanya dipusing memandang ke arah belakang untuk melihat siapa gerangan yang menyambutnya sebentar tadi.

Menjeling mata Alisa apabila mengetahui lelaki sebentar tadi yang memegang bahunya. Tubuh lelaki itu ditolaknya kasar. Lantas lelaki itu memegang erat pergelangan tangan Alisa. Berpusing badan Alisa menghadap wajah lelaki tersebut.

"Kau nak pergi mana?" soal lelaki itu dengan nada yang tidak puas hati.

"Aku nak pergi mana sekalipun, itu bukan urusan kau. Mind of your own business!" pekik Alisa.

Berang lelaki itu dibuatnya. Dia kemudian memandang ke arah sekelilingnya. Semua mata kini sudah menumpu ke arah mereka.

"Lepaslah!" jerit Alisa sekaligus dia merentap tangannya kasar dari terus dipegang oleh lelaki gatal tersebut. Jijik! Dia terus berlalu dari situ. Bengang betul dia dengan apa yang terjadi pada malam itu.

Kereta yang terletak di hujung lorong ditujunya. Kadang-kadang terlihat tangannya memegang dinding bangunan untuk mengawal keseimbangan badannya. Berpinar matanya saat ini. Dia berhenti sebentar sebelum langkahnya diteruskan.

Pintu kereta dibuka dan dia melabuhkan punggungnya di atas tempat duduk pemandu. Badan disandarkan pada kerusi kereta. Dia perlu menenangkan dirinya terlebih dahulu. Matanya dipejam sebentar.

Klak!

Tersentak Alisa. Lekas kepala dipusing memandang ke sebelah. Makin menyirap dia dibuatnya. Lelaki yang tadi mengganggunya di dalam kelab kini sudah berada di dalam kereta bersamanya.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Alisa bengang.

Lelaki tadi terus menerpa ke arah Alisa. Leher Alisa dicekiknya. Dia kemudian beralih tempat dan duduk di atas riba gadis itu.

Alisa sudah mula gelisah. Matanya dipejam rapat. Nafasnya rasa tersekat.

"Kau dah malukan aku dekat dalam tadikan..."

"Le...lepaslah! Kau dah gila ke?" jerit Alisa. Dia termengah-mengah. Tergapai-gapai dia mahu mencuri nafas. Tangan lelaki itu dipukul agar melepaskan lehernya.

Klak!

Pintu kereta dibuka dengan luas. Lelaki tersebut terus memperlahankan cengkamannya. Kepala kemudian dipaling memandang siapa gerangan yang membuka pintu kereta tersebut.

Terteleng wajah lelaki itu apabila satu tumbukan kuat singgah di mukanya. Kemudian tubuh lelaki tersebut ditarik agar keluar dari kereta.

Alisa memejam matanya, lega. Tercungap-cungap dia dibuatnya. Dadanya turun dan naik menunjukkan yang nafasnya tidak teratur.

Setelah itu, matanya menoleh ke arah lelaki tadi yang sudah lunyai dibelasah oleh seorang lagi lelaki misteri. Kepala yang ditutup oleh hoodie yang dipakainya lagi membuatkan Alisa tertanya-tanya siapa gerangan lelaki tersebut.

Kaki diangkat tinggi dan terus dia memijak perut lelaki yang tadinya mencekik leher Alisa. Kemudian dia meludah tepat di wajah lelaki tersebut. Puas hatinya.

Langkah kaki dibawa pula menuju ke arah Alisa yang masih lagi berada di dalam kereta. Alisa yang terperasan akannya terus menutup pintu kereta. Enjin kereta lekas dihidupkannya. Seram sejuk dia rasakan saat ini.

Tidak sempat untuk dia berbuat apa-apa, pintu kereta dibuka dari luar. Terpacul wajah lelaki tadi. Mata mereka bertentangan sebentar. Alisa gerun.

Terus tubuh genit gadis itu digendongnya keluar dari kereta. Alisa terkejut. Dia terpinga-pinga. Badannya meronta-ronta agar dilepaskan.

"Lepaslah! Tolong!" jerit Alisa. Tetapi raungannya tidak dipeduli. Dada bidang lelaki tersebut ditumbuknya kasar. Malah ianya tidak memberi sebarang impak buat lelaki tersebut.

Kereta honda hitam yang tidak jauh dari situ dihampiri. Pintu kereta bahagian penumpang di bahagian hadapan dibuka. Dia meletakkan Alisa disitu. Kemudian pintu ditutup semula. Lelaki tersebut berpusing untuk ke bahagian pemandu pula.

Alisa yang melihatnya cuba mengambil peluang untuk melarikan diri. Lekas dia membuka pintu dan terus lari sejauh boleh dari lelaki tersebut. Malangnya lelaki tersebut terlebih dahulu menangkap dirinya. Lengan Alisa dicengkamnya kuat dan diheret gadis itu masuk ke dalam kereta semula.

"Kau buat hal macam tadi lagi, tak teragak-agak aku nak tembak hancur kepala kau." kata lelaki tersebut dengan nada yang dingin. Dia kemudian mengeluarkan sepucuk pistol di sebalik hoodie yang dipakainya. Terbuntang mata Alisa melihatnya. Kini tubuhnya sudah tersandar di bangku tempat duduknya. Tidak berani mahu bergerak walau sekutik.

Lelaki tersebut terus menutup pintu kereta kembali. Kemudian dia berpusing untuk berlalu ke tempat duduk pemandu. Segera kereta dipandu keluar dari kawasan lorong yang gelap gelita tersebut. Alisa hanya diam memerhati jalan. Tangannya sejuk beku kerana rasa takut yang menyerbu diri. Tidak berani dia mahu memandang ke arah lelaki tersebut sehinggalah mereka tiba di sebuah perkampungan.

Kereta dipandu menuju ke hujung kampung. Terdapat sebuah rumah kayu yang berada di tengah-tengah ladang pokok kelapa sawit. Hanya sebuah sahaja di situ. Jauh dari rumah penduduk yang lain. Kereta kemudian memasuki perkarangan rumah.

"Ke...kenapa kau bawa aku ke sini?" Alisa memberanikan dirinya untuk menyoal.

"Sebab ada perhitungan yang perlu dibuat." jawab lelaki misteri itu tanpa menoleh ke arah Alisa.

"Keluar!" arahnya lagi.

Tersentak Alisa. Dia hanya menurut. Segera dia keluar dari kereta. Takut untuk dia membantah selepas pistol diacukan kepadanya di lorong tadi.

Lelaki tersebut terus mendapatkan Alisa. Lengan Alisa digenggam kuat dan diheretnya gadis itu masuk ke dalam rumah.

"Sakitlah!" jerit Alisa.

Lelaki misteri tersebut tidak menghiraukan jeritannya. Tiada siapa akan mendengar jeritan gadis itu. Dia terus mengheret Alisa menuju ke satu bilik yang sudah tersedia khas buat kedatangan gadis itu. Ditolaknya Alisa ke dalam sebelum pintu bilik itu ditutup dan dikunci dari luar.

Alisa jatuh tersungkur. Dia segera memusingkan kepala memandang ke arah pintu. Terus dia berdiri dan mengetuk pintu tersebut berulang-kali.

Pap! Pap! Pap! Pap!

"Lepaskan akulah! Engkau siapa? Kenapa kau buat aku macam ini?" teriak Alisa dari dalam bilik. Air matanya jatuh jua. Dia tak suka dengan semua yang terjadi ini. Pintu bilik tersebut sekali lagi diketuk olehnya dengan kuat.

"Semua dah siap, bos." ujar lelaki misteri tersebut kepada seseorang. Senyuman sinis terukir dibibir. Dia berpuas hati dengan hasil kerja konconya itu.

"Bagus Mike. Kau balik dulu. Biar aku yang uruskan budak ini." arah lelaki yang tadinya digelar bos oleh Mike.

Dia kemudian berlalu pergi ke hadapan pintu bilik yang menempatkan Alisa. Lekas mangga yang mengunci pintu tersebut dibuka. Kaki dibawa melangkah masuk.

Alisa yang melihatnya terus mati kata. Membulat matanya memandang ke arah lelaki tersebut. Dia seakan tidak percaya.

"Kau masih kenal aku lagi, Alisa?" soal lelaki itu sinis.

"A...Adam?" soalnya seakan tidak percaya.

Lelaki tersebut sudah mengilai ketawa apabila melihat riak wajah gadis itu. Puas hatinya.

"Kau dah lupa dekat aku?" soalnya lagi.

"Kau nak apa dengan aku, Adam? Lepaskan aku, Adam. Kau jangan ingat aku tak berani nak call polis." ugut Alisa.

"Call palis? Mana telefon kau?" soal Adam sinis. Dia tahu gadis itu di bawa ke sini dengan hanya sebatang kara. Tiada telefon, tiada duit dan tiada apa-apa. 

Alisa terdiam.

"Kau dah lupa apa yang kau dah buat pada aku dulu, Alisa? Atau kau nak aku ingatkan semula satu per satu?"

Alisa terdiam. Dia mati kata.

"Adam, itu semua kisah lama. Aku menyesal. Maafkan aku, Adam." rayu Alisa. Air matanya gugur lagi.

Alisa melutut di hadapan lelaki itu. Dia berharap dengan cara ini dia boleh dilepaskan.

"Menyesal? Semudah itu kau menyesal? Kau ingat aku bodoh! Lima tahun Alisa... Lima tahun aku habiskan masa untuk jejak kau. Aku tak akan sia-siakan peluang ini."

Alisa mendongak memandang wajah Adam.

"Apa kau nak dengan aku, Adam." soal Alisa kecewa. Air matanya jatuh perlahan membasahi pipi. Dia takut sekarang ini.

"Apa aku nak buat, ya?" sengaja lelaki tersebut mempermainkan Alisa.

"Kita tengok nanti apa aku nak buat dengan kau. Mungkin esok ataupun lusa. Satu per satu apa yang ada pada diri kau akan hilang." kata Adam sambil matanya menikam tajam anak mata Alisa.

"A...Adam, a...aku minta maaf. Itu kisah lama, Adam. Aku dah menyesal. Lepaskan aku...." rayu Alisa.

"Menyesal? Engkau menyesal?" soal Adam tidak percaya. Dia seperti memprovok gadis itu. Sinis sahaja wajahnya.

"Apa bukti yang engkau dah menyesal? Keluar masuk club? Atau kau dah bekerja sebagai sugar baby yang berjaya?" sinis dia menyoal.

"Bukankah semua dato' dekat Malaysia ini lubuk emas kau? Ayah aku sendiri pun kau sapu. Apa kau dah lupa? Mak aku mati, Alisa. Ini semua salah kau. Kau berani buat dan sekarang kau berani tanggung!" tengking Adam.

"Ma...mati?"

"Baru tahu ke?" soal Adam. Dia kemudian menghampiri gadis itu. Rahangnya dicengkam kuat.

"Mak aku mati sebab terlampau kecewa. Kau puas hati? Berapa juta kau dapat kaut duit dari bapa aku?" Adam sudah tidak dapat mengawal amarahnya. Matanya tajam menikam anak mata gadis itu. Alisa sudah seronta ingin dilepaskan. Makin laju air matanya jatuh membasahi pipi.

"Aku kalau boleh nak musnahkan hidup kau cukup-cukup. Perempuan sundal macam kau memang tak akan pernah serik!"

Related chapters

  • Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]   Bab 2

    Alisa duduk meringkuk di sudut tepi bilik. Menggigil badannya. Sejuk sangat dia rasakan pada malam itu. Ditambah pula baju yang dipakainya hanyalah separas atas atas lutut. Sesekali tangannya digosok untuk membuatkan tangannya terasa hangat sedikit. Bibirnya menjadi pucat lesi.Alisa menoleh ke arah pintu apabila terdengar mangga pintu dibuka dari arah luar. Tidak lama kemudian pintu bilik dibuka. Terpacul wajah Adam di hadapan pintu. Alisa hanya membiarkan sahaja lelaki itu di situ. Kemudian kepalanya ditoleh memandang ke arah lain. Sakit hatinya setiap kali dia memandang wajah lelaki itu."Kau pakai baju ini." arah Adam. Baju t-shirt biru berlengan panjang dan seluar track suit dilemparkan kepada gadis itu. Berkerut wajah Alisa melihat baju itu."Kalau kau nak mati kesejukan dekat sini, tak apa. Aku ambil balik baju tu." kata Adam. Dia sudah melangkah setapak ke hadapan untuk mengambil

    Last Updated : 2021-08-03
  • Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]   Bab 3

    Kereta honda milik Adam meluncur masuk ke dalam garaj rumah banglonya. Dia kemudian keluar dari kereta. Lekas dia menuju masuk ke dalam rumah. Ketat sahaja wajahnya. Dia kemudian mendaki anak tangga menuju ke bilik pejabat di tingkat dua.Pintu dibukanya kasar. Meja kerjanya dihampiri dan dihempaskan beg bimbit di atas meja tersebut. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Badan disandar dan matanya dipejam rapat. Tangannya dibawa ke dahi untuk memicit kepala yang mulai terasa memberat."Kau dah kenapa, bro?" tegur satu suara.Adam menoleh ke arah pintu. "Ray... Aku ingatkan siapalah tadi. Buat terkejut aku sahaja." kata Adam. Dia memejamkan matanya semula dan kembali mengurut kepalanya.Ray menghampiri Adam. Kerusi di hadapan meja kerja lelaki itu ditariknya. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di situ."Kau dah kenapa? Kusut semacam aku tengok kau." soal Ray

    Last Updated : 2021-08-03
  • Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]   Bab 4

    Adam duduk pada penghadang bot. Wajahnya serius saat ini. Ray pula duduk di bahagian belakang. Tugasnya adalah mengawal arah tuju bot tersebut.Dari jauh Adam sudah melihat kapal besar milik Loh Kuan. Dia mengangkat tangannya untuk memberi amaran kepada Ray agar dia memberhentikan bot tersebut."Kau yakin ke dengan apa yang kita nak buat ini?" soal Ray. Dia gugup sebenarnya. Takut jikalau nanti mereka akan ditangkap oleh Loh Kuan."Ini sahaja jalan yang kita ada." kata Adam bersama nada dinginnya. Dia kemudian membuka kotak ais yang dibawa oleh mereka tadi. Beberapa pucuk pistol dikeluarkan lalu diletakkan di dalam plastik kedap udara. Dia selitkan plastik tersebut di dalam seluar yang dipakainya. Baju hitam yang dibawa disarungkan pada kepala dan diikat ke belakang seperti ninja. Hanya matanya sahaja yang terlihat."Aku pergi dulu." kata Adam sebelum dia melompat masuk ke dalam a

    Last Updated : 2021-08-03
  • Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]   Bab 5

    Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan bangunan kondominium. Adam kemudian memerhati kawasan sekitar mereka. Kemudian Alisa yang duduk di sebelah dipandangnya. "Nampaknya awak memang bersungguh cari saya. Sampai tempat tinggal saya pun awak tahu." kata Alisa bersama kening yang dijongketkan. Dia tak percaya sampai begitu sekali Adam cuba untuk menjejaki dirinya. Adam cuba mengherot bibirnya ke atas. Menyampah pula dia mendengarnya. "Semuanya dendam. Kalau kau tak cari fasal dengan aku dulu, memang semua tak akan jadi macam sekarang ini." balas Adam tanpa melihat wajah gadis itu. Matanya sengaja disibukkan untuk memerhati kawasan sekitar. Alisa menghembus keluhan berat. Pelik Adam mendengarnya. Wajah gadis itu dipandang. "Kalau macam itu, tolong jangan ganggu saya lagi lepas ini. Jangan cari saya. Saya tak nak risikokan nyawa sesiapa lagi lepas ini." kata Alisa. Dia kemudian berur

    Last Updated : 2021-08-13
  • Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]   Bab 6

    Alisa bangun dari katil. Dia menarik selimut gebu putih bersamanya menuju ke bilik air. Berjurai-jurai air matanya jatuh. Sempat dia menoleh ke arah katil sebelum dia menapak menuju masuk ke dalam tandas. Sakit hati yang dia rasakan saat melihat wajah Adam yang sedang lena diulit mimpi itu. Pintu bilik air dihempas kuat dan dikuncinya dari dalam. Tersentak Adam. Matanya terbuka luas. Lantas dia bangun dan bersandar pada kepala katil. Berkerut keningnya. Terkebil-kebil dia memandang pintu bilik air. Belakang kepala digaru kasar seraya mata melilau memandang keadaan sekeliling yang berantakan. Adam bangun dari katil. Dia mengutip satu per satu pakaiannya yang ada di lantai. Seluar disarungkan pada tubuh manakala baju dia lemparkan sahaja ke atas tilam. Langkah kakinya dibawa menuju ke bilik air. Pintu bilik air diketuknya. "Alisa...," panggil Adam lembut. Kepala digarunya apabila tiada sahutan dari Alisa. Hanya bunyi pancuran air yang dapat

    Last Updated : 2021-08-23
  • Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]   Bab 7

    Adam yang berdiri dan bersandar pada kereta dipandang. Lelaki itu sedang memeluk tubuh seraya matanya tidak lekang memandang rumah sapara kayu itu."Mulai sekarang, ini rumah kau. Kau duduk sini sampailah aku kata kau boleh balik dekat apartment kau itu. Faham?" Adam membuka bicara. Dia kemudian bergerak menghampiri Alisa. Bahu Alisa dipeluk dengan tangan kirinya. Tangan sebelah lagi sudah mencekak pinggang.Terkebil-kebil mata Alisa melihat rumah kampung moden yang ada di hadapannya itu. Di tepinya pula ada sebuah pangkin kecil yang berbumbungkan dengan pokok buah mangga."Awak nak saya tinggal sini?" soal Alisa dengan nada yang tidak percaya. Wajahnya berkerut seribu.Adam terus menoleh melihat Alisa."Kenapa? Tak boleh ke kau duduk sini? Kira okeylah aku tak letak kau dekat reban ayam." balas Adam dengan selamba.Alisa mengetap giginya dek terlalu geram. Peluka

    Last Updated : 2021-08-28
  • Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]   Bab 8

    Alisa berjalan menuju ke ruang tamu bersama satu cawan mi segera. Mi segera maggie berperisa tom yum itu telah menjadi pilihannya. Dia menghidupkan televisyen dan duduk bersila di tengah-tengah ruang tamu itu. Sesekali butang pada alat kawalan televisyen ditekannya untuk mencari saluran yang menarik.Penutup mi segera dibuka. Dia sudah tidak tahan lagi. Dari pagi lagi dia tidak menjamah sebarang makanan. Sekarang jam pun sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Nasib dia bukan seorang yang menghidapi penyakit gastrik.Perutnya sudah berbunyi untuk menjamah sedikit makanan. Alisa tidak menunggu lama. Mi di dalam cawan itu ditiup dan disuapnya ke dalam mulut menggunakan garfu yang sedia ada. Berkerut wajahnya saat mengunyah mi yang masih panas itu. Alisa kemudian menghirup kuah mi segera itu sedikit. Nikmat sungguh rasanya."Hu~~"Perbuatan Alisa tadi mati. Dia cuba mengamati bunyi yang baru sahaja dia dengar

    Last Updated : 2021-09-01
  • Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]   Bab 9

    Alisa berjalan mengelilingi kampung. Diambilnya satu ranting kayu yang sudah jatuh di atas tanah lalu dihayun-hayunkan ranting kayu tersebut di udara. Kakinya masih lagi melangkah entah ke mana tanpa diketahui hala tujunya. Sesekali apabila ada satu atau dua motor yang melalui jalan yang kecil itu, mata mereka pasti akan memandang ke arah Alisa bersama satu pandangan yang pelik. Alisa pun hairan.Kemudian, matanya terpandangkan satu gerai pisang goreng yang tidak jauh dari tempat dirinya berdiri sekarang ini. Bau pisang goreng sudah semerbak menusuk ke rongga hidung. Dia jadi teringin pula untuk mencubanya.Laju langkah Alisa dibawa mendapatkan gerai tersebut. Meleleh-leleh air liurnya sementara menunggu dia untuk sampai ke sana. Tiba-tiba satu tamparan angin dari belakang mengejutkan dirinya. Alisa terkejut. Berkerut wajahnya saat rambutnya sudah kusut-masai saat terkena angin yang menderu itu tadi. Satu kereta myvi berwarna grey metallic sudah pun melepasi diri

    Last Updated : 2021-09-10

Latest chapter

  • Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]   Bab 1

    Bunyi lagu yang membingitkan di dalam kelab malam itu membuatkan sedikit sebanyak kepala Alisa menjadi pusing. Walaupun kepalanya pening saat ini, hatinya boleh dikatakan cukup gembira apabila dapat melampiaskan segala kekusutan yang ada di dalam kepalanya itu. Sesekali badannya digoyang mengikuti rentak lagu yang dimainkan oleh DJ di dalam kelab malam itu. "Hai, cantik." tegur satu suara yang kini sudah pun duduk di hadapan Alisa. Alisa mula membuat muka menyampahnya. Tidak habis-habis dengan lelaki gatal yang menghampiri dirinya. Pantang nampak perempuan seksi sedikit pasti nak cuba mengayat. "Sombong..." komen lelaki itu. Tajam mata Alisa memandang wajah lelaki itu. Dia tidak berpuas hati. "Kau nak apa?" soal Alisa dingin. Air kencing syaitan yang ada di dalam gelas diteguknya dengan sekali tegukan. Dia kemudian menghentak kuat gelas tersebut di atas meja. Berkerut wajahnya apabila mahu menelan minum

DMCA.com Protection Status