PEJAM celik, Ainan berjaya melalui tempoh percubaan sebagai pembantu penyelia. Malah dia telah pun disahkan jawatan.Ainan berasa puas. Puas apabila dapat memenuhi keinginan anak-anaknya walau tidak semuanya dapat dipenuhi. Puas apabila melihat anak-anaknya sentiasa ceria setiap kali dia berikan buah tangan kepada anak-anaknya.Dua bulan lepas, Aazad sekali lagi terpaksa turun naik mahkamah atas satu lagi tuntutan tunggakan nafkah. Ainan malas mahu ambil pusing. Terasa tuntutan yang tak masuk akal. RM67,800 bukanlah satu jumlah yang boleh diterima akal. Apatah lagi Aazad bukanlah seorang yang bergaji besar."Laki kau naik mahkamah, kan hari ni?" Liza menyoal apabila melihat Ainan mula merehatkan badannya seketika. Terasa lenguh punggung apabila duduk terlalu lama."Haah kak. Entah bila nak habis pun tak tahulah. Jenis tamak haloba kan, macam tu lah. Masa laki tak buat perangai tuduh macam-macam. Tak memasal, saya terpalit sama." Bany
Last Updated : 2021-09-07 Read more