Nuh memakir Honda CRV nya ke dalam garaj. Kelihatan Mini Cooper S milik bondanya turut tersadai sama. Nampak gayanya bonda dia ada di rumah. Tak ada meeting agaknya hari ini. Bukan senang dia mahu bertemu dengan Dato Mahani. Dia tersenyum simpul. "Ha! Dah sampai pun anak bonda" Belum pun sempat Nuh melangkah masuk ke dalam rumah, dia sudah disergah bondanya dari belakang. Pipi tembam Nuh dicubit-cubit geram. Nuh mengetap bibir. Dia cuba menepis dengan tangan. Tetapi tindakan bondanya lebih pantas. "Bonda ni, tak habis-habis buat Nuh macam budak-budak," omel Nuh perlahan. Dia menarik muka masam. Dari dulu sampai sekarang, pipi dia selalu saja jadi mangsa semua orang dalam rumah ini. "Alah, Nuh tetap budak-budak pada bonda selagi Nuh tak kahwin. Jadi sekarang, Nuh ken
Last Updated : 2021-10-22 Read more