Dia telah tiba dilantai atas selepas menyelinap memasuki lif. Meski dia belum pernah menginjakkan kaki dibahgian lantai atas, namun atas dorongan hati yang tidak sabar mahu berjumpa isteri, dia sampai juga akhirnya. Terdapat beberapa buah pintu bilik di lantai tiga rumah itu, matanya meliar mencari mana satu bilik isterinya. Puteri pernah memberitahunya tentang seluk beluk lantai atas dan juga kedudukan biliknya. Berbekalkan daya ingatan yang begitu aktif ketika ini, dia pasti, bilik yang tidak jauh dari lif itu adalah bilik isterinya. Tanpa membuang masa, langkah terus dibuka menuju bilik tersebut. Pintu bilik yang tidak berkunci dikuak perlahan. Matanya dipejam beberapa saat ketika sebuah aroma menerpa hidungnya sebaik pintu terbuka. Aroma yang dirindukannya, aroma khas milik Puteri Zaharah. Membuatnya yakin bahawa dia tidak salah masuk bilik. Langsung sahaja kakinya dibawa melangkah masuk. Pintu ditutup lalu dikunci. Bim
Read more