-Together we party, together we cry,
kept every single secret , and
covered every lie-
_______
"Roxanne! Roxanne!" Jayden menutup kedua belah telinganya apabila mendengar Lucas bernyanyi dengan begitu kuat sekali. Melalak macam orang gila.
"Diamlah!" marah Jayden lalu melempar bantal kecil ke arah muka Lucas. Lucas terbaring ke lantai kerana terkejut.
"Tak guna kau!" Lucas baling semula bantal kecil itu tetapi Jayden sempat mengelak. Lucas mula membuka lagu dengan kuat. Dia melompat-lompat riang.
"Pizza!" jerit Hazel riang sambil 2 plastik ditangannya diangkat tinggi.
Gadis itu terlompat-lompat menuju ke arah Jayden. Teruja habis dia. Ethan di belakang yang membawa plastik KFC hanya menggelengkan kepala sahaja.
Ethan dan Hazel meletakkan plastik-plastik itu di tepi meja kopi. Ethan, Jayden dan Hazel duduk bersila mengelilingi makanan.
-Having a girl friends is likehaving a sister you can't get rid of.You know whatever you do,they'll still be there-_________"Hish! Mana dia orang ini?" Hazel menghentak kakinya geram. Sudahlah panas terik, boleh pula 4 jejaka itu lambat."Mana ini? Selalu dah ada. Kenapa hari ini lambat sangat?" rungut Hazel. Tangannya diletakkan di atas dahi menghalang sinaran matahari menerjah ke mukanya.Telefonnya dikeluarkan dari dalampoket blazer. Nombor Ethan didail. Dia berharap Ethan yang menjawab tetapi bukan Ethan malahan operator yang bersuara.Nombor Jayden pula didail. Sama sahaja. Awek operator yang bersuara. Nak membuat panggilan dengan Lucas dengan Theo? Dua jejaka itu bukan rajin memegang telefon.Dia cuma membuat panggilan dengan Ethan dan Jayden kerana kedua-duanya sering bersama telefon. Telefon pasti sentiasa di tangan mereka. Tidak seperti Lucas dan The
-People say best friends arehard to find; that's because thebest one is already mine-_______"Antalya itu baik ke?" tanya Theo. Hazel sudah membuat muka mendengar pertanyaan Theo yang sudah diulang banyak kali itu."Stop it Theo. Ini kali ke 10 kau tanya aku soalan yang sama. Daripada semalam tahu" Theo menunduk. Lucas pula hanya diam daripada semalam sejak Hazel berjumpa Antalya.Semalam 4 jejaka itu terlambat gara-gara didenda dengan Mr. Freddie disebabkan Lucas dan Theo yang menyepahkan kolam ikan milik Mr. Freddie.Sudah pula itu, Ethan dan Jayden diangkut sekali. Padahal ketika itu, kedua-duanya hanya lalu di situ sahaja. Tidak pasal-pasal Ethan dan Jayden terjebak sekali."Antalya itu betul-betul baik ke?""Theo" meleret Hazel menyebut nama Theo. Theo menunduk. Jari telunjuknya berlaga antara satu sama lain. Hazel hendak marah pun tidak j
-I hope we're good friendsuntil we die-_______"Nah" Hazel menghulur secawan berries smoothie ke arah Antalya. Antalya menyambutnya dengan senyuman yang terhias dibibir mungilnya."Thank you""Welcome""Betul ke ini kau belanja?" Mana tidaknya, bila dia menghulur duit, Hazel seboleh-boleh menolak. Katanya hendak belanja. Dia pula yang menjadi serba salah dengan kebaikan gadis itu."Hish! Ya lah!" Mango smoothie di tangannya disedut. Tersenyum dia dengan kemanisan air itu. Rasa yang manis membuatkan dia merasakan sebuah ketenangan."Jom pergi laut!" ajak Hazel dengan penuh teruja. Hazel berlari meninggalkan Antalya."Hazel tunggu!" Antalya mengejar langkah Hazel yang sudah jauh ke hadapan.Hazel berhenti berlari apabila Antalya sudah mendekat. Akibatnya Antalya terbabas ke hadapan. Hazel tergelak terbahak-bahak.
-You make me smile for no reason,yet I have every reason to smileabout having you in my life-________Hazel bersiap-siap. Hari ini adalah hujung minggu dan dia sudah berjanji ingin keluar besama Ethan.Lucas, Theo dan Jayden tidak tahu-menahu tentang perjanjian itu. Kalau tahu, pasti tiga jejaka itu ingin ikut serta sekali. Bercerita tentang Jayden, sudah 2 hari dia tidak menegur lelaki itu. Dia masih merajuk.Dia agak terasa hati dengan tingkah lelaki itu tempoh hari. Dia juga memarahi dirinya sendiri kerana ingin bergurau ketika mereka berempat baru pulang daripada didenda."Hazel! Ethan dah sampai sayang!" Terdengar suara Puan Rozy di luar bilik meneriak memanggilnya."Okey sekejap!" Hazel memandang penampilannya buat kali terakhir melalui pantulan cermin.Sling bag dicapai lalu disangkut di bahu kanannya. Hari ini dia mengenakan
-The Best FEELING Ever :Is when you have someonewho cares about you-______Hachum! Hachum!"Ergh" Hazel menghembus hingus di tisu lalu tisu tersebut dibuang ke dalam bakul sampah."Hazel?" Puan Rozy masuk ke dalam bilik anaknya itu. Kelihatan wanita itu sudah lengkap berpakaian kerja. Wajahnya kelihatan risau."Hazel demam ke?" tanya Puan Rozy. Belakang telapak tangannya dilekapkanke dahi Hazel."Demam ini. Hazel tak payah pergi sekolah lah" kata Puan Rozy."Hazel bosan lah nanti" rungut Hazel. Dia nak buat apa saja seorang-seorang di rumah ini? Jika ke sekolah sekurang-kurangnya dia boleh berjumpa dengan sahabat-sahabatnya."Kenapa ini?" tanya Encik Zachary di muka pintu."Hazel demam" balas Puan Rozy. Encik Zachary mengangguk faham."Hazel tak payah pergi sekolah. Susah nan
-The best apology ischanged behavior-_______Hazel mencelikkan matanya. Kepalanya yang pening diurut perlahan. Pandangannya matanya cuba dijelaskan."Kau dah sedar?" Hazel berpaling memandang kanannya. Terdapat Jayden di situ dengan riak risaunya.Hazel memalingkan wajahnya ke kiri. Jayden merasa serba salah. Dia mengemam bibirnya."Sorry" ujar Jayden. Hazel hanya diam sahaja. Siapa yang tidak terasa hati dengan tingkah Jayden tempoh hari? Lelaki itu agak kasar dengannya."Aku tahu aku buat kau terasa hati dengan aku" sambung Jayden. Wajahnya benar-benar menunjukkan riak serba salah."Pukul berapa?" tanya Hazel. Dia langsung tidak melayan permintaan maaf Jayden itu. Biar Jayden rasakan."2.30 petang" balas Jayden. Hazel bangkit dari pembaringan. Kasutnya dipakai. Dia berjalan ke pintu bilik kesihatan. Sudah waktu pulang dari sekolah.
-You simply are the best.Never spend a moment doubtingit. Keep shining, my bright star-______Hazel mengeliat malas. Dia menutup mulutnya dengan tangan kanannya apabila menguap. Selimut diselak ke tepi. Dia sudah sihat sepenuhnya. Selama 3 hari dia bercuti, 4 jejaka itu rajin menjenguknya termasuk Antalya.Hazel melihat tarikh pada hari ini. Dia tersenyum lebar. Dia berdiri di atas katil lalu melompat-lompat."Happy birthday Hazelizz Zachary!" jeritnya kepada diri sendiri. Siap dia menari-nari lagi dengan penuh teruja.Dia turun dari katil lalu mengemas katilnya. Tuala yang tersangkut dicapai. Dia berlari masuk ke dalam bilik air.Usai mandi, dia memakai uniform sekolah. Hazel berdiri dihadapan cermin. Rambutnya dirapikan. Dia membuat flying kiss. Hazel tergelak sendiri.Terlihat di atas meja belajarnya terdapat sekotak hadiah bersama kad. Kad
-Every day, you have adecision to make: give up,give in, or give it your all-______"Argh!" Antalya mengerang sakit apabila dia ditolak kasar ke locker yang terdapat di hallway itu. Berdesing kuat bunyi locker akibat hentaman badannya."Asal kau lari semalam?" marah Que, si pembuli tegar Antalya. Owen, Iris dan Elise ialah pengikut setia Que."Mana ada aku lari" balas Antalya perlahan."Sakit!" Antalya memegang tangan Elise yang menarik rambutnya.Beberapa pelajar yang masih belum pulang hanya menyaksikan Antalya dibuli tanpa ada rasa ingin menolongnya."Makin berani kau sekarang!" Elise menolak kasar Antalya ke dinding. Antalya mengerang sakit."Pukul saja, Elise" Owen sengaja mengapi-apikan Elise. Iris tergelak sahaja. Baru sahaja Elise ingin melangkah mendekati Antalya, dia dihalang oleh Que."Aku nak