-I hope we're good friends
until we die-
_______
"Nah" Hazel menghulur secawan berries smoothie ke arah Antalya. Antalya menyambutnya dengan senyuman yang terhias dibibir mungilnya.
"Thank you"
"Welcome"
"Betul ke ini kau belanja?" Mana tidaknya, bila dia menghulur duit, Hazel seboleh-boleh menolak. Katanya hendak belanja. Dia pula yang menjadi serba salah dengan kebaikan gadis itu.
"Hish! Ya lah!" Mango smoothie di tangannya disedut. Tersenyum dia dengan kemanisan air itu. Rasa yang manis membuatkan dia merasakan sebuah ketenangan.
"Jom pergi laut!" ajak Hazel dengan penuh teruja. Hazel berlari meninggalkan Antalya.
"Hazel tunggu!" Antalya mengejar langkah Hazel yang sudah jauh ke hadapan.
Hazel berhenti berlari apabila Antalya sudah mendekat. Akibatnya Antalya terbabas ke hadapan. Hazel tergelak terbahak-bahak.
-You make me smile for no reason,yet I have every reason to smileabout having you in my life-________Hazel bersiap-siap. Hari ini adalah hujung minggu dan dia sudah berjanji ingin keluar besama Ethan.Lucas, Theo dan Jayden tidak tahu-menahu tentang perjanjian itu. Kalau tahu, pasti tiga jejaka itu ingin ikut serta sekali. Bercerita tentang Jayden, sudah 2 hari dia tidak menegur lelaki itu. Dia masih merajuk.Dia agak terasa hati dengan tingkah lelaki itu tempoh hari. Dia juga memarahi dirinya sendiri kerana ingin bergurau ketika mereka berempat baru pulang daripada didenda."Hazel! Ethan dah sampai sayang!" Terdengar suara Puan Rozy di luar bilik meneriak memanggilnya."Okey sekejap!" Hazel memandang penampilannya buat kali terakhir melalui pantulan cermin.Sling bag dicapai lalu disangkut di bahu kanannya. Hari ini dia mengenakan
-The Best FEELING Ever :Is when you have someonewho cares about you-______Hachum! Hachum!"Ergh" Hazel menghembus hingus di tisu lalu tisu tersebut dibuang ke dalam bakul sampah."Hazel?" Puan Rozy masuk ke dalam bilik anaknya itu. Kelihatan wanita itu sudah lengkap berpakaian kerja. Wajahnya kelihatan risau."Hazel demam ke?" tanya Puan Rozy. Belakang telapak tangannya dilekapkanke dahi Hazel."Demam ini. Hazel tak payah pergi sekolah lah" kata Puan Rozy."Hazel bosan lah nanti" rungut Hazel. Dia nak buat apa saja seorang-seorang di rumah ini? Jika ke sekolah sekurang-kurangnya dia boleh berjumpa dengan sahabat-sahabatnya."Kenapa ini?" tanya Encik Zachary di muka pintu."Hazel demam" balas Puan Rozy. Encik Zachary mengangguk faham."Hazel tak payah pergi sekolah. Susah nan
-The best apology ischanged behavior-_______Hazel mencelikkan matanya. Kepalanya yang pening diurut perlahan. Pandangannya matanya cuba dijelaskan."Kau dah sedar?" Hazel berpaling memandang kanannya. Terdapat Jayden di situ dengan riak risaunya.Hazel memalingkan wajahnya ke kiri. Jayden merasa serba salah. Dia mengemam bibirnya."Sorry" ujar Jayden. Hazel hanya diam sahaja. Siapa yang tidak terasa hati dengan tingkah Jayden tempoh hari? Lelaki itu agak kasar dengannya."Aku tahu aku buat kau terasa hati dengan aku" sambung Jayden. Wajahnya benar-benar menunjukkan riak serba salah."Pukul berapa?" tanya Hazel. Dia langsung tidak melayan permintaan maaf Jayden itu. Biar Jayden rasakan."2.30 petang" balas Jayden. Hazel bangkit dari pembaringan. Kasutnya dipakai. Dia berjalan ke pintu bilik kesihatan. Sudah waktu pulang dari sekolah.
-You simply are the best.Never spend a moment doubtingit. Keep shining, my bright star-______Hazel mengeliat malas. Dia menutup mulutnya dengan tangan kanannya apabila menguap. Selimut diselak ke tepi. Dia sudah sihat sepenuhnya. Selama 3 hari dia bercuti, 4 jejaka itu rajin menjenguknya termasuk Antalya.Hazel melihat tarikh pada hari ini. Dia tersenyum lebar. Dia berdiri di atas katil lalu melompat-lompat."Happy birthday Hazelizz Zachary!" jeritnya kepada diri sendiri. Siap dia menari-nari lagi dengan penuh teruja.Dia turun dari katil lalu mengemas katilnya. Tuala yang tersangkut dicapai. Dia berlari masuk ke dalam bilik air.Usai mandi, dia memakai uniform sekolah. Hazel berdiri dihadapan cermin. Rambutnya dirapikan. Dia membuat flying kiss. Hazel tergelak sendiri.Terlihat di atas meja belajarnya terdapat sekotak hadiah bersama kad. Kad
-Every day, you have adecision to make: give up,give in, or give it your all-______"Argh!" Antalya mengerang sakit apabila dia ditolak kasar ke locker yang terdapat di hallway itu. Berdesing kuat bunyi locker akibat hentaman badannya."Asal kau lari semalam?" marah Que, si pembuli tegar Antalya. Owen, Iris dan Elise ialah pengikut setia Que."Mana ada aku lari" balas Antalya perlahan."Sakit!" Antalya memegang tangan Elise yang menarik rambutnya.Beberapa pelajar yang masih belum pulang hanya menyaksikan Antalya dibuli tanpa ada rasa ingin menolongnya."Makin berani kau sekarang!" Elise menolak kasar Antalya ke dinding. Antalya mengerang sakit."Pukul saja, Elise" Owen sengaja mengapi-apikan Elise. Iris tergelak sahaja. Baru sahaja Elise ingin melangkah mendekati Antalya, dia dihalang oleh Que."Aku nak
-There's always a person thathate you for no reason-______Hazel memandang mukanya melalui pantulan di cermin itu. Sudah 4 hari berlalu. Lebam dimukanya juga sudah semakin baik.Bermacam-macam soalan yang ditanya oleh Puan Rozy dan Encik Zachary. 4 jejaka itu yang membantunya untuk menjawab. Disimpan cermin kecil itu ke dalam poket blazer.Antalya pula. Wajah itu sentiasa memaparkan riak serba salah. Antalya juga semakin pendiam.Sedangkan Antalya merupakan sosok yang ceria dan banyak bercakap. Cuma kerana dia dibuli sahaja membataskan dia menonjolkan diri dia yang sebenar.Tidak tahu apa yang disorokkan gadis itu. Ada juga Hazel bertanya tetapi Antalya sentiasa mengatakan tiada apa-apa.Mereka juga sudah jarang berjumpa. Antalya sentiasa cuba mengelak. Apabila berjumpa tidak sampai 5 minit Antalya terus ingin pulang.Hazel cuba
-People cry, not becausethey're weak. It's because they'vebeen strong for too long-______Antalya duduk memeluk lutut di dalam biliknya. Gelap sahaja bilik itu tanpa ada cahaya yang menerangi. Hanya sedikit cahaya matahari menerjah masuk melalui celahan langsir."Lya. Buka pintu ini sayang. Lya tak keluar pun dari semalam. Hari ini Lya pun tak pergi sekolah. Kenapa sayang?"Antalya hanya diam sahaja. Terdengar ketukan pintu diselang-seli dengan suaraibunya, Puan Amy."Lya kenapa ini? Kalau ada masalah bagitahu ibu. Lya. Buka pintu ini sayang""Mati""Mati""Mati"Perkataan itu yang sering didengarnya sepanjang minggu ini. Semua orang ingin dia mati.Antalya menggigit ibu jarinya. Wajahnya basah dengan air mata. Dia takut. Dia trauma. Dia teringat apa yang berlaku sepanjang mi
-The worst feeling is sayinggoodbye to someone you wantto spend every minute with-______Lucas, Theo, Ethan dan Jayden melangkah keluar dari bilik pengetua. Begitu juga 8 orang pelajar lelaki semalam. 8 orang pelajar itu berlalu pergi."Kau orang" Hazel mendapatkan sahabat-sahabatnya itu. Lucas dan Theo menarik senyuman."Hai, Hazel. Dah balik sekolah baru jumpa" ujar Lucas. Ditarik pipi Hazel perlahan."Kau dah okey ke? Tak demam kan?" tanya Theo. Hazel mengangguk."Dah okey. Tak demam pun" Hazel memandang Ethan dan Jayden. Ethan hanya diam. Jayden juga begitu."Kenapa kau orang kena panggil masuk bilik Mr. Freddie?" tanya Hazel ingin tahu. Dipandang satu persatu wajah 4 jejaka itu."Err kita orang" Theo hilang kata. Hazel memandang Theo."Sebab semalam ke? Kau orang kena gantung ke?" tanya Hazel. Lucas mengeluh lal