Telefon Aria berbunyi. Dia mendapat mesej. ‘Ah, dia lagi. Katanya dia akan menunggu aku selepas perjumpaan kelab malam nanti. Gila apa nak jumpa aku malam-malam!’ kata hatinya.
Aria mencampakkan telefon ke tepi. Dia membuat riak muka geli. Dia baring. Mukanya ditekupkan ke atas bantal. Ada jeritan kecil terkeluar sedikit. Lega.
“Kau dah kenapa, Aria? Stress nampak.”
Sofia menegur Aria. Dia sedang sibuk menyusun buku. Rak bukunya terlekap di dinding. Di bawah tu adalah meja belajar. Sebelah mejanya ada meja lagi satu milik Aria. Banyaknya buku dia bawa. Kelas belum pun bermula lagi.
“Kau tahulah, bila someone yang kau tak suka keep texting you. Annoying tahu tak. Aku rimaslah kalau macam tu selalu. Kalau dia tu classmates aku tu bolehlah aku nak layan. Tapi ni tak.” Muka dan badan Aria automatik membuat riak geli.
Sofia ketawa. Hei, lucu ke? Aria mengangkat sedikit kening. Nampak macam garang tak? Apa yang kelakar pun dia tak tahu. Hanya berharap Sofia berhenti gelak dengan tusukan matanya yang tajam.
Sofia mematikan ketawanya. Dia cuba untuk menghormati Aria atas sebab Aria adalah senior dia. Tapi tak lama lepas tu gelaknya tersembur lagi. Tak dapat ditahan. Aria hanya pelik dengan dia.
Setelah lama perasan Aria memerhatikannya, Sofia mengetap bibir. Dia menahan diri dari tergelak. Daripada gelak besar tadi gelaknya makin kecil.
“Sorry, sorry. Muka kau tadi kelakar gila kot. Macam mana aku tak gelak. Ni kalau masuk Maharaja Lawak ni comfirm nombor satu.”
“Ya, ya je kau. Boleh percaya ke dia ni?”
“Betul. Kalau aku sempat rakam tadi kau dah viral dah aku rasa. Bukan setakat satu universiti tahu. Tapi satu dunia.”
Aria hanya menyengih. Lawak sangatlah tu. Dia tengah geram dengan mamat ni tapi Si Sofia ni sibuk gelakkan dirinya. Ingat dia ni badut ke. Sekali pandang boleh gelak.
“Ah, kau nak viralkan aku pulak. Aku masukkan kau sekali dalam Maharaja Lawak tu. Nanti bukan aku yang viral. Silap-silap kau yang terlebih viral. Ada hati nak viralkan aku konon.”
“Alah, kau ni. Aku gurau je. Okay, so what’s happened? Kenapa sampai tercampak telefon tu? Apa yang dia mesej? From who?” dia bertanya. Nadanya mula serius. Tapi tangannya masih ralit menyusun buku. Buku apa yang dia bawa pun tak tahu.
“Aku dapat mesej. From a guy. And i don’t like him.”
“What? Seriously?” Mukanya nampak teruja. Berbeza dengan Aria.
“So, what he said?” sambung dia lagi.
“Dia cakap dia nak jumpa aku. Tapi aku malas. Memang taklah aku nak jumpa dia. Tak ada sebab yang kukuh.” Cakap terus terang pun tak apa. Lagipun, bukan Aria yang nak jumpa.
“Kau kenal dia tak?” Sofia melabuhkan punggungnya di kerusi.
Aria mengangguk perlahan. “Kenallah juga.”
“Well, I think you should go. Takkan kau nak terperap je dalam bilik ni. Do something else. Mesti kau bosan kan duduk dalam bilik ni lama-lama. Aku pun nak keluar nanti.”
Aria mengecikkan sedikit mata. Kepalanya terus digeleng laju. Itu perkara gila. Dia takkan pernah buat. Walaupun sekadar jumpa lelaki? Ya!
“It’s a no. Walaupun, aku terpaksa terperap dalam bilik ni. Aku lagi sanggup daripada jumpa mamat tu. Tak nak aku jumpa dia.”
“Why not? Dia baik, kan. And he supposedly to be handsome, right? Jangan cakap dia tak handsome! Sebab tu kau tak nak jumpa dia. OMG.”
“Eh, kau ni! Memilih.”
“Tengoklah siapa yang bercakap.”
Sofia pulangkan paku keras pada Aria. Mulut dia tu boleh tahan jugak. Tapi Aria adalah terasa jugalah.
“Well, dia handsome. Amik course medical. Ada rupa. Ramai peminat. Popular. Senang kata he’s perfect. But, he’s not my taste.” Jujurnya. Mungkin juga dia tak tahu taste dia tu macam mana? Crazy.
“Aku rasa kau yang tak kenal dia tu macam mana. Kau pandang dia dari luaran je kan. Kau kata dia perfect. Mungkin kau tak suka tengok lelaki jenis popular depan perempuan, kan. Tak pun sebenarnya kau tak suka fans perempuan dia tu.”
Aria mengangguk perlahan. Betul juga apa yang Sofia cakap tu. Aria tak pernah bagi peluang langsung pada lelaki itu.
“Aku rasa maybe nanti kau akan suka dia. Sebab yalah kau kan mula-mula benci dia. Kau tahu, daripada benci boleh jadi suka. Aku dah banyak tengok drama melayu macam tu. Kau pun aku rasa ikut sama dengan drama melayu tu.”
“Eh, tak ada masa aku nak benci lepas tu suka balik. Aku ada banyak benda penting nak kena buat. Lagipun, yang kau tengok tu drama melayu tau. Bukannya realiti.”
“Then, you should know him well. Mana tahu dia memang jodoh kau. Lagipun, kau kan dah lama single. Orang yang dah lama single ni kenalah usaha lebih sikit. Barulah dapat pasangan.”
Aria terkejut. Dia membulatkan mata. Bukan pasal jodoh tu. Tapi pasal single. Dari mana Sofia tahu? Bukan ke dalam fikiran Sofia sepatutnya semua orang dah ada pasangan masing-masing.
“Eh, kau ni cakap macam dah lama kenal aku. Mana kau tahu aku single?”
Sofia diam. Aria perhatikan matanya. ‘Yes. Mata dia bergerak ke kanan. Maksudnya dia cuba mereka sesuatu. Dia nak tipu aku ni,’ gerak hati Aria.
“Aku rasalah. Yalah, aku tak pernah nampak kau telefon dengan seseorang ataupun lebih tepat lelaki selain papa kau. Lepas tu, tadi kau tak suka lelaki tu mesej kau selalu. Maksudnya kau single lah tu.”
Sofia menggaru leher. Anak matanya nampak macam cuba mengelak dari berhadapan dengan Aria.
Aria sekadar mengangguk. Ada betulnya juga apa yang dia cakap. Dia memang jarang telefon orang. Dan yang terakhir tadi tu pun betul.
Tapi dia masih ragu-ragu. Siapa yang beritahu Sofia? Rania ke? Atau Laura? Tapi mereka jarang bertemu.
“Aduh. Aku rasa aku sakit perut ni. Aku nak pergi tandas kejap.”
Aria sekadar mengangguk. Entah betul atau tidak pun dia tak tahu. Mungkin sekadar alasan. Nak melarikan diri dari dari. Takutlah tu.
Tiba-tiba satu notifikasi masuk ke telefon Sofia. Sebenarnya Aria malas nak ambil tahu. Tapi sebab Sofia dah buat Aria curiga dengan Sofia jadi dia memandang skrin telefonnya sekilas.
‘Kau dah cuba rapat dengan dia.’ - abang
Itu saja yang sempat Aria baca. Sebab dia terdengar flush air dari tandas. Kalau dia berlama-lama di meja dia, nanti Sofia perasan pula. Cepat-cepat dia baring menghadap telefon.
Sofia masuk ke dalam. Dari hujung mata Aria nampak dia tengah membelek telefon. Mungkin bermesej dengan abangnya. Muka nampak serius.
Aria menggeleng laju. ‘Aku tak patut ganggu privasi orang. Ni semua salah setan. Tukang menghasut saja kerjanya. Lagipun, Sofia cuma teka sahaja. Benda biasa. Kenapa nak diperbesarkan? Bukannya tak wujud pun orang single. Jadi tak peliklah kalau Sofia berfikir macam tu,’ Fikir Aria.
Aria baring membelakangkan Sofia. Tangannya masih memegang telefon. Sosial media dibuka.
Sofia mengetap bibir. Telefon ditatap lama. Tak lama lepas tu dia memandang Aria. Tunggu sajalah nanti.
Perjumpaan kelab pada malam itu telah tamat. Kini masa untuk mengemas. Aria melihat sekeliling. Ada banyak yang kena dikemas. Sudahlah yang lain pergi meninggalkannya. Hanya ada tiga orang rakan sahaja yang ingin membantunya.Biasalah. Kalau sesi mengemas mana ada orang yang sanggup tolong. Semua orang dah cabut awal-awal dulu. Akhirnya tinggal Si Aria seorang-seorang. Kalau yang mahu bantu pun setakat dua ke tiga orang. Itu pun orang yang sama saja. Dari awal sem sampailah hujung sem. Yang peliknya mana orang lain. Ghaib?Jawatan nak. Markah tinggi-tinggi nak. Tapi kalau tolong tak nak. Baik tak payah ambil jawatan tu semua. Bukan membantu sesama sendiri. Tapi tinggalkan asalkan tak penat. Sampai bilalah mereka ni nak buat perangai macam ni.Airil tadi pun bukannya nak membantu Aria. Sudahlah Si Airil berjawatan naib presiden. Tapi satu hapah pun dia tak tahu. Kerjanya nak membangkang saja. Tak memberikan kesenangan langsung. Bila ditanya apa idea yang dia ada.
Sampai sahaja Aria dan Eiyad di hadapan gim, seseorang memunculkan dirinya. Siapa lagi kalau bukan Aysar. Dia yang mengajak Aria untuk berjumpa. Ingatkan dah lupa habis dah. Rupanya kuat juga ingatan dia.“Aria.” Nama Aria dipanggil. Rakan-rakan Aysar semua sudah pergi meningalkannya. Mereka sempat mengucap ‘good luck’. Aysar hanya mengangguk dengan senyuman. Malu mungkin dengan usikan rakan-rakannya.Baru balik dari gim pun masih segak. Sebab tu ramai anak dara yang pergi gim tu sekali. Bukannya nak bersenam. Tapi nak cuci mata. Haram betul.Aria menoleh. Lelaki ini lagi. Aria sekadar memberikan senyuman. Bukan senyuman manis. Tapi senyuman ‘annoying’. Mesej Aysar tadi langsung tak dibalas. Ingatkan Aysar faham yang Aria ni tak mahu berjumpa dengannya. Rupanya dia tak faham bahasa. Bukan tak faham bahasa. Tak faham isyarat hati.“Ya Aysar. Nak apa?”Aysar memandang Eiyad. Dia memandang Aria semula. E
Aria berjumpa dengan Umai di kafe. Tak jauh pun kafe tu dari kolejnya. Tapi kalau jalan kaki memang basah baju. Memandangkan kelasnya dan kelas Umai pada hari itu sudah habis, jadi tiada masalah bagi mereka untuk berjumpa bersama-sama. Lagipun, Aria ada benda penting hendak dibicarakan dengan Umai.Umai pun orangnya tidaklah sombong. Petah berkata-kata. Tapi kebanyakan kata-kata dia menusuk ke dalam hati. Masakan tidak, selepas hari perjumpaan masa tu pun dia pandai berfalsafah. Berfikiran matang. Sesuailah dengan umurnya ketika ini.Aria dan Umai pun bukannya rapat sangat. Sekadar hubungan antara presiden dan setiausaha. Aria pun kenal Umai apabila Umai menyertai Kelab Sukarelawan. Jika tidak pasti mereka berdua tidak saling mengenali. Jadi stranger lah jawabnya.Mereka tidak memesan apa-apa makanan melainkan air. Lagipun, fokus utama bukanlah makanan. Nanti kalau makan terlupa pula tujuan utama mereka. Walaupun dah masuk tengah hari, tapi mereka belum makan. U
Suasana dalam bilik itu gelap. Tapi Aria masih tekun buat assignment. Hanya cahaya dari komputer riba yang menerangi bilik itu. Baru minggu pertama tapi assignment dah berlambak. Alah, biasalah tu. Nanti dah habis belajar nanti rindu pula.Tangan Aria ligat menekan butang papan kekunci. Mata dia tepat memandang ke arah skrin tanpa perlu memandang papan kekunci. Hebat betul dia ni. Dahlah gelap. Nak kerja sebagai human resource ke? Sofia di sebelahnya pun tak kurang sibuk juga. Muka pun nampak berkerut. Serius sangat tu.“Aria. Banyak ke assignment kau?” Sofia mengeliat. Dia meregangkan badannya.“Banyaklah juga.” Matanya masih tepat memandang skrin. Kepala pun tidak ditoleh semasa Sofia bertanya. Masih fokus di hadapan komputer riba.“Bila nak kena hantar?” Sofia menyimpan bukunya. Komputer ribanya ditutup.“Esok.”“Esok hantar hari ni kau siapkan. Bertuah betul budak ni.” Sofia men
Aria, Rania dan Laura kini berada di dalam bilik. Bilik itu dihuni oleh Rania dan Laura. Mestilah cantik. Masuk saja sebelah kaki ni bau haruman tu menjengah ke lubang hidung. Makan tengah hari mereka di situ. Kalau masuk bilik Aria nanti ganggu Sofia pula. Sofia pula jarang bawa masuk kawan dalam bilik. Mungkin inginkan privasi.Laura membuka bungkusan makanan yang baru dibelinya tadi. Nasi putih, sayur sawi dan ayam sambal. Memang sedap. Perut yang tadi kosong kini mengetuk pintu untuk diisi. Bilik yang tadi harum dengan wangian kini diganti dengan haruman sambal ayam.“Aria, apa dah jadi tadi?” sambil itu Laura menyumbat nasi ke dalam mulut. Aria sempat bercerita dengan mereka tadi pasal pendrive yang hilang itu. Tapi tak sempat dihabiskan gara-gara kemaruk lapar.“Haah, Aria. Macam mana kau boleh cuai?” tanya Rania. Posisi duduknya kini di labuhkan di atas katil.“Malam tadi aku dah prepare everything. Aku memang dah past
Dari jauh Eiyad nampak Aria duduk keseorangan di kafe. Apa yang dia nampak di hadapan Aria hanyalah sekotak minuman saja. Lantas kaki dia masuk ke dalam kafe dan membeli sesuatu. Bibirnya mengukir senyuman. Mengharapkan Aria menerima pemberiannya. Sudah lama dia tak berjumpa dengan Aria. Perjumpaan kelab sehari seminggu pun bukan selalu dia ada. Dia pun sibuk dengan halnya.Nak harapkan Aria berjumpa dengan dia. Nak kena tunggu pokok berbuah agaknya. Walaupun nombor telefon Aria dia dah dapat. Tapi Aria tak pernah membalas mesejnya. Betul-betul dingin gadis itu dengannya. Menurut Umai, hubungan Aria dan Aysar lebih daripada kawan. Tapi setahu dia, daripada apa yang dia nampak, Aria sering menyendiri. Itu bermaksud Aria dan Aysar memang tak ada hubungan apa-apa. Tapi, takkanlah Aria tak simpan sikit pun perasaan untuk Aysar.Eiyad berjalan mendekati Aria.
Bungkusan hadiah dan sandwic dibelek lama. Walaupun bungkusan hadiah tampak lebih misteri, tetapi pemberian sandwic lebih memberi perhatian. Lama Aria merenung sandwic tu. Entah bila nak dimakannya.Sejak balik dari kelas tadi, dia hanya baring dan tersenyum keseorangan. Rasa berbunga di dalam hati. Seolah-olah ada rama-rama di dalam perutnya. Dia memegang pipi. Bahang masih terasa sehingga kini.“Habis pun kelas. Penatnya aku hari ni,” Sofia membuka pintu. Dia meregangkan badannya. Beg dicampak ke atas katil. Aria agak terkejut apabila Sofia tiba-tiba masuk ke bilik.“Eh, kau ni dah kenapa tersenyum sorang-sorang ni. Macam kena sampuk hantu je.”Aria menoleh. Bantal dicampak ke arah Sofia.&ldqu
Aria bangun daripada tidur. Kepalanya terasa amat berat sekali. Beberapa kali dia memicit kepalanya. tapi rasa sakit itu masih tidak hilang.“Aku mimpi apa malam tadi? Kenapa rasa macam sedih?” Dia tidak mengingati mimpi malam tadi. Dada dipegang. Hati ni rasa sayu saja. Sudah puas dia cuba untuk ingat. Tapi hampa, satu pun tak keluar daripada kepalanya.Sejurus itu, dia mengejutkan Sofia untuk sama-sama mengerjakan solat Subuh. Tapi, Sofia agak liat. Susah untuk mengejut dia. Sejak jadi teman sebilik dengan Sofia, jarang sekali dia nampak gadis itu solat. Tapi, mungkin di belakangnya dia solat. Malas dia hendak menuduh yang bukan-bukan.Habis saja solat, dia membelek telefon. Ada satu mesej yang belum dibaca. Daripada papa. Dato’ Fahad mahu menjenguknya sebentar di kolej. Terus Aria campak telefon
Selesai makan tadi, Aria minta diri ke tandas. Tak tahulah macam mana dia boleh habiskan satu cawan air yang besar tu, padahal sebelum ini dia liat sangat nak habiskan separuh cawan. Apa tidaknya, Eiyad kerap kali pandang dia sampaikan dia sendiri naik segan.Dia tak tahulah kenapa bila dengan Eiyad tu dia rasa lain sangat. Pipi ni asyik nak panas aje. Agaknya kalau dia tak bubuh make-up, memang pijar muka dia.Usai lepaskan hajat, dia membasuh tangan. Bahunya terlanggar seseorang.“Minta maaf, saya tak sengaja.” Aria tundukkan kepala sedikit.Tapi itu semua tak berakhir di situ. Aria dapat rasa tenungan mata seseorang. Matanya kembali memandang sosok yang dilanggarnya tadi.Ada apa-apa masalah ke? Kenapa pandang dia macam tu? Aria buat tak tahu. Tapi raut muka perempuan itu seperti teringat akan sesuatu.“You anak Dato’ Fahad, kan?” Jari perempuan itu berulang kali digoyangkan ke arah Aria. Matanya dipejam celik mengingati rupa lelaki itu.Aria tidak menjawab. Dia takut ada sesuatu y
Tak. Ini semua tak boleh jadi. Aria tak boleh tahu alasan sebenar di sebalik semunya. Sofia helus nafas kasar. Susahnya nak fikir! Kenapalah dia cuai? Aria itu bukannya bodoh. Dia tetap tak nak kalah dengan Aria. Benda macam ini tak sepatutnya habis macam itu saja.Tangannya mengetuk-ngetuk meja sehingga seluruh meja bergegar. Lelaki di hadapannya berkerut dahi. Baru lima minit panaskan punggung, dia lebih tak tenteram dengan Sofia yang dari tadi khuatir semacam.“Kenapa, Sofia? Apa yang ganggu Sofia sekarang ni? Bagi tahu abang. Kita settlekan masalah ni.”Sofia raup mukanya. Lelaki ini saja harapan dia untuk balas dendam. Dia cuma ada abang. Dia cuma ada seorang abang selepas adiknya… MATI! Dan dia harap sangat abang tak akan membelakangkan dia. Dia dah tak sanggup nak tengok kebahagiaan Aria! Perempuan itu patut mampus dari dulu!“Kita kena buat plan baru. Aku rasa kita akan kantoi nanti. Abang, kau ada plan lain tak? Something yang akan meruntuhkan dia? Aku suruh kau rapat dengan
Aria sandarkan tubuhnya di balik dinding. Dia keluh kesah. Berat sangat semua ni berlaku. Dengan perangai Rania yang pelik-pelik. Dia tak faham. Kenapa Rania tak berterus terang dengan dia? Kenapa Rania marah sangat dengan dia? Kenapa Aysar adalah penyebab di sebalik semua tu? Huh. Sedikit sebanyak, dia rasa menyesal tak minta maaf awal-awal hari tu.Marah betul Rania pada dia. Salah besar ke apa yang dia buat tu? Kenapa Rania tak faham? Ada yang tak kena ni. Tapi apa? Dia pergi bilik Rania cuma nak tahu dari mulut Rania saja. Tapi gadis itu marah besar. Aria gelengkan kepalanya.Aria terpandangkan sesuatu. Anak matanya membesar dengan cepat. Macam mana dia boleh lupa kotak hadiah hari tu? Dia bongkokkan tubuh mengambil kotak itu di bawah katil. Tangannya menepuk habuk yang mengelilingi. Dia terbatuk-batuk.“Ini Airil yang bagi. Tapi bukan daripada dia. Habis tu, siapa yang bagi eh?” Aria tertanya sendiri. Kotak itu digoncangkan. Telinga dilekap. Nampak mencurigakan. Tapi tak akanlah
Tangan memegang dua cawan air sejuk yang dibeli dari kafe. Kaki Laura berjalan ke arah Rania. Kepalanya pusing memikirkan apa yang berlaku tadi. Tak sangka pula Aria ada di perpustakaan. Kalau tak, mesti dia dah halang mereka dari bertembung.Punggungnya diletak di hadapan Rania. Satu cawan air ditolak ke depan.“Rania, kau okey?” Rania dari memicit pelipisnya. Langsung air yang dibeli diteguk laju membasahi tekak. Dapat dirasakan di lehernya halkum yang bergerak. Habis saja cawan diletak.“Ya, aku okey. Pasal tadi tu…” jari jemarinya bermain di bawah meja. Perasaannya kurang enak.“Apa pula alasan kau kali ni?” tiba-tiba Laura mencelah. Dia pun nakkan jawapan daripada Rania. Dia tahu Rania taklah sekejam tu. Tapi kenapa Rania sampai sanggup buat macam tu sekali kat Aria.Rania terdiam. Bibirnya dijilat sekilas. Rasa gelisah dengan peristiwa tadi. Hatinya tak tenang semenjak bergaduh dengan Aria.“Kau mesti tak faham kan kenapa aku buat semua ni?” kepala Rania ditunduk ke bawah.“Mem
Aria meregang badannya sejurus keluar dari kelas. Teruk juga dia kena marah dengan pensyarah tadi. Mana taknya, hampir separuh dari masa kelas tu dia terlambat.Sudahnya, dia dibebel lama di depan kelas. Mujur hatinya kental. Kalau tak, dah berjurai air mata jatuh.“Aria, kau nak nota yang aku sempat salin ni tak?” soal Irdina.Irdina menyelongkar isi dalam beg. Satu per satu buku dibelek. Jumpa saja buku yang nak diberi terus dihulur kepada Aria. Buku bertukar tangan.“Boleh juga. Thank you, Dina.” Aria meneliti isi dalam buku. Kemas. Memang perangai Irdina macam ni. Semuanya teratur. Dahlah baik hati pula tu. Kalau Irdina tak bagi, mesti susah dia nak belajar.“Welcome. Lagipun, kau bukan sengaja kan datang lambat. So, just in case, kalau kau tak datang tadi, aku memang dah siapkan nota nak bagi kau pinjam.” Irdina memegang bahu Aria.“Ya… aku tak sengaja tadi. Okey, nanti aku pu
Selepas kelas pagi tamat, Sofia berjalan-jalan di sebuah tasik yang tidak jauh dari kampus. Pada waktu ini, tak banyak angin yang dapat menyejukkan kulit. Cuaca terlalu panas. Tapi dia datang sini bukanlah suatu perkara yang menyia-nyiakan.Raut mukanya penuh dengan senyuman sinis. Hatinya rasa gembira sekali apabila dia teringatkan tangisan Aria yang berjela-jela malam tadi. Bagai apa yang dia mahukan hampir terlunas di malam hari.Punggungnya diletak di bangku yang betul-betul menghadap tasik. Selalunya para pemancing memang dah ada di situ. Tapi mungkin terlalu awal, jadi mereka belum sampai lagi. Dia mengeluarkan kipas elektronik dan dihalakan ke wajah. Sejuk sahaja. Aman damai rasanya.“Aku dengar pelan kita menjadi.” Seorang lelaki yang entah dari mana tiba-tiba datang duduk di sebelah Sofia. Pakaiannya hitam dan berspek mata hitam. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket. Sepuntung rokok dihisap. Asap yang terkeluar dihalakan ke Sofia.Sofia mengibas tangannya ke udara. Dia c
Aria meluru masuk ke biliknya. Matanya penuh kemerahan. Mukanya basah dengan air mata. Tangannya memegang erat tombol pintu. Hampir tercabut tombol pintu akibat genggaman kuat tangannya. Lututnya jatuh ke bawah. Dia terduduk. Bahunya tidak berhenti terhenjut-henjut sejak dari tadi. Dia memang tak pernah sangka yang perkara macam ni akan berlaku. Selama ini, dia ingat mereka kawan baik. Kawan yang sentiasa akan menyokong dia. Kawan yang sentiasa ada pada waktu senang dan susah. Bukannya hanya pada waktu senang. Bukannya yang menggunakan dia hanya kerana dia anak dato’. Ramai dia jumpa kawan hanya menggunakan hanya untuk duit. Sejak dari itu, dia semakin rapat dengan mereka. Siapa sangka, hari ini dia dapat tahu apa yang terbuku di hati mereka. Tapi, dengan cara yang agak menyakitkan. Kenapa sebelum ini, Rania tak pernah bagitahu dia sedikit pun pasal perasaannya pada Aysar? Kenapa dia harus tahu daripada orang lain? Aria fikir, Rania dan Laura itu berbeza. Atau sebenarnya, mungkin d
Pen yang dipegang diketuk berkali-kali di atas meja. Bunyi ketukan itu menghilangkan kesunyian bilik. Berulang kali jugalah Sofia memandang Aria. Hatinya ragu-ragu sama ada perlu bercakap tentang sesuatu hal.“Aria, aku nak tanya kau something ni. Tapi kau jangan marah tau.” Bunyi ketukan pen mati. Kerusinya diangkat dan dirapatkan sedikit dengan meja belajar Aria. Suaranya begitu perlahan sekali.“Minta izin nampak. Selalu bukan kau main terjah je ke. Tanya apa?” Mata Aria masih fokus menghadap skrin komputer riba. Masih ada banyak yang perlu disiapkan.“Kau dengan Rania dan Laura tu dah tak rapat lagi ke?” Tiba-tiba saja soalan itu terkeluar daripada mulut Sofia. Dia takut juga Aria akan memarahinya.Aria mengangkat kening. Soalan So
“So, nama penuh kau Eiyad Lutfi. Menarik.” Tangannya menguis-nguis rumput di tepi. Anak matanya sesekali memandang tepat wajah Eiyad. Bibir bawahnya dijilat. Dadanya masih rasa debaran berada di sebelah Eiyad.“Apa yang menariknya? Aku rasa biasa je. Kalau bandingkan nama aku dengan kau, nama kau lagi moden. Lebih menarik aku rasa. Aria Charissa. Sedap apa.” Eiyad menongkat dagu sambil matanya merenung Aria. Gadis itu sudah tidak tentu arah memandang tempat lain. “Nama aku memanglah sedap. Tapi nama kau menarik sebab… aku suka nama Lutfi.” Aria tertunduk ke bawah. “Kenapa?”“Tak tahu.” Aria menggeleng. Dia pun tidak tahu kenapa dia suka sangat nama Lutfi. Bila nama tu disebut rasa nak tersenyum sepanjang masa.Rumput di tepi ditarik satu per satu. Dah tak perlu orang yang mesin rumput untuk bekerja. Cukup Aria dah boleh gantikan. Habis lopong sehingga menampakkan tanah yang banyak. Bila dia perasan, barulah dia melepaskan tangannya.Eiyad tersengih. Dia terhibur dengan tingkah laku