Aria berjumpa dengan Umai di kafe. Tak jauh pun kafe tu dari kolejnya. Tapi kalau jalan kaki memang basah baju. Memandangkan kelasnya dan kelas Umai pada hari itu sudah habis, jadi tiada masalah bagi mereka untuk berjumpa bersama-sama. Lagipun, Aria ada benda penting hendak dibicarakan dengan Umai.
Umai pun orangnya tidaklah sombong. Petah berkata-kata. Tapi kebanyakan kata-kata dia menusuk ke dalam hati. Masakan tidak, selepas hari perjumpaan masa tu pun dia pandai berfalsafah. Berfikiran matang. Sesuailah dengan umurnya ketika ini.
Aria dan Umai pun bukannya rapat sangat. Sekadar hubungan antara presiden dan setiausaha. Aria pun kenal Umai apabila Umai menyertai Kelab Sukarelawan. Jika tidak pasti mereka berdua tidak saling mengenali. Jadi stranger lah jawabnya.
Mereka tidak memesan apa-apa makanan melainkan air. Lagipun, fokus utama bukanlah makanan. Nanti kalau makan terlupa pula tujuan utama mereka. Walaupun dah masuk tengah hari, tapi mereka belum makan. Umai yang berbadan comel ni mesti sudah lapar.
“Masukkan nama kau? Maksud kau, kau secara tak relanya jadi presiden,” tanya Umai. Umai adalah setiausaha Kelab Sukarelawan. Dia nampak terkejut dengan penyataan Aria.
“Haah. Seingat aku, aku dah lepaskan semua jawatan yang ada. Tapi macam mana nama aku boleh ada balik. Tu yang aku pelik tu.”
“Cuma ada dua je. Sama ada kau terlupa yang kau belum lepaskan jawatan atau ada orang lain yang masukkan balik nama kau.”
Aria masih memikirkannya. Otaknya ligat berfungsi ketika ini. Memikirkan siapa yang akan masukkan namanya pun dia tak tahu. Tak baik tuduh orang. Selagi tak ada bukti, selagi tu jangan pandai-pandai tuduh orang sembarangan.
“Hah, cuba kau check balik. Tak silap aku rekod sem lepas ada lagi. Kalau kau dah lepaskan jawatan, surat tu mesti ada lagi. Tapi kalau ada orang lain yang sengaja masukkan nama kau, surat tu mungkin dah tak ada.”
“Tak apa, nanti aku check balik.”
“Lepas ni kau nak pergi mana?” Umai mencapai secawan kopi. Kopi dihirup. Mak aih panas. Melecur lidah. Cawan diletak semula. Kalau minum sekali lagi bukan lidah saja yang melecur, tekak pun melecur.
“Library.”
“Buat apa?” Umai mengerutkan dahi. Jarang-jarang nampak Aria pergi perpustakaan. Selalunya Aria akan jejak perpustakaan waktu peperiksaan nak dekat. Kalau dia pergi sebelum waktu tu memang dah tak ada kerja lainlah tu.
“Tidurlah. Petang-petang macam ni sedap tidur kat library. Lagipun bilik aku mana ada air cond. Lainlah bilik kau. Special.”
“Mana ada spesial. Bilik tu aku sewa. Mahal tau aku bayar.”
“Mahal-mahal pun kau sanggup kan tinggal situ.”
“Halah kau ni. Ni aku dah lambat ni.” Umai memasukkan buku ke dalam beg. Dia nampak terburu-buru. Cawan tadi tak diusiknya. Dibiarkan macam tu saja.
“Apa yang lambatnya? Bukan kau dah habis kelas ke?”
“Aku nak makanlah. Aku lapar.”
“Hah, yalah. Pergilah kau. Memanjang aje lapar.”
“Aria.” Seseorang memanggil nama Aria. Meja diketuk berkali-kali. Aria sedang lena tidur. Tak pasal-pasal tidurnya terganggu disebabkan entah siapa-siapa ini. Selepas berjumpa dengan Umai tadi dia terus pergi ke perpustakaan. Seperti tujuan asalnya, dia nak tidur.
“Ya?” dah masuk kali ketiga namanya dipanggil baru kepalanya ditegakkan. Terpisat-pisat dia menggosok mata. Oh, Hakimi rupanya. Ahli Kelab Sukarelawan.
“Prof. Zul nak jumpa naib presiden.”
“Prof. Zul? Nak jumpa naib presiden? Prof nak cakap pasal apa?” Keningnya bertaut dengan dahi. Selalunya kalau ada pensyarah nak jumpa mungkin dengan presiden. Tapi kenapa kali ini naib presiden. Tapi sebenarnya lagi bagus. Dapatlah dia melarikan diri. Buat apa nak susahkan diri kalau itu tanggungjawab orang lain.
“Haah. Tu aku tak tahulah. Katanya mustahak. Baik kau suruh Airil jumpa prof cepat.”
“Kat mana dia panggil?”
“Padang bola?”
“Padang bola? Okey. Nanti aku bagitahu Airil.”
“Sekarang tau.”
“Okey.”
Padang bola? Kenapa prof nak jumpa kat situ? Apa yang spesialnya padang bola tu? Nak kata prof masuk kelab bola sepak. Tak. Maybe, prof nak cuba main bola. Maybe juga kawan prof yang ajak. Tapi apa masalah pulak dengan aku? Yang prof nak jumpa tu Airil. Bukan aku.
Aria mengeluarkan telefon. Nama Airil dicari. Sesudah itu butang call ditekan. Telefon dilekapkan di telinga. Menunggu Airil angkat telefon pun dah dua minit.
“Come on. Pick up Airil.”
“Hello.” Selepas beberapa saat, Airil mengangkat telefon.
“Hey, Airil.”
“Ya. Kau nak apa? Kejap lagi aku ada kelas ni.” Suara Airil seperti dikecilkan. Mungkin ramai orang. Tak nak menganggu agaknya.
“Ni ada budak cakap dengan aku. Prof. Zul nak jumpa kau. Prof nak jumpa naib presiden.”
“Jumpa aku? Apasal pulak nak jumpa aku? Aku ni naib presiden aje. Kalau kau tu lainlah.”
“Manalah aku tahu. Dah prof yang nak jumpa. Apa-apa nanti kau tanyalah prof.”
“Okeylah. Kat mana?”
“Padang bola.”
“Padang bola? Kau jangan main-main dengan aku. Apasal prof nak jumpa kat padang bola pulak ni? Dahlah jauh.”
“Alah, nanti kau sampai sana kau tahulah. Kalau kau tanya aku pun, aku tahu apa.”
“Yalah.”
Belum sempat Aria melentokkan kepala, datang lagi seorang kepadanya. Memang tak aman hari ni. Tadi Hakimi datang. Ni siapa pula ni? Memang semua orang nak kacau dia tidur. Tak boleh tengok orang tenang langsung.
“Aria.”
Aria menoleh. Oh, budak baru. Eiyad menarik kerusi di hadapan Aria. Tapi belum sempat lelaki itu nak duduk Aria menahan.
“Kejap. Kau buat apa kat sini?”
“Buat apa lagi? Saya nak duduklah. Takkan salah kot. Lagipun, bukannya tempat ni berpunya pun, kan. Jadi saya tak rasa duduk atas kerusi ni salah.”
Aria mencebik bibir. Makin dilayan nanti makin parah.
“Habis tu tadi kau panggil nama aku kenapa? Saja nak bagitahu semua orang yang nama aku Aria. Hah jawablah.”
“Shh... diamlah. Ni perpustakaan. P.E.R.P.U.S.T.A.K.A.A.N. takkan tak tahu. Dalam perpustakaan kena diam.” Eiyad meletakkan jari telunjuknya dimulut. Matanya memandang sekeliling. Takut juga orang memandang. Suara Aria ni kalau tak dikawal memang kuat.
“Whatever.”
“By the way kan. Alang-alang kita tengah bercakap ni, aku nak tanya kau somethinglah.” Eiyad duduk. Begnya diletakkan di kerusi sebelah. Mukanya dirapatkan sedikit ke hadapan dengan muka Aria.
“Tanya apa?” Aria menongkat kepalanya dengan tangan.
“Kau pernah tak rasa mimpi kau tu macam real? Macam kau memang betul-betul ada kat situ. Lebih tepat lagi sebenarnya kau pernah ada masa kejadian tu berlaku. Macam flashback lah.”
“Kau tanya pasal mimpi eh? Erm, aku pernahlah sekali dua jadi macam tu. Lagipun, benda tu normal apa.” Tangannya diturunkan. Seolah-olah serius apabila Eiyad mula bertanya.
“Kau yakin ke benda tu normal?”
“Yalah, sebab semua orang akan rasa benda tu, kan. Jadi, kalau berlaku kat aku sekali pun tak peliklah. Lagipun, benda macam ni saintis dah buat kajianlah.”
“Maksud kau, secara saintifik tu macam mana?”
“Secara saintifik, fenomena ni dinamakan ‘recurring dreams’.”
“Ohh, ‘recurring dreams’ eh. Pertama kali aku dengar ni.”
“Biasanya orang dewasalah yang akan alami benda-benda macam ni. Kebanyakannya adalah wanita. Tapi percentage lelaki dengan perempuan tak jauh beza pun. Jadi possible untuk seorang lelaki kena pun tinggi.”
“Kadang aku pelik juga dengan kau ni,” Eiyad membelakangkan tubuhnya. Tangan disilang.
“Apa pasal pula?” Aria mengerutkan dahi. Baru dua tiga hari kenal Eiyad dah pelik dengan dia. Macam tak betul saja. Mana ada orang yang pertama kali jumpa terus dapat tahu perangai sebenar orang lain.
“Yalah, kau ni ambil jurusan architecture atau psychology ni. Aku tanya pasal mimpi pun kau boleh jawab. Hebat betul kau ni belajar dua benda dalam satu masa.”
“Alah, kalau dah minat nak buat macam mana. Benda yang kita minat jangan halang. Tapi explore. Tapi tak ada rezeki, kan. So continue with the second option.”
“So, kau tak minat jurusan sekarang ni lah?” duga Eiyad. Adakalanya betul. Adakalanya salah. Kalau nak ambil jurusan lebih baik ambil apa yang kita minat. Kalau ambil yang tak minat rasa tak faedah pula. Tapi ilmu tetap ilmu dan harus dibawa kemana-mana.
“Eh, taklah. Aku minat aje. Architecture ni aku letak nombor dua tau. Jangan ingat second option tu datangkan keburukan kat kau. Think positive. Even kalau kita tak minat sesuatu, kita try and error lah. Mana tahu sebenarnya kita boleh dapat rasa minat kat perkara lain. Minat boleh dipupuk tau.”
“Ohh. Yalah, panjang pula kau bersyarah eh.” Eiyad membetulkan rambutnya sedikit. Ada pantulan dirinya pada cermin di hadapannya.
“Eh, tadi kau suruh aku senyap. Sekarang ni kau yang ajak aku borak.” Aria memerhatikan sekeliling. Ada yang belajar. Ada yang tidur. Ada yang tengok televisyen. Dan ada yang bercakap. Macam dialah.
“Alah, kau ni. Gurau ajelah.”
“Samalah macam cinta, kan. Kalau kau dah minat lelaki pertama tapi dia bukan untuk kau. So kau kena try and error lah kat lelaki nombor dua,” sambung Eiyad lagi.
Satu jentikan kuat terkena pada dahi Eiyad. Hah, kena kau. Puas hati. Ada ke patut dia kaitkan mimpi dengan hal cinta. Terkejut Aria bila dia mendengar Eiyad cakap macam tu. Menerewang habis dari topik yang dibincangkan.
“Ishhh, kau ni. Yang kau sibuk kaitkan dengan cintan-cintun ni dah kenapa. Tadi bukan kau tanya pasal mimpi je ke. Dah jauh sangat ni. Tu padahnya.”
“Aduh, sakitlah Ari. Kau ni kasar jugak eh. Tak boleh nak berlembut langsung.” Eiyad mengusap dahinya.
“Ari?”
“Okey, okey. Sorry. Sebut Ari pun takkan tak boleh. Ni kalau ada orang yang buat kau marah memang habislah mati dia tu.”
Aria terpempan apabila Eiyad memanggil dirinya Ari. Tiada suara lagi yang dikeluarkan. Dirinya rasa serba tak kena. Berulang-ulang kali dia membetulkan posisi duduk. Tapi tetap tak selesa. Dia cuba meletakkan kepalanya di atas meja. Mata dipejam rapat.
Eiyad memerhatikan Aria. Mungkin dia mengira Aria nak tidur balik. Jadi dia pun senyap tak membalas apa-apa. Silap-silap nanti dahi yang luas tu nanti kena jentik lagi.
Tapi dalam fikiran Aria kini hanyalah. Ari...
Suasana dalam bilik itu gelap. Tapi Aria masih tekun buat assignment. Hanya cahaya dari komputer riba yang menerangi bilik itu. Baru minggu pertama tapi assignment dah berlambak. Alah, biasalah tu. Nanti dah habis belajar nanti rindu pula.Tangan Aria ligat menekan butang papan kekunci. Mata dia tepat memandang ke arah skrin tanpa perlu memandang papan kekunci. Hebat betul dia ni. Dahlah gelap. Nak kerja sebagai human resource ke? Sofia di sebelahnya pun tak kurang sibuk juga. Muka pun nampak berkerut. Serius sangat tu.“Aria. Banyak ke assignment kau?” Sofia mengeliat. Dia meregangkan badannya.“Banyaklah juga.” Matanya masih tepat memandang skrin. Kepala pun tidak ditoleh semasa Sofia bertanya. Masih fokus di hadapan komputer riba.“Bila nak kena hantar?” Sofia menyimpan bukunya. Komputer ribanya ditutup.“Esok.”“Esok hantar hari ni kau siapkan. Bertuah betul budak ni.” Sofia men
Aria, Rania dan Laura kini berada di dalam bilik. Bilik itu dihuni oleh Rania dan Laura. Mestilah cantik. Masuk saja sebelah kaki ni bau haruman tu menjengah ke lubang hidung. Makan tengah hari mereka di situ. Kalau masuk bilik Aria nanti ganggu Sofia pula. Sofia pula jarang bawa masuk kawan dalam bilik. Mungkin inginkan privasi.Laura membuka bungkusan makanan yang baru dibelinya tadi. Nasi putih, sayur sawi dan ayam sambal. Memang sedap. Perut yang tadi kosong kini mengetuk pintu untuk diisi. Bilik yang tadi harum dengan wangian kini diganti dengan haruman sambal ayam.“Aria, apa dah jadi tadi?” sambil itu Laura menyumbat nasi ke dalam mulut. Aria sempat bercerita dengan mereka tadi pasal pendrive yang hilang itu. Tapi tak sempat dihabiskan gara-gara kemaruk lapar.“Haah, Aria. Macam mana kau boleh cuai?” tanya Rania. Posisi duduknya kini di labuhkan di atas katil.“Malam tadi aku dah prepare everything. Aku memang dah past
Dari jauh Eiyad nampak Aria duduk keseorangan di kafe. Apa yang dia nampak di hadapan Aria hanyalah sekotak minuman saja. Lantas kaki dia masuk ke dalam kafe dan membeli sesuatu. Bibirnya mengukir senyuman. Mengharapkan Aria menerima pemberiannya. Sudah lama dia tak berjumpa dengan Aria. Perjumpaan kelab sehari seminggu pun bukan selalu dia ada. Dia pun sibuk dengan halnya.Nak harapkan Aria berjumpa dengan dia. Nak kena tunggu pokok berbuah agaknya. Walaupun nombor telefon Aria dia dah dapat. Tapi Aria tak pernah membalas mesejnya. Betul-betul dingin gadis itu dengannya. Menurut Umai, hubungan Aria dan Aysar lebih daripada kawan. Tapi setahu dia, daripada apa yang dia nampak, Aria sering menyendiri. Itu bermaksud Aria dan Aysar memang tak ada hubungan apa-apa. Tapi, takkanlah Aria tak simpan sikit pun perasaan untuk Aysar.Eiyad berjalan mendekati Aria.
Bungkusan hadiah dan sandwic dibelek lama. Walaupun bungkusan hadiah tampak lebih misteri, tetapi pemberian sandwic lebih memberi perhatian. Lama Aria merenung sandwic tu. Entah bila nak dimakannya.Sejak balik dari kelas tadi, dia hanya baring dan tersenyum keseorangan. Rasa berbunga di dalam hati. Seolah-olah ada rama-rama di dalam perutnya. Dia memegang pipi. Bahang masih terasa sehingga kini.“Habis pun kelas. Penatnya aku hari ni,” Sofia membuka pintu. Dia meregangkan badannya. Beg dicampak ke atas katil. Aria agak terkejut apabila Sofia tiba-tiba masuk ke bilik.“Eh, kau ni dah kenapa tersenyum sorang-sorang ni. Macam kena sampuk hantu je.”Aria menoleh. Bantal dicampak ke arah Sofia.&ldqu
Aria bangun daripada tidur. Kepalanya terasa amat berat sekali. Beberapa kali dia memicit kepalanya. tapi rasa sakit itu masih tidak hilang.“Aku mimpi apa malam tadi? Kenapa rasa macam sedih?” Dia tidak mengingati mimpi malam tadi. Dada dipegang. Hati ni rasa sayu saja. Sudah puas dia cuba untuk ingat. Tapi hampa, satu pun tak keluar daripada kepalanya.Sejurus itu, dia mengejutkan Sofia untuk sama-sama mengerjakan solat Subuh. Tapi, Sofia agak liat. Susah untuk mengejut dia. Sejak jadi teman sebilik dengan Sofia, jarang sekali dia nampak gadis itu solat. Tapi, mungkin di belakangnya dia solat. Malas dia hendak menuduh yang bukan-bukan.Habis saja solat, dia membelek telefon. Ada satu mesej yang belum dibaca. Daripada papa. Dato’ Fahad mahu menjenguknya sebentar di kolej. Terus Aria campak telefon
Buku nota yang dipegang dipeluk rapat ke dada. Mulut Aria terkumat kamit menghafal nota. Kuiz akan bermula bila-bila masa saja sebentar lagi. Mujur pensyarah tak sampai lagi. Sejak perjalanan dia ke kampus dari kolej buku itu melekap di tangannya. Tak berhenti-henti mulutnya berbunyi.Rasa getar di dada apabila Puan Syifa tiba-tiba baru malam tadi notifikasi tentang kuiz yang akan dibuat pagi ini. Jadi, semua pelajar satu kelas dengan Aria gundah gulana. Ada yang merungut. Tak suka dengan kuiz mengejut. Ada juga yang kaki tidur. Semuanya diperhati Aria.Beberapa kali jari jemarinya bermain di atas meja. Sungguh sekarang ni dia tak tahu apa yang dia belajar. Fikirannya tiba-tiba kosong. Terus dia mengambil semula nota dan dihafal lagi. Takut pula waktu kuiz nanti tak dapat jawab.“Aria.”
Kaki Aria dibawa laju pergi meninggalkan Eiyad. Mukanya teruk kemerahan. Boleh meletup kalau dah sampai masa. Nafas ditarik hembus berulang kali sehingga lega. Dia berhenti melangkah sedari Eiyad sudah berada jauh daripadanya.Punggung diletak di bangku yang tersedia di bahu jalan. Beberapa orang mahasiswa yang lalu tersenyum memandang dia. Mereka sempat berbisik sesama sendiri. Acap kali dia terdengar namanya naik. Aria turut membalas senyuman meskipun hal sebegitu jarang sekali berlaku. Senyuman dia penuh dengan rasa pelik. “Hai, Aria.”Aria terkejut. Bahunya ditepuk Laura. Gadis itu memang suka buat orang terkejut.“Hai.”Laura tersenyum memandang dia tak henti-henti. Aria menaikkan sebelah keningnya ke atas. Laura kalau buat macam tu mesti ada sebab. Tapi apa yang difikirkan Laura? fikirnya tak henti-henti.“Kau dulu kata tak nak. Sekarang, siap post kat media sosial lagi. Tapi apa-apa pun, I’m happy for you.”“Apa benda kau cakap ni? Nak happy untuk aku apa pasal? Lagi satu, ka
Aria mendorong dirinya ke belakang. Nafasnya tersekat-sekat di kerongkong. Matanya membulat besar. Dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata ketika ini. Sungguh dia terkejut dengan apa yang berada di hadapannya.“Aku buat apa dekat sini. Kenapa orang tu adalah aku? Kenapa aku sanggup biarkan kau dipukul? Aku memang kawan tak guna. Aku minta maaf, Arisya. Aku minta maaf.”Tubir mata yang bertakung sedari tadi, terlepas begitu sahaja. Tangannya menggigil kencang. Dia mendekatkan dirinya ke arah ‘dirinya’ yang terlentang berdarah di atas lantai.Dia cuba memegang “dirinya’ tapi gagal. Yang dia rasa cumalah angin. Kosong! Badannya terhenjut-henjut menangis. Hatinya sungguh hiba. Kenapa mesti macam ni berlaku? Kenapa susah sangat dia nak selamatkan kawan baik dia?Lututnya terketar-ketar mendekati Arisya. Sekali lagi dia cuba memegang, tapi hampa yang dia dapat. Dia betul-betul mahu selamatkan Arisya. “Arisya, kau kuat? Bangun, Arisya! Bangun!”Nafasnya tercungap-cungap. Air mata di pipi di
Selesai makan tadi, Aria minta diri ke tandas. Tak tahulah macam mana dia boleh habiskan satu cawan air yang besar tu, padahal sebelum ini dia liat sangat nak habiskan separuh cawan. Apa tidaknya, Eiyad kerap kali pandang dia sampaikan dia sendiri naik segan.Dia tak tahulah kenapa bila dengan Eiyad tu dia rasa lain sangat. Pipi ni asyik nak panas aje. Agaknya kalau dia tak bubuh make-up, memang pijar muka dia.Usai lepaskan hajat, dia membasuh tangan. Bahunya terlanggar seseorang.“Minta maaf, saya tak sengaja.” Aria tundukkan kepala sedikit.Tapi itu semua tak berakhir di situ. Aria dapat rasa tenungan mata seseorang. Matanya kembali memandang sosok yang dilanggarnya tadi.Ada apa-apa masalah ke? Kenapa pandang dia macam tu? Aria buat tak tahu. Tapi raut muka perempuan itu seperti teringat akan sesuatu.“You anak Dato’ Fahad, kan?” Jari perempuan itu berulang kali digoyangkan ke arah Aria. Matanya dipejam celik mengingati rupa lelaki itu.Aria tidak menjawab. Dia takut ada sesuatu y
Tak. Ini semua tak boleh jadi. Aria tak boleh tahu alasan sebenar di sebalik semunya. Sofia helus nafas kasar. Susahnya nak fikir! Kenapalah dia cuai? Aria itu bukannya bodoh. Dia tetap tak nak kalah dengan Aria. Benda macam ini tak sepatutnya habis macam itu saja.Tangannya mengetuk-ngetuk meja sehingga seluruh meja bergegar. Lelaki di hadapannya berkerut dahi. Baru lima minit panaskan punggung, dia lebih tak tenteram dengan Sofia yang dari tadi khuatir semacam.“Kenapa, Sofia? Apa yang ganggu Sofia sekarang ni? Bagi tahu abang. Kita settlekan masalah ni.”Sofia raup mukanya. Lelaki ini saja harapan dia untuk balas dendam. Dia cuma ada abang. Dia cuma ada seorang abang selepas adiknya… MATI! Dan dia harap sangat abang tak akan membelakangkan dia. Dia dah tak sanggup nak tengok kebahagiaan Aria! Perempuan itu patut mampus dari dulu!“Kita kena buat plan baru. Aku rasa kita akan kantoi nanti. Abang, kau ada plan lain tak? Something yang akan meruntuhkan dia? Aku suruh kau rapat dengan
Aria sandarkan tubuhnya di balik dinding. Dia keluh kesah. Berat sangat semua ni berlaku. Dengan perangai Rania yang pelik-pelik. Dia tak faham. Kenapa Rania tak berterus terang dengan dia? Kenapa Rania marah sangat dengan dia? Kenapa Aysar adalah penyebab di sebalik semua tu? Huh. Sedikit sebanyak, dia rasa menyesal tak minta maaf awal-awal hari tu.Marah betul Rania pada dia. Salah besar ke apa yang dia buat tu? Kenapa Rania tak faham? Ada yang tak kena ni. Tapi apa? Dia pergi bilik Rania cuma nak tahu dari mulut Rania saja. Tapi gadis itu marah besar. Aria gelengkan kepalanya.Aria terpandangkan sesuatu. Anak matanya membesar dengan cepat. Macam mana dia boleh lupa kotak hadiah hari tu? Dia bongkokkan tubuh mengambil kotak itu di bawah katil. Tangannya menepuk habuk yang mengelilingi. Dia terbatuk-batuk.“Ini Airil yang bagi. Tapi bukan daripada dia. Habis tu, siapa yang bagi eh?” Aria tertanya sendiri. Kotak itu digoncangkan. Telinga dilekap. Nampak mencurigakan. Tapi tak akanlah
Tangan memegang dua cawan air sejuk yang dibeli dari kafe. Kaki Laura berjalan ke arah Rania. Kepalanya pusing memikirkan apa yang berlaku tadi. Tak sangka pula Aria ada di perpustakaan. Kalau tak, mesti dia dah halang mereka dari bertembung.Punggungnya diletak di hadapan Rania. Satu cawan air ditolak ke depan.“Rania, kau okey?” Rania dari memicit pelipisnya. Langsung air yang dibeli diteguk laju membasahi tekak. Dapat dirasakan di lehernya halkum yang bergerak. Habis saja cawan diletak.“Ya, aku okey. Pasal tadi tu…” jari jemarinya bermain di bawah meja. Perasaannya kurang enak.“Apa pula alasan kau kali ni?” tiba-tiba Laura mencelah. Dia pun nakkan jawapan daripada Rania. Dia tahu Rania taklah sekejam tu. Tapi kenapa Rania sampai sanggup buat macam tu sekali kat Aria.Rania terdiam. Bibirnya dijilat sekilas. Rasa gelisah dengan peristiwa tadi. Hatinya tak tenang semenjak bergaduh dengan Aria.“Kau mesti tak faham kan kenapa aku buat semua ni?” kepala Rania ditunduk ke bawah.“Mem
Aria meregang badannya sejurus keluar dari kelas. Teruk juga dia kena marah dengan pensyarah tadi. Mana taknya, hampir separuh dari masa kelas tu dia terlambat.Sudahnya, dia dibebel lama di depan kelas. Mujur hatinya kental. Kalau tak, dah berjurai air mata jatuh.“Aria, kau nak nota yang aku sempat salin ni tak?” soal Irdina.Irdina menyelongkar isi dalam beg. Satu per satu buku dibelek. Jumpa saja buku yang nak diberi terus dihulur kepada Aria. Buku bertukar tangan.“Boleh juga. Thank you, Dina.” Aria meneliti isi dalam buku. Kemas. Memang perangai Irdina macam ni. Semuanya teratur. Dahlah baik hati pula tu. Kalau Irdina tak bagi, mesti susah dia nak belajar.“Welcome. Lagipun, kau bukan sengaja kan datang lambat. So, just in case, kalau kau tak datang tadi, aku memang dah siapkan nota nak bagi kau pinjam.” Irdina memegang bahu Aria.“Ya… aku tak sengaja tadi. Okey, nanti aku pu
Selepas kelas pagi tamat, Sofia berjalan-jalan di sebuah tasik yang tidak jauh dari kampus. Pada waktu ini, tak banyak angin yang dapat menyejukkan kulit. Cuaca terlalu panas. Tapi dia datang sini bukanlah suatu perkara yang menyia-nyiakan.Raut mukanya penuh dengan senyuman sinis. Hatinya rasa gembira sekali apabila dia teringatkan tangisan Aria yang berjela-jela malam tadi. Bagai apa yang dia mahukan hampir terlunas di malam hari.Punggungnya diletak di bangku yang betul-betul menghadap tasik. Selalunya para pemancing memang dah ada di situ. Tapi mungkin terlalu awal, jadi mereka belum sampai lagi. Dia mengeluarkan kipas elektronik dan dihalakan ke wajah. Sejuk sahaja. Aman damai rasanya.“Aku dengar pelan kita menjadi.” Seorang lelaki yang entah dari mana tiba-tiba datang duduk di sebelah Sofia. Pakaiannya hitam dan berspek mata hitam. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket. Sepuntung rokok dihisap. Asap yang terkeluar dihalakan ke Sofia.Sofia mengibas tangannya ke udara. Dia c
Aria meluru masuk ke biliknya. Matanya penuh kemerahan. Mukanya basah dengan air mata. Tangannya memegang erat tombol pintu. Hampir tercabut tombol pintu akibat genggaman kuat tangannya. Lututnya jatuh ke bawah. Dia terduduk. Bahunya tidak berhenti terhenjut-henjut sejak dari tadi. Dia memang tak pernah sangka yang perkara macam ni akan berlaku. Selama ini, dia ingat mereka kawan baik. Kawan yang sentiasa akan menyokong dia. Kawan yang sentiasa ada pada waktu senang dan susah. Bukannya hanya pada waktu senang. Bukannya yang menggunakan dia hanya kerana dia anak dato’. Ramai dia jumpa kawan hanya menggunakan hanya untuk duit. Sejak dari itu, dia semakin rapat dengan mereka. Siapa sangka, hari ini dia dapat tahu apa yang terbuku di hati mereka. Tapi, dengan cara yang agak menyakitkan. Kenapa sebelum ini, Rania tak pernah bagitahu dia sedikit pun pasal perasaannya pada Aysar? Kenapa dia harus tahu daripada orang lain? Aria fikir, Rania dan Laura itu berbeza. Atau sebenarnya, mungkin d
Pen yang dipegang diketuk berkali-kali di atas meja. Bunyi ketukan itu menghilangkan kesunyian bilik. Berulang kali jugalah Sofia memandang Aria. Hatinya ragu-ragu sama ada perlu bercakap tentang sesuatu hal.“Aria, aku nak tanya kau something ni. Tapi kau jangan marah tau.” Bunyi ketukan pen mati. Kerusinya diangkat dan dirapatkan sedikit dengan meja belajar Aria. Suaranya begitu perlahan sekali.“Minta izin nampak. Selalu bukan kau main terjah je ke. Tanya apa?” Mata Aria masih fokus menghadap skrin komputer riba. Masih ada banyak yang perlu disiapkan.“Kau dengan Rania dan Laura tu dah tak rapat lagi ke?” Tiba-tiba saja soalan itu terkeluar daripada mulut Sofia. Dia takut juga Aria akan memarahinya.Aria mengangkat kening. Soalan So
“So, nama penuh kau Eiyad Lutfi. Menarik.” Tangannya menguis-nguis rumput di tepi. Anak matanya sesekali memandang tepat wajah Eiyad. Bibir bawahnya dijilat. Dadanya masih rasa debaran berada di sebelah Eiyad.“Apa yang menariknya? Aku rasa biasa je. Kalau bandingkan nama aku dengan kau, nama kau lagi moden. Lebih menarik aku rasa. Aria Charissa. Sedap apa.” Eiyad menongkat dagu sambil matanya merenung Aria. Gadis itu sudah tidak tentu arah memandang tempat lain. “Nama aku memanglah sedap. Tapi nama kau menarik sebab… aku suka nama Lutfi.” Aria tertunduk ke bawah. “Kenapa?”“Tak tahu.” Aria menggeleng. Dia pun tidak tahu kenapa dia suka sangat nama Lutfi. Bila nama tu disebut rasa nak tersenyum sepanjang masa.Rumput di tepi ditarik satu per satu. Dah tak perlu orang yang mesin rumput untuk bekerja. Cukup Aria dah boleh gantikan. Habis lopong sehingga menampakkan tanah yang banyak. Bila dia perasan, barulah dia melepaskan tangannya.Eiyad tersengih. Dia terhibur dengan tingkah laku