“ Sini boleh nampak bintang cantik cantik tau. Buat awak rasa tenang.”
Dia mula tersenyum. Aku menarik tangannya. Kami mencari tempat untuk duduk. Mujur ada bangku di situ.
“ Duduk lah.”
Aku jemput Aina duduk. Dia tersengih.
“ You selalu lepak dengan siapa kat sini? Ada perempuan lain ke?”
Aina mula menguji aku. Aku pantas menggeleng.
“ Huishh mana ada. Awak seorang jaa perempuan yang keluar dengan saya. Saya tak cukup hensem lah nak jadi playboy hehe.”
Jujur aku.
“ Owh kalau hensem nak jadi playboy lah?”
Soalnya lagi.
“ Mungkin.”
Ringkas jawab aku. Mata Aina membulat lantas segera mencubit aku. Aku menahan sakit sambil tersengih.
“ Gatal yer. Jangan main-main dengan I.”
Aina memberi amaran. Aku segera meminta maaf.
“ Aina. Errr kenapa awak marah ayah awak? Betul cakap ayah awak tu. D
Aku tersedar. Aku tak tahu berapa lama aku tidur. Aku pandang sekeliling. Aku berada dalam sebuah bilik. Aku lihat bahu aku sudah berbalut. Sakit yang aku rasa semakin kurang. Aku dah ingat yang aku kena culik. Aku bangun dari katil. Banyak patung-patung pelik dalam bilik ini. Aku sendiri tak faham. Aku keluar dari bilik mencari lelaki misteri yang culik aku. Aku sendiri pun tak tahu tujuan dia culik aku. Aku baru sedar dalam rumah ini ada banyak bilik. Aku masuk satu demi satu bilik tapi ada pintu yang terkunci.“ Ha bangun pun kau.”Tegur seseorang dari belakang. Aku terkejut melihat rupa dia dengan jelas. Dia sedang duduk menghadap laptop. Aku mendekatinya.“ Siot. Kau perempuan ke sebenarnya?”Ayat yang keluar dari mulut aku selepas melihat dia.“ Bodoh. Kau kenakidnapdengan abang aku. Apa faedah aku nak culik kau.”Jawabnya. Dia sambung mengunyah coklat sambil menaip keyboard
“ Bagus kau dah datang.”Dato Ramli muncul secara tiba-tiba. Dia mempelawa aku masuk ke dalam rumah. Aku tak tahu berapa banyak rumah orang tua ni ada.“ Duduk.”Aku seperti anjing. Hanya menurut arahan dari tadi. Macam ni rupanya bila ada kuasa.“ Aku rasa kau dah tahu tapi aku cuma nak ingatkan. Hari esok adalah hari paling penting. Aku akan bertanding untuk menjadi pemerintah negara ini. Jadi aku nak kau hapuskan semua musuh-musuh aku.”“ Musuh Dato? Tapi seingat saya, saya dan Zam telah hapuskan kesemua musuh Dato. Dan Dato juga memberi jaminan kepada kami bahawa tugas kami sudah selesai.”Aku menyusun kata. Aku tidak mahu dia tahu aku sudah mengetahui tentang rancangannya.“ Hahahaha kau ingat aku bodoh? Sini aku tunjuk kat kau.”Dato menekan butang pada alat kawalan jauh. Muncul paparan pada skrin. Aku terkejut apabila melihat Zam diikat. Kepalanya berlumuran dar
“ Aku tak call polis lah.”Aku cuba yakinkan dia. Setelah dia yakin dengan aku, baru dia menyerahkan telefonnya.Aku menekan pada skrin telefon. Nombor baru milik Aina aku masih ingat. Aku harap dia akan menjawab panggilan dari nombor asing ini. Aku menanti penuh harap. Bunyi deringan membuatkan aku semakin berdebar.“ Hello..”“ Sayang. I ni.”“ Fauzan? Awak kat mana? Puas saya call awak tak dapat. Dah sebulan awak hilangkan diri. Polis datang rumah saya. Tanya tentang motor awak yang tersadai tu.”“ I mintak maaf sayang. I ada urusan dekat luar. I akan balik tak lama lagi okay. I janji.”“ Awak janji dengan saya. Please jangan buat benda bukan-bukan.”“ Jangan risau. Semua akan okay. I pergi dulu yer.”“ Fauzan..I sayang you. Please balik jangan tinggal I sorang-sorang kat sini.”“ I
Aku tak tahu sudah berapa lama aku dalam van. Mereka masih setia memandang aku. Aku tak tahu apa yang bakal berlaku pada aku. Van mula berhenti. Pintu van dibuka. Sinaran cahaya menyucuk mata aku setelah lama terkurung dalam van. Aku dipaksa keluar dari van secara kasar. Aku berjalan memandang sekeliling.“ Ini lah rumah baru kau. Selamat datang ke penjara.”Lelaki berbadan sasa lengkap beruniform itu menyuruh aku masuk ke dalam. Aku rasa diri aku sangat kecil apabila melihat banduan yang lain. Mereka semua memakai baju berwarna hitam. Ada yang bersorak melihat aku masuk ke dalam penjara. Ada yang cuba menakutkan aku. Apabila aku sampai ke dalam salah satu bilik khas, tubuh badan aku diperiksa. Aku dipaksa untuk menanggalkan pakaian aku. Aku hanya mampu mengikut arahan jika tidak mahu dipukul mereka. Lima orang pengawal memerhati aku. Telefon bimbit dikeluarkan. Dompet aku juga dirampas. Setelah tidak ada lagi seurat benang pun pada badan aku, aku diberi pa
Gambar yang aku pegang terjatuh ke lantai. Aku tak percaya apa yang berlaku. Jack dah rancang semua ini dari awal.“ Sekarang kau dah faham kan. Zam dan Jack kami memang dah lama buru. Diorang ada ideologi pelik yang cuba nak disebarkan pada masyarakat. Kau sekarang telah bunuh salah seorang calon pilihan raya yang bertanding jawatan Perdana Menteri. Eh silap. Semua calon dah mati kena bunuh, Kau tahu besok siapa yang akan jadi Perdana Menteri? JACK!!!! Kau dah buat kesilapan besar.”Kamal menumbuk meja menahan geram. Aku terus jatuh terduduk. Aku dah buat kesilapan yang besar.“ Sekarang si bedebah tu bakal jadi PM. Dia akan kebal dari segala jenayah. Dari membunuh, merompak, penculikan. Bertahun kami buru dia semua ni jadi sia-sia bila dia dapat kuasa. Semua jenayah dia buat akan hapus.”Kamal melepaskan amarah. Aku hanya mampu diam. Aku tak tahu apa lagi yang boleh aku buat.“ Kau nak tahu apa yang dia
Aku makin pelik melihat dia. Lan seolah tidak kisah apa yang bakal berlaku malam ini. Aku hanya duduk memandang dari tirai besi. Polis sudah bersedia dengan apa sahaja kemugkinan bakal berlaku.“ Serang!!!”Suara seseorang dari luar. Aku terkejut apabila terdengar bunyi tembakan.Aku tunduk ke lantai. Badan aku menggigil ketakutan. Polis yang berkawal setiap banduan mula tumbang satu demi satu. Peluru sesat datang dari pelbagai arah. Tiada yang mampu selamat termasuk banduan yang berada dalam penjara. Aku curi-curi tengok hampir separuh penyerang sudah masuk ke dalam penjara. Mereka mengacu senapang dan mula menembak tanpa kasihan.“ Cari Kamal. Ini arahan Jack!!”Arah seseorang. Yang lain mula bergelumun masuk mencari mangsa mereka.Aku dapat dengar suara orang menjerit meminta tolong. Aku tak boleh bayang apa yang sedang berlaku. Aku dengar bunyi orang sedang berlari ke arah
Keadaan mula senyap. Aku masih tak boleh brain bapak kandung kekasih aku merupakan ketua gengster. Aku rasa pasti Aina juga tak dapat terima kenyataan ini. Hipotisis yang aku boleh buat ialah mak Aina tinggalkan Lan kerana tidak mahu lagi hidup dalam dunia gelap. Yes yes!!! Aku pasti dan yakin. Aku memandang Lan. Dia cuba sorok air matanya. Ady dan Salman berbual-bual kosong sambil berjalan.Kamal mengawal dari belakang takut-takut ada musuh menyerang hendap. Aku? Seperti biasa masih lagi keliru dengan apa yang berlaku cuma bezanya kali ini aku memegang pistol. Aku tak tahu yang mana paling merunsingkan aku. Adakah aku bakal dibunuh atau apabila dapat tahu bapa kandung kekasih aku merupakan seorang ketua gengster yang kami berkongsi sel?“ Kau tak perlu risau. Aku takkan bunuh kau sebab bercinta dengan anak aku.”Suara Lan bergema. Aku terus terjaga dari lamunan.“ Errr hehe. Saya pun tak tahu pasal tuan.”
“ Kau pasti kau mahu berpihak pada Jack?”Soal Kamal kepada aku.“ Aku tak kata aku sokong Jack. Cuma aku nak tengok sejauh mana agenda dia.”Aku perlu menyiasat rancangan yang mahu Jack lancarkan.“ Kami turut serta sekali kalau betul kau nak buat.”Ady tidak berfikir lama untuk menyokong aku. Salman juga setuju.“ Okay. Kalau dua ekor ni dah join kau takkan aku nak diam.”Kamal bersetuju. Aku gembira kerana mereka bertiga percaya dengan pilihan aku.Kami berempat telah bertemu Jack secara rahsia. Jack memberitahu bahawa terdapat kumpulan perisik yang mahu menyerang negara. Perisik tersebut merupakan pembunuh upahan yang dianggotai orang luar. Kami mendapat arahan untuk membunuh tanpa bicara. Bayaran sebanyak RM 80 ribu sebagai ganjaran kepada kami. Jumlah yang cukup besar untuk pembunuhan. Kami setuju.Berbulan-bulan kami melakukan kerja ini da
Encik Ismail terkejut. Dia menelan air liur selepas membaca diari itu. Apa yang berlaku ni? Wan tak melakukan perkara ini sendirian? Siapa yang membantunya? Encik Ismail duduk bersandar. Diari Wan dan penulisan yang dia tulis tidak sama. Ada perbezaan. Yang mana satu yang benar?Encik Ismail tidak mengalah. Dia kembali menyelak semula helaian kertas penulisan Wan. Dia jurut turut membelek diari itu sekali lagi. Encik Ismail perasan ada sesuatu yang tak kena pada diari Wan. Ada kesan seperti halaman ini dikoyak dengan kemas. Wan diperangkap? Tak mungkin. Nak taknak Encik Ismail perlu siasat sendiri. Dia perlu pergi ke hospital.Keesokan harinya, Encik Ismail bertolak dari rumah ke hospital. Dia perlu tahu sesuatu. Encik Ismail bertemu seorang doktor secara rahsia.“Mail, aku dahcheck. Memang ada yang tak kena. Aku tak dapat lakukan pengecaman mayat sebab semuanya macam sengaja dilakukan. Rambut mayat
“Diminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing. Kita mengalami sedikit masalah teknikal.” Ucap pemandu tren dengan nada sedikit gugup.Aku pasti ada perkara yang tak di ingini berlaku. Adila memegang tangan aku. Tangannya sejuk. Aku pegang erat. Aku takkan lepaskan dia kali ini.“Wannnnnn!!!!” Jerit Adila sambil menunjuk ke arah luar.Ada tren menuju ke arah kami secara berdepan. Tren kami naiki cuba untuk mengelak namun tersasar dari landasan. Perlahan-lahan tren kami mengeluncur jatuh. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi bergesel di tepi telinga aku.Adila sudah jauh terpelanting bersama penumpang yang lain. Lampu tren terpadam serta merta. Ada benda yang menghempap badan aku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku perlu mencari Adila. Aku menggunakan segala kudrat yang aku ada untuk menolak benda yang berada di atas badan aku. Aku berjaya. Aku bangun berdiri. Aku berja
Sampai sahaja di penjara, Encik Ismail melangkah masuk. Dia melihat pegawai yang lain sudah bersedia. Encik Ismail berdiri di hadapan sel banduan tersebut. Mereka melihat banduan akhir itu tidak seperti biasa. Kali ini semuanya terasa berbeza. Nafasnya. Tutur katanya. Langkahnya ketika berjalan. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya di dunia. Jadi dia mahu manfaatkan saat-saat yang bakal berlalu dengan baik. Sujudnya kali ini lama. Pegawai penjara menanti penuh sabar. Banduan itu memberi salam terakhir. Usai mengusap muka, pegawai itu mula bangun bersedia.“ Assalammualaikum Wan..”“ Walaikummussalam.”“ Sudah tiba masanya.”Jantung terasa berhenti seketika. Encik Ismail terasa sentap apabila melihat wajah banduan itu ditutup dengan karung hitam. Entah bagaimana perasaan banduan itu. Mereka melangkah ke bilik khas. Bilik dijatuhkan hukuman. Encik Ismail, orang yang bertanggungjawab menguruskan hukuman. Sebak hatinya.
"Ini fasa terakhir. Kau perlu lihat. Jangan pernah berpaling. Faham?" Ain serius memberitahu aku."Aku faham. Maafkan aku." Aku menanti apa yang bakal aku lihat."Bagus. Kita mulakan." Ain memetik jari."Kau tersenyum girang. Kau melihat jam di tangan. Pukul 9.30 malam. Kau berjanji bertemu Zulaikha pada pukul 11.00 malam. Dia meminta kau datang ke rumahnya kerana dia sudah masakan makanan kegemaran kau. Jadi kau menaiki motor menuju ke kedai Secret Recipe. Kau memilih kek kegemarannya. Red Velvet, kegemaran dia. Tidak mengapa walaupun mahal sedikit asalkan dia gembira. Kau terus menuju ke rumahnya. Kau melihat jam, baru pukul 10.15 malam. Kau berada beberapa langkah di hadapan rumahnya.Kotak kek dibuka, kau letakkan lilin di atas kek. 4 batang lilin diletakkan. Lilin dinyalakan. Kau tersenyum melihat persiapan yang dilakukan. Belon yang kau bawa dari kedai turut bersama kau pegang erat. Takut terlepas sia-sia
"Yee betul. Tulah perempuan yang kau tergilakan sangat tu." Sindir Ain. Aku melihat Zulaikha berjalan menghampiri aku yang lagi satu."Jom kita pergi lebih dekat. Baru syok dengar dia cakap." Aku akur dengan Ain. Kami berdua pergi menghampiri mereka. Aku mendengar apa yang Zulaikha cakap ketika itu." Wan dah banyak berubah. Dah lama kan kita tak jumpa.""Zulaikha pergi mana selama ini? Berhenti sekolah. Hilang macam tu jaa. Tak kesian dekat Wan ke?"Wan tak faham. Zulaikha buat semua tu ada sebab.""Sebab apa? Sebab tak mahu tengok muka Wan lagi? Eh Wan tak kisah lah Zulaikha tolak cinta Wan. Sakit tu biasalah. Tapi lama-lama akan sembuh juga. Tak perlu sampai larikan diri.""Bukan sebab tu. Zulaikha sayangkan Wan. Itu sebab yang Zulaikha kembali semula jumpa Wan. Zulaikha harap hati Wan masih belum berubah. Masih adakah lagi nama Zulaikha dalam hati Wan?"Zulaikha mengenggam tangan aku. Matanya
Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Aku perlu kejar tren kerana aku ada kelas pada keesokan hari. Aku bertemu Husna dan ayahnya terlebih dahulu."Lah ingatkan Wan tidur sini?" Ayah Husna terkejut apabila aku ingin meminta diri untuk pergi."Entah. Boleh lepak sampai ke pagi. Dah lama kita tak borak." Husna menarik muka."Alaa, kau sembang jelah dengan suami kau tu." Pujuk aku. Dia menjelir lidah. Aku bersalaman dengan suaminya. Not bad segak dari aku. Dasar memilih Husna ni.Sekali lagi aku memanggil grab untuk mengambil kami ke stesen ktm. Tidak menunggu lama, terus muncul kereta berhenti di depan aku. Aku dan Zulaikhamasuk ke dalam perut kereta. Aku melambai ke arah Husna. Kereta meluncur laju ke stesen ktm. Aku sedang bertarung dengan masa sekarang ini. Harap-harap sempat lah.Aku menarik tangan Zulaikhaberlari ke arah kaunter. Kami bertuah kerana masih ada lagi mrt. Aku perlu tu
Aku menyarung jaket yang tertulis MARVEL. Seluar jean biru dipakai. Dompet dan kunci dimasukkan ke dalam beg sandang. Telefon di atas meja aku ambil. Nombor prebet di dail. Prebet ini lebih kurang macam grab tapi prebet ini kebanyakan dalam universiti pelajar yang buat. Macam kereta sapu. Setelah selesai melakukan perjanjian dengan prebet, aku keluar dari bilik."Mu nak pergi mana?" Soal rumet aku melihat aku yang bangun awal pada hari Sabtu. Sesuatu perkara yang ajaib bagi dirinya melihat aku menewaskan matahari yang belum muncul lagi."Aku nak pergi KL. Ada kerja sikit." Jawab aku memberi jawapan selamat."Ooo ok.." Balas dia sambil masuk ke bilik bersama alat tulis. Tak lain tak bukan melukis je kerja dia sepanjang minggu ni.Aku menuruni tangga. Ini masalah bila asrama kau tingkat tiga. Kalau tertinggal barang memang naik turun lah kau sambil terkejar-kejar bas. Aku memandang sekitar cafe. Kereta myvi silver bernombor WDA 1
"Ain. Panggil saja Ain." Jawabnya sebelum bayangan dia hilang. Aku memandang kertas itu. Bibir aku mengukir senyuman.Selepas selesai urusan borang-borang pendaftaran, kami beratur mengambil kunci kolej. Ada beberapa nama kolej seperti KHAR, KUO, KAB, KZ. Itu jaa aku ingat. Aku ditempatkan di kolej KHAR. Tingkat 3? Pfttttttt. Aku menaiki tangga sambil menggalas beg yang aku bawak. Aku bawak apa sial berat sangat ni. Sampai saja di tingkat 3, aku memulas tombol pintu. Ada beberapa orang sedang duduk berbual. Aku rasa mungkin ini housemate aku. Aku senyum sambil berjabat tangan. Aku masuk ke dalam bilik aku. Beg diletakkan di atas lantai. Aku join mereka lepak di ruang tamu. Sesi perkenalan. Nak duduk 3 tahun kan mesti kena kenal dengan housemate kau. Ada yang dari Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Aku oke jaa negeri mana pun. Aku tak rasis. Janji ngam dengan aku, oke jaa. Angka jam menunjukkan tepat pukul 2 petang. Aku meminta izin untuk mandi. Mahu segarkan badan dan solat. S
"Kau yakin ke kau boleh setia bila masuk universiti nanti?" Soal Adila."Alaa walaupun dekat sana aku dihidangkan perempuan yang lawa macam bidadari tapi hati aku tetap pilih kau. Janji.." Jawab aku yakin dengan janji yang belum pasti. Aku dengar dia ketawa."Eleh lelaki macam kau ni mulut manis. Bahaya sikit." Aku tersengih. Perempuan. Sikap syak dan ragu-ragu tidak mungkin boleh berpisah."Serius lah. Tak percaya sudah." Rajuk aku. Sengaja mahukan perhatian dari dia."Gedik ahh kau nak merajuk bagai hahaha.." Kami berdua ketawa. Masing-masing tidak berhenti berkongsi cerita.Aku tersenyum. Gambar-gambar itu aku ambil lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Aku mahu membawa kenangan ini bersama aku. Selesai memeriksa segala kelengkapan, aku berbaring di atas katil. Hari esok. Tidak sabar untuk aku tunggu.Perjalanan yang memakan masa 4 jam dari tempat asal aku ke Tanjung Malim agak memeritkan. Yelaa aku seorang manusia yan