Share

(S2) BAB 9

Author: S.SYAZAN
last update Last Updated: 2021-10-04 00:15:48

Syam  merenung lama ke arah  Yusuf. Lelaki itu seakan  mayat hidup. Mukanya cekung dan badannya kurus kering. Yusuf tidak bergerak. Dia hanya termenung kosong seperti tiada lagi jiwa dalam  jasadnya.

“Yusuf. Kau perlu sedarkan diri kau. Aku mahu tahu tentang sesuatu. Apa yang sebenarnya kau  rancang?” Syam  mahukan  jawapan ini daripada mulut Yusuf sendiri.

Syam  cuba mengkaji bagaimana psikologi Yusuf. Adakah dia betul gila atau orang lain yang sukar untuk memahami dirinya? Aah Brecht juga dulu pernah  dituduh gila juga kerana pemikirannya yang dibawa mendahului manusia lain. Dan akhirnya selepas kematiannya baru lah orang mengambil pengetahuannya yang ditentang sebelum itu. Yusuf masih tidak mahu bersuara. Dia lebih selesa untuk berdiam diri dan  tidak melakukan apa-apa.

“Kau perlu cakap sesuatu. Kau mahu segala usaha kau  ini jadi sia-sia saja? Kau perlu bangkit. Jangan men

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 10

    qbal menghirup teh o ais di gerai mamak berdekatan balai. Malek juga turut sama duduk sambil menjamah nasi lemak. Mereka berdua sedang menyiasat seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan Rumah Anjang.“Dia dah mula bergerak”. Lapor Malek pada beberapa anggota polis yang sedang menyamar.“Bergerak”. Arah Iqbal supaya mula bertindak. Sebaik sahaja lelaki memakai jaket hitam itu bangun, mereka mula bergerak.Lelaki itu masuk ke dalam kereta. Iqbal mengetuk tingkap.“Encik ada tertinggal dompet tadi”. Iqbal mula bertentang mata dengan dia.“Eh bukan saya punya”. Jawab dia. Iqbal tersedar sesuatu. Suaranya macam…Iqbal terus membuka pintu kereta. Mereka semua mengacu pistol ke arah lelaki berjaket itu. Iqbal menarik hoodie jaket. Ternyata benar tekaannya. Dia wanita.“Ikut kami ke balai. Kita perlu berbincang”. Mereka semua menyimpan

    Last Updated : 2021-10-05
  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 11

    Zamarul keluar dari kelab malam itu. Dia menyalakan rokok sambil menikmati angin malam. Keadaan dalam kelab mula kecoh. Bunyi siren kereta polis mula menambahkan lagi keadaan yang semakin kelam kabut itu. Ambulan agak lambat sampai ke lokasi. Zamarul duduk di tepi longkang. Dia memandang beberapa kenderaan mewah mula parkir di belakang kereta peronda polis. Dari jauh jelas kelihatan Presiden sedang bersama konco-konco yang lain. Riak mukanya mengamuk. Zamarul meninjau melihat adakah dia selamat untuk mendekati mereka. Beberapa konco yang lain mula masuk ke dalam kelab malam. Hanya tinggal beberapa orang menteri yang masih cuba menenangkan Presiden. Zamarul mengambil peluang ini untuk mula bergerak. Dia menyelusup dari arah belakang kereta milik mereka. Zamarul melihat Datuk Firman sedang leka menghisap curut kegemarannya. Masih sama seperti dulu lagi. Cuma kali ini perutnya lebih boroi mungkin kerana banyak makan duit haram. Zamarul mahu memberi peringatan kepada mereka. Dua o

    Last Updated : 2021-10-06
  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 12

    Beberapa kereta berwarna hitam masuk ke dalam kawasan perumahan Datuk Firman. Para menteri sudah lama menanti kehadiran mereka. Mereka semua dilanda gelisah apabila ketua Pendakwa Raya, Datuk Kamal dikhabarkan mati pada awal pagi tadi. Keadaan yang sangat mengerikan dan mereka tidak mahu untuk membayangkan bagaimana keadaan mayat Datuk Kamal. Nampaknya sudah tidak syak lagi lelaki ini mahukan sesuatu yang lebih bernilai dari wang. Dia mahukan nyawa mereka semua. Sudah pasti ada sesuatu kejadian yang menimpa dirinya sehingga dia sanggup melakukan perkara sejauh ini.“Ini Alex bersama kumpulannya. Mereka professional dalam melakukan kerja ini secara senyap”. Pengawal peribadi memperkenalkan lelaki berbadan sasa dan penuh tatu pada muka. Alex tersenyum apabila melihat wang dan jongkong emas sudah tersedia di atas meja.“Berapa hari kau perlukan untuk buat kerja ni? Aku taknak perkara ini melarat sehingga hari pilihan raya”. Datuk Firman meman

    Last Updated : 2021-10-07
  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 13

    Emily membuka kelopak mata. Kepalanya terasa sakit seperti dipukul dengan objek keras. Dia menahan pedih bendalir yang sedikit kering pada dahi. Keadaan gelap menyukarkan lagi keadaan dirinya. Dia sekarang berasa sangat takut. Telefonnya juga sudah kehabisan bateri.“Emily….Emily!!!” Suara seorang lelaki dari luar. Emily mula kelihatan gembira. Dia kenal suara itu.“Syam. Sini…” Suara Emily lesu. Dia pun sudah tidak tahu pukul berapa sekarang kerana badannya terasa letih berbaring dari tadi.“Sini rupanya kau. Haishh nasib aku jumpa”. Syam menolak pintu apabila melihat Emily bersandar pada dinding. Emily mula merangkak lalu memeluk Syam.“Syam…aku takut….” Suara serak Emily seperti baru lepas menangis. Syam menenangkan Emily. Dia menggosok lembut belakang Emily. Mujur sebelum Emily bergerak ke sini, dia sudah memberitahu Syam terlebih dahulu. Jika tidak, tiada siapa pun yang tahu.

    Last Updated : 2021-10-08
  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 14

    Datuk Firman memegang kepala. Kusut kerana masalah perniagaan yang berlaku bulan ni. Apa yang sebenarnya lelaki itu mahu dari dirinya? Adakah dia mempunyai dendam? Sekarang ini dia cuma boleh mengharapkan Alex untuk menyelesaikan masalah itu. Dia perlu fokus untuk pilihan raya yang bakal tiba. Hari ini dia perlu pergi ke Kampung Jubli untuk memberi sumbangan kepada golongan miskin. Keadaan tanah yang lumpur dan kotor itu merimaskan Datuk Firman namun dia terpaksa tahan demi memperoleh undi dari orang kampung. Kebanyakan kerusi yang dimenangi Datuk Firman hasil dari sumbangan penduduk luar bandar yang daif datang dari kawasan pendalaman. Datuk Firman mudah untuk memanipulasi mereka dengan menggunakan wang dan imej dirinya yang baik hati memberi sumbangan kepada orang ramai. Namun, jika di kawasan bandar agak tipis untuk Datuk Firman menipu mereka kerana rata-ratanya sudah mengetahu kegiatan dirinya.“Semoga panjang umur pak cik. Saya akan pastikan tiada lagi yang hidup m

    Last Updated : 2021-10-09
  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 15

    Syam pergi ke hospital untuk bertemu Jack. Bulan ini dia kerap bertemu Jack untuk melaporkan segala perkara yang berlaku. Entah lah dia berasa lega apabila menceritakan perkembangan dan informasi yang penting untuk Jack tahu. Lelaki itu sudah pun menunggunya.“Kau macam mana sekarang?” Soal Syam melihat Jack yang sedang merenung dinding.“Macam biasa. Cuma semalam aku dapat ilham. Ada sesuatu bakal berlaku dalam negara kita. Tapi aku perlukan kau untuk pastikan perkara ini berjaya”. Jack menoleh ke arah Syam.“Apa yang aku boleh tolong?” Syam semakin teruja.“Kau percaya pada Iqbal? Orang suruhan kerajaan itu?” Jack seperti menguji Syam. Dia tidak memberi respon.“Percaya tu takde lah sangat. Cuma aku terpaksa bantu dia sebab mereka ada rekod jenayah aku dan Emily”. Syam memberitahu kebenaran. Jujurnya dia masih ragu-ragu dengan Iqbal.“Tidak mengapa. Aku per

    Last Updated : 2021-10-11
  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 16

    Zamarul masuk ke dalam rumah yang agak usang. Di sini merupakan rumah dia bersama keluarganya dahulu. Hoodie yang menutup kepala di buka kasar. Dia menyumpah seranah polis yang menemui kotak kayu itu. Jadi benar lah dia bukannya berhalusinasi seperti dituduh pendakwa raya atau saksi yang lain. Mereka semua memang menipu akan mayat isteri dan anaknya. Dia perlu mencari cara untuk mengetahui pengecaman mayat itu. Zamarul mengeluarkan pisau. Malam ini akan ada pembunuhan lagi. Dia tidak akan biarkan para menteri hidup bersenang-lenang. Zamarul membersihkan badan. Dia akan menghantar seorang lagi malam ini bertemu pencipta.Syam dan Emily terkejut mendengar berita yang terpapar pada televisyen. Pihak polis menemui rangka yang berada di dalam kotak kayu. Di anggarkan rangka itu hampir 5 tahun berada di situ. Iqbal yang membongkar penemuan misteri itu. Maka tumbuh satu lagi cabang persoalan dalam kes ini. Rangka di belakang Rumah Anjang?“Gila weh.

    Last Updated : 2021-10-13
  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 17

    Syam membawa bungkusan barang seperti yang diminta Jack. Dia sendiri pun sebenarnya tidak tahu barang apa yang terkandung di sebalik bungkusan ini. Jack menanti sambil badannya menghadap dinding.“Ini barang yang kau minta”. Syam meletakkan barang tersebut di bawah pintu. Jack tersenyum. Tanpa berfikir panjang, dia terus menumbuk pintu kaca yang selama ini menghalang antara dirinya dengan Syam. Kaca itu berderai. Jack mengambil bungkusan itu. Syam terkejut dengan tindakan Jack itu. Riak wajah Jack sangat berbeza dari biasa. Rupanya sangat menakutkan. Jack memasukkan tangan dalam bungkusan mencari sesuatu. Dia tersenyum apabila mengeluarkan picagari.“Kau tahu. Ini merupakan suntikan terakhir yang ditinggalkan oleh Dr Rashid. Tujuannya supaya mesin pembunuhnya sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Macam keadaan sekarang ini”. Jack menyuntik tangannya. Cecair berwarna biru itu mengalir masuk ke dalam tubuh badannya

    Last Updated : 2021-10-14

Latest chapter

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA EPILOG

    Encik Ismail terkejut. Dia menelan air liur selepas membaca diari itu. Apa yang berlaku ni? Wan tak melakukan perkara ini sendirian? Siapa yang membantunya? Encik Ismail duduk bersandar. Diari Wan dan penulisan yang dia tulis tidak sama. Ada perbezaan. Yang mana satu yang benar?Encik Ismail tidak mengalah. Dia kembali menyelak semula helaian kertas penulisan Wan. Dia jurut turut membelek diari itu sekali lagi. Encik Ismail perasan ada sesuatu yang tak kena pada diari Wan. Ada kesan seperti halaman ini dikoyak dengan kemas. Wan diperangkap? Tak mungkin. Nak taknak Encik Ismail perlu siasat sendiri. Dia perlu pergi ke hospital.Keesokan harinya, Encik Ismail bertolak dari rumah ke hospital. Dia perlu tahu sesuatu. Encik Ismail bertemu seorang doktor secara rahsia.“Mail, aku dahcheck. Memang ada yang tak kena. Aku tak dapat lakukan pengecaman mayat sebab semuanya macam sengaja dilakukan. Rambut mayat

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 18

    “Diminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing. Kita mengalami sedikit masalah teknikal.” Ucap pemandu tren dengan nada sedikit gugup.Aku pasti ada perkara yang tak di ingini berlaku. Adila memegang tangan aku. Tangannya sejuk. Aku pegang erat. Aku takkan lepaskan dia kali ini.“Wannnnnn!!!!” Jerit Adila sambil menunjuk ke arah luar.Ada tren menuju ke arah kami secara berdepan. Tren kami naiki cuba untuk mengelak namun tersasar dari landasan. Perlahan-lahan tren kami mengeluncur jatuh. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi bergesel di tepi telinga aku.Adila sudah jauh terpelanting bersama penumpang yang lain. Lampu tren terpadam serta merta. Ada benda yang menghempap badan aku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku perlu mencari Adila. Aku menggunakan segala kudrat yang aku ada untuk menolak benda yang berada di atas badan aku. Aku berjaya. Aku bangun berdiri. Aku berja

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 17

    Sampai sahaja di penjara, Encik Ismail melangkah masuk. Dia melihat pegawai yang lain sudah bersedia. Encik Ismail berdiri di hadapan sel banduan tersebut. Mereka melihat banduan akhir itu tidak seperti biasa. Kali ini semuanya terasa berbeza. Nafasnya. Tutur katanya. Langkahnya ketika berjalan. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya di dunia. Jadi dia mahu manfaatkan saat-saat yang bakal berlalu dengan baik. Sujudnya kali ini lama. Pegawai penjara menanti penuh sabar. Banduan itu memberi salam terakhir. Usai mengusap muka, pegawai itu mula bangun bersedia.“ Assalammualaikum Wan..”“ Walaikummussalam.”“ Sudah tiba masanya.”Jantung terasa berhenti seketika. Encik Ismail terasa sentap apabila melihat wajah banduan itu ditutup dengan karung hitam. Entah bagaimana perasaan banduan itu. Mereka melangkah ke bilik khas. Bilik dijatuhkan hukuman. Encik Ismail, orang yang bertanggungjawab menguruskan hukuman. Sebak hatinya.

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 16

    "Ini fasa terakhir. Kau perlu lihat. Jangan pernah berpaling. Faham?" Ain serius memberitahu aku."Aku faham. Maafkan aku." Aku menanti apa yang bakal aku lihat."Bagus. Kita mulakan." Ain memetik jari."Kau tersenyum girang. Kau melihat jam di tangan. Pukul 9.30 malam. Kau berjanji bertemu Zulaikha pada pukul 11.00 malam. Dia meminta kau datang ke rumahnya kerana dia sudah masakan makanan kegemaran kau. Jadi kau menaiki motor menuju ke kedai Secret Recipe. Kau memilih kek kegemarannya. Red Velvet, kegemaran dia. Tidak mengapa walaupun mahal sedikit asalkan dia gembira. Kau terus menuju ke rumahnya. Kau melihat jam, baru pukul 10.15 malam. Kau berada beberapa langkah di hadapan rumahnya.Kotak kek dibuka, kau letakkan lilin di atas kek. 4 batang lilin diletakkan. Lilin dinyalakan. Kau tersenyum melihat persiapan yang dilakukan. Belon yang kau bawa dari kedai turut bersama kau pegang erat. Takut terlepas sia-sia

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 15

    "Yee betul. Tulah perempuan yang kau tergilakan sangat tu." Sindir Ain. Aku melihat Zulaikha berjalan menghampiri aku yang lagi satu."Jom kita pergi lebih dekat. Baru syok dengar dia cakap." Aku akur dengan Ain. Kami berdua pergi menghampiri mereka. Aku mendengar apa yang Zulaikha cakap ketika itu." Wan dah banyak berubah. Dah lama kan kita tak jumpa.""Zulaikha pergi mana selama ini? Berhenti sekolah. Hilang macam tu jaa. Tak kesian dekat Wan ke?"Wan tak faham. Zulaikha buat semua tu ada sebab.""Sebab apa? Sebab tak mahu tengok muka Wan lagi? Eh Wan tak kisah lah Zulaikha tolak cinta Wan. Sakit tu biasalah. Tapi lama-lama akan sembuh juga. Tak perlu sampai larikan diri.""Bukan sebab tu. Zulaikha sayangkan Wan. Itu sebab yang Zulaikha kembali semula jumpa Wan. Zulaikha harap hati Wan masih belum berubah. Masih adakah lagi nama Zulaikha dalam hati Wan?"Zulaikha mengenggam tangan aku. Matanya

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 14

    Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Aku perlu kejar tren kerana aku ada kelas pada keesokan hari. Aku bertemu Husna dan ayahnya terlebih dahulu."Lah ingatkan Wan tidur sini?" Ayah Husna terkejut apabila aku ingin meminta diri untuk pergi."Entah. Boleh lepak sampai ke pagi. Dah lama kita tak borak." Husna menarik muka."Alaa, kau sembang jelah dengan suami kau tu." Pujuk aku. Dia menjelir lidah. Aku bersalaman dengan suaminya. Not bad segak dari aku. Dasar memilih Husna ni.Sekali lagi aku memanggil grab untuk mengambil kami ke stesen ktm. Tidak menunggu lama, terus muncul kereta berhenti di depan aku. Aku dan Zulaikhamasuk ke dalam perut kereta. Aku melambai ke arah Husna. Kereta meluncur laju ke stesen ktm. Aku sedang bertarung dengan masa sekarang ini. Harap-harap sempat lah.Aku menarik tangan Zulaikhaberlari ke arah kaunter. Kami bertuah kerana masih ada lagi mrt. Aku perlu tu

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 13

    Aku menyarung jaket yang tertulis MARVEL. Seluar jean biru dipakai. Dompet dan kunci dimasukkan ke dalam beg sandang. Telefon di atas meja aku ambil. Nombor prebet di dail. Prebet ini lebih kurang macam grab tapi prebet ini kebanyakan dalam universiti pelajar yang buat. Macam kereta sapu. Setelah selesai melakukan perjanjian dengan prebet, aku keluar dari bilik."Mu nak pergi mana?" Soal rumet aku melihat aku yang bangun awal pada hari Sabtu. Sesuatu perkara yang ajaib bagi dirinya melihat aku menewaskan matahari yang belum muncul lagi."Aku nak pergi KL. Ada kerja sikit." Jawab aku memberi jawapan selamat."Ooo ok.." Balas dia sambil masuk ke bilik bersama alat tulis. Tak lain tak bukan melukis je kerja dia sepanjang minggu ni.Aku menuruni tangga. Ini masalah bila asrama kau tingkat tiga. Kalau tertinggal barang memang naik turun lah kau sambil terkejar-kejar bas. Aku memandang sekitar cafe. Kereta myvi silver bernombor WDA 1

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 12

    "Ain. Panggil saja Ain." Jawabnya sebelum bayangan dia hilang. Aku memandang kertas itu. Bibir aku mengukir senyuman.Selepas selesai urusan borang-borang pendaftaran, kami beratur mengambil kunci kolej. Ada beberapa nama kolej seperti KHAR, KUO, KAB, KZ. Itu jaa aku ingat. Aku ditempatkan di kolej KHAR. Tingkat 3? Pfttttttt. Aku menaiki tangga sambil menggalas beg yang aku bawak. Aku bawak apa sial berat sangat ni. Sampai saja di tingkat 3, aku memulas tombol pintu. Ada beberapa orang sedang duduk berbual. Aku rasa mungkin ini housemate aku. Aku senyum sambil berjabat tangan. Aku masuk ke dalam bilik aku. Beg diletakkan di atas lantai. Aku join mereka lepak di ruang tamu. Sesi perkenalan. Nak duduk 3 tahun kan mesti kena kenal dengan housemate kau. Ada yang dari Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Aku oke jaa negeri mana pun. Aku tak rasis. Janji ngam dengan aku, oke jaa. Angka jam menunjukkan tepat pukul 2 petang. Aku meminta izin untuk mandi. Mahu segarkan badan dan solat. S

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 11

    "Kau yakin ke kau boleh setia bila masuk universiti nanti?" Soal Adila."Alaa walaupun dekat sana aku dihidangkan perempuan yang lawa macam bidadari tapi hati aku tetap pilih kau. Janji.." Jawab aku yakin dengan janji yang belum pasti. Aku dengar dia ketawa."Eleh lelaki macam kau ni mulut manis. Bahaya sikit." Aku tersengih. Perempuan. Sikap syak dan ragu-ragu tidak mungkin boleh berpisah."Serius lah. Tak percaya sudah." Rajuk aku. Sengaja mahukan perhatian dari dia."Gedik ahh kau nak merajuk bagai hahaha.." Kami berdua ketawa. Masing-masing tidak berhenti berkongsi cerita.Aku tersenyum. Gambar-gambar itu aku ambil lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Aku mahu membawa kenangan ini bersama aku. Selesai memeriksa segala kelengkapan, aku berbaring di atas katil. Hari esok. Tidak sabar untuk aku tunggu.Perjalanan yang memakan masa 4 jam dari tempat asal aku ke Tanjung Malim agak memeritkan. Yelaa aku seorang manusia yan

DMCA.com Protection Status