Share

BAB 27

Author: S.SYAZAN
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

BORHAN

 “Kau biar betul ni Rashid?” Soal aku yang masih tidak mempercayai kata-kata Rashid tadi.

 “Macam yang kau tengok sendiri.” Aku menyelak borang-borang atas meja. Segala butir peribadi terkandung di dalam borang ini.

 “Jadi betul lah yang kau menjaga mereka sejak dari kecil?” Aku memandang Rasyid. Dia mengangguk.

 “Yaa. Aku membesarkan mereka apabila anggota polis memberitahu aku yang ibu bapa mereka mati di tempat kejadian.” Aku mengeluh. Mungkin itu faktor mereka menjadi seperti ini.

 “Ada perkara yang perlu kau tau.” Tambah aku. Dia mendongak memandang aku.

 “Kami temui mayat Haris di dalam hutan. Kami syak pembunuh itu ialah Ikmal berdasarkan petunjuk yang dia tinggalkan.” Rashid menggeleng. Aku keliru.

 “Kau yakin Ikmal tu yang bunuh? Kau sendiri tau kan siapa pembunu

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 28

    YUSUFMasa seakan terhenti apabila aku memandang dia. Dia lain daripada lelaki lain. Senyuman dia. Kelakuan dia membuatkan aku terpesona. Aku pun tidak tahu sama ada aku sudah mula jatuh cinta pada dirinya atau ini hanya sekadar perasaan biasa. Jujur aku tidak pernah tahu apa itu erti cinta. Tapi sebaik sahaja aku mengenali dia, aku dapat rasakan rasa cinta itu walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Aku harap dia juga merasakan perkara yang sama terhadap aku. Aku berhenti membaca helaian surat yang aku ambil daripada pejabat ayah. Rupa-rupanya selama ini Afiza meluahkan segala perasaannya dalam surat tanpa pengetahuan aku. Yang paling aku curiga, bagaimana surat ini berada pada ayah? Dia langsung tidak memberitahu apa-apa tentang perkara ini. Apa yang dia cuba sembunyikan? Telefon aku berdering. Aku melihat nama pada skrin. Tiada nama. Aku menjawab panggilan itu.“Hello Yusuf. E

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 29

    IKMALAku cuba kawal diri aku supaya bertenang. Naufal akan melepaskan tembakan pada bila-bila masa saja. Jadi aku perlu bertindak segera. Aku mengeluarkan picagari di dalam poket. Dr. Rasyid yang memberikannya kepada aku untuk digunakan pada Naufal ketika aku berjumpa dengannya tempoh hari. Aku berlari ke arah Naufal lalu menendang pistol yang berada di genggamannya. Pistol itu terpelanting jauh. Aku mengunci kedua-dua tangannya. Aku mengambil peluang ini untuk menyutik leher Naufal. Dia mengerang kesakitan. Beberapa saat kemudian Naufal rebah ke tanah. Aku menarik nafas lega.“Kamu tak apa-apa?” Yusuf meluru ke arah aku. Aku terkejut kerana tidak sangka dia akan berada di sini.“Aku oke. Macam mana kau boleh datang ke tempat ini?”Soal aku pelik.“Panjang ceritanya. Yang penting sekarang kau nak buat apa dengan dia ini?”Soalan aku dibalas soala

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 30

    YUSUFAku membuka mata. Aku menggerakkan jari-jemari aku. Nampaknya aku sudah mengawal badan aku semula. Aku memandang ayah. Dia mengigil ketakutan. Ikmal sudah lama melarikan diri. Hanya tinggal kami berdua. Owh lupa bertiga. Aku membuka beg galas aku. Kertas-kertas itu keluarkan dari beg lalu dicampak ke udara.“Kenapa ayah simpan surat ini? Kenapa saya tak ingat tentang semua yang telah berlaku?”Marah aku. Sudah hilang rasa hormat aku pada ayah bila mengetahui dia terlibat dalam segala kejadian ini.“Maafkan ayah sebab libatkan kamu sekali. Ayah cuma mahu lakukan perubahan pada negara kita saja. Sudah cukup lama kita ditindas oleh golongan atasan. Jadi ayah dan Borhan telah membuat keputusan untuk melakukan misi rahsia.” Ayah bangkit. Dia menyalakan rokok. Kotak rokok diserahkan kepada aku tapi aku menolak dengan baik.“Ayah dan Borhan menemui satu kaedah untuk menukar

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 31

    YUSUFAku membuka mata. Bahang matahari mengejutkan aku dari tidur. Aku memandang sekeliling. Aku berada di dalam bilik. Aku ingat-ingat lupa tentang apa yang telah berlaku. Aku cuba mengingati kembali kejadian semalam. Tiba-tiba aku bagaikan terkena renjatan elektrik. Ingatan aku kembali pulih. Aku ingat tentang segala perkara yang berlaku. Aku segera membuka televisyen. Siaran berita aku cari. Aku kuatkan suara pemberita. Aku menekup mulut apabila melihat mayat ayah dan Haris. Mereka berdua dibunuh dengan begitu kejam sekali.“Kenapa kau nak sedih?” Muncul satu suara. Aku menoleh ke belakang. Jack sedang memandang aku.“Kau bunuh ayah.”Jerit aku. Dia tersenyum sinis.“Kau lupa kenapa kau di sini? Kau memang ditakdirkan menjadi pembunuh. Kau yang akan membawa perubahan dalam negara ini.” Dia cuba menghasut aku. Aku cuba berfikir dengan rasional.&nb

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 32

    QISTINAAku memeriksa pintu dan tingkap. Setelah yakin semuanya sudah dikunci, aku berjalan memasuki ke dalam bilik. Aku melabuhkan badan aku di atas katil. Penat aku masih belum hilang. Hari ini aku terpaksa berulang alik untuk menguruskan urusan kak Fatin. Aku memejamkan kedua-dua mata aku. Belum sempat aku terbuai dengan mimpi tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki seseorang di luar bilik. Aku terus bangun. Aku berjalan ke arah pintu. Tombol pintu aku pulas perlahan-lahan. Aku mengintai sedikit dari celah pintu.Tiada orang di luar bilik. Mungkin perasaan aku agaknya kerana terlalu letih. Aku tutup semula pintu bilik. Aku melangkah ke arah katil. Lampu bilik aku terpadam secara tiba-tiba. Aku mula ketakutan. Aku takut berada dalam gelap. Aku menjerit sekuat hati sambil meraba suis lampu. Tangan aku disentak kuat oleh seseorang. Lampu bilik kembali menyala.Aku terkejut apabila Yusuf berada di depan aku. Matany

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 33

    QISTINAAku membuka kelopak mata. Kereta tiba-tiba berhenti. Dah sampai ke? Aku memandang luar tingkap. Aku hanya dapat melihat hutan mengelilingi kami. Keadaan gelap agak menyeramkan aku.“Kita dekat mana ni?” Soal aku pada anggota polis yang memandu. Dia hanya diam. Aku menggerakkan badan dia. Tubuhnya tiba-tiba longlai dan menghantuk ke stereng kereta. Aku mula cuak. Aku keluar dari kereta. Aku membuka pintu tempat duduk pemandu. Aku melihat badannya berlumuran dengan darah. Aku menjerit meminta pertolongan.“Ironinya. Kau akan mati di tempat yang sama kakak kau mati hehehehe.” Cahaya yang sedikit itu membantu aku mengecam wajah lelaki yang menghampiri aku. Yusuf?“Awak yang bunuh kak Fatin?” Aku mengundur ke belakang. Aku yakin identiti lain yang sedang mengawal tubuh Yusuf. Dia tersengih. Pisau di tangan digenggam kemas. Aku memandang sekitar. Aku tak nampak jalan untuk ak

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S2) PROLOG

    Iqbal duduk bersandar di atas kerusi. Sesekali dia memandang pemandangan di luar rumah. Dia pun tidak sangka sudah mendirikan rumah tangga bersama Qistina. Terasa bagaikan semua ini seperti mimpi. Dia melihat dari jauh Qistina sedang memegang tangan Alisya, puteri tunggal mereka. Qistina dan Alisya mula melintasi jalan ke seberang. Iqbal tersenyum menanti penuh sabar. Mereka sudah pulang dari membeli barang. Alisya melambai tangan ke arah Iqbal dengan gembira. Iqbal melambai kembali. Namun lambaian Iqbal terhenti apabila van hitam dari arah berlawanan arus merempuh mereka berdua. Iqbal terbangun. Dia terus bergegas berlari ke arah mereka. Orang ramai sudah mula mengerumuni. Ada yang sibuk menangkap gambar untuk memuat naik dalam laman media sosial. Ada pula yang seperti buntu mahu menelefon polis atau ambulan terlebih dahulu? Iqbal mendakap erat tubuh badan Qistina dan Alisya. Dia meraung."Kalau kau ikut cakap aku mesti tak jadi macam ni." Suara seseorang dari arah orang ram

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 1

    Iqbal berjalan memasuki ke dalam perut kereta. Lama dia termenung panjang. Selepas beberapa minit, barulah Iqbal bergerak. Dia sampai di hadapan balai. Iqbal menarik nafas panjang sebelum keluar dari kereta. Rajan sekerjanya menyapa Iqbal sebaik sahaja melihat lelaki itu hanya berdiri."Amboi. Dah berkahwin sampai malas nak masuk balai ni? hahahaha". Gurau Malek. Iqbal hanya balas senyuman. Malek menyerahkan fail kes kepada Iqbal."Kes apa kali ini?" Soal Iqbal sebelum fail itu disambut."Kes biasa saja. Pecah rumah." Jawab Malek selamba sebelum masuk ke dalam biliknya. Iqbal membelek fail itu. Dia seperti mengesyaki sesuatu."Eh Malek. Siapa yang buat laporan ni?" Iqbal mahukan kepastian."Ada seorang lelaki nama dia Jack". Malek masih ingat lagi nama lelaki itu walaupun agak pelik."Jack?" Iqbal termenung sendirian.Di kawasan kediaman perumahan indah, kelihatan seorang lelaki sudah berumur duduk sambil memandang cucu-

Latest chapter

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA EPILOG

    Encik Ismail terkejut. Dia menelan air liur selepas membaca diari itu. Apa yang berlaku ni? Wan tak melakukan perkara ini sendirian? Siapa yang membantunya? Encik Ismail duduk bersandar. Diari Wan dan penulisan yang dia tulis tidak sama. Ada perbezaan. Yang mana satu yang benar?Encik Ismail tidak mengalah. Dia kembali menyelak semula helaian kertas penulisan Wan. Dia jurut turut membelek diari itu sekali lagi. Encik Ismail perasan ada sesuatu yang tak kena pada diari Wan. Ada kesan seperti halaman ini dikoyak dengan kemas. Wan diperangkap? Tak mungkin. Nak taknak Encik Ismail perlu siasat sendiri. Dia perlu pergi ke hospital.Keesokan harinya, Encik Ismail bertolak dari rumah ke hospital. Dia perlu tahu sesuatu. Encik Ismail bertemu seorang doktor secara rahsia.“Mail, aku dahcheck. Memang ada yang tak kena. Aku tak dapat lakukan pengecaman mayat sebab semuanya macam sengaja dilakukan. Rambut mayat

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 18

    “Diminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing. Kita mengalami sedikit masalah teknikal.” Ucap pemandu tren dengan nada sedikit gugup.Aku pasti ada perkara yang tak di ingini berlaku. Adila memegang tangan aku. Tangannya sejuk. Aku pegang erat. Aku takkan lepaskan dia kali ini.“Wannnnnn!!!!” Jerit Adila sambil menunjuk ke arah luar.Ada tren menuju ke arah kami secara berdepan. Tren kami naiki cuba untuk mengelak namun tersasar dari landasan. Perlahan-lahan tren kami mengeluncur jatuh. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi bergesel di tepi telinga aku.Adila sudah jauh terpelanting bersama penumpang yang lain. Lampu tren terpadam serta merta. Ada benda yang menghempap badan aku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku perlu mencari Adila. Aku menggunakan segala kudrat yang aku ada untuk menolak benda yang berada di atas badan aku. Aku berjaya. Aku bangun berdiri. Aku berja

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 17

    Sampai sahaja di penjara, Encik Ismail melangkah masuk. Dia melihat pegawai yang lain sudah bersedia. Encik Ismail berdiri di hadapan sel banduan tersebut. Mereka melihat banduan akhir itu tidak seperti biasa. Kali ini semuanya terasa berbeza. Nafasnya. Tutur katanya. Langkahnya ketika berjalan. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya di dunia. Jadi dia mahu manfaatkan saat-saat yang bakal berlalu dengan baik. Sujudnya kali ini lama. Pegawai penjara menanti penuh sabar. Banduan itu memberi salam terakhir. Usai mengusap muka, pegawai itu mula bangun bersedia.“ Assalammualaikum Wan..”“ Walaikummussalam.”“ Sudah tiba masanya.”Jantung terasa berhenti seketika. Encik Ismail terasa sentap apabila melihat wajah banduan itu ditutup dengan karung hitam. Entah bagaimana perasaan banduan itu. Mereka melangkah ke bilik khas. Bilik dijatuhkan hukuman. Encik Ismail, orang yang bertanggungjawab menguruskan hukuman. Sebak hatinya.

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 16

    "Ini fasa terakhir. Kau perlu lihat. Jangan pernah berpaling. Faham?" Ain serius memberitahu aku."Aku faham. Maafkan aku." Aku menanti apa yang bakal aku lihat."Bagus. Kita mulakan." Ain memetik jari."Kau tersenyum girang. Kau melihat jam di tangan. Pukul 9.30 malam. Kau berjanji bertemu Zulaikha pada pukul 11.00 malam. Dia meminta kau datang ke rumahnya kerana dia sudah masakan makanan kegemaran kau. Jadi kau menaiki motor menuju ke kedai Secret Recipe. Kau memilih kek kegemarannya. Red Velvet, kegemaran dia. Tidak mengapa walaupun mahal sedikit asalkan dia gembira. Kau terus menuju ke rumahnya. Kau melihat jam, baru pukul 10.15 malam. Kau berada beberapa langkah di hadapan rumahnya.Kotak kek dibuka, kau letakkan lilin di atas kek. 4 batang lilin diletakkan. Lilin dinyalakan. Kau tersenyum melihat persiapan yang dilakukan. Belon yang kau bawa dari kedai turut bersama kau pegang erat. Takut terlepas sia-sia

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 15

    "Yee betul. Tulah perempuan yang kau tergilakan sangat tu." Sindir Ain. Aku melihat Zulaikha berjalan menghampiri aku yang lagi satu."Jom kita pergi lebih dekat. Baru syok dengar dia cakap." Aku akur dengan Ain. Kami berdua pergi menghampiri mereka. Aku mendengar apa yang Zulaikha cakap ketika itu." Wan dah banyak berubah. Dah lama kan kita tak jumpa.""Zulaikha pergi mana selama ini? Berhenti sekolah. Hilang macam tu jaa. Tak kesian dekat Wan ke?"Wan tak faham. Zulaikha buat semua tu ada sebab.""Sebab apa? Sebab tak mahu tengok muka Wan lagi? Eh Wan tak kisah lah Zulaikha tolak cinta Wan. Sakit tu biasalah. Tapi lama-lama akan sembuh juga. Tak perlu sampai larikan diri.""Bukan sebab tu. Zulaikha sayangkan Wan. Itu sebab yang Zulaikha kembali semula jumpa Wan. Zulaikha harap hati Wan masih belum berubah. Masih adakah lagi nama Zulaikha dalam hati Wan?"Zulaikha mengenggam tangan aku. Matanya

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 14

    Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Aku perlu kejar tren kerana aku ada kelas pada keesokan hari. Aku bertemu Husna dan ayahnya terlebih dahulu."Lah ingatkan Wan tidur sini?" Ayah Husna terkejut apabila aku ingin meminta diri untuk pergi."Entah. Boleh lepak sampai ke pagi. Dah lama kita tak borak." Husna menarik muka."Alaa, kau sembang jelah dengan suami kau tu." Pujuk aku. Dia menjelir lidah. Aku bersalaman dengan suaminya. Not bad segak dari aku. Dasar memilih Husna ni.Sekali lagi aku memanggil grab untuk mengambil kami ke stesen ktm. Tidak menunggu lama, terus muncul kereta berhenti di depan aku. Aku dan Zulaikhamasuk ke dalam perut kereta. Aku melambai ke arah Husna. Kereta meluncur laju ke stesen ktm. Aku sedang bertarung dengan masa sekarang ini. Harap-harap sempat lah.Aku menarik tangan Zulaikhaberlari ke arah kaunter. Kami bertuah kerana masih ada lagi mrt. Aku perlu tu

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 13

    Aku menyarung jaket yang tertulis MARVEL. Seluar jean biru dipakai. Dompet dan kunci dimasukkan ke dalam beg sandang. Telefon di atas meja aku ambil. Nombor prebet di dail. Prebet ini lebih kurang macam grab tapi prebet ini kebanyakan dalam universiti pelajar yang buat. Macam kereta sapu. Setelah selesai melakukan perjanjian dengan prebet, aku keluar dari bilik."Mu nak pergi mana?" Soal rumet aku melihat aku yang bangun awal pada hari Sabtu. Sesuatu perkara yang ajaib bagi dirinya melihat aku menewaskan matahari yang belum muncul lagi."Aku nak pergi KL. Ada kerja sikit." Jawab aku memberi jawapan selamat."Ooo ok.." Balas dia sambil masuk ke bilik bersama alat tulis. Tak lain tak bukan melukis je kerja dia sepanjang minggu ni.Aku menuruni tangga. Ini masalah bila asrama kau tingkat tiga. Kalau tertinggal barang memang naik turun lah kau sambil terkejar-kejar bas. Aku memandang sekitar cafe. Kereta myvi silver bernombor WDA 1

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 12

    "Ain. Panggil saja Ain." Jawabnya sebelum bayangan dia hilang. Aku memandang kertas itu. Bibir aku mengukir senyuman.Selepas selesai urusan borang-borang pendaftaran, kami beratur mengambil kunci kolej. Ada beberapa nama kolej seperti KHAR, KUO, KAB, KZ. Itu jaa aku ingat. Aku ditempatkan di kolej KHAR. Tingkat 3? Pfttttttt. Aku menaiki tangga sambil menggalas beg yang aku bawak. Aku bawak apa sial berat sangat ni. Sampai saja di tingkat 3, aku memulas tombol pintu. Ada beberapa orang sedang duduk berbual. Aku rasa mungkin ini housemate aku. Aku senyum sambil berjabat tangan. Aku masuk ke dalam bilik aku. Beg diletakkan di atas lantai. Aku join mereka lepak di ruang tamu. Sesi perkenalan. Nak duduk 3 tahun kan mesti kena kenal dengan housemate kau. Ada yang dari Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Aku oke jaa negeri mana pun. Aku tak rasis. Janji ngam dengan aku, oke jaa. Angka jam menunjukkan tepat pukul 2 petang. Aku meminta izin untuk mandi. Mahu segarkan badan dan solat. S

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 11

    "Kau yakin ke kau boleh setia bila masuk universiti nanti?" Soal Adila."Alaa walaupun dekat sana aku dihidangkan perempuan yang lawa macam bidadari tapi hati aku tetap pilih kau. Janji.." Jawab aku yakin dengan janji yang belum pasti. Aku dengar dia ketawa."Eleh lelaki macam kau ni mulut manis. Bahaya sikit." Aku tersengih. Perempuan. Sikap syak dan ragu-ragu tidak mungkin boleh berpisah."Serius lah. Tak percaya sudah." Rajuk aku. Sengaja mahukan perhatian dari dia."Gedik ahh kau nak merajuk bagai hahaha.." Kami berdua ketawa. Masing-masing tidak berhenti berkongsi cerita.Aku tersenyum. Gambar-gambar itu aku ambil lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Aku mahu membawa kenangan ini bersama aku. Selesai memeriksa segala kelengkapan, aku berbaring di atas katil. Hari esok. Tidak sabar untuk aku tunggu.Perjalanan yang memakan masa 4 jam dari tempat asal aku ke Tanjung Malim agak memeritkan. Yelaa aku seorang manusia yan

DMCA.com Protection Status