JACK
Tiupan angin malam mengganas sehingga menyucuk ke tulang. Berita malam ini hanya fokuskan pada anggota polis yang dijatuhkan hukuman kerana melakukan pembunuhan. Pelbagai spekulasi mengatakan yang pembunuh bernama Ikmal ini pembunuh yang sama membunuh mangsa-mangsa lain. Aku ketawa. Nampaknya dia akan menanggung segala perbuatan yang telah aku lakukan.
Beberapa hari yang lalu sebelum perbicaraan...
Aku memerhati wanita itu dari jauh. Sebenarnya aku mengikuti gerak-gerinya dari awal pagi tadi. Dia kerap datang ke hospital ini. Gayanya seolah seperti melawat seseorang. Wanita itu memasuki ke dalam perut kereta. Dalam beberapa minit, keretanya meluncur meninggalkan kawasan hospital. Aku tersenyum sinis. Aku taknak mengambil nyawanya kalau boleh. Sayang wajah yang cantik kalau mati dalam keadaan mengerikan. Aku berjalan memasuki ke dalam hospital. Para doktor sedang sibuk mengurus pesak
HARIS NAUFALAku melempar telefon di atas meja. Betul tekaan aku. Perempuan itu sudah menghasut Naqi untuk ikut jari telunjuk dia. Aku mengetap gigi. Kalau macam tu aku akan lakukan semuanya sendiri. Aku akan uruskan Naqi kemudian. Dia dah langgar prinsip yang kami berdua cipta. Jadi sudah tidak bermakna lagi dia hidup di atas muka bumi ini. Kau tunggu.Aku memandu kereta sendirian. Pada waktu malam, keadaan jalan yang gelap agak sukar dilihat tapi disebabkan aku kerap kali melalui jalan ini, aku sudah hafal selok belok jalan. Kereta perlahan-lahan berhenti di hadapan bangunan lama. Ada seorang wanita yang sedang leka menunggu kehadiran seseorang tanpa sedar kedatangan aku. Aku keluar dari kereta lalu mendekati dia.“Naqi?” Tegur dia. Aku tersengih. Nampaknya rancangan aku berjaya. Dia ingat orang yang berdiri dihadapan dia adalah adik aku, Naqi. Wajah kami yang hampir serupa membuatkan orang
QISTINAAku sudah penat menangis. Selera makan aku makin hilang. Satu-satunya orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku. Apa dosa kakak aku sehingga mereka sanggup membunuh dia. Din memujuk aku supaya menerima semua ini dengan tenang. Aku cuba tabahkan diri. Mungkin ini ujian untuk aku. Din mengajak aku pulang. Sudah lama aku meratap pemergian kakak ku. Kami beredar dari kawasan perkuburan.“You boleh janji dengan I?”Din menghidupkan enjin. Dia memandang aku.“Em janji apa?” Dia mengenggam tangannya.“Janji jangan tinggalkan I. I sudah tiada apa-apa lagi.” Aku menahan air mata daripada mengalir. Hati aku pedih. Aku lupa yang Qistina sejak dari kecil tinggal bersama kakaknya setelah ibu bapa mereka meninggal. Aku hanya mampu mengukir senyuman.“Jangan risau. I akan selalu ada bersama dengan you.” Aku yakinkan dia. Qistina mengangguk lemah. Kereta dipandu la
YUSUFSeminggu aku mengurung diri dalam rumah. Entah lah diri aku terasa kosong. Aku cuba menerima dengan hati terbuka seperti yang dikatakan oleh ayah. Tapi aku takkan biar orang yang melakukan kerja ini terlepas. Dia mesti dihukum. Walaupun dia bebas dari hukuman undang-undang, aku sendiri yang akan menjatuhkan hukuman kepada dia.Aku tersandar pada kerusi. Gambar Afiza direnung. Kalau lah dia hidup lagi, pasti kami sudah mempunyai cahaya mata. Bibirnya mengulum senyuman masih lagi bermain di minda aku. Terasa seperti semalam aku meluangkan masa bersama dia. Keluhan dilepaskan. Sampai bila aku mahu bersandar pada kenangan lalu. Aku menangis air mata berdarah sekali pun dia tetap tidak akan kembali. Haha kelakar. Orang mati sudah tentu tidak dapat hidup lagi. Aku bingkas bangun. Wajah ku dipandang di hadapan cermin. Kusut. Fikiran aku serabut. Aku tidak kenal diri ku lagi. Diri aku yang dulu seorang yang kemas dan sentiasa berfikiran positif. Tapi lih
HARIS NAUFAL“Sudahlah. Hentikan semua ini. Aku taknak kau ganggu aku lagi.” Tegas dia dengan serius. Aku memegang rusuk kiri. Celaka. Padu juga tumbukan dia.“Kalau kau masih berdegil, aku akan laporkan semua perkara yang telah kita lakukan pada polis. Biar kita dua mati di tali gantung.” Dia mengugut aku. Aku diam tanpa berkata apa-apa. Aku mencari pistol aku. Aku menanti peluang ketika dia leka.Sebaik sahaja dia berjalan ke arah kereta, aku mendekati dia perlahan-lahan. Ketika dia membuka pintu kereta, aku terus menarik dia jatuh ke tanah. Mata dia terbeliak apabila pistol sudah berada digenggamanku. Aku menghala pistol itu tepat ke arah dahi dia.“Kau telah mungkir janji kita. Jadi kau perlu mati di sini!” Dia memejam mata. Mulut dia terkumat-kamit membaca sesuatu.BANG!!BANG!!Darah mengalir keluar.
RASHID20 Tahun yang lalu…“Doktor, kami ada menemui 2 orang budak. Saya rasa doktor boleh bantu mereka berdua.” Kata anggota polis yang datang bersama 2 orang budak lelaki.“Apa yang berlaku sebenarnya ini?” Soal aku menunggu jawapan yang penuh dengan persoalan dalam kepala aku.“Huh. Kesian doktor. Ibu bapa diorang dibunuh dengan kejam. Rumah mereka kemudian dibakar. Hangus segala harta benda milik mereka. Mereka sudah tiada tempat bergantung dan tiada tempat tinggal. Semasa kami menemui mereka, mereka hanya duduk di suatu tempat memerhati rumah mereka yang terbakar. Puas kami menyoal mereka tetapi langsung tiada respon. Mungkin mereka trauma dengan apa yang telah berlaku. Jadi kami membuat keputusan untuk menghantar mereka berdua kepada doktor untuk menerima rawatan seterusnya.” Aku memandang mereka dengan pandang
YUSUFAku melihat wajah budak itu. Ya, aku kenal. Budak itu adalah aku ketika aku masih kecil. Aku keliru.“Mari ikut aku.” Ajak lelaki misteri itu. Aku akur mengorak langkah mengikuti bayangan ayah aku. Mereka berdua masuk ke dalam sebuah bilik khas.“Bilik apa ini?”Soal aku, buntu.“Masuk.” Arah dia. Aku memulas tombol pintu. Pintu dibuka perlahan.Aku melihat ayah menyuruh budak kecil itu duduk di atas tempat duduk yang disediakan. Budak kecil itu hanya akur menurut arahan. Ayah menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di atasnya. Dia membetulkan cermin matanya.“Pak cik nak kamu pejamkan mata kamu. Boleh kamu ikut cakap pak cik?” Dia mengangguk. Budak itu memejamkan mata.“Bayangkan sekarang kamu berada di tepi laut. Bunyi ombak memukul batu yang berada di sekelilingnya. Angin bertiup lembut ke muka. Perasaan yang sungguh menenangkan.&r
“You lambat.” Qistina membuat muncung. Aku menggaru kepala. Kesesakan jalan raya menyukarkan perjalanan aku.“I minta maaf.”Ucap aku pendek.“Yelaa jum kita pergi.”Dia menarik tangan aku. Aku terpinga-pinga.“Pergi mana?” Soal aku keliru. Dia memandang aku.“Oh my god. You dah lupa plan kita hari tu?” Aku gelabah. Bila pula aku ada plan dengan dia?“Tak. Maksud saya kita plan nak pergi mana dulu hari ni. Bukan banyak tempat ke kita nak pergi?”Aku cuba berlagak tenang.“Owh I see. Hehe sorry sorry. Kita pergi taman jelah hari ni.”Dia berjalan mendahului aku di belakang. Aku menepuk dahi. Taman mana pula?“You ingat tak bawah pokok ini? Masa tu you suruh I confess perasaan I dekat lelaki yang I suka. Tetapi sebenarnya lelaki tu you hehe.”Dia tersenyum manis menampakkan be
BORHAN“Kau biar betul ni Rashid?” Soal aku yang masih tidak mempercayai kata-kata Rashid tadi.“Macam yang kau tengok sendiri.”Aku menyelak borang-borang atas meja. Segala butir peribadi terkandung di dalam borang ini.“Jadi betul lah yang kau menjaga mereka sejak dari kecil?”Aku memandang Rasyid. Dia mengangguk.“Yaa. Aku membesarkan mereka apabila anggota polis memberitahu aku yang ibu bapa mereka mati di tempat kejadian.”Aku mengeluh. Mungkin itu faktor mereka menjadi seperti ini.“Ada perkara yang perlu kau tau.” Tambah aku. Dia mendongak memandang aku.“Kami temui mayat Haris di dalam hutan. Kami syak pembunuh itu ialah Ikmal berdasarkan petunjuk yang dia tinggalkan.” Rashid menggeleng. Aku keliru.“Kau yakin Ikmal tu yang bunuh? Kau sendiri tau kan siapa pembunu
Encik Ismail terkejut. Dia menelan air liur selepas membaca diari itu. Apa yang berlaku ni? Wan tak melakukan perkara ini sendirian? Siapa yang membantunya? Encik Ismail duduk bersandar. Diari Wan dan penulisan yang dia tulis tidak sama. Ada perbezaan. Yang mana satu yang benar?Encik Ismail tidak mengalah. Dia kembali menyelak semula helaian kertas penulisan Wan. Dia jurut turut membelek diari itu sekali lagi. Encik Ismail perasan ada sesuatu yang tak kena pada diari Wan. Ada kesan seperti halaman ini dikoyak dengan kemas. Wan diperangkap? Tak mungkin. Nak taknak Encik Ismail perlu siasat sendiri. Dia perlu pergi ke hospital.Keesokan harinya, Encik Ismail bertolak dari rumah ke hospital. Dia perlu tahu sesuatu. Encik Ismail bertemu seorang doktor secara rahsia.“Mail, aku dahcheck. Memang ada yang tak kena. Aku tak dapat lakukan pengecaman mayat sebab semuanya macam sengaja dilakukan. Rambut mayat
“Diminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing. Kita mengalami sedikit masalah teknikal.” Ucap pemandu tren dengan nada sedikit gugup.Aku pasti ada perkara yang tak di ingini berlaku. Adila memegang tangan aku. Tangannya sejuk. Aku pegang erat. Aku takkan lepaskan dia kali ini.“Wannnnnn!!!!” Jerit Adila sambil menunjuk ke arah luar.Ada tren menuju ke arah kami secara berdepan. Tren kami naiki cuba untuk mengelak namun tersasar dari landasan. Perlahan-lahan tren kami mengeluncur jatuh. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi bergesel di tepi telinga aku.Adila sudah jauh terpelanting bersama penumpang yang lain. Lampu tren terpadam serta merta. Ada benda yang menghempap badan aku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku perlu mencari Adila. Aku menggunakan segala kudrat yang aku ada untuk menolak benda yang berada di atas badan aku. Aku berjaya. Aku bangun berdiri. Aku berja
Sampai sahaja di penjara, Encik Ismail melangkah masuk. Dia melihat pegawai yang lain sudah bersedia. Encik Ismail berdiri di hadapan sel banduan tersebut. Mereka melihat banduan akhir itu tidak seperti biasa. Kali ini semuanya terasa berbeza. Nafasnya. Tutur katanya. Langkahnya ketika berjalan. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya di dunia. Jadi dia mahu manfaatkan saat-saat yang bakal berlalu dengan baik. Sujudnya kali ini lama. Pegawai penjara menanti penuh sabar. Banduan itu memberi salam terakhir. Usai mengusap muka, pegawai itu mula bangun bersedia.“ Assalammualaikum Wan..”“ Walaikummussalam.”“ Sudah tiba masanya.”Jantung terasa berhenti seketika. Encik Ismail terasa sentap apabila melihat wajah banduan itu ditutup dengan karung hitam. Entah bagaimana perasaan banduan itu. Mereka melangkah ke bilik khas. Bilik dijatuhkan hukuman. Encik Ismail, orang yang bertanggungjawab menguruskan hukuman. Sebak hatinya.
"Ini fasa terakhir. Kau perlu lihat. Jangan pernah berpaling. Faham?" Ain serius memberitahu aku."Aku faham. Maafkan aku." Aku menanti apa yang bakal aku lihat."Bagus. Kita mulakan." Ain memetik jari."Kau tersenyum girang. Kau melihat jam di tangan. Pukul 9.30 malam. Kau berjanji bertemu Zulaikha pada pukul 11.00 malam. Dia meminta kau datang ke rumahnya kerana dia sudah masakan makanan kegemaran kau. Jadi kau menaiki motor menuju ke kedai Secret Recipe. Kau memilih kek kegemarannya. Red Velvet, kegemaran dia. Tidak mengapa walaupun mahal sedikit asalkan dia gembira. Kau terus menuju ke rumahnya. Kau melihat jam, baru pukul 10.15 malam. Kau berada beberapa langkah di hadapan rumahnya.Kotak kek dibuka, kau letakkan lilin di atas kek. 4 batang lilin diletakkan. Lilin dinyalakan. Kau tersenyum melihat persiapan yang dilakukan. Belon yang kau bawa dari kedai turut bersama kau pegang erat. Takut terlepas sia-sia
"Yee betul. Tulah perempuan yang kau tergilakan sangat tu." Sindir Ain. Aku melihat Zulaikha berjalan menghampiri aku yang lagi satu."Jom kita pergi lebih dekat. Baru syok dengar dia cakap." Aku akur dengan Ain. Kami berdua pergi menghampiri mereka. Aku mendengar apa yang Zulaikha cakap ketika itu." Wan dah banyak berubah. Dah lama kan kita tak jumpa.""Zulaikha pergi mana selama ini? Berhenti sekolah. Hilang macam tu jaa. Tak kesian dekat Wan ke?"Wan tak faham. Zulaikha buat semua tu ada sebab.""Sebab apa? Sebab tak mahu tengok muka Wan lagi? Eh Wan tak kisah lah Zulaikha tolak cinta Wan. Sakit tu biasalah. Tapi lama-lama akan sembuh juga. Tak perlu sampai larikan diri.""Bukan sebab tu. Zulaikha sayangkan Wan. Itu sebab yang Zulaikha kembali semula jumpa Wan. Zulaikha harap hati Wan masih belum berubah. Masih adakah lagi nama Zulaikha dalam hati Wan?"Zulaikha mengenggam tangan aku. Matanya
Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Aku perlu kejar tren kerana aku ada kelas pada keesokan hari. Aku bertemu Husna dan ayahnya terlebih dahulu."Lah ingatkan Wan tidur sini?" Ayah Husna terkejut apabila aku ingin meminta diri untuk pergi."Entah. Boleh lepak sampai ke pagi. Dah lama kita tak borak." Husna menarik muka."Alaa, kau sembang jelah dengan suami kau tu." Pujuk aku. Dia menjelir lidah. Aku bersalaman dengan suaminya. Not bad segak dari aku. Dasar memilih Husna ni.Sekali lagi aku memanggil grab untuk mengambil kami ke stesen ktm. Tidak menunggu lama, terus muncul kereta berhenti di depan aku. Aku dan Zulaikhamasuk ke dalam perut kereta. Aku melambai ke arah Husna. Kereta meluncur laju ke stesen ktm. Aku sedang bertarung dengan masa sekarang ini. Harap-harap sempat lah.Aku menarik tangan Zulaikhaberlari ke arah kaunter. Kami bertuah kerana masih ada lagi mrt. Aku perlu tu
Aku menyarung jaket yang tertulis MARVEL. Seluar jean biru dipakai. Dompet dan kunci dimasukkan ke dalam beg sandang. Telefon di atas meja aku ambil. Nombor prebet di dail. Prebet ini lebih kurang macam grab tapi prebet ini kebanyakan dalam universiti pelajar yang buat. Macam kereta sapu. Setelah selesai melakukan perjanjian dengan prebet, aku keluar dari bilik."Mu nak pergi mana?" Soal rumet aku melihat aku yang bangun awal pada hari Sabtu. Sesuatu perkara yang ajaib bagi dirinya melihat aku menewaskan matahari yang belum muncul lagi."Aku nak pergi KL. Ada kerja sikit." Jawab aku memberi jawapan selamat."Ooo ok.." Balas dia sambil masuk ke bilik bersama alat tulis. Tak lain tak bukan melukis je kerja dia sepanjang minggu ni.Aku menuruni tangga. Ini masalah bila asrama kau tingkat tiga. Kalau tertinggal barang memang naik turun lah kau sambil terkejar-kejar bas. Aku memandang sekitar cafe. Kereta myvi silver bernombor WDA 1
"Ain. Panggil saja Ain." Jawabnya sebelum bayangan dia hilang. Aku memandang kertas itu. Bibir aku mengukir senyuman.Selepas selesai urusan borang-borang pendaftaran, kami beratur mengambil kunci kolej. Ada beberapa nama kolej seperti KHAR, KUO, KAB, KZ. Itu jaa aku ingat. Aku ditempatkan di kolej KHAR. Tingkat 3? Pfttttttt. Aku menaiki tangga sambil menggalas beg yang aku bawak. Aku bawak apa sial berat sangat ni. Sampai saja di tingkat 3, aku memulas tombol pintu. Ada beberapa orang sedang duduk berbual. Aku rasa mungkin ini housemate aku. Aku senyum sambil berjabat tangan. Aku masuk ke dalam bilik aku. Beg diletakkan di atas lantai. Aku join mereka lepak di ruang tamu. Sesi perkenalan. Nak duduk 3 tahun kan mesti kena kenal dengan housemate kau. Ada yang dari Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Aku oke jaa negeri mana pun. Aku tak rasis. Janji ngam dengan aku, oke jaa. Angka jam menunjukkan tepat pukul 2 petang. Aku meminta izin untuk mandi. Mahu segarkan badan dan solat. S
"Kau yakin ke kau boleh setia bila masuk universiti nanti?" Soal Adila."Alaa walaupun dekat sana aku dihidangkan perempuan yang lawa macam bidadari tapi hati aku tetap pilih kau. Janji.." Jawab aku yakin dengan janji yang belum pasti. Aku dengar dia ketawa."Eleh lelaki macam kau ni mulut manis. Bahaya sikit." Aku tersengih. Perempuan. Sikap syak dan ragu-ragu tidak mungkin boleh berpisah."Serius lah. Tak percaya sudah." Rajuk aku. Sengaja mahukan perhatian dari dia."Gedik ahh kau nak merajuk bagai hahaha.." Kami berdua ketawa. Masing-masing tidak berhenti berkongsi cerita.Aku tersenyum. Gambar-gambar itu aku ambil lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Aku mahu membawa kenangan ini bersama aku. Selesai memeriksa segala kelengkapan, aku berbaring di atas katil. Hari esok. Tidak sabar untuk aku tunggu.Perjalanan yang memakan masa 4 jam dari tempat asal aku ke Tanjung Malim agak memeritkan. Yelaa aku seorang manusia yan