"Aku rasa aku nak cari dia balik. Aku nak betulkan semua ni. Aku sayangkan dia. Susah sangat aku nak buang perasaan aku ni." Ujar Riyad sambil tanggannya mengambil dan membaling batu-batu kecil yang terdapat di gigi air terjun tersebut.
"What? kau nak cari dia dekat mana. Dah 3 tahun dia tak ada dekat sini bukan kau tak tahu benda tu. Hari- hari kau duk melangut depan rumah dia. Bukan setakat bayang dia habuk dia pun tak ada." Balas Fariz sambil mengurut keningnya. Bukan dia tidak tahu apa yang berlaku selama tiga tahun ini. Dia yang sentiasa bersama dengan lelaki itu setiap masa. kehulur kehilir sehingga ada yang sudah salah anggap dengan hubungan mereka.
"Itu laa kau... Masa buat dulu tak nak pakai otak. Sekarang dah jadi macam baru kau tahu. kau rasa dia nak terima kau lagi ke. Silap- silap dia dah move on. kau tu ja yang macam pungguk rindukan bulan." sambungnya lagi. Itu laa sahabatnya masa buat tak nak fikir kesan dia. Sekarang nasi dah jadi bubur macam ni baru nak menyesal. Penat aku membebel sorang-sorang.
"Hmmmm....."
"Kau 'hmmmmm' ja? punya panjang aku membebel kau hmmm ja. Habis air liur aku, membazir je aku cakap dengan kau ni. Kau jangan....." kata-kata Fariz terhenti apabila di potong oleh Riyad.
"Kau ni mulut macam ayam tercabuk bulu dah aku dengar. Aku ajak kau datang sini temankan aku nak tenangkan fikiran aku, bukan nak dengar kau bebel macam nenek kau."
"Arghhh...tak kira, aku nak claim juga insuran untuk air liru aku yang kau dah bazirkan tadi." balas Fariz sambil menyilangkan kedua tangan di badannya.
"Suka hati kau lah. Malas aku layan." Riyad terus berdiri sambil kakinya melangkah meninggalkan kawasan itu.
Fikiran Riyad masih terganggu dengan perbualan dia bersama Faris semasa mereka berada di Lata Pelangi. Dia mengakui bukan mudah untuk dia terus membuang wanita itu dari hati dia. Wanita itu telah berjaya mencuri tempat di hati dia sehingga sekarang.
Namun takdir seakan tidak memihak kepadanya kerana selepas kejadian yang berlaku, wanita itu terus hilang tanpa kesan. Riyad sendiri buntu hendak mencari wanita itu di mana.
Tok... Tok... Tok...
Ketukan di pintu pejabat berjaya menghentikan Aisya dari terus melakukan kerjanya.
"Masuk..." kata Aisya sepatah kemudian dia meneruskan kembali kerjanya yang terhenti sebentar tadi.
Terjenggul wajah Hana di hadapan pintu pejabatnya bersama dengan sejambak gubahan tiga kuntum Bunga calla lily white yang mempunyai maksud yang tersirat.
"This is for you" kata hana bersama senyuman manis di bibirnya.
Aisya melihat bunga tersebut dengan satu senyuman bahagia. Mengerti akan makna dengan kehadiran bunga tersebut.
"Siapa yang bagi you ni" Aisya bertanya sambil tangannya sibuk mengambil kad yang terselit di dalam celahan bunga tersebut.
~hi love~
Aisya membaca kad itu sambil hatinya menjerit.
"Ada seorang laki tadi datang bagi dekat i tadi minta passing dekat cik Aisya. Dia ada dekat luar. Nak i panggilkan dia ke?" tanya Hana polos sambil tangan menunjukkan isyarat luar pintu pejabat.
Aisya hanya menggangguk sambil matanya masih memerhati bunga tersebut. Senyuman yang terukir di dua ulas bibirnya semakin mekar menatap bunga tersebut.
Belum sempat Hana ingin memanggil, lelaki tersebut sudah memasuki pejabat bos nya sambil membuat isyarat supaya dia diam. Hana hanya mengangguk dan terus melangkah keluar dari bilik tersebut sambil menutup semula pintu pejabat itu.
Aisya yang sedang asyik membelek bunga tersebut masih tidak menyedari akan kehadiran jejaka tersebut. Apabila dia mengangkat muka matanya bertembung dengan sang jejaka. ternganga Aisya di buatnya akibat daripada kejutan itu. Nasib baik mulutnya sempat ditutup.
"Suprise" kata jejaka tersebut sambil membuka tangannya membuat gaya kejutan yang sering dilakukan oleh yang lain. senyuman yang paling berharga dihadiakan buat sang pencuru hati.
"Bila abang balik. Tak bagi tahu pun" Aisya dengan lenggok manjanya bersuara sambil berdiri menghampiri sang pujaan hati. Bunga yang diterima masih berada didalam dakapannya.
"Flight abang sampai semalam. Dalam pukul 2 pagi tadi abang touch down."
"Oooo... So, welcome back Dr. Syed Zafran. Akhirnya balik juga abang ke tanah air ya."
"mestilah abang balik. bunga abang ada dekat sini kan."ujar zafran sambil merenung segenap wajah Aisya bagi menghilangkan rasa rindu yang beraja di hatinya. Tangannya laju mencuit puncak hidung sang kekasih.
"Abang mesti rindu sangat kan dengan Malaysia. Ye laa dah lama tak balik kan." soal Aisya sambil mengangkat keningnya sebelah kanan berkali-kali.
"Nope! i miss you more."
"Arghhhh! melting nyaa suara dia..tak pernah tak buat aku jatuh cinta berkali-kali." jerit Aisya di dalam hatinya.
"So this white calla lily... Can you explain to me?" tanya Aisya sambil bunga itu di tayangkan ke hadapan zafran.
"You know better the meaning of that flower right?" sambil keningnya dijongketkan dia bersuara.
"Abang nak ajak sya kawen dalam diam ke ni. Hmmm" soal Aisya lembut.
"Are you sure?" soal zafran kembali. Sengaja mahu main tarik tali dengan wanitanya ini.
"Yup! I'm very sure. Bunga lily putih sangat popular dalam kalangan muda mudi yang sedang jatuh cinta. Maknanya, lily putih ini sangat laku dipasaran pada hari kekasih untuk di jadikan hadiah, selain bunga ros merah kerana lily putih melambangkan kesucian serta kejujuran dalam sebuah perhubungan. Selain itu, untuk pasangan yang akan menikah, biasanya seorang lelaki akan menggunakan bunga lily putih sebagai salah satu cara untuk menyatakan lamaran kepada wanitanya. Selain memberikan suasana romantis, lily putih ini melambangkan adanya perasaan yang tulus dan cinta suci yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata namun dapat diwakili oleh kehadiran bunga lily putih tersebut." jelas Aisya dengan lenggok bahasanya yang tersendiri.
" it's true?"
“ Why you give me this white calla lily? With three lily buds. Are you going to propose me?” Soal Aisya dengan lenggok suara yang tidak percaya.
Zafran berjeda seketika sebelum dia melutut. Kotak cincin dari dalam kocek jaket dikeluarkan. Penutup di buka lalu bekas baldu bersama sebentuk cincin di hala ke arah Aisya.
“ Sudi tak bunga jadi bidadari abang? ” Biacara Zafran senafas. Sudah hampir seminggu dia berlatih untuk melamar Aisya sebelum dia pulang ke Malaysia.
“Abang...” Aisya terkedu bersama dengan mata yang bercahaya. Walaupun lamaran Zafran ringkas begini, tanpa candle light dinner seperti drama tv dia tetap merasa sangat bahagia.
Suara Aisya seakan tersekat dikerongkong, tidak tahu apa yang hendak dibalas. Sama ada mahu mengangguk atau mahu menjerit sekuat hati kerana terlalu gembira. Air mata yang mengalir sedikit di hujung mata, dia sapu menggunakan jari. Ingin sahaja dia merempuh memeluk tubuh lelaki itu. Perasaan yang sangat sukar dia gambarkan.
" Terima Kasih Tuhan untuk rasa bahagia ini." Aisya memanjatkan doa ringkas mensyukuri nikmat kepada tuhan yang satu. Sungguh perasaan tika ini begitu indah. Kalau bisa biarlah masa berhenti seketika. Wanita mana yang tidak bahagia apabila dirinya di lamar oleh lelaki yang dia cintai. Jika ada, mungkin wanita itu gila.
"Good Morning Engku."Aina berdiri menyapa bossnya sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat kepada lelaki itu. Dia terus sahaja mengikuti langkah lelaki itu ke dalam ruangan pejabat sambil membawa tab bersama untuk membacakan jadual lelaki tersebut. "Thanks for the coffee." Riyad bersuara sambil menunjukkan mug tersebut kepada secretary dia. Tetapi ucapanya itu datar sahaja tanpa secalit senyuman. 'Naseb baik pandai juga nk ucap terima kasih. aku ingat hati dia tu kering kontang dah' omel Aina di dalam hati mengutuk bossnya yang seperti tidak mempunyai perasaan itu.Terkumat kamit hatinya berbicara. "Aina!!!" dikuatkan sedikit suaranya untuk mengejutkan setiausahanya yang sedang mengelamun itu. "arrrr..ye boss." terkejut aina dengan sergahan bossnya itu, lantas sebuah senyuman diberikan kepada boss atas kesalahan yang dilakukan tanpa sengaja itu. "Awak kalau
Perkara paling mahal dalam hidup seseorang itu adalah "harga cinta yang setia". -Riyad **************** Aisya melepaskan keluhan kasar lantas menghempaskan badan ke atas katil setelah pulang dari pejabat. Badanya terasa sangat letih setelah seharian berkejar untuk menghadiri mensyuarat syarikat. Bukan sahaja keletihan fizikal malah mentalnya juga berasa letih beberapa hari ni. Fikiran yang terganggu menyebabkan dia terpaksa mengabil ubat tidur bagi menjemput lena setiap malam.Sudah agak lama dia tidak bergantung terhadap ubat tersebut namun kejadian beberapa hari lepas telah menyebabkan dia kembali mengambil ubat tersebut. Dalam melayan keletihan itu ingatan Aisya kembali terimbas terhadap kejadian yang telah meragut ketenangannya kembali. ~~~~~ "Aisy." Riyad bersuara sambil menunjukkan riak terkejutnya. Dia tidak menyangka akan bertemu semula den
You will never know the value of a moment until it become a memory.************"Sha, mama masuk ya."Datin Aida membuka pintu bilik anak perempuan setelah dia mengetuk pintu bilik itu."masuk je mama.Sha tengah bersiap ni." balas Aisya sambil tangannya sibuk memasang anting-anting kesayangannya di cuping telinga kanan.Setelah siap dia meneliti penampilannya di hadapan cermin besar yang terdapat didalam bilik pakaian.Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Aisya melangkah keluar mendapatkan Datin Aida yang sedang berlabuh dinsofa di dalam biliknya."Cantik kan Sha mama."kata Aisya dengan riak wajahnya yang begitu gembira. Atau lebih tepat lagi dia sedang berbahagia."Mestilah cantik anak mama ni. Sebab mama kan cantik." Balas Datin Aida bersama sebuah s
Seperti yang dirancang, Zafran membawa Aisya keluar hujung minggu itu. Aisya hanya merenung jalan raya dihadapan sebelum dia kembali menoleh ke arah lelaki itu. Bosan yang sebenarnya dengan suasana bisu di dalam kereta itu kerana Zafran bukanlah seorang yang suka bercakap perkara yang tidak perlu. Suasana di dalam kereta itu hanya ditemani bunyi penghawa dingin dan bicara daripada penyampai radio sahaja. Penat memandang pohon di tepi jalan raya, dia kembali menoleh merenung lelaki itu sambil menghayati lagu yang sedang bermain di corong radio.Jujur ku mengagumiPantas ku beri seribu pujian buat kamuJauh di dalam hati selalu ku rasaBersyukur aku mngenalmuKarena cinta dari kamuJadikan aku wanita terbahagia di duniaBersama kamu ku jadi tahuArtinya waktu lebih berharga dari harta di duniaBersama kamu ku rasa jauh lebih mengertiArti ci
Sudah dua bulan berlalu sejak dari hari tarikh pertunangan mereka ditetapkan iaitu pada hari keluarga Zafran datang merisik dua bulan lalu. Kedua ibu bapa mereka tidak menyetujui rancangan Zafran untuk mengadakan majlisi pertunangan berserta dengan hari merisik sekali gus.Ini kerana Aisya merupakan satu-satunya anak yang Dato' Khairil dan Datin Aida tinggal. Mereka tetap mahu mengadakan majlis walaupun sekadar majlis ringkas sahaja. Majlis Aisya adalah merupakan majlis pertama dan terakhir untuk keluarga Dato' Khairil. Jadi mereka mahu mengadakan majlis yang meriah untuk merakam banyak memori sebagai simpanan.Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan peringkat pertama, tidak lepas juga untuk Aisya dan Zafran, setelah lebih tiga tahun mereka berkenalan sebelum menuju langkah seterusnya. Seperti yang dirancang oleh kedua ibu bapa Aisya dan Zafran hari ini merupakan hari di mana majlis pertuna
Akhirnya, setelah berakhir hujung minggu, maka berakhirlah sudah majlis pertunangannya, dengan rasminya kini Aisya sudah bergelar tunang kepada Syed Zafran, seorang Dokter Pakar Psychiatry. Aisya kembali bekerja. Pagi itu Aisya memasuki bangunan Airil Interior dengan sambutan ucapan tahniah diatas pertunangan dia dan Zafran setelah melangkah keluar dari lift untuk menuju ke bilik pejabat dia.Keluar sahaja dari perut lift Aisya kelihatan agak hairan kerana suasana di aras pejabat dia kini kelihatan begitu sunyi. Sangat jarang berlaku dalam tempoh dua bulan dia bekerja aras itu sunyi seperti ini. Selalunya department itu yang paling riuh setiap hari, awal awal pagi juga mereka sudah ada topik untuk dibawangkan diantara mereka tujuh orang. Tidak menghiraukan suasana itu Aisya terus sahaja membuka langkah menuju ke pejabatnya. Setelah membuka pintu pejabat kaki Aisya terpaku di muka pintu pejabat. Dikerdipkan matanya sekali bagi mengusir bayangan yang
"Macam mana?" tanya Dato` Khairil. "Masih sama saya tengok keadaan dia." jawab Datin Aida lemah. Dato` Khairil mengeluh berat. Matanya masih lagi menatap wajah Aisya Yanie yang sedang tidur. Kasihan dia melihat anak bongsunya itu. Begitu berat dugaan yang menimpa Aisya Yanie dan mereka sekeluarga. Bagaimana dengan penerimaan anaknya apabila sedar nanti. Dia sendiri begitu sedih dengan kejadian yang menimpa mereka. Dia sebagai ayah tidak mampu untuk melihat, inikan pula untuk menanggungnya. "Banyak-banyaklah kita berdoa supaya Sya kuat dan tabah hadapi dugaan dari-NYA. Jangan tunjukkan kita lemah walaupun sebenarnya kita sendiri pun tidak kuat." Nasihat Dato` Khairil beserta keluhan untuk kesekian kali. "Tapi abang boleh ke Sya terima semua ini sebagai takdir dalam hidup dia? Abang pun sendiri tahu macam mana anak kita selama ini. Saya takut Sya akan memencilkan diri dia selepas
Zafran merebahkan badan diatas sofa ruang tamu rumahnya. Tangan kiri diletakkan diatas perut manakala tangan kanannya sibuk menari diatas dahi. Matanya dipejamkan. Otak kembali bekerja memikirkan semua cerita daripada Riyad tentang Aisya dan juga keluarganya seminggu yang lepas. Keluhan berat di lepaskan sebelum dia mengangkat tubuh dan berlalu ke bilik. Dia sudah berjanji dengan Aisya untuk membawa wanita itu ke satu tempat selama beberapa hari. Sudah dimaklumkan kepada Dato' Khairil tentang rancangannya dan bakal bapa nentua dia tidak menentang sedikit pun rancangannya. Dia dari awal lagi sudah mengambil cuti dan menyuruh Aisya turut sama mengambil cuti bersamanya. Mereka akan bertolak petang ini menuju ke destinasi yang akan memberi seribu ketenangan dan aura baharu. Dia mahu Aisya memulakan kehidupan baharu dengan cara yang positif. Baginya mungkin dengan cara ini dia dapat membantu Aisya untuk pulih sepe
Terpisat-pisat mata Riyad cuba di celik kembali. Sekilas wajah yang sedang lena berbantalkan dada dia ditatap penuh kasih. Tidak pernah sedetik pun dia tidak mencintai wanita itu.Perlahan Riyad menolak kepala Aisya dan meletakkan wanita itu ke atas bantal secara perlahan. Dengan langkah yang berhati-hati tidak mahu mengejutkan wanita itu Riyad bangun.Telefon bimbit yang berada di atas meja sisi katil di capai. Dia berjalan ke balkoni bilik untuk menjawab panggilan yang mengganggu lenanya sebentar tadi." Kau tak ada hari lain ke nak call aku" ujar Riyad malas sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi malas di balkoni tersebut." Info apa yang kau dapat kali ni? " Riyad menyoal kasar tetapi masih mengawal nada suara dia. Dia mengerling sekilas ke arah Aisya yang masih tidur di dalam bilik. Takut suara dia mengganggu tidur Aisya. Dia juga takut jika Aisya mendengar perbualan mereka."Terus perhatikan dia, jangan sampai dia terlepas." Arahan di beri
Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Aisya mengeliat kelegaan setelah kaki berjaya menjejak tanah. Perjalan dari Kuala Lumpur mengambil masa hampir tiga jam untuk tiba di negeri di bawah bayu ini. Tidakah selama perjalanan dia ke London tetapi lenguh itu tetap terasa. " Jom" Riyad menarik tangan Aisya mengikuti dia. Tempat menuntut beg dituju. Lima belas minit menunggu akhirnya beg mereka selamat berada di atas troli. Troli ditolak menggunakan sebelah tangan manakala tangan kiri Riyad masih menggengam erat tangan Aisya. Luar lapangan terbang di tuju. Mata Riyad melilau mencari kelibat kereta yang sudah di sewa oleh Aina. Seketika dia melihat satu sosok berjalan menuju kearah mereka. " Encik Riyad?" Soal lelaki itu. " Ya saya" jawab Riyad menandang lelaki itu. " Mari ikut saya. Kereta dekat hujung sana" kata lelaki itu sambil jari menunjuk ke arah kereta yang terletak sedikit jauh dari tempat mereka berdiri. " Kita nak kemana
" Aku terima nikahnya Aisya Yanie Binti Khairil dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit dan senaskhah al-Quran di bayar tunai." Senafas lafaz akad dilafazkan oleh lelaki itu dengan lancar." Sah?" Soal Dato'Khairil kepada dua orang saksi yang berada di sebelah dia." Sah " jawab mereka berdua serentak. Nafas di hela perlahan oleh pengantin lelaki. Tok kadi yang berada di situ turut mengangguk kepala dia sebelum tangan di tadah bagi membacakan doa.Aisya yang berada dibelakang pengantin lelaki hanya kaku tanpa riak. Jiwa dia kosong. Pandangan di hala ke hadapan. Wajah kegembiraan yang meraikan hari bahagia ditatap dengan pandangan yang sayu. Mereka mungkin bahagia tetapi bahagiakah dia menghawini lelaki itu?Mata dia masih tunak memandang ke arah pengantin lelaki. Tingkah lelaki itu diperhati. Dia melihat Riyad berdiri menuju ke satu arah dan lelaki itu melakukan sujud. Sujud syukur mungkin.Setelah memberi salam Riyad melangkah ke arah dia ya
Sudah tiga hari berlalu setelah pemergian Zafran. Keluarga Zafran semua bersetuju untuk tidak menggunakan alat bantuan pernafasan itu kerana ia tidak menjamin bahawa Zafran akan kembali pulih. Mereka menerima takdir tuhan yang sudah tertulis buat mereka. Jika sudah tiba waktunya untuk pergi mengapa harus kita menjadi penghalang perjalanan dia ke alam seterusnya. Malam ini merupakan malam yang ketiga berturut-turut mereka mengadakan bacaan yasin dan tahlil buat arwah Zafran. Aisya sendiri turut berada di rumah keluarga Zafran bersama kedua orang tua dia. Dia tidak tahu bagaimana ingin menggambarkan perasaan dia ketika ini. Bohonglah jika dia mengatakan bahawa dia tidak sedih dengan kehilangan Zafran, tapi dia tahu dia harus tetap kuat di hadapan keluarga dia dan keluarga Zafran. Sampai bila dia mahu menjadi wanita yang lemah. Satu helaan nafas dilepaskan untuk kali ke berapa dia sendiri juga tidak tahu. " Sya..." Panggil Puan Ainun sambil menyentuh sedikit bah
Riyad melangkah perlahan menuju ke bahagian kecemasan hospital. Di tangan dia terdapat handbag dan juga telefon bimbit wanita itu. Setiba dia di hadapan bilik kecemasan hospital dia melihat Aisya seorang diri di bangku sambil berendam air mata. Kali kedua dia melihat wanita itu lemah! "Ehemmm" Riyad berdehem bagi menyedarkan Aisya akan kehadirannya di situ. Mendengar sahaja bunyi itu, Aisya terus memanggung kepala dia. Sungguh dia tidak perasan ada seseorang sedang berdiri di hadapan dia. " Sorry. Saya cuma datang nak hantar handbag, handphone dan kunci kereta awak." Ujar Riyad apabila Aisya memandang dia pelik. " Oh. Thanks" balas Aisya, dilarikan pandangan mata dia dari terus memandang Riyad. Bukan! Sebenarnya dia terkedu melihat tompokan darah yang terdapat di baju lelaki itu. Seketika baru dia teringat bahawa Riyad juga turut berada di tempat kejadian. Dengan kudrat yang lemah Aisya berdiri ingin menyambut huluran handbag dia
" Assalamualaikum." Sapa Zafran sebaik sahaja Aisya melangkah memasuki kereta itu. Hari ini dia dan Aisya akan ke Adila Collection yang merupakan butik pilihan mereka untuk persiapan baju pernikahan mereka. Fitting terakhir akan di lakukan hari ini sebelum baju itu benar benar sepadan dengan tubuh mereka. Barangan hantaran mereka sudah siap sepenuhnya seminggu lalu cuma tinggal untuk memasang pelamin dan ucapan akad sahaja bagi mengesahkan status terbaharu mereka berdua. " Waalaikum salam. " Jawab Aisya sepatah. " Sihat?" " Sihat." Sepatah lagi! " Dah breakfeast? " Soal Zafran lagi. " Dah." Berkerut dahi Zafran mendengar jawapan Aisya sepatah sepatah itu. Jarang Aisya tidak banyak mulut apabila bersama dengan dia. Kadang dia sendiri buntu dari mana datang idea Aisya untuk bebicara sebanyak itu setiap kali mereka berjumpa. " Are you okay? " Aisya pantas menoleh kearah Zafran sebaik sahaja mendengar soalan yang keluar dari mu
" Assalamualaikum dan selamat malam anak anak semua. Para hadirin yang di kasihi sekali. Alhamdulillah bertemu kembali kita pada malam ini." Ustaz Halim memulakan bicara kepada ceramahnya malam ini. Sememangnya setiap malam sabtu madrasah Ulumiah akan mendengar bicara agama daripada Ustaz Halim. Sepotong doa dibacakan sebelum memulakan agenda utama malam ini. " Baiklah para hadirin sekalian. Tajuk utama kita pada malam ini adalah berkaitan dengan redha." "Apa itu redha? Boleh sesiapa tolong jawabakan?" Permulaan yang menjadikan suasana di dalam surau sekolah itu sedikit riuh kerana masing masing mula bersoal sesama jemaah akan maksud redha. Seorang pelajar lelaki dari madrasah Ulumiah mengangkat tangan untuk menjawab pertanyaan daripada Ustaz Halim. " Redha bermaksud kita menerima takdir tuhan yang menimpa diri dengan hati yang terbuka. Kita terima qada' dan qadar
Madrasah Ulumiah merupakan destinasi yang dibawa Zafran. Patut la lelaki itu beria meminta dia memakai tudung ketika berhenti di simpang sebelum memasuki kawasan madrasah ini. Semua penghuni dan pelawat madrasah ini di wajibkan untuk menutup aurat. Tetapi Aisya tertanya tanya atas tujuan apa Zafran membawa dia ke sini. " Abang bawa Yanie datang sini untuk apa?" Soal Aisya hairan. Tak terbayang akal fikiran yang dia akan menjejakkan kaki kesini. Kalau hendak menghadiri kursus kahwin, agak mustahil kerana mereka sudah menghadirinya dua minggu lepas di Kuala Lumpur. " Tak ada apa. Saja abang bawa bunga datang sini sama sama. Kita boleh dalami ilmu agama dengan lebih mendalam sama sama." Balas Zafran. "Dan juga sebagai persediaan kita untuk masa akan datang." Sambung Zafran lagi. Memang dia mahu lebih mendekatkan diri dengan tuhan. Dia mahu mempunyai lebih pengetahuan tentang agama sebagai persediaan dia
Zafran merebahkan badan diatas sofa ruang tamu rumahnya. Tangan kiri diletakkan diatas perut manakala tangan kanannya sibuk menari diatas dahi. Matanya dipejamkan. Otak kembali bekerja memikirkan semua cerita daripada Riyad tentang Aisya dan juga keluarganya seminggu yang lepas. Keluhan berat di lepaskan sebelum dia mengangkat tubuh dan berlalu ke bilik. Dia sudah berjanji dengan Aisya untuk membawa wanita itu ke satu tempat selama beberapa hari. Sudah dimaklumkan kepada Dato' Khairil tentang rancangannya dan bakal bapa nentua dia tidak menentang sedikit pun rancangannya. Dia dari awal lagi sudah mengambil cuti dan menyuruh Aisya turut sama mengambil cuti bersamanya. Mereka akan bertolak petang ini menuju ke destinasi yang akan memberi seribu ketenangan dan aura baharu. Dia mahu Aisya memulakan kehidupan baharu dengan cara yang positif. Baginya mungkin dengan cara ini dia dapat membantu Aisya untuk pulih sepe