Aisya melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat milik Dato' Khairil dengan penuh bergaya. Dia cuma mengenakan pakaian casual pejabat pada hari pertama dia memulakan kerjaya dia sebagai interior designer setelah menamatkan ijazah sarjana pada empat tahun lepas. Ditubuhnya tersarung elok sepasang set pilihannya pada hari ini iaitu baju t-shirt bewarna dusty green yang di tuck in ke dalam seluar, di bahagian dalam dan di bahagian luar dia memakai a cape blazer yang bewarna putih dan dipadankan dengan seluar slack senada dengan warna blazernya. Hari ini merupakan hari pertama dia akan memulakan tugasnya sebagai seorang Interior Designer di Airil Interior. Kaki Aisya laju melangkah menaiki lift dan menuju ke tingkat lima bangunan itu di mana terletaknya ruang pejabat Dato' Khairil.
''Morning Cik Aisya.'' Sapa Nurin merupakan secretary Dato' Khairil. Nurin telah berkhidmat dengan Dato' Khairil hampir enam tahun.
''Hai Nurin. Long time no see you. I'm glad to see you again. How are you?" Sapa Aisya seraya memberikan senyuman kepada Nurin.
" I'm good. How about you? Glad to meet you once again." Balas Nurin.
" I'm also good as you can see right now." Sebuah senyuman diberikan kepada Nurin.
''Dato' pesan kalau cik Aisya sampai, dia suruh cik Aisya masuk terus." kata Nurin sambil jalan beriringan dengan Aisya menuju ke pejabat milik Dato' Khairil.
Setibanya di hadapan bilik Dato' Khairil, Nurin dengan pantas bertindak mengetuk pintu bilik tersebut. Tidak menunggu lama kedengaran sahutan dari dalam pejabat Dato' Khairil, membenarkan mereka masuk.
"Selamat datang anak papa. Dah ready ke nak kerja?" Ujar Dato' Khairil kepada anak tunggalnya itu.
''Of course i'm ready papa. Sya bosan laa asyik terperuk aja dekat rumah then dengar mama bebel, sakit telinga Sha ni." Aisya ketawa dengan ucapan berani mati dia. Kalau mama tahu ni habis dia dikerjakan mama. Mungkin putus telinga dia dipiat oleh mama.
"So this is my new challenge" Aisya kembali menyambung ucapan dia yang terjeda kerana ketawa sebentar tadi sambil tersenyum bahagia.
Dato' Khairil juga turut ketawa melayan telatah anak gadis dia yang sudah dewasa ini tetapi masih lagi dengan sikap manja seperti anak kecil. Dia hanya melayan sahaja setiap karenah anak daranya ini memandangkan Aisya adalah satu-satunya anak yang dia ada sekarang. Kalau tahu Datin Aida yang mereka sedang mentertawakan dia harus sedepa muncung di bibir isterinya itu.
''So Nurin macam biasa tunjukkan bilik anak kesayangan i ni then kenalkan Aisya dekat semua staff ok." Ujar Dato' Khairil.
"Baik Dato." Balas Nurin sambil menundukkan sedikit wajahnya sebagai tanda hormat ala-ala gaya jepun tu. Mereka disini memang wajib menjaga etika dengan orang atasan dan juga pelanggan.
Aisya keluar mengikut langkah Nurin yang berjalan dihadapan. Sebelum menuju ke ruang pejabatnya Aisya di kenalkan dengan semua staf yang berada satu aras dengan bilik pejabatnya. Terdapat kira-kira tujuh orang pekerja di department itu termasuk Nurin. Aisya menyapa mereka dengan senyuman manis dibibirnya sambil memperkenalkan serba sedikit tentang dirinya.
"Jangan segan dengan saya walaupun saya anak anak boss. Kalau saya ada buat salah tegur je. Kita belajar sama-sama. Saya pun baru lagi dalam bidang rekaan dalaman ni." Kata Aisya cuba untuk beramah mesra dengan semua pekerja papanya sebelum dia melangkah memasuki ruang pejabat yang dikhaskan untuk dia.
Setelah dua hari Riyad dan Fariz berada di Negeri Pahang mereka mula memandu untuk pulang ke ibu kota di atas tuntutan kerja yang dibiarkan begitu sahaja serta lambakan mensyaurat dengan pelanggan R&Z yang tertangguh gara-gara cuti mengejut dia selama dua hari ini.
Aina telah merancang semula jadual kerja Riyad dengan teratur. Walau bagaimanapun jadual kerja Riyad masih tetap padat kerana temujanji yang ditunda haruslah diadakan dengan segera.
Jika dia menanguhkan lagi mensyuarat, kemungkinan besar projek-projek yang sedang diusahakan oleh R&Z Properties Land tidak akan siap dalam masa yang ditetapkan oleh pihak pelanggan mereka.
Kesedihan yang menggangu fikiran Riyad bukanlah penghalang untuk dia tidak memberikan komitmen kepada kerjanya. Cuma hatinya seolah-olah kosong bila mengingatkan si dia.
"So apa plan kau lepas ni?" Soal Faris sambil memandu memecahkan kesunyian diantara mereka berdua.
"Aku tak ada perancangan lagi buat masa sekarang." balas Riyad sambil memandang kearah jalan raya.
"kau tahu kan dia dah balik Malaysia?" Faris memandang sekilas kearah bahagian penumpang.
Riyad hanya mengganggukkan kepala kepada jawapan Faris sebentar tadi. Dia malas mahu membuka suara kerana sedang menghayati lagu yang sedang diputarkan di corong radio kereta.
Lagu yang dimainkan itu seakan-akan sedang mentertawakan dia diatas kesilapan yang pernah dia lakukan kepada seorang wanita. Lagu yang dinyanyikan oleh Calum Scott yang berjudul You Are The Reason benar-benar memberikan Riyad satu tamparan yang hebat.
There goes my heart beating
'Cause you are the reason
I'm losing my sleep
Please come back now
And there goes my mind racing
And you are the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now
I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason
There goes my hands shaking
And you are the reason
My heart keeps bleeding
I need you now
And if I could turn back the clock
I'd make sure the light defeated the dark
I'd spend every hour, of every day
Keeping you safe
And I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason
I don't wanna fight no more
I don't wanna hide no more
I don't wanna cry no more
Come back I need you to hold me (you are the reason)
Be a little closer now
Just a little closer now
Come a little closer
I need you to hold me tonight
I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
'Cause I need you to see
That you are the reason
Perutnya terasa sebu. Jiwa dia terasa walang sekali. Luka dihatinya seakan ditoreh dan kembali berdarah, menyesali tindakan dahulu kerana dia tidak dapat berfikir dengan waras ketika itu. Terlalu banyak perkara yang menimpa dia ketika itu.
Mata dihala memandang ke arah luar tingkap kereta. Menatap kesesakkan manusia yang sedang sibuk kehulur kehilir untuk menyiapkan kerja mereka. Ada juga pasangan kekasih yang sedang berjalan sambil bergurau senda, sebuah keluarga sedang bersantai bersama anak-anak, ibu bapa menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar bandar raya sambil memakan aiskrim dan ada juga saling bergurau senda diantara mereka.
Kepala Riyad sarat dengan seribu satu penyesalan atas tingkah yang telah dia lakukan. Jika ketika itu dia tidak membuat keputusan yang terburu-buru pasti mereka sekarang sedang berbahagia. Mungkin juga sudah mendirikan rumah tangga seauai dengan impian mereka, mungkin juga mereka sudah mempunyai cahaya mata sekarang.
Mukanya diraup dengan sebelah tangan mengusir segala kekesalan di hati. Mungkin tuhan masih mempunyai rancangan yang lebih indah untuk dia.
'Tuhan aku sangat menyesal terhadap apa yang telah aku lakukan. Aku telah menyakiti hati manusia ciptaan engkau yang digelar sebagai kaum yang lemah. Apakah lelaki seperti aku masih layak untuk mendapat peluang kedua.'
"Aku rasa aku nak cari dia balik. Aku nak betulkan semua ni. Aku sayangkan dia. Susah sangat aku nak buang perasaan aku ni." Ujar Riyad sambil tanggannya mengambil dan membaling batu-batu kecil yang terdapat di gigi air terjun tersebut. "What? kau nak cari dia dekat mana. Dah 3 tahun dia tak ada dekat sini bukan kau tak tahu benda tu. Hari- hari kau duk melangut depan rumah dia. Bukan setakat bayang dia habuk dia pun tak ada." Balas Fariz sambil mengurut keningnya. Bukan dia tidak tahu apa yang berlaku selama tiga tahun ini. Dia yang sentiasa bersama dengan lelaki itu setiap masa. kehulur kehilir sehingga ada yang sudah salah anggap dengan hubungan mereka. "Itu laa kau... Masa buat dulu tak nak pakai otak. Sekarang dah jadi macam baru kau tahu. kau rasa dia nak terima kau lagi ke. Silap- silap dia dah move on. kau tu ja yang macam pungguk rindukan bulan." sambungnya lagi. Itu laa sahabatnya masa buat tak nak fikir kesan dia. Sekarang nas
"Good Morning Engku."Aina berdiri menyapa bossnya sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat kepada lelaki itu. Dia terus sahaja mengikuti langkah lelaki itu ke dalam ruangan pejabat sambil membawa tab bersama untuk membacakan jadual lelaki tersebut. "Thanks for the coffee." Riyad bersuara sambil menunjukkan mug tersebut kepada secretary dia. Tetapi ucapanya itu datar sahaja tanpa secalit senyuman. 'Naseb baik pandai juga nk ucap terima kasih. aku ingat hati dia tu kering kontang dah' omel Aina di dalam hati mengutuk bossnya yang seperti tidak mempunyai perasaan itu.Terkumat kamit hatinya berbicara. "Aina!!!" dikuatkan sedikit suaranya untuk mengejutkan setiausahanya yang sedang mengelamun itu. "arrrr..ye boss." terkejut aina dengan sergahan bossnya itu, lantas sebuah senyuman diberikan kepada boss atas kesalahan yang dilakukan tanpa sengaja itu. "Awak kalau
Perkara paling mahal dalam hidup seseorang itu adalah "harga cinta yang setia". -Riyad **************** Aisya melepaskan keluhan kasar lantas menghempaskan badan ke atas katil setelah pulang dari pejabat. Badanya terasa sangat letih setelah seharian berkejar untuk menghadiri mensyuarat syarikat. Bukan sahaja keletihan fizikal malah mentalnya juga berasa letih beberapa hari ni. Fikiran yang terganggu menyebabkan dia terpaksa mengabil ubat tidur bagi menjemput lena setiap malam.Sudah agak lama dia tidak bergantung terhadap ubat tersebut namun kejadian beberapa hari lepas telah menyebabkan dia kembali mengambil ubat tersebut. Dalam melayan keletihan itu ingatan Aisya kembali terimbas terhadap kejadian yang telah meragut ketenangannya kembali. ~~~~~ "Aisy." Riyad bersuara sambil menunjukkan riak terkejutnya. Dia tidak menyangka akan bertemu semula den
You will never know the value of a moment until it become a memory.************"Sha, mama masuk ya."Datin Aida membuka pintu bilik anak perempuan setelah dia mengetuk pintu bilik itu."masuk je mama.Sha tengah bersiap ni." balas Aisya sambil tangannya sibuk memasang anting-anting kesayangannya di cuping telinga kanan.Setelah siap dia meneliti penampilannya di hadapan cermin besar yang terdapat didalam bilik pakaian.Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Aisya melangkah keluar mendapatkan Datin Aida yang sedang berlabuh dinsofa di dalam biliknya."Cantik kan Sha mama."kata Aisya dengan riak wajahnya yang begitu gembira. Atau lebih tepat lagi dia sedang berbahagia."Mestilah cantik anak mama ni. Sebab mama kan cantik." Balas Datin Aida bersama sebuah s
Seperti yang dirancang, Zafran membawa Aisya keluar hujung minggu itu. Aisya hanya merenung jalan raya dihadapan sebelum dia kembali menoleh ke arah lelaki itu. Bosan yang sebenarnya dengan suasana bisu di dalam kereta itu kerana Zafran bukanlah seorang yang suka bercakap perkara yang tidak perlu. Suasana di dalam kereta itu hanya ditemani bunyi penghawa dingin dan bicara daripada penyampai radio sahaja. Penat memandang pohon di tepi jalan raya, dia kembali menoleh merenung lelaki itu sambil menghayati lagu yang sedang bermain di corong radio.Jujur ku mengagumiPantas ku beri seribu pujian buat kamuJauh di dalam hati selalu ku rasaBersyukur aku mngenalmuKarena cinta dari kamuJadikan aku wanita terbahagia di duniaBersama kamu ku jadi tahuArtinya waktu lebih berharga dari harta di duniaBersama kamu ku rasa jauh lebih mengertiArti ci
Sudah dua bulan berlalu sejak dari hari tarikh pertunangan mereka ditetapkan iaitu pada hari keluarga Zafran datang merisik dua bulan lalu. Kedua ibu bapa mereka tidak menyetujui rancangan Zafran untuk mengadakan majlisi pertunangan berserta dengan hari merisik sekali gus.Ini kerana Aisya merupakan satu-satunya anak yang Dato' Khairil dan Datin Aida tinggal. Mereka tetap mahu mengadakan majlis walaupun sekadar majlis ringkas sahaja. Majlis Aisya adalah merupakan majlis pertama dan terakhir untuk keluarga Dato' Khairil. Jadi mereka mahu mengadakan majlis yang meriah untuk merakam banyak memori sebagai simpanan.Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan peringkat pertama, tidak lepas juga untuk Aisya dan Zafran, setelah lebih tiga tahun mereka berkenalan sebelum menuju langkah seterusnya. Seperti yang dirancang oleh kedua ibu bapa Aisya dan Zafran hari ini merupakan hari di mana majlis pertuna
Akhirnya, setelah berakhir hujung minggu, maka berakhirlah sudah majlis pertunangannya, dengan rasminya kini Aisya sudah bergelar tunang kepada Syed Zafran, seorang Dokter Pakar Psychiatry. Aisya kembali bekerja. Pagi itu Aisya memasuki bangunan Airil Interior dengan sambutan ucapan tahniah diatas pertunangan dia dan Zafran setelah melangkah keluar dari lift untuk menuju ke bilik pejabat dia.Keluar sahaja dari perut lift Aisya kelihatan agak hairan kerana suasana di aras pejabat dia kini kelihatan begitu sunyi. Sangat jarang berlaku dalam tempoh dua bulan dia bekerja aras itu sunyi seperti ini. Selalunya department itu yang paling riuh setiap hari, awal awal pagi juga mereka sudah ada topik untuk dibawangkan diantara mereka tujuh orang. Tidak menghiraukan suasana itu Aisya terus sahaja membuka langkah menuju ke pejabatnya. Setelah membuka pintu pejabat kaki Aisya terpaku di muka pintu pejabat. Dikerdipkan matanya sekali bagi mengusir bayangan yang
"Macam mana?" tanya Dato` Khairil. "Masih sama saya tengok keadaan dia." jawab Datin Aida lemah. Dato` Khairil mengeluh berat. Matanya masih lagi menatap wajah Aisya Yanie yang sedang tidur. Kasihan dia melihat anak bongsunya itu. Begitu berat dugaan yang menimpa Aisya Yanie dan mereka sekeluarga. Bagaimana dengan penerimaan anaknya apabila sedar nanti. Dia sendiri begitu sedih dengan kejadian yang menimpa mereka. Dia sebagai ayah tidak mampu untuk melihat, inikan pula untuk menanggungnya. "Banyak-banyaklah kita berdoa supaya Sya kuat dan tabah hadapi dugaan dari-NYA. Jangan tunjukkan kita lemah walaupun sebenarnya kita sendiri pun tidak kuat." Nasihat Dato` Khairil beserta keluhan untuk kesekian kali. "Tapi abang boleh ke Sya terima semua ini sebagai takdir dalam hidup dia? Abang pun sendiri tahu macam mana anak kita selama ini. Saya takut Sya akan memencilkan diri dia selepas
Terpisat-pisat mata Riyad cuba di celik kembali. Sekilas wajah yang sedang lena berbantalkan dada dia ditatap penuh kasih. Tidak pernah sedetik pun dia tidak mencintai wanita itu.Perlahan Riyad menolak kepala Aisya dan meletakkan wanita itu ke atas bantal secara perlahan. Dengan langkah yang berhati-hati tidak mahu mengejutkan wanita itu Riyad bangun.Telefon bimbit yang berada di atas meja sisi katil di capai. Dia berjalan ke balkoni bilik untuk menjawab panggilan yang mengganggu lenanya sebentar tadi." Kau tak ada hari lain ke nak call aku" ujar Riyad malas sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi malas di balkoni tersebut." Info apa yang kau dapat kali ni? " Riyad menyoal kasar tetapi masih mengawal nada suara dia. Dia mengerling sekilas ke arah Aisya yang masih tidur di dalam bilik. Takut suara dia mengganggu tidur Aisya. Dia juga takut jika Aisya mendengar perbualan mereka."Terus perhatikan dia, jangan sampai dia terlepas." Arahan di beri
Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Aisya mengeliat kelegaan setelah kaki berjaya menjejak tanah. Perjalan dari Kuala Lumpur mengambil masa hampir tiga jam untuk tiba di negeri di bawah bayu ini. Tidakah selama perjalanan dia ke London tetapi lenguh itu tetap terasa. " Jom" Riyad menarik tangan Aisya mengikuti dia. Tempat menuntut beg dituju. Lima belas minit menunggu akhirnya beg mereka selamat berada di atas troli. Troli ditolak menggunakan sebelah tangan manakala tangan kiri Riyad masih menggengam erat tangan Aisya. Luar lapangan terbang di tuju. Mata Riyad melilau mencari kelibat kereta yang sudah di sewa oleh Aina. Seketika dia melihat satu sosok berjalan menuju kearah mereka. " Encik Riyad?" Soal lelaki itu. " Ya saya" jawab Riyad menandang lelaki itu. " Mari ikut saya. Kereta dekat hujung sana" kata lelaki itu sambil jari menunjuk ke arah kereta yang terletak sedikit jauh dari tempat mereka berdiri. " Kita nak kemana
" Aku terima nikahnya Aisya Yanie Binti Khairil dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit dan senaskhah al-Quran di bayar tunai." Senafas lafaz akad dilafazkan oleh lelaki itu dengan lancar." Sah?" Soal Dato'Khairil kepada dua orang saksi yang berada di sebelah dia." Sah " jawab mereka berdua serentak. Nafas di hela perlahan oleh pengantin lelaki. Tok kadi yang berada di situ turut mengangguk kepala dia sebelum tangan di tadah bagi membacakan doa.Aisya yang berada dibelakang pengantin lelaki hanya kaku tanpa riak. Jiwa dia kosong. Pandangan di hala ke hadapan. Wajah kegembiraan yang meraikan hari bahagia ditatap dengan pandangan yang sayu. Mereka mungkin bahagia tetapi bahagiakah dia menghawini lelaki itu?Mata dia masih tunak memandang ke arah pengantin lelaki. Tingkah lelaki itu diperhati. Dia melihat Riyad berdiri menuju ke satu arah dan lelaki itu melakukan sujud. Sujud syukur mungkin.Setelah memberi salam Riyad melangkah ke arah dia ya
Sudah tiga hari berlalu setelah pemergian Zafran. Keluarga Zafran semua bersetuju untuk tidak menggunakan alat bantuan pernafasan itu kerana ia tidak menjamin bahawa Zafran akan kembali pulih. Mereka menerima takdir tuhan yang sudah tertulis buat mereka. Jika sudah tiba waktunya untuk pergi mengapa harus kita menjadi penghalang perjalanan dia ke alam seterusnya. Malam ini merupakan malam yang ketiga berturut-turut mereka mengadakan bacaan yasin dan tahlil buat arwah Zafran. Aisya sendiri turut berada di rumah keluarga Zafran bersama kedua orang tua dia. Dia tidak tahu bagaimana ingin menggambarkan perasaan dia ketika ini. Bohonglah jika dia mengatakan bahawa dia tidak sedih dengan kehilangan Zafran, tapi dia tahu dia harus tetap kuat di hadapan keluarga dia dan keluarga Zafran. Sampai bila dia mahu menjadi wanita yang lemah. Satu helaan nafas dilepaskan untuk kali ke berapa dia sendiri juga tidak tahu. " Sya..." Panggil Puan Ainun sambil menyentuh sedikit bah
Riyad melangkah perlahan menuju ke bahagian kecemasan hospital. Di tangan dia terdapat handbag dan juga telefon bimbit wanita itu. Setiba dia di hadapan bilik kecemasan hospital dia melihat Aisya seorang diri di bangku sambil berendam air mata. Kali kedua dia melihat wanita itu lemah! "Ehemmm" Riyad berdehem bagi menyedarkan Aisya akan kehadirannya di situ. Mendengar sahaja bunyi itu, Aisya terus memanggung kepala dia. Sungguh dia tidak perasan ada seseorang sedang berdiri di hadapan dia. " Sorry. Saya cuma datang nak hantar handbag, handphone dan kunci kereta awak." Ujar Riyad apabila Aisya memandang dia pelik. " Oh. Thanks" balas Aisya, dilarikan pandangan mata dia dari terus memandang Riyad. Bukan! Sebenarnya dia terkedu melihat tompokan darah yang terdapat di baju lelaki itu. Seketika baru dia teringat bahawa Riyad juga turut berada di tempat kejadian. Dengan kudrat yang lemah Aisya berdiri ingin menyambut huluran handbag dia
" Assalamualaikum." Sapa Zafran sebaik sahaja Aisya melangkah memasuki kereta itu. Hari ini dia dan Aisya akan ke Adila Collection yang merupakan butik pilihan mereka untuk persiapan baju pernikahan mereka. Fitting terakhir akan di lakukan hari ini sebelum baju itu benar benar sepadan dengan tubuh mereka. Barangan hantaran mereka sudah siap sepenuhnya seminggu lalu cuma tinggal untuk memasang pelamin dan ucapan akad sahaja bagi mengesahkan status terbaharu mereka berdua. " Waalaikum salam. " Jawab Aisya sepatah. " Sihat?" " Sihat." Sepatah lagi! " Dah breakfeast? " Soal Zafran lagi. " Dah." Berkerut dahi Zafran mendengar jawapan Aisya sepatah sepatah itu. Jarang Aisya tidak banyak mulut apabila bersama dengan dia. Kadang dia sendiri buntu dari mana datang idea Aisya untuk bebicara sebanyak itu setiap kali mereka berjumpa. " Are you okay? " Aisya pantas menoleh kearah Zafran sebaik sahaja mendengar soalan yang keluar dari mu
" Assalamualaikum dan selamat malam anak anak semua. Para hadirin yang di kasihi sekali. Alhamdulillah bertemu kembali kita pada malam ini." Ustaz Halim memulakan bicara kepada ceramahnya malam ini. Sememangnya setiap malam sabtu madrasah Ulumiah akan mendengar bicara agama daripada Ustaz Halim. Sepotong doa dibacakan sebelum memulakan agenda utama malam ini. " Baiklah para hadirin sekalian. Tajuk utama kita pada malam ini adalah berkaitan dengan redha." "Apa itu redha? Boleh sesiapa tolong jawabakan?" Permulaan yang menjadikan suasana di dalam surau sekolah itu sedikit riuh kerana masing masing mula bersoal sesama jemaah akan maksud redha. Seorang pelajar lelaki dari madrasah Ulumiah mengangkat tangan untuk menjawab pertanyaan daripada Ustaz Halim. " Redha bermaksud kita menerima takdir tuhan yang menimpa diri dengan hati yang terbuka. Kita terima qada' dan qadar
Madrasah Ulumiah merupakan destinasi yang dibawa Zafran. Patut la lelaki itu beria meminta dia memakai tudung ketika berhenti di simpang sebelum memasuki kawasan madrasah ini. Semua penghuni dan pelawat madrasah ini di wajibkan untuk menutup aurat. Tetapi Aisya tertanya tanya atas tujuan apa Zafran membawa dia ke sini. " Abang bawa Yanie datang sini untuk apa?" Soal Aisya hairan. Tak terbayang akal fikiran yang dia akan menjejakkan kaki kesini. Kalau hendak menghadiri kursus kahwin, agak mustahil kerana mereka sudah menghadirinya dua minggu lepas di Kuala Lumpur. " Tak ada apa. Saja abang bawa bunga datang sini sama sama. Kita boleh dalami ilmu agama dengan lebih mendalam sama sama." Balas Zafran. "Dan juga sebagai persediaan kita untuk masa akan datang." Sambung Zafran lagi. Memang dia mahu lebih mendekatkan diri dengan tuhan. Dia mahu mempunyai lebih pengetahuan tentang agama sebagai persediaan dia
Zafran merebahkan badan diatas sofa ruang tamu rumahnya. Tangan kiri diletakkan diatas perut manakala tangan kanannya sibuk menari diatas dahi. Matanya dipejamkan. Otak kembali bekerja memikirkan semua cerita daripada Riyad tentang Aisya dan juga keluarganya seminggu yang lepas. Keluhan berat di lepaskan sebelum dia mengangkat tubuh dan berlalu ke bilik. Dia sudah berjanji dengan Aisya untuk membawa wanita itu ke satu tempat selama beberapa hari. Sudah dimaklumkan kepada Dato' Khairil tentang rancangannya dan bakal bapa nentua dia tidak menentang sedikit pun rancangannya. Dia dari awal lagi sudah mengambil cuti dan menyuruh Aisya turut sama mengambil cuti bersamanya. Mereka akan bertolak petang ini menuju ke destinasi yang akan memberi seribu ketenangan dan aura baharu. Dia mahu Aisya memulakan kehidupan baharu dengan cara yang positif. Baginya mungkin dengan cara ini dia dapat membantu Aisya untuk pulih sepe