"KAU
basuh baju apa, kalau ada kotor macam ni? Kau ikhlas ke tak nak bekerja ni, hah?"Pagi-pagi lagi aku dah kena hadap makian Jessica. Disebabkan ada secalit kesan sabun pada blausnya. Aku betul-betul tak sengaja. Biasanya kalau aku basuh semua baju dalam rumah ni, bersih aje. Tak tahu kenapa hari ini aku boleh terlepas pandang.
"Ahh! Sakit..." Aku meringis kesakitan saat Jessica merentap rambutku sehingga kepalaku terdongak.
"Kau ingat aku tak tahu ke, apa kau buat bila aku kat atas. Suami aku jumpa kau, kan?"
Aku tak tahu sama ada nak geleng atau angguk. Memang setiap hari boleh dikatakan, Ivander mesti mencuri-curi masa untuk berjumpa dengan aku. Port yang selalu tempat kami berjumpa adalah di belakang rumah. Aku sentiasa berdoa supaya ada sesiapa yang nampak aku dan Ivander. Terutamanya Rae. Tapi, sampai sekarang tiada siapa yang nampak. Macam mana aku nak larikan diri daripada mereka? Mak? Mak langsung tak percayakan aku. Dan, aku rasa menyesal bila cerita dekat dia.
"Tak, puan. Saya tak buat semua tu. Suami puan yang..."
"Sayang, kenapa ni?" Ivander segera mendekati isterinya. Tangan Jessica yang masih lagi mencengkam rambutku ditarik perlahan supaya si isterinya lepaskan.
"Biy! Apa biy buat dengan perempuan ni? Biy curang dengan sayang ke?"
Ivander menepuk dahinya sebelum menggelengkan kepala berkali-kali. Aku mengusap-usap kepalaku yang masih lagi terasa perit. Kalau boleh, nak aje aku menangis depan dia orang ni. Tapi, selagi aku boleh tahan. Aku tahan.
"Apa sayang merepek ni? Biy tak ada pun nak curang dengan sayanglah. Biy kalau jumpa Aara pun tanya pasal kerja dia aje. Keselesaan dia kat rumah ni. Kan sayang sendiri cakap, kita kena jaga kebajikan pekerja kita supaya dia orang bekerja dengan tempoh masa yang lama."
Aku lihat Jessica mencebik. Lengan Ivander dipeluk kemas. Sikit pun aku tak hirau. Yang aku tak puas hati sekarang ni. Kenapa aku asyik kena maki dengan dia? Aku tak ada tempat nak mengadu kecuali Allah. Setiap kali aku solat, mesti aku berdoa yang aku boleh pergi jauh dari sini. Cumanya sekarang, aku kena kumpul duit. Tapi, boleh ke aku tinggalkan mak? Aku dah berjanji dengan arwah ayah yang aku akan jaga mak. Betul-betul aku dalam dilema sekarang ni.
"Hoi! Kau tercegat apa lagi dekat situ? Bersihkan baju aku tu sampai hilang segala kesan yang ada dekat baju tu! Lagi sekali kau buat salah benda remeh-temeh macam ni. Siaplah kau!" ugut Jessica sebelum dia mendaki tangga bersama Ivander.
Aku menghelakan nafas panjang. Kenapalah aku kena dapat majikan macam ni? Besar sangat ke salah aku sampai kena macam ni sekali? Setiap kali dia marah aku, mesti rambut aku menjadi sasaran dia. Kalau ikutkan, sekali dia rentap boleh tercabut rambut aku dari tempurung kepala aku ni. Ya Allah, sakit kepala aku dibuatnya.
"Apa yang bising-bising tadi tu?" soal mak yang baru saja melangkah ke dapur melalui pintu belakang. Mungkin baru lepas menyiram pokok bunga dekat taman belakang. Rumah ni kan besar. Ibarat istana.
"Tak adalah, mak. Aara tak sengaja. Blaus Puan Jessica ada kesan sabun tadi. Selama ni Aara basuh tak ada pun. Hari ini terlepas pandang. Tu dia marah."
Mak menggelengkan kepala. Lengan aku dicubitnya beberapa kali. Tadi kepala dengan rambut aku jadi mangsa. Sekarang ni, lengan pula. Cubitan mak boleh tahan bisanya. Kadang-kadang sampai lebam.
"Sakit, mak..." Berkerut dahi aku menahan sakit. Lengan aku usap perlahan.
"Padan muka kamu. Siapa suruh buat Puan Jess tu marah? Buat kerja tu kena ikhlas. Bukan main buat aje, janji dapat gaji. Mak tahu kamu tu kerja dekat sini nak duit saja, kan? Dah set dalam minda kamu tu. Tahu nak duit aje. Tak sedar diri, sekolah tak habis. Tahu nak gaji besar aje."
Bibir aku gigit perlahan. Menahan empangan air mata yang bakal pecah tak lama lagi. Sungguh aku tersentap dengan setiap ungkapan ayat mak. Macam tu sekali mak tuduh aku? Apa teruk sangat ke aku ni?
"Hari ni mak nak kamu pergi beli barang dapur. Banyak dah habis tu. Abang Hanz tu cuti hari ni. Ada hal kecemasan. Mak pula malas rasanya nak keluar hari ni. Lagipun, petang nanti ada tetamu datang. Mak nak kena layan atas suruhan Puan Jess. Senarai barang dapur tu mak dah tampal kat papan notis belakang dinding dapur tu. Kamu pergilah beli..."
Aku terkebil-kebil. Tak pernah-pernah lagi aku pergi ke bandar seorang diri dengan tujuan untuk membeli barang dapur. Biasanya mak pergi beli dengan Abang Hanz. Aku pergi seorang? Naik apa?
"Naik apa, mak? Aara seorang je ke?" soal aku dengan wajah polos.
Dengan selambanya, mak tunjal dahi aku membuatkan kepala aku tertolak ke belakang. Sungguh, aku tak sangka sikap mak berubah sedrastik ini. Mak tak pernah mengasari aku. Setakat cubit tu dah biasa. Tapi, ni tunjal dahi aku?
"Otak tu cuba jangan lembap sangat. Simpan bodoh tu sikit. Jangan nak keluarkan. Pergilah naik Grab. Duit tu ada dalam sampul. Tak pun guna duit kamu. Jangan kedekut sangat. Dah tiga bulan gaji, kan?"
Air mata yang baru saja hendak menitis, laju saja aku seka. Aku tak nak mak nampak yang aku menangis. Mesti dia labelkan aku ni seorang yang cengeng. Lembik. Lemah. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mak memang membuatkan hati aku tersentap.
"Ni mak nak pesan. Kamu pergi tu baliklah lambat sikit. Kawan-kawan Puan Jess tu ramai datang. Mak dengar ramai kawan lelaki dia. Mak tak nak kamu ada dekat rumah ni. Nanti semua lelaki kamu nak kebas. Mak tak nak tanggung malu."
Dan, sekali lagi aku tersentap. Sampai macam tu sekali mak fikir negatif pasal aku? Ya Allah, buruknya aku pada pandangan mata mak. Kenapa mak berubah macam ni sekali? Sebab dia dapat kerja dekat rumah orang kaya. Gaji lumayan. Perangainya berubah sebegini sekali ke?
"Baiklah, mak. Aara pergi dulu." Tanpa menunggu sebarang balasan daripada mak. Aku terus masuk ke dalam bilik dan bersiap-siap. Air mata aku terus terjun dari tubir mata tanpa sempat aku tahan. Hati aku sakit. Sakit kena tuduh sampai tahap macam tu sekali.
Aku nak naik Grab? Telefon bimbit aku bukan jenis Android. IOS? Jauhlah sekali. Aku pakai ni pun telefon bimbit mak. Jenama Nokia. Bukan smartphone. Macam mana aku nak tempah Grab? Tak akan aku nak susahkan sesiapa? Rae? Agak-agak Rae kerja tak hari ni? Kalau aku minta tolong dia, boleh ke?
Tak apalah. Aku berdikari sendiri aje. Tak jauh dari rumah ni ada terminal bas. Mesti ada teksi dekat kawasan situ. Cuma nak kena menapak jauh sikit ajelah. Mungkin dalam 15 minit baru sampai. Mak pun tak kasi balik awal. Jadi, inilah peluang aku nak jalan-jalan setelah tiga bulan terperap dalam rumah bak istana ni.
AKU memerhatikan suasana di terminal bas. Riuh-rendah. Memang ramai orang dekat sini waktu petang macam ni. Ke manalah mereka semua ni nak pergi, ya? Ke bandar juga ke? Sekarang ni, aku nak cari teksi yang boleh bawa aku ke bandar. Masalahnya, aku malu nak mulakan komunikasi dengan orang. Aduh, masalah kau ni Aara...
Buk! Hampir saja aku mahu terjatuh tatkala seseorang merempuh bahu aku secara mengejut. Tetapi, tangan kekar lelaki itu memegang pergelangan tangan aku supaya aku tidak jatuh. Laju saja aku menarik semula tanganku sebaik saja menstabilkan diri.
"Maafkan saya...," ucap lelaki itu.
"Tak apa..." Aku terkejut sampaikan aku tak mampu menyambung percakapan aku semula. Kenapa dia boleh ada dekat sini? Bukan dia dekat kampung ke?
"Aara..." Arif sepertinya terpegun melihat aku.
"Maaf, saya tak sengaja," ucap aku sebelum berlari anak meninggalkan dia. Tak mahu aku bersemuka dengan dia lagi. Aku tak nak hati aku berdarah semula kerana bertemu dengan dia. Tak nak sama sekali...
"Aara! Tunggu!"
Kenapa Arif kejar aku? Dia dah gila ke? Bukan ke dia dah kahwin dengan Laila? Apa masalah dia sekarang ni kejar aku depan khalayak ramai macam ni? Cukuplah dia dah malukan aku dulu.
"Aara nanti..." Dia berjaya mengejar aku. Lengan aku ditarik dari belakang.
"Eii! Lepaslah! Apa masalah kau ni, hah?" Tiada lagi panggilan lembut untuk dia lagi. Cukuplah aku dah banyak bagi muka untuk lelaki macam dia ni.
"Saya... saya cari awak, Aara."
Aku tertawa. Boleh tahan sinis bunyinya. Dia cari aku? Lawak apa yang dia cuba buat sekarang ni?
"Cari aku untuk apa? Untuk malukan aku lagi?" sindir aku.
Dia menggelengkan kepala. Wajahnya berubah sayu. Fikir aku makan ke dengan muka simpati dia tu? No way!
"Tak, Aara. Saya cari awak semula untuk tebus kesalahan saya. Saya silap. Laila tipu saya. Dia sengaja mempermainkan saya, Aara. Dia kahwin dengan saya sebab dia tak suka tengok saya dengan awak. Tolong Aara. Bagi saya peluang. Saya janji yang..."
"Shut up." Keras nada aku bersuara. Kepala aku geleng sekali. Jari telunjuk aku menari-nari di hadapan wajahnya.
"Cukuplah dengan janji manis kau tu. Aku sedar yang aku ni sekolah tak habis. Tapi, kau jangan harap kau boleh senang-senang memperbodohkan kau lagi. Kau pun dah kahwin dengan Laila, kan? Sila jaga isteri kau tu baik-baik." Aku tersenyum senget. Apa dia ingat, aku boleh senang-senang percayakan dia setelah apa yang dia buat dekat aku dulu?
"Aara..."
"Enough. Kau nak blah dengan rela hati atau nak aku jerit baru kau nak blah?" ugut aku.
"Tapi, Aara. Saya mohon. Bagilah saya peluang. Peluang terakhir."
Aku menggelengkan kepala.
"Aku cakap aku tak nak tu. Tak naklah. Janganlah nak paksa. Kau siapa nak paksa-paksa aku, huh?" marah aku. Ya! Aku bengang dengan spesies lelaki yang tak faham bahasa ni.
"Aara..."
"Honey..."
Tubuhku terkaku seketika tatkala terasa satu tangan kekar memeluk bahuku. Sebelum aku toleh sebelah, baik aku teka sekarang ni. Siapa yang berani peluk bahu aku ni? Rae ke? Nak tak nak, aku kenalah toleh untuk tahu siapakah gerangan yang terlalu berani itu?
"Awak?" Aku kaget.
Dia hanya memandang aku dengan senyuman segaris sebelum pandangannya beralih ke arah Arif yang sepertinya terkejut melihat aku dipeluk oleh seorang lelaki yang berbadan tegap berbanding dia. Arif rasa tercabar ke sekarang ni?
"NIsiapa, Aara?" soal Arif dengan kerutan pada dahinya. Dan sekarang ni aku tak tahu nak jawab apa untuk soalan dia. Dah kenapa Rery boleh ada dekat sini? Aku fikirkan Rae tadi sebab suara dia dengan adik dia lebih kurang sama. Garauplusserak basah."Akusomeone specialdia. Kau siapa, ya?" ujar Rery dengan cukup selamba.Is he pretend to be my boyfriend?Maknanya dia tahu situasi ni sejak awal lagi.But how can he know?Dia intip aku dari tadi ke?"Tak mungkin." Arif sepertinya tidak boleh menerima hakikat yang aku ada pasangan baru. Kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh? Siapa dia nak tentukan masa depan aku?"Ya, diaboyfriendaku. Kenapa?" Kalau dah Rery ajak aku
AKUmenilik setiap beg plastik yang berada di dalambuttkereta. Lepas saja puas melepaskan segala luahan yang terpendam di pantai tadi, aku meminta tolong Rery dan Rae membawa aku ke pasar raya untuk membeli barang dapur yang dipesan oleh mak. Anak mataku sempat mengerling ke arah jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan. Sudah jam 10 malam dan aku perasan ada banyak kasut di hadapan pintu masuk utama. Dia orang semua tak balik lagi ke? Macam mana aku nak masuk rumah? Nak kena masuk rumah guna pintu belakang ke?Haih..."Aara, kenapa?" soal Rae sambil menyebakkan rambutnya ke belakang. Beberapa beg plastik yang berada di hadapan aku, diambil."Eh, tak apalah. Saya boleh bawa."Rae menjegilkan anak matanya. Okey, aku mengalah
PAP!MAKmelemparkan buku catatannya ke arah aku. Tepat kena dekat bahu aku. Sakit dia tak payahlah aku cakap macam mana. Berbisa rasanya. Sudahlah buku catatan mak tu sejenis kulit keras."Apa kau buat ni, Aara? Hari-hari telinga aku ni asyik kena dengar aduan Puan Jessica. Kau ni dah kenapa? Nak menggatal sangat dalam rumah ni?" tengking mak. Aku rasa sampai luar bilik boleh dengar."Mak...""Aku tak nak dengar apa-apa alasan kau! Aku menyesal bawa kau kerja dengan aku kat sini. Memalukan betul. Kau berdua-duaan dengan Tuan Julian tu kenapa? Nasib baik Puan Jessica nampak, kalau tak entah apa kau nak buat dengan dia tu."Aku terkedu seribu bahas
TANGANaku dan Melina saling berjabat. Senyuman kecil aku hulurkan kepadanya. Sampai-sampai saja di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat, Julian menyuruh aku berjumpa dengan Melina. Dianya entah pergi ke mana pun aku tak tahu."Aara, kan? Saya Melina. Boleh je panggil Mel. Ian dah beritahu saya. Saya harap awak selesa dengan suasana rumah saya. Kebetulan saya mencarihousemate. Takut pula kan duduk sorang diri di rumah ni. Boleh tahan besar," ramah Melina.Aku menganggukkan kepala. Dia cakaphousemate. Bermakna aku kena menyewa dengan dia? Deposit aje dah berapa. Duit simpanan aku bukannya banyak. Ada berapa aje."Erm... Mel. Kiranya saya menyewa dengan awaklah, kan? Deposit berapa saya kena bayar? Saya sekarang tak ada cash. Semua da
LAMAanak matanya merenung ke arah aku. Dagunya diusap lembut. Entah apa dia fikir pun aku tak tahu. Lepas aku ceritakan yang Ivander ugut aku, dia sepertinya pelik melihat aku. Baru hari ni aku tergerak hati nak cerita dekat dia pasal Ivander ugut aku tu."Aku hairanlah macam mana Ivander boleh jatuh hati dengan kau. Sedangkan dia tu selama aku kenal, susah nak rapat dengan mana-mana perempuan," ujar Rae sepertinya tidak percaya dengan cerita aku. Okey, aku jujur. Ayat dia buat aku terasa hati."Habis tu awak nak cakap saya yang goda dia? Awak percaya cakap Jess dengan Ivan tu? Awak sendiri cakap yang dia orang tu memang jenis macam tu. Saya pun tak tahu jenis macam mana yang awak maksudkan," balas aku sambil menyilangkan tangan ke dada.Rae melepaskan keluhan be
HAIRANaku lihat sikap Rae yang semakin lama semakin menjauhkan diri daripada aku. Kecuali perjumpaan staf atau dia ingin memberikan aku tugas untuk disiapkan. Tak lagi macam dulu. Kelas mengajionlinepun sudah lama dia tidak hadirkan diri. Aku ada buat apa-apa kesalahan ke? Apa ya?"Jangan termenung. Buat kerja tu," tegur Rae yang tiba-tiba saja muncul depan aku. Kus semangat! Cubalah bagi salam ke apa. Ni tidak, main sergah orang saja. Mujur tiada penyakit jantung. Kalau tidak, mahu kena mati mengejut akibat serangan jantung."Rae..."Rae langsung tidak menyahut panggilan aku. Dia terus memusingkan tubuhnya sebaik saja meletakkan sebuah fail di atas meja aku. Terasa hati aku dibuatnya. Dia tak pandang aku pun. Apa salah aku? Sakitnya hati aku
BEGITUjauh aku mengelamun memikirkan kejadian semalam. Sampainya hati Rae. Langsung dia tak hiraukan aku. Tiada lagi dia untuk bersama aku lagi saat aku susah dan senang. Janji yang sudah dia mungkiri bagaikan daun yang gugur. Kenapa saat hati aku mahu terbuka untuk namanya, dia menyakiti aku? Silapkah aku kerana menilainya terlalu awal? Aku tak minta pun semua ini berlaku. Semuanya terjadi kerana manusia yang tak pernah puas hati terhadap aku. Aku... tak minta semua ni."Aara..." Melina memeluk tubuhku dari belakang. Aku hanya terkaku mendiamkan diri. Suasana di balkoni ini aku amati dengan penuh mendalam. Tanpa sengaja, air mataku berguguran jatuh ke pipi sebelum aku menundukkan kepala. Dadaku semakin lama semakin ketat."Mel, saya rindu mak saya. Saya nak dia yang dulunya ada untuk saya. Saya rindu nak peluk di
TERKELIP-KELIPmataku saat aku cuba mencelikkannya. Kenapa berat sangat? Kepala aku pula sepertinya dihempap dengan bebanan yang sangat berat. Tubuhku terasa sejuk dan sakit.Sstt... aku mengerdipkan kelopak mata berkali-kali. Aku memerhatikan suasana sekeliling. Dan pandangan aku terpaku pada susuk tubuh seseorang yang sedang berbaring mengiring menghadap aku. Tangan naik menekup mulutku. Kala itu juga, kejadian semalam menyinggah kotak pemikiran aku. Kepala aku geleng beberapa kali. Tak... tak mungkin. Benda ni tak terjadi dekat aku."Ivan! Ivan!" Air mata aku sudah mengalir deras. Bahu Ivander aku goncang beberapa kali sehingga dia tersedar lalu menggeliat panjang."Baby, why?"soalnya dengan nada suara serak. Dia boleh tanya kenapa? Dia
SUNGGUH meriah suasana rumahku hari ini dengan tetamu-tetamu yang dijemput hadir ke majlis hari kelahiran Noah yang ke-8 tahun. Staf-staf yang bekerja di Princeville Holdings turut hadir ke majlis hari kelahiran anak aku ini. Ini kali pertama mereka diundang ke rumah majikan sendiri. Jadi, muka masing-masing teruja dapat menjejakkan kaki di rumah keluarga Princeslon ini.Rae tidak mahu ketinggalan juga. Sanggup terbang dari Itali ke sini semata-mata mahu menyambut hari kelahiran Noah bersama-sama kami. Fazio diarahkan untuk menjaga syarikat di sana sementara Rae berada di sini. Mujur Fazio seorang wakil yang sangat boleh dipercayai. Dan ada satu berita gembira buat kami sekeluarga. Rae bakal melangsung perkahwinannya pertengahan tahun ini nanti. Julian orang yang paling bersorak sekali diikuti dengan Rery.Aku tak sangka. Akhirnya Rae akan berkahwin juga dengan gadis pilihannya yang merupakan anak jati Malaysia. Sekarang n
PAGIini, aku hanya mengenakandresslabuh berwarnababy blue. Sehelai selendang berwarna krim yang aku beli bersama dengan Melina tempoh hari sudah terlilit cantik di kepalaku. Hari ini, aku akan menambahkan lagi kejutan buat si suami yang lagi membersihkan diri di dalam kamar mandi. Aku harap dia gembira akan perubahan aku pada hari ini. Semoga aku terus istiqamah untuk menutup aurat."Ho..."Aku memalingkan tubuh ke belakang apabila terdengar sepertinya Rery mahu memanggil aku tetapi panggilannya terbantut. Mungkin terkejut melihat penampilan aku."Ya, biy?" Aku tersenyum."Is that really you, honey?" soal Rery dengan riak wajahnya sangat terkejut.
SEPERTI yang aku katakan, malam ini adalah malam perbincangan kami sekeluarga. Rery sudah dapat kesan keadaan Noah yang sepertinya lemah saja. Reaksi anak lelakinya hari ini tidak terlalu ceria seperti sesebelum ini. Rery yang ingin mendukung tubuh Noah, laju saja Noah menggelengkan kepala. Itu yang membuatkan Rery bertambah pelik. Bila aku menceritakan tentang kejadian di sekolah tadi secara ringkas. Terus saja senyumannya mati. Diganti dengan kerutan seribu di dahi. Itu sudah cukup membuatkan aku tahu yang emosi Rery sudah berubah. Sudahlah baru balik dari kerja. Agak lambat juga sampai ke rumah. Tepat jam 10 malam. Terus saja dia meminta diri untuk membersihkan tubuhnya.Tak lama itu, Julian dan Melina datang bersama dengan Eusoff. Eusoff terus saja duduk di sebelah Noah yang sedang menonton televisyen bersama dengan si kembar. Suasana sepi saja memandangkan mereka tahu, emosi papa kesayangan mereka ketika ini dalam keadaan tidak baik.
JAM tangan yang terbelit pada pergelangan tanganku dikerling sekilas. Masa masih lagi berbaki satu jam lagi sebelum anak-anak menamatkan sesi persekolahan mereka pada hari ini. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik, pejam celik saja dah nak masuk waktu tengah hari. Tak ada apa sangat yang kami buat pada hari ini. Sekadar berjalan sambil bercerita sesama sendiri."Tekak ni terasa pulak nak makan susyi. Kita singgah Sushi King sekejap awak," ajak Melina.Aku hanya menganggukkan kepala. Tangannya aku kembali genggam kemudian kami bersama-sama menuju ke Sushi King yang tidak jauh dari situ. Aku pun tiba-tiba saja terasa mahu makan Sushi King. Jarang-jarang aku nak mengidam makanan macam ni. Biasanya kalau keluar makan bersama Rery, dia yang paling kuat sangat mengidam macam-macam makanan. Aku pun bedal sajalah."Kita bungkus sajalah. Lepas tu, kita terus ambil dia orang dekat sekolah. Takut sesak pulak wakt
BIBIR melengkung senyum. Sedar tak sedar, malam ini malam terakhir aku di Pulau Langkawi ini. Dan malam ini juga, Rery membawa aku mengambil angin di Pantai Cenang. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang hadir pada malam ini. Ada yang sedang berkumpul bersama ahli keluarga dan ada juga yang sedang menjamu selera di gerai-gerai makanan kecil yang dibuka di tepi pantai."Aara Malika..."Mata aku terpejam seketika. Sudah bertahun-tahun lamanya aku dah lama tak dengar orang memanggil aku dengan nama itu. Secara automatik, aku teringatkan arwah ayah dan ibu yang berada di kampung. Memori-memori ketika aku kecil bermain-main di dalam kotak fikiran. Perasaan rindu mula terpasak di dalam hati. Ya Allah... rindunya aku pada mereka. Terutama sekali arwah ayah yang sangat menyayangi aku. Menatang aku dengan minyak yang penuh. Sedangkan aku bukanlah anak kandungnya."Arif..." Aku hanya tersenyum kecil sebaik saja
Di Pulau Langkawi, Malaysia.AKU tersenyum memerhatikan Rery dan Julian sedang melayani anak-anak bermandi-manda di dalam kolam renang. Melina turut tersenyum memerhati gelagat mereka. Kami berdua hanya duduk di bibir kolam renang sambil menepis-nepis air menggunakan kaki. Kuat betul tawa Ryana dan Ryan memeriahkan suasana kolam renang itu. Suka sangat dapat bermain air."Adra... apa yang awak rasa sekarang ini?" soal Melina sambil memeluk bahuku."Saya rasa bahagia. Dan saya harap sangat yang tiada lagi konflik akan timbul lagi. Biarlah kebahagiaan ini kekal buat selamanya sehingga kali terakhir saya bernafas. Saya tak nak tengok anak-anak saya terkena tempias lagi. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Keadaan Noah tu pun sampai sekarang saya rasa sedih dan terkilan." Bibirku menguntumkan senyuman kecil. Anak mata terpaku pada Noah yang sedang menyelam bersama Eusoff."Ya. Saya f
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia. TROLI bagasi ditolak oleh Rery sambil sebelah tangannya merangkul pinggangku. Syukur, kami selamat sampai ke tanah air bersama dengan anak-anak. Begitu juga dengan Julian dan Melina. Rae dan Fazio seperti yang dikatakan oleh Rery. Mereka berdua diberi amanah dan kepercayaan untuk mewakili syarikat di sana. Jadi, tidak perlulah Rery berulang-alik ke sana. Semuanya akan diketahui perkembangan Princeville di sana melalui dalam talian saja."Honey, nak makan atau nak singgah mana-mana? Ke nak balik terus?" soal Rery."Honey ikut biy saja. Kalau biy lapar, kita makanlah dulu. Tadi dalam flight pun biy makan sikit aje."Rery menjuihkan sedikit bibirnya. Anak matanya meliar melihat suasana sekeliling. "Kita singgah Subway la. Tekak terasa nak makan Subway pula."
BIBIRKU melengkung senyum lebar. Daun pintu kereta aku tolak lalu berlari keluar dari perut kereta. Setelah beberapa hari terperap di dalam rumah kerana menjaga Rery dan Noah sehingga sihat seperti biasa. Begitu juga dengan diri aku sendiri. Sepanjang kami di rumah, banyak aktiviti keluarga yang kami lakukan bersama."Mama tunggu!" jerit Ryana dan Ryan serentak. Diikuti dengan Eusoff di belakang.Aku tertawa kecil. Tangan didepa luas ke udara sambil kepala didongak ke atas. Mata dipejam seketika sebelum dicelikkan semula. Hari ini, Rery membawa kami ke berjalan-jalan sekitar Venice tanpa ada gangguan. Seperti biasa, pastinya ada mata-mata yang akan menjaga kami sekiranya ada pihak musuh yang datang menyerang secara tiba-tiba."Cantiknya!" ujar aku dengan sorakan gembira.Rery yang sedang mendukung Noah tersenyum kecil lalu dia mendekati kami. Bahuku dipeluknya rapat ke dadanya. Noah menguc
KATA-KATA Pablo bermain di fikiranku. Keadaan Noah tak seperti yang aku mahukan. Dia terpaksa menanggung parut kesakitan itu sehingga dewasa kelak. Tatkala menerima berita itu, jantung aku bagaikan gugur. Tidak lagi berdegup. Kecewa dan sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Macam mana Noah nak meneruskan hari-harinya sekiranya dia mendapat tahu perkara itu nanti?"Honey..."Aku tersentak dari lamunan apabila terasa satu tangan kekar menyentuh bahuku. Perlahan aku angkat muka. Wajah Rery aku pandang sayu. Hampir saja air mataku mahu jatuh buat sekali lagi."Noah macam mana?""He is still sleeping."Aku hanya angguk sekali. Lemah. Rasa macam hilang separuh kekuatanku apabila melihat keadaan Noah seperti itu."Jangan macam ni, honey. Biy tahu Noah seorang yang kuat. Dia akan menerima berita ini dengan hati yang terbuka.