PAGI-PAGI lagi dah kena ceramah dengan mak. Tak habis-habis tuduh aku yang bukan-bukan. Kecil hati macam ni. Mak ni kenapalah lamgsung tak percaya aku. Tak terniat aku pun nak goda suami Si Jessica tu lah. Tak tergamak aku nak rampas-merampas kekasih hati orang. Orang aje yang selalu rampas kekasih aku. Benci macam ni!
"Ciao (Hello), Aara Malika."
Satu suara garau membuatkan aku menoleh ke belakang secara mengejut. Ya Allah, boleh tercabut jantung aku. Itulah padahnya banyak sangat mengelamun.
"Ya?" Dahi aku berkerut halus. Siapa lelaki di hadapan aku ni? Semalam tak ada pula nampak. Aku fikirkan Tuan Ivander dengan Puan Jessica saja penghuni rumah ni. Dan, macam mana dia boleh tahu nama aku?
"Nice name. Aku Rae." Salam dihulur untuk berjabat tangan. Perlu ke aku sambut salam dia? Eh, haram kan? Ya Allah.
"Sorry. Saya tak boleh salam awak. Bukan mahram." Kekok aku mengukirkan senyuman. Haraplah dia tak terasa hati. Ada nanti dia laporkan dekat majikan aku. Habislah...
"Oh. I see. Sorry..." Dia membalas senyuman aku. Tipis saja. Dia memandang suasana sekeliling rumah.
"Are you alone?"
Aku pun entah kenapa boleh sertai dia memerhatikan suasana sekeliling. Aduh, Aara. Apa kau buat ni?
"Erm, ya. Dia orang keluar. Mak saya pergi beli barang dengan Abang Hanz."
Rae menganggukkan kepalanya. Dia memerhatikan aku daripada atas sehingga bawah. Terteguk air liur aku dibuatnya. Pandangan dia membuatkan aku jadi auto seram sejuk. Bulu roma merinding tinggi secara tiba-tiba.
"Cara kau macam orang kampung. Tapi, aku tengok kau macam kacukan. Mata kau. Cantik. Kau asal mana?"
Dia puji aku ke tu? Tak pernah lagi seorang lelaki selamba saja memuji aku depan-depan.
"Ya. Saya asal dari kampung. Kacukan? Tak. Tak ada." Mak tak ada pula beritahu yang aku ada kacukan apa. Ayah orang Melayu tulen begitu juga dengan mak. Aku hairan juga bila tengok anak mata sendiri. Langsung tak ada warisi antara mereka berdua. Macam mana aku boleh dapat anak mata warna asing ini?
"Kau tak takut tinggal seorang?"
Perlahan aku menggelengkan kepala. Aku pun tak tahu nak jujur ke tak. Sebabnya, rumah sebesar macam ni, siapa aje yang tak seriau. Haih...
"Nak aku teman?" Dia menyoal.
Apa aku nak jawab? Berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram. Berdosa besar. Ya Allah...
"Tapi, awak siapa ya? Macam mana awak boleh masuk rumah ni?" soal aku dengan kerutan di dahi. Baru aku sedar. Pintu utama memang dah terkunci. Macam mana dia boleh masuk?
"Kau yang tak reti nak tutup pintu dapur. Kalau sesiapa masuk, merompak ke apa ke? Kau yang kena. Kau tak fikir?"
Lain macam bunyinya. Tu nak sindir aku ke, ataupun nak prihatin dengan aku? Kut ya pun ayat tu tak boleh ke sweet sikit. Harap aje muka handsome. Macam artis Hollywood. Tapi, bahasa percakapan. Kasar!
"Maafkan saya. Tolong, jangan beritahu majikan saya. Teruk saya kena bebel dengan mak saya nanti."
Rae tersenyum. Dia menganggukkan kepala. Sempat pula dia bersandar pada sisi dinding kemudian tangannya disilangkan ke dada. Rambutnya yang terjuntai pada dahi, ditiup. Wah, style begitu. Tengok gaya macam modeling.
"Boleh. Tapi, ada satu syarat."
Aku mencebik. Menyampahnya. Tak boleh ke tolong secara ikhlas? Nak juga bersyarat-syarat bagai. Benci manusia macam ni.
"Apa dia? Sampai nak bersyarat..." Aku memutarkan bebola mata. Serius, menyampah!
Rae tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Apa yang kelakar tu? Aku rasa aku tak ada buat lawak pun.
"Syaratnya..."
Dia terdiam seketika sambil mengusap dagunya. Aku pun tunggu sajalah. Berdiri tercegat di hadapannya bersama sebatang mop yang aku genggam. Tergendala kerja aku disebabkan mamat depan ni. Nak tak nak, kenalah layan. Tengok cara macam saudara kepada majikan aku. Nanti dia mengadu aku macam-macam, satu hal pula.
"Aku tahu kita baru kenal. Tapi, hatiku terdetik nak berkenalan lebih rapat dengan kau."
Aku terdiam seketika. Susah ke senang sebenarnya syarat dia tu? Nak berkenalan dengan aku lebih rapat?
"Apa maksud awak dengan lebih rapat?"
"Possiamo essere amici? (Kita boleh berkawan?)"
Bahasa Itali. Aku terdiam. Aku pernah belajar. Tapi, tak sepenuhnya aku mahir. Aku kalau menghafal dan membaca boleh. Kalau nak bercakap sendiri, memang gagal!
"Berkawan?"
Berubah reaksi wajah Rae. Terkejut. Matanya langsung tak berkerdip memandang aku.
"Kau... faham?"
Aku sekadar menganggukkan kepala.
"How? Aku yakin yang kau ada kacukan."
"Saya tak tahu. Saya tak ada kacukan. Dua-dua orang tua saya Melayu tulen."
Rae masih tidak berpuas hati. Lama dia merenung wajahku seperti harimau mahu membaham mangsanya. Scary!
"Aku tak puas hati. Aku akan cari tahu juga. So, untuk soalan aku tadi. Macam mana?"
Aku menggaru pipi kananku.
"Saya takut. Majikan saya tahu."
Rae ketawa. Dia ni asyik ketawa aje. Macam lawak sangat jawapan aku bagi.
"Tak. Aku tak beritahu sesiapa tentang kau dengan aku jadi kawan. Aku memang suka berkawan dengan sesiapa. So, don't worry."
Aku tersenyum.
"Thanks, Rae."
"Aww... you just said my name. How sweet you are, Aara."
Aku mencebik. Menyampah! Nasib aje kau ada kena mengena dalam rumah ni. Kalau tidak, tak adanya aku nak melayan. Aku dah cakap kan yang aku dah tak nak layan mana-mana lelaki...
"Aara, aku lapar..."
Aku terdiam. Lapar? Muka aku ni makanan ke?
"Kalau lapar, pergilah makan...," jawab aku malas. Aku menyambung kembali kerja aku yang tergendala. Aku mengemop kembali lantai yang sudah kering. Mop lantai rumah ni kena banyak kali supaya nampak sinarannya. Selagi tak nampak bersinar, jangan haraplah kau cakap kerja kau dah habis. Memang cerewet betul majikan dalam rumah ni.
"Macam ni kau layan saudara kepada majikan kau?"
Aku mendongakkan kepala ke arahnya.
"Huh?" Aku blur. Dia expect nak aku layan macam mana?
"Habis tu, awak nak suruh saya buat apa?"
Selamba saja dia menjentik dahi aku. Berdecit aku dibuatnya. Sakit weh!
"Awak kenapa?" tanya aku dengan nada tak puas hati.
"Tak baik marah-marah. Berkedut nanti muka. Macam nenek kebayan."
Membulat mata aku dibuatnya. Dia cakap aku nenek kebayan? Ni memang cari gaduh ke apa ni?
"Masakan untuk aku. Tekak aku terasa nak makan makanan orang Melayu kampung. Boleh ke?"
Aku tersenyum senget. Suka-suka dia aje, ya? Haih... memang aku sabar ni. Fikirkan dia saudara kepada majikan aku aje ni. Kalau tidak, memang dapat penangan flying kick aku.
"Nak makan apa? Nasi goreng kampung?"
Laju saja dia menganggukkan kepala. Entah tahu ke tidak rupa nasi goreng kampung tu. Al maklumlah, orang barat. Pandai-pandai aje aku ni. Entah-entah orang Melayu. Tapi, acah-acah kacukan.
"Baiklah. Tunggulah dulu. Saya masakkan."
Rae hanya menganggukkan kepala seraya tersenyum. Senyuman dia, aku tak boleh nak tenung lama-lama. Bahaya. Macam ada daya tarikan magnet.
AKU tenung saja Rae yang sedang menikmati kepedasan nasi goreng kampung air tangan aku itu. Berpeluh-peluh wajah dia. Basah lencun. Pedas sangat ke? Aku letak cili padi bukannya banyak sangat pun.
"Kalau pedas sangat, tak usahlah makan. Dah macam pelari maraton dah saya tengok awak. Saya tak expect pula pedas sampai macam ni sekali. Ke awak yang tak makan pedas ni?" Aku menahan tawa. Terseksa rasanya bila tahan ketawa ni.
"Tak nak. Aku nak habiskan. Sedap. Sedap sangat..."
Pfft! Akhirnya terburai juga tawa aku melihat riak wajahnya yang kepedasan. Tangan pula tak habis-habis mengipas wajah sendiri. Aduhai, Rae...
"Awak, nanti awak cirit-birit awak salahkan saya pula. Baik awak berhenti makan. Saya buatkan awak spaghetti, ya?"
Rae menggelengkan kepalanya. Sungguhlah lelaki ni, nak juga habiskan nasi goreng kampung tu. Aku risau aje dia cirit-birit nanti. Aku juga yang kena. Aku baru aje nak feel kerja sini. Janganlah cari pasal...
"Aku okey. Terima kasih sudi masak kan untuk aku. Nanti aku datang lagi. Kau masakkan, eh?"
Aku tersenyum kecil. Terhibur pula dengan dia ni. Ada juga orang yang sudi puji masakan aku. Orang lain yang pernah masakan aku pun, tak ada puji sampai macam ni sekali. Pedas-pedas pun sanggup habiskan.
"Awak tinggal mana, ya?" soal aku secara tiba-tiba. Dah kenapa kau ni Aara? Mabuk ke apa? Tiba-tiba nak bermesra dengan lelaki. Baru aje kenal kau dah mengada nak rapat, eh. Kau lupa agaknya apa lelaki dah buat dekat kau.
"Aku tinggal kawasan sini juga dengan abang aku. Ivander sepupu kita orang. Majikan kau tu. Aku memang suka selamba masuk rumah dia. Selang dua buah rumah aje. Tak jauh mana pun. Lima minit aje dah sampai..."
Aku sekadar menganggukkan kepala. Dekat-dekat aje saudara-mara dia orang duduk. Baru aku tahu...
"Aara Malika!"
Dek kerana terkejut besar, gelas yang berada di peganganku terlepas di atas lantai. Pecah berderai seribu kaca gelas itu. Tergamam aku dibuatnya.
"What the... Aara! Kau buat apa, huh?" jerit Jessica. Bergema-gema suasana rumah agam ini.
"So... sorry. Saya tak sengaja. Saya terlepas," ucap aku terketar-ketar. Habislah....
"Aduh! Sakit!" Meringis aku kesakitan apabila Jessica mencengkam rambutku dengan kuat sehingga terdongak kepala aku dibuatnya.
"Sakit..." Air mata aku mengalir perlahan. Sumpah, aku tak dapat nak tahan sakit dia.
"Jess, calm down. Kau kenapa nak kasar pembantu kau sendiri? Dia tak sengaja," suara Rae berubah dingin. Serius.
"Kau tu apa hal ada dekat sini? Selamba kau aje, kan? Tak tahu malu!"
Rae berdengus kasar. Dia menepis tangan Jessica daripada terus mencengkam rambutku. Kemudian, dia melindungi tubuh aku dengan tubuhnya supaya Jessica tidak bertindak lebih agresif.
"Dia pembantu rumah aku. Suka hati akulah nak buat apa?" jerit Jessica. Sakit telinga aku dibuatnya.
"Sayang..."
Serentak kami bertiga menoleh ke arah punca suara yang datang dari pintu utama. Tuan Ivander...
"Quello che è successo? (Apa yang berlaku?)" soalnya sambil menapak ke arah Jessica. Bahu si isteri diusap lembut.
"Questa donna mi fa male al cuore! (Perempuan ni menyakitkan hati saya!)"
Ivander mengalihkan pandangannya ke arah aku. Fikir aku tak faham apa yang mereka bual, kan? Apa yang aku dah buat sampai hati dia sakit? Aku tak bersalah. Aku cuma tak sengaja terlepaskan gelas dia. Salah dia juga, siapa suruh terkejutkan aku.
"Rae, asal kau ada dekat sini?" soal Ivander dengan renungan tajam tepat ke arah Rae.
"Saja. Melawat saudara. Salah ke? Aku saja nak tengok pembantu rumah kau ni. Cantik. Pandai kau pilih, Ivander. Jangan kau buat kerja lain pula."
Aku hanya membisu. Tak faham apa yang cuba mereka cakapkan. Mungkin hal peribadi masing-masing. Baik aku diamkan diri. Sakit dekat kepala ni pun tak hilang lagi.
"Kau balik sekarang. Jangan nak cari masalah dengan aku."
Rae menganggukkan kepalanya. Kemudian, dia memusingkan tubuhnya menghadap aku. Dia mengusap kepala aku lembut. Wajahnya ditundukkan sedikit merapati wajahku. Dan, secara automatik badan aku mengeras.
"Kau jaga diri. Ni kad aku. Apa-apa chat aku, okey?" Kad itu diletakkan di atas telapak tanganku sebelum dia berlalu pergi.
"Seronok kau goda sepupu Ivander?" perli Jessica. Pedas!
Aku menggelengkan kepala.
"Saya cuma layan dia sebagai tetamu saja. Bukan lebih. Tak akan saya nak kurang ajar dengan saudara puan dan tuan sendiri...," jawab aku tanpa sedikit pun gentar. Memang aku tak buat apa-apa!
"Menjawab kau, eh!" tengking Jessica.
"Sayang, tenang. Jangan macam ni. Pergi naik atas, ya? Rest."
Jessica menjeling. Dia terus mendaki anak tangga untuk masuk ke dalam biliknya.
"Are you okay, Aara? Ada sakit mana-mana?"
Laju aku menggelengkan kepala. Seram pula bila berdua-duaan dengan Ivander ni. Aura dia lain macam. Tak sama macam Rae. Dengan Rae aku boleh bertolak-ansur lagi.
"Saya naik dulu. Kerja baik-baik, ya," ujar Ivander sambil mengenyitkan matanya. Terkebil-kebil aku seketika.
Susuk tubuhnya yang sedang menaiki anak tangga, aku pandang lama. Terkejut sangat. Aku yang salah nampak ke? Atau memang dia kenyitkan mata?
Ni kalau mak nampak ni. Memang sah-sah aku yang kena! Apalah nasib aku hari ni? Aduhai... nak kemas kaca. Kemas dapur. Masak untuk makan malam. Mak ni pergi manalah pula? Tak akanlah dating dengan Abang Hanz? Mustahil!
Will you love me when my heartbeat stops?When my heartbeat stops, will you stay mine?Will you promise me you'll search for us?Will you find me afterlife?DENGANsenang hati aku menyanyi sambil menggelek punggung ke kiri dan ke kanan. Mujur saja aku terselamat semalam daripada bebelan mak. Ivander langsung tak bagi Jessica mengadu apa-apa dengan mak aku. Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada dia. Tak sangka aku majikan aku ni baik juga rupanya."Amboi...senangnya hati kau ya, perempuan..."Gelekan aku terhenti saat terdengar suara Jessica menegurku dari belakang. Aku mengelap tangan kemudian menutup paip singki sebelum menoleh ke arahnya."Ya, puan?" so
Kala ku pandang kerlip bintang nun jauh di sanaSayup kudengar melodi cinta yang menggemaTerasa kembali gelora jiwa mudakuKarena tersentuh alunan lagu semerdu kopi dangdut,Api asmara yang dahulu pernah membaraSemakin hangat bagai ciuman yang pertamaDetak jantungku seakan ikut iramaKarena terlena oleh pesona alunan kopi dangdut...SYOKbetul menyanyi dan menarik sambil mengemop lantai rumah. Kalau tak, memang layulah aku pegang batang mop ni macam tak ada perasaan. Apalah nasib menjadi seorang pembantu rumah, hari-hari kena mop lantai rumah agam ini. Boleh tercabut semua anggota badan macam ni gayanya. Mujur saja gaji lumayan dengan kerjanya. Kalau tidak, memang aku berhenti awal-awal.
"MAK,mak janganlah percayakan dia orang. Aara tak buat pun semua tu. Aara buat kerja Aara aje, mak. Apa yang Puan Jess mengadu dekat mak tu semuanya...""Mak tak nak dengar semua tu. Tak akan majikan sendiri nak buat cerita pasal pekerja dia. Mengarut Aara. Ni kali terakhir mak dengar dia mengadu pasal kau lagi. Mak nak kerja sini lama. Kau jangan nak burukkan maruah mak."Laju aje mak mencantas percakapan aku. Apalah nasib aku? Sejak mak kerja sini, aku tengok mak banyak berubah. Tak macam dulu dah. Selalu menangkan majikan dia daripada anak dia sendiri. Entahlah sampai bila aku boleh bertahan kerja dekat sini. Patut ke aku kumpul duit kemudian larikan diri?"Dah, pergi kemas dapur sana. Mak nak naik atas. Puan Jess panggil."
"KAUbasuh baju apa, kalau ada kotor macam ni? Kau ikhlas ke tak nak bekerja ni,hah?"Pagi-pagi lagi aku dah kena hadap makian Jessica. Disebabkan ada secalit kesan sabun pada blausnya. Aku betul-betul tak sengaja. Biasanya kalau aku basuh semua baju dalam rumah ni, bersih aje. Tak tahu kenapa hari ini aku boleh terlepas pandang."Ahh!Sakit..." Aku meringis kesakitan saat Jessica merentap rambutku sehingga kepalaku terdongak."Kau ingat aku tak tahu ke, apa kau buat bila aku kat atas. Suami aku jumpa kau, kan?"Aku tak tahu sama ada nak geleng atau angguk. Memang setiap hari boleh dikatakan, Ivander mesti mencuri-curi masa untuk berjumpa dengan aku.Po
"NIsiapa, Aara?" soal Arif dengan kerutan pada dahinya. Dan sekarang ni aku tak tahu nak jawab apa untuk soalan dia. Dah kenapa Rery boleh ada dekat sini? Aku fikirkan Rae tadi sebab suara dia dengan adik dia lebih kurang sama. Garauplusserak basah."Akusomeone specialdia. Kau siapa, ya?" ujar Rery dengan cukup selamba.Is he pretend to be my boyfriend?Maknanya dia tahu situasi ni sejak awal lagi.But how can he know?Dia intip aku dari tadi ke?"Tak mungkin." Arif sepertinya tidak boleh menerima hakikat yang aku ada pasangan baru. Kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh? Siapa dia nak tentukan masa depan aku?"Ya, diaboyfriendaku. Kenapa?" Kalau dah Rery ajak aku
AKUmenilik setiap beg plastik yang berada di dalambuttkereta. Lepas saja puas melepaskan segala luahan yang terpendam di pantai tadi, aku meminta tolong Rery dan Rae membawa aku ke pasar raya untuk membeli barang dapur yang dipesan oleh mak. Anak mataku sempat mengerling ke arah jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan. Sudah jam 10 malam dan aku perasan ada banyak kasut di hadapan pintu masuk utama. Dia orang semua tak balik lagi ke? Macam mana aku nak masuk rumah? Nak kena masuk rumah guna pintu belakang ke?Haih..."Aara, kenapa?" soal Rae sambil menyebakkan rambutnya ke belakang. Beberapa beg plastik yang berada di hadapan aku, diambil."Eh, tak apalah. Saya boleh bawa."Rae menjegilkan anak matanya. Okey, aku mengalah
PAP!MAKmelemparkan buku catatannya ke arah aku. Tepat kena dekat bahu aku. Sakit dia tak payahlah aku cakap macam mana. Berbisa rasanya. Sudahlah buku catatan mak tu sejenis kulit keras."Apa kau buat ni, Aara? Hari-hari telinga aku ni asyik kena dengar aduan Puan Jessica. Kau ni dah kenapa? Nak menggatal sangat dalam rumah ni?" tengking mak. Aku rasa sampai luar bilik boleh dengar."Mak...""Aku tak nak dengar apa-apa alasan kau! Aku menyesal bawa kau kerja dengan aku kat sini. Memalukan betul. Kau berdua-duaan dengan Tuan Julian tu kenapa? Nasib baik Puan Jessica nampak, kalau tak entah apa kau nak buat dengan dia tu."Aku terkedu seribu bahas
TANGANaku dan Melina saling berjabat. Senyuman kecil aku hulurkan kepadanya. Sampai-sampai saja di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat, Julian menyuruh aku berjumpa dengan Melina. Dianya entah pergi ke mana pun aku tak tahu."Aara, kan? Saya Melina. Boleh je panggil Mel. Ian dah beritahu saya. Saya harap awak selesa dengan suasana rumah saya. Kebetulan saya mencarihousemate. Takut pula kan duduk sorang diri di rumah ni. Boleh tahan besar," ramah Melina.Aku menganggukkan kepala. Dia cakaphousemate. Bermakna aku kena menyewa dengan dia? Deposit aje dah berapa. Duit simpanan aku bukannya banyak. Ada berapa aje."Erm... Mel. Kiranya saya menyewa dengan awaklah, kan? Deposit berapa saya kena bayar? Saya sekarang tak ada cash. Semua da
SUNGGUH meriah suasana rumahku hari ini dengan tetamu-tetamu yang dijemput hadir ke majlis hari kelahiran Noah yang ke-8 tahun. Staf-staf yang bekerja di Princeville Holdings turut hadir ke majlis hari kelahiran anak aku ini. Ini kali pertama mereka diundang ke rumah majikan sendiri. Jadi, muka masing-masing teruja dapat menjejakkan kaki di rumah keluarga Princeslon ini.Rae tidak mahu ketinggalan juga. Sanggup terbang dari Itali ke sini semata-mata mahu menyambut hari kelahiran Noah bersama-sama kami. Fazio diarahkan untuk menjaga syarikat di sana sementara Rae berada di sini. Mujur Fazio seorang wakil yang sangat boleh dipercayai. Dan ada satu berita gembira buat kami sekeluarga. Rae bakal melangsung perkahwinannya pertengahan tahun ini nanti. Julian orang yang paling bersorak sekali diikuti dengan Rery.Aku tak sangka. Akhirnya Rae akan berkahwin juga dengan gadis pilihannya yang merupakan anak jati Malaysia. Sekarang n
PAGIini, aku hanya mengenakandresslabuh berwarnababy blue. Sehelai selendang berwarna krim yang aku beli bersama dengan Melina tempoh hari sudah terlilit cantik di kepalaku. Hari ini, aku akan menambahkan lagi kejutan buat si suami yang lagi membersihkan diri di dalam kamar mandi. Aku harap dia gembira akan perubahan aku pada hari ini. Semoga aku terus istiqamah untuk menutup aurat."Ho..."Aku memalingkan tubuh ke belakang apabila terdengar sepertinya Rery mahu memanggil aku tetapi panggilannya terbantut. Mungkin terkejut melihat penampilan aku."Ya, biy?" Aku tersenyum."Is that really you, honey?" soal Rery dengan riak wajahnya sangat terkejut.
SEPERTI yang aku katakan, malam ini adalah malam perbincangan kami sekeluarga. Rery sudah dapat kesan keadaan Noah yang sepertinya lemah saja. Reaksi anak lelakinya hari ini tidak terlalu ceria seperti sesebelum ini. Rery yang ingin mendukung tubuh Noah, laju saja Noah menggelengkan kepala. Itu yang membuatkan Rery bertambah pelik. Bila aku menceritakan tentang kejadian di sekolah tadi secara ringkas. Terus saja senyumannya mati. Diganti dengan kerutan seribu di dahi. Itu sudah cukup membuatkan aku tahu yang emosi Rery sudah berubah. Sudahlah baru balik dari kerja. Agak lambat juga sampai ke rumah. Tepat jam 10 malam. Terus saja dia meminta diri untuk membersihkan tubuhnya.Tak lama itu, Julian dan Melina datang bersama dengan Eusoff. Eusoff terus saja duduk di sebelah Noah yang sedang menonton televisyen bersama dengan si kembar. Suasana sepi saja memandangkan mereka tahu, emosi papa kesayangan mereka ketika ini dalam keadaan tidak baik.
JAM tangan yang terbelit pada pergelangan tanganku dikerling sekilas. Masa masih lagi berbaki satu jam lagi sebelum anak-anak menamatkan sesi persekolahan mereka pada hari ini. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik, pejam celik saja dah nak masuk waktu tengah hari. Tak ada apa sangat yang kami buat pada hari ini. Sekadar berjalan sambil bercerita sesama sendiri."Tekak ni terasa pulak nak makan susyi. Kita singgah Sushi King sekejap awak," ajak Melina.Aku hanya menganggukkan kepala. Tangannya aku kembali genggam kemudian kami bersama-sama menuju ke Sushi King yang tidak jauh dari situ. Aku pun tiba-tiba saja terasa mahu makan Sushi King. Jarang-jarang aku nak mengidam makanan macam ni. Biasanya kalau keluar makan bersama Rery, dia yang paling kuat sangat mengidam macam-macam makanan. Aku pun bedal sajalah."Kita bungkus sajalah. Lepas tu, kita terus ambil dia orang dekat sekolah. Takut sesak pulak wakt
BIBIR melengkung senyum. Sedar tak sedar, malam ini malam terakhir aku di Pulau Langkawi ini. Dan malam ini juga, Rery membawa aku mengambil angin di Pantai Cenang. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang hadir pada malam ini. Ada yang sedang berkumpul bersama ahli keluarga dan ada juga yang sedang menjamu selera di gerai-gerai makanan kecil yang dibuka di tepi pantai."Aara Malika..."Mata aku terpejam seketika. Sudah bertahun-tahun lamanya aku dah lama tak dengar orang memanggil aku dengan nama itu. Secara automatik, aku teringatkan arwah ayah dan ibu yang berada di kampung. Memori-memori ketika aku kecil bermain-main di dalam kotak fikiran. Perasaan rindu mula terpasak di dalam hati. Ya Allah... rindunya aku pada mereka. Terutama sekali arwah ayah yang sangat menyayangi aku. Menatang aku dengan minyak yang penuh. Sedangkan aku bukanlah anak kandungnya."Arif..." Aku hanya tersenyum kecil sebaik saja
Di Pulau Langkawi, Malaysia.AKU tersenyum memerhatikan Rery dan Julian sedang melayani anak-anak bermandi-manda di dalam kolam renang. Melina turut tersenyum memerhati gelagat mereka. Kami berdua hanya duduk di bibir kolam renang sambil menepis-nepis air menggunakan kaki. Kuat betul tawa Ryana dan Ryan memeriahkan suasana kolam renang itu. Suka sangat dapat bermain air."Adra... apa yang awak rasa sekarang ini?" soal Melina sambil memeluk bahuku."Saya rasa bahagia. Dan saya harap sangat yang tiada lagi konflik akan timbul lagi. Biarlah kebahagiaan ini kekal buat selamanya sehingga kali terakhir saya bernafas. Saya tak nak tengok anak-anak saya terkena tempias lagi. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Keadaan Noah tu pun sampai sekarang saya rasa sedih dan terkilan." Bibirku menguntumkan senyuman kecil. Anak mata terpaku pada Noah yang sedang menyelam bersama Eusoff."Ya. Saya f
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia. TROLI bagasi ditolak oleh Rery sambil sebelah tangannya merangkul pinggangku. Syukur, kami selamat sampai ke tanah air bersama dengan anak-anak. Begitu juga dengan Julian dan Melina. Rae dan Fazio seperti yang dikatakan oleh Rery. Mereka berdua diberi amanah dan kepercayaan untuk mewakili syarikat di sana. Jadi, tidak perlulah Rery berulang-alik ke sana. Semuanya akan diketahui perkembangan Princeville di sana melalui dalam talian saja."Honey, nak makan atau nak singgah mana-mana? Ke nak balik terus?" soal Rery."Honey ikut biy saja. Kalau biy lapar, kita makanlah dulu. Tadi dalam flight pun biy makan sikit aje."Rery menjuihkan sedikit bibirnya. Anak matanya meliar melihat suasana sekeliling. "Kita singgah Subway la. Tekak terasa nak makan Subway pula."
BIBIRKU melengkung senyum lebar. Daun pintu kereta aku tolak lalu berlari keluar dari perut kereta. Setelah beberapa hari terperap di dalam rumah kerana menjaga Rery dan Noah sehingga sihat seperti biasa. Begitu juga dengan diri aku sendiri. Sepanjang kami di rumah, banyak aktiviti keluarga yang kami lakukan bersama."Mama tunggu!" jerit Ryana dan Ryan serentak. Diikuti dengan Eusoff di belakang.Aku tertawa kecil. Tangan didepa luas ke udara sambil kepala didongak ke atas. Mata dipejam seketika sebelum dicelikkan semula. Hari ini, Rery membawa kami ke berjalan-jalan sekitar Venice tanpa ada gangguan. Seperti biasa, pastinya ada mata-mata yang akan menjaga kami sekiranya ada pihak musuh yang datang menyerang secara tiba-tiba."Cantiknya!" ujar aku dengan sorakan gembira.Rery yang sedang mendukung Noah tersenyum kecil lalu dia mendekati kami. Bahuku dipeluknya rapat ke dadanya. Noah menguc
KATA-KATA Pablo bermain di fikiranku. Keadaan Noah tak seperti yang aku mahukan. Dia terpaksa menanggung parut kesakitan itu sehingga dewasa kelak. Tatkala menerima berita itu, jantung aku bagaikan gugur. Tidak lagi berdegup. Kecewa dan sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Macam mana Noah nak meneruskan hari-harinya sekiranya dia mendapat tahu perkara itu nanti?"Honey..."Aku tersentak dari lamunan apabila terasa satu tangan kekar menyentuh bahuku. Perlahan aku angkat muka. Wajah Rery aku pandang sayu. Hampir saja air mataku mahu jatuh buat sekali lagi."Noah macam mana?""He is still sleeping."Aku hanya angguk sekali. Lemah. Rasa macam hilang separuh kekuatanku apabila melihat keadaan Noah seperti itu."Jangan macam ni, honey. Biy tahu Noah seorang yang kuat. Dia akan menerima berita ini dengan hati yang terbuka.