AKU terbayang wajah bersih anakku. Tak sabar bila setiap kali waktu nak menyusukan dia, nurse akan hantar dekat aku. Bibirku mengukir satu senyuman yang tak boleh aku tafsirkan selain perkataan gembira. Sudah beberapa hari aku dan Noah duduk di hospital ini. Mungkin esok kami dibenarkan keluar dari wad. Aku pun tak tahulah apa perancangan Julian dan Rae lepas ni. Semalam aku terdengar perbualan mereka berdua di dalam wad aku. Mungkin masa tu dia orang ingat aku dah tidur. Tapi, sebenarnya aku pejam mata saja. Tak silap aku, Julian kata dia nak bawa aku balik ke Itali. Lepas tu, adalah dia orang cakap dalam Italian language yang buatkan aku blur sekejap. Sebab dia orang cakap tu boleh tahan laju. Tak sempat aku nak translate sendiri. Apa-apa pun yang aku dengar, rancangan Julian untuk bawa aku dan Noah ke Itali. Seronoknya!
Follow my ig account for new update about my novel : @nurshaza_03
BEBERAPAkali aku menggelengkan kepala. Air mata sudah mengalir lebat selebat air hujan yang sedang membasahi bumi. Kenapa perkara macam ni harus berlaku dalam hidup aku? Tak cukup lagikah zahir dan batin aku diseksa. Sekarang anak aku dirampas oleh mereka. Kenapa aku terlalu bodoh? Tak mampu nak lindungi dan selamatkan anak aku... aku tak layak jadi ibu kepada Noah. Aku seperti tiada gunanya hidup di muka bumi ini."Aara..."Aku menarik pergelangan tangan aku dari disentuh oleh Rae. Dari ekoran mata, aku nampak Julian sepertinya berbisik sesuatu pada Rae. Aku langsung tak ambil endah."Aara..."Aku mengangkat wajah ke arah mereka berdua yang sedang merenung ke arah aku. Melina di sisi hanya mendiamkan diri sambi
LAMAaku merenung ke arah wajah Julian. Sudah tiga kali dia menyeru sebaris nama itu. Aku tak tahu reaksi apa yang harus aku tunjukkan sekarang ni. Jantung aku tak usah diterangkan, berdetak laju, dah macam nak terkeluar dari tubuh badan sendiri."Adra, abang ni, sayang. Abang yang selama ni cari Adra. Abang tahu Adra tak ingat kat abang sebab masa tu Adra baru saja tiga tahun. Tapi, abang nak Adra tahu. Kita dulu bagaikan adik-beradik kandung. Rapat sangat. Abang sayangkan Adra macam adik abang sendiri. Lebih dari Jess."Aku terkesima. Lutut aku kendur secara tiba-tiba. Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dulu lagi aku jumpa Julian? Patutlah selama ni aku rasakan Julian seperti sangat dekat dengan aku. Rupanya firasat aku benar belaka. Aku ada kaitan dengan Julian walaupun kami tak sedarah.
APAyang Julian beritahu bagaikan masuk telinga kanan kemudian keluar melalui telinga kiri. Dalam pemikiran aku hanya memikirkan tentang Noah. Julian beritahu aku yang Noah sekarang berada di Itali bersama Ivander dan Jessica. Macam mana dia orang boleh bawa anak aku sejauh itu? Dengan keadaan anak aku yang masih menyusu. Memang dia orang dah gila.Selfish!"Adra...""Aara... Adra nak ubah kehidupan Adra. Abang kena tolong Adra. Adra nak tengok sejauh mana dia orang boleh bergembira atas kebahagiaan orang lain. Adra tak akan biarkan Noah selamanya di tangan dia orang. Adra akan bangkit demi Noah cepat atau lambat. Abang kena tolong Adra. Abang saja harapan Adra.""Baik. Kalau itu keputusan Adra, abang akan bantu Adra sebaik mungkin. Adra jangan risau
Dua tahun berlalu..."MAMA!" Lantang suara Eusoff menjerit sehingga terkejut aku dibuatnya."Ya sayang! Mama dekat bawah ni," sahut aku. Sekejap saja Eusoff sudah genap tiga tahun. Noah pula sekarang dah dua tahun. Rindu pula dekat hero aku seorang tu."Mama, Eusoff bosan.Dai, andiamo a giocare!(Jom, kita pergi bermain!)" ujar Eusoff dengan petahnya."Bene!(Baiklah!)" jawab aku sambil melambung kecil tubuh Eusoff ke atas sebelum melabuhkan kucupan bertubi-tubi pada kedua-dua belah pipi gebunya itu. Terkekek-kekek dia ketawa. Suka sangat setiap kali aku melambung tubuhnya."Ayah dengan ibu mana?" Mata Eusoff meliar me
AKUmengelap rambut Noah yang masih basah. Aku baru aje mandikan anak aku. Wangi-wangi lagi. Semasa aku mandikan dia tadi, aku belek-belek lengan dengan badan dia yang ada kesan lebam. Luluh hati aku bila tengok lebam tu. Walaupun tak ketara, ibu mana aje yang tak sedih tengok anak dia kena dera."Mama...""Ya, sayang?"Noah memalingkan tubuhnya menghadap aku. Anak aku seorang ni baru aje berusia dua tahun. Tapi, lagaknya macam dah besar. Noah, janganlah besar dulu. Mama tak puas nak jaga Noah masa kecil."Noah... nakduknganmama.Nanakbayik... (Noah... nak duduk dengan mama. Tak nak balik...)"
Beberapa hari kemudian...Bang! Bang!"Yes!Shoot!"Aku melompat-lompat kegembiraan. Seronoknya sejak dah handal menggunakan senjata. Bukan setakatglocksaja. Macam-macam jenis yang Chen ajar selama aku belajar dengan dia. Eusoff dengan Noah ada babysitter yang aku upah sepanjang aku di dalam latihan."Saya kagum dengan Adra. Pada hari pertama belajar lagi, Adra seorang yang cepat tangkap bila belajar sesuatu. Termasuklah menggunakan senjata.You amazed me."Aku tersengih. Kembang sekejap dipuji oleh Lee Chen Ho, seorang lelaki yang handal dengan menggunakan bermacam-macam jenis senjata. Aku yang tengok pun, ternganga. Begitu tangkas sekali.
LAMAaku merenung ke arah skrin telefon bimbit milik Chen. Sudah 20 minit aku membaca info yang dihantar oleh anak buah Chen melalui WhatsApp. Rupa-rupanya Adamo punca semua ni. Dengan anak sendiri pun dia sanggup buat macam ni. Dua tahun yang lalu, Rery balik ke Itali atas beberapa sebab. Satu sebabnya, dia sudah lama tidak balik ke Itali, Adamo dah bising. Dan yang kedua, dia sudah dapat bau yang aku ni Juliana Adra. Dia juga ada mengupah orang untuk mencari Juliana Adra. Bila dia nak balik semula ke sini, dia diculik oleh orang upahan bapa kandungnya sendiri dan menyembunyikannya di dalam hutan tersebut selama dua tahun.Rery terseksa disebabkan aku. Salah aku ke? Kenapa aku rasa serba-salah sangat sebab dah buruk sangka dekat dia? Betul cakap Chen, yang jahatnya si ayah. Tak semestinya seluruh ahli keluarga dia jahat. Aku pun dah fobia sebenarnya. Se
TUBUHtegap milik si jejaka Itali ini, aku imbas lama dari belakang sofa. Syukur keadaannya semakin membaik. Luka dan lebam semakin lama semakin pulih. Itu pun, boleh cari gaduh dengan dia setiap kali nak tukar balutan dengan sapu krim. Dia sibuk cakap tak perlu. Nanti baiklah tu. Banyaklah dia punya baik. Dia fikir badan dia tu macam Hulk agaknya. Boleh sembuh terus macam tu. Banyak cekadak dia!"Jangan skan lama-lama. Nanti kau angau tengok aku, Ju. Kau ingat aku tak nampak daripada cermin ke, yang kau tenung aku?"Gulp.Uish!Tiba-tiba terasa kelat pula nak telan air liur aku ni. Macam manalah boleh kantoi denganmamatni. Tajam sungguh penglihatan dia. Kalah helang!"Eh, perasannya. Mana ada! Ju... Ju tengah
SUNGGUH meriah suasana rumahku hari ini dengan tetamu-tetamu yang dijemput hadir ke majlis hari kelahiran Noah yang ke-8 tahun. Staf-staf yang bekerja di Princeville Holdings turut hadir ke majlis hari kelahiran anak aku ini. Ini kali pertama mereka diundang ke rumah majikan sendiri. Jadi, muka masing-masing teruja dapat menjejakkan kaki di rumah keluarga Princeslon ini.Rae tidak mahu ketinggalan juga. Sanggup terbang dari Itali ke sini semata-mata mahu menyambut hari kelahiran Noah bersama-sama kami. Fazio diarahkan untuk menjaga syarikat di sana sementara Rae berada di sini. Mujur Fazio seorang wakil yang sangat boleh dipercayai. Dan ada satu berita gembira buat kami sekeluarga. Rae bakal melangsung perkahwinannya pertengahan tahun ini nanti. Julian orang yang paling bersorak sekali diikuti dengan Rery.Aku tak sangka. Akhirnya Rae akan berkahwin juga dengan gadis pilihannya yang merupakan anak jati Malaysia. Sekarang n
PAGIini, aku hanya mengenakandresslabuh berwarnababy blue. Sehelai selendang berwarna krim yang aku beli bersama dengan Melina tempoh hari sudah terlilit cantik di kepalaku. Hari ini, aku akan menambahkan lagi kejutan buat si suami yang lagi membersihkan diri di dalam kamar mandi. Aku harap dia gembira akan perubahan aku pada hari ini. Semoga aku terus istiqamah untuk menutup aurat."Ho..."Aku memalingkan tubuh ke belakang apabila terdengar sepertinya Rery mahu memanggil aku tetapi panggilannya terbantut. Mungkin terkejut melihat penampilan aku."Ya, biy?" Aku tersenyum."Is that really you, honey?" soal Rery dengan riak wajahnya sangat terkejut.
SEPERTI yang aku katakan, malam ini adalah malam perbincangan kami sekeluarga. Rery sudah dapat kesan keadaan Noah yang sepertinya lemah saja. Reaksi anak lelakinya hari ini tidak terlalu ceria seperti sesebelum ini. Rery yang ingin mendukung tubuh Noah, laju saja Noah menggelengkan kepala. Itu yang membuatkan Rery bertambah pelik. Bila aku menceritakan tentang kejadian di sekolah tadi secara ringkas. Terus saja senyumannya mati. Diganti dengan kerutan seribu di dahi. Itu sudah cukup membuatkan aku tahu yang emosi Rery sudah berubah. Sudahlah baru balik dari kerja. Agak lambat juga sampai ke rumah. Tepat jam 10 malam. Terus saja dia meminta diri untuk membersihkan tubuhnya.Tak lama itu, Julian dan Melina datang bersama dengan Eusoff. Eusoff terus saja duduk di sebelah Noah yang sedang menonton televisyen bersama dengan si kembar. Suasana sepi saja memandangkan mereka tahu, emosi papa kesayangan mereka ketika ini dalam keadaan tidak baik.
JAM tangan yang terbelit pada pergelangan tanganku dikerling sekilas. Masa masih lagi berbaki satu jam lagi sebelum anak-anak menamatkan sesi persekolahan mereka pada hari ini. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik, pejam celik saja dah nak masuk waktu tengah hari. Tak ada apa sangat yang kami buat pada hari ini. Sekadar berjalan sambil bercerita sesama sendiri."Tekak ni terasa pulak nak makan susyi. Kita singgah Sushi King sekejap awak," ajak Melina.Aku hanya menganggukkan kepala. Tangannya aku kembali genggam kemudian kami bersama-sama menuju ke Sushi King yang tidak jauh dari situ. Aku pun tiba-tiba saja terasa mahu makan Sushi King. Jarang-jarang aku nak mengidam makanan macam ni. Biasanya kalau keluar makan bersama Rery, dia yang paling kuat sangat mengidam macam-macam makanan. Aku pun bedal sajalah."Kita bungkus sajalah. Lepas tu, kita terus ambil dia orang dekat sekolah. Takut sesak pulak wakt
BIBIR melengkung senyum. Sedar tak sedar, malam ini malam terakhir aku di Pulau Langkawi ini. Dan malam ini juga, Rery membawa aku mengambil angin di Pantai Cenang. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang hadir pada malam ini. Ada yang sedang berkumpul bersama ahli keluarga dan ada juga yang sedang menjamu selera di gerai-gerai makanan kecil yang dibuka di tepi pantai."Aara Malika..."Mata aku terpejam seketika. Sudah bertahun-tahun lamanya aku dah lama tak dengar orang memanggil aku dengan nama itu. Secara automatik, aku teringatkan arwah ayah dan ibu yang berada di kampung. Memori-memori ketika aku kecil bermain-main di dalam kotak fikiran. Perasaan rindu mula terpasak di dalam hati. Ya Allah... rindunya aku pada mereka. Terutama sekali arwah ayah yang sangat menyayangi aku. Menatang aku dengan minyak yang penuh. Sedangkan aku bukanlah anak kandungnya."Arif..." Aku hanya tersenyum kecil sebaik saja
Di Pulau Langkawi, Malaysia.AKU tersenyum memerhatikan Rery dan Julian sedang melayani anak-anak bermandi-manda di dalam kolam renang. Melina turut tersenyum memerhati gelagat mereka. Kami berdua hanya duduk di bibir kolam renang sambil menepis-nepis air menggunakan kaki. Kuat betul tawa Ryana dan Ryan memeriahkan suasana kolam renang itu. Suka sangat dapat bermain air."Adra... apa yang awak rasa sekarang ini?" soal Melina sambil memeluk bahuku."Saya rasa bahagia. Dan saya harap sangat yang tiada lagi konflik akan timbul lagi. Biarlah kebahagiaan ini kekal buat selamanya sehingga kali terakhir saya bernafas. Saya tak nak tengok anak-anak saya terkena tempias lagi. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Keadaan Noah tu pun sampai sekarang saya rasa sedih dan terkilan." Bibirku menguntumkan senyuman kecil. Anak mata terpaku pada Noah yang sedang menyelam bersama Eusoff."Ya. Saya f
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia. TROLI bagasi ditolak oleh Rery sambil sebelah tangannya merangkul pinggangku. Syukur, kami selamat sampai ke tanah air bersama dengan anak-anak. Begitu juga dengan Julian dan Melina. Rae dan Fazio seperti yang dikatakan oleh Rery. Mereka berdua diberi amanah dan kepercayaan untuk mewakili syarikat di sana. Jadi, tidak perlulah Rery berulang-alik ke sana. Semuanya akan diketahui perkembangan Princeville di sana melalui dalam talian saja."Honey, nak makan atau nak singgah mana-mana? Ke nak balik terus?" soal Rery."Honey ikut biy saja. Kalau biy lapar, kita makanlah dulu. Tadi dalam flight pun biy makan sikit aje."Rery menjuihkan sedikit bibirnya. Anak matanya meliar melihat suasana sekeliling. "Kita singgah Subway la. Tekak terasa nak makan Subway pula."
BIBIRKU melengkung senyum lebar. Daun pintu kereta aku tolak lalu berlari keluar dari perut kereta. Setelah beberapa hari terperap di dalam rumah kerana menjaga Rery dan Noah sehingga sihat seperti biasa. Begitu juga dengan diri aku sendiri. Sepanjang kami di rumah, banyak aktiviti keluarga yang kami lakukan bersama."Mama tunggu!" jerit Ryana dan Ryan serentak. Diikuti dengan Eusoff di belakang.Aku tertawa kecil. Tangan didepa luas ke udara sambil kepala didongak ke atas. Mata dipejam seketika sebelum dicelikkan semula. Hari ini, Rery membawa kami ke berjalan-jalan sekitar Venice tanpa ada gangguan. Seperti biasa, pastinya ada mata-mata yang akan menjaga kami sekiranya ada pihak musuh yang datang menyerang secara tiba-tiba."Cantiknya!" ujar aku dengan sorakan gembira.Rery yang sedang mendukung Noah tersenyum kecil lalu dia mendekati kami. Bahuku dipeluknya rapat ke dadanya. Noah menguc
KATA-KATA Pablo bermain di fikiranku. Keadaan Noah tak seperti yang aku mahukan. Dia terpaksa menanggung parut kesakitan itu sehingga dewasa kelak. Tatkala menerima berita itu, jantung aku bagaikan gugur. Tidak lagi berdegup. Kecewa dan sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Macam mana Noah nak meneruskan hari-harinya sekiranya dia mendapat tahu perkara itu nanti?"Honey..."Aku tersentak dari lamunan apabila terasa satu tangan kekar menyentuh bahuku. Perlahan aku angkat muka. Wajah Rery aku pandang sayu. Hampir saja air mataku mahu jatuh buat sekali lagi."Noah macam mana?""He is still sleeping."Aku hanya angguk sekali. Lemah. Rasa macam hilang separuh kekuatanku apabila melihat keadaan Noah seperti itu."Jangan macam ni, honey. Biy tahu Noah seorang yang kuat. Dia akan menerima berita ini dengan hati yang terbuka.