TUBUH tegap milik si jejaka Itali ini, aku imbas lama dari belakang sofa. Syukur keadaannya semakin membaik. Luka dan lebam semakin lama semakin pulih. Itu pun, boleh cari gaduh dengan dia setiap kali nak tukar balutan dengan sapu krim. Dia sibuk cakap tak perlu. Nanti baiklah tu. Banyaklah dia punya baik. Dia fikir badan dia tu macam Hulk agaknya. Boleh sembuh terus macam tu. Banyak cekadak dia!
"Jangan skan lama-lama. Nanti kau angau tengok aku, Ju. Kau ingat aku tak nampak daripada cermin ke, yang kau tenung aku?"
Gulp. Uish! Tiba-tiba terasa kelat pula nak telan air liur aku ni. Macam manalah boleh kantoi dengan mamat ni. Tajam sungguh penglihatan dia. Kalah helang!
"Eh, perasannya. Mana ada! Ju... Ju tengah
SELEPASsaja tamat perbincangan bersama nekma dan tokpa, aku dan Rery membawa dua orang cilik itu ke taman tasik yang berdekatan dengan rumah keturunan Handerville. Aku rasa sangat bersyukur yang Eusoff dan Noah disambut baik oleh mereka. Takut-takut juga kalau salah seorang daripada mereka disisihkan. Dia orang budak-budak lagi, tak tahu apa-apa pasal semua yang berlaku dalam dunia ni. Lagi-lagi bab duit dan harta keturunan. Kalau boleh, aku tak nak pun langsung ajar mereka pasal benda semua ni. Aku tak nak, anak-anak aku bila dah besar gila harta macam Si Adamo gila tu."Jauh kau termenung," tegur Rery sambil melabuhkan punggungnya di sebelah aku.Pandangan aku tetap pada Eusoff dan Noah yang sedang bermain jongkang-jongket tidak jauh dari kami. Memang aku tak bagi dia orang main jauh-jauh. Orang jaha
My world's been hectic, seems electricBut I've been waking up with your voice in my headAnd I'm tryna send a message and let you know thatEvery single minute I'm without you, I regret itEvery day, every nightI've beenthinkin' back on you and IEvery day, every nightTELINGAaku menangkap suara nyanyian mungkin daripada corong-corong pembesar suara sebaik saja aku melangkah keluar dari perut kereta. Rery dan Rae membetulkan jaket panjang mereka sambil mengambil tempat di sebelah kiri dan kanan aku. Mata aku meliar memerhatikan suasana kami berada sekarang. Di sebuah lorong yang agak gelap, hanya diterangi dengan lampu jalan yang malap. Seperti tinggal nyawa-nyawa ikan saja. Kawasan lorong itu sangat k
"ADUH! Sakitlah!" Aku meringis kesakitan tatkala Julian memiat telinga aku. Aku pun tak tahu sejak bila dia sampai rumah ni. Tup-tup, aku sampai saja tadi. Dah nampak kasut dia dengan Melina dekat luar rumah. Jantung aku masa tu dah nak meletup dah. Dengan bahu aku yang masih mengalirkan darah segar. Dan, hanya diikat dengan tuala. Memang malang betul aku hari ni. Ni semua salah Adamo!Argh!"Tahu sakit. Ni apa ni,hmm?Darah-darah. Main apa sampai berdarah? Pergi mana sampai kena tembak macam ni?Are you insane, Juliana Adra?" tengking Julian.Fuh!Tercabut gegendang telinga, aku rasa."Ni, macam mana Noah boleh ada kat sini? Dah berapa lama dia ada dekat sini? Dan Rery... macam mana Adra jumpa Rery? Kerja gila apa yang Adra dah buat ni, sepanjang
HARIini aku bangun sebelum jam loceng telefon bimbit aku berbunyi. Tepat-tepat jam 6:59 pagi. Lagi seminit nak pukul 7:00 pagi. Noah yang berada di sebelah aku, masih lagi nyenyak tidur sambil tangannya erat memeluk leherku. Rambut yang terjuntai menutupi dahinya, perlahan aku selak ke belakang. Dahi dan pipinya aku kucup lembut. Perlahan bibirku mengukir sebuah senyuman. Suka bila setiap kali melihat Noah sedang lena dibuai mimpi. Iras wajah Noah lebih kepada dirinya sendiri. Tiada iras Ivander. Kalau iras aku, mungkin bahagian mata dan bibir. Julian sendiri cakap, biasanya anak lelaki ikut iras wajah ibunya. Mungkin Noah lebih ikut aku bila dah besar nanti. Semestinya anak aku ni seorang yang kacak bila dah meningkat dewasa."Herk... herk..." Noah merengek perlahan sambil tangan naik menggosok wajahnya. Mata masih lagi terpejam.
"MAMA..."Aku menoleh ke belakang. Mencari suara seorang kanak-kanak. Suaranya seperti Noah. Anak aku sendiri. Aku sendiri pun tak tahu dekat mana sekarang ni. Sepertinya dekat satu lorong yang sangat gelap dikelilingi dengan bangunan yang tidak berpenghuni. Hanya ada beberapa titik cahaya bulan yang cuba menembusi lorong ini."Mama!"Langkah aku terhenti. Suara itu sebiji seperti Noah. Mana anak aku? Dekat mana dia?"Noah? Noah dekat mana, sayang?" sahut aku dengan nada suara sedikit mendatar. Aku menyambung semula langkahku. Entah ke mana pun aku tak tahu. Kosong. Tak tahu ke mana arah tuju aku sebenarnya."Mama!" Kali ini jelas suaranya. Se
"LEPASLAH!Dasar penipu!" jerit aku sekuat hati. Orang tua tak sedar diri tu memang tak guna! Dia cakap nak berbual-bual dengan aku dengan cara baik. Tapi, alih-alih dia orang main kasar!"Per favore calmati...,(Sila bertenang)" ujar Adamo sambil melabuhkan duduknya di atas sebuah kerusi kayu bertentangan dengan aku.Sempat lagi aku mengerling ke arah Rery dan Rae yang berada di sebelah kanan aku. Mereka tersandar pada dinding dengan keadaan separuh sedar. Chen terbaring di atas lantai dalam keadaan lemah. Habis wajahnya membengkak. Julian dan Melina berada di sebelah kiri aku, turut tersandar pada dinding. Aku memeluk erat tubuh Noah dan Eusoff. Kali ini, aku tak boleh bertindak melulu. Kemungkinan besar akan membabitkan nyawa mereka semua termasuk Noah dan Eusoff. Aku kena fikir secara bijak.
"TAKakan kita nak tinggalkan Rery macam tu je. Adra tak nak. Kita tunggu dalam beberapa hari lagi, ya. Adra mohon sangat dekat abang...," ujar aku sambil melutut di hadapan Julian. Kakinya aku peluk rapat ke dada. Aku tak nak balik Malaysia tanpa Rery bersama kami semua."Adra, kita dah janjikan yang kita akan balik Malaysia bersama. Benda ni berlaku secara tak dijangka. Abang dah tempah semuanya siap dan ini juga perancangan daripada Rery sendiri. Rery pesan apa dekat Adra? Dia suruh Adra balik dulu ke Malaysia. Adra tak selamat dekat sini. Musuh kita ramai, Adra. Dia orang tak akan cari kita sampai ke Malaysia.Please, jangan macam ni. Abang perlukan kekuatan Adra..." Julian menarik aku ke dalam dakapannya. Erat sekali pelukannya. Aku menghamburkan tangisanku teresak-esak tanpa peduli orang di sekeliling aku.
Lima bulan kemudian,AKUmenghentikan keretaku tepat ke dalam kotak parkir yang disediakan. Aku mengerling ke arah jam tangan yang terlilit pada pergelangan tanganku. Sudah jam 5:00 petang. Cepat betul masa berlalu. Ada baki dua jam lagi sebelum masuk jam 7:00 petang. Dapatlah budak-budak ni berseronok sekejap selepas balik dari pusat asuhan. Aku pun baru aje balik dari pejabat. Sudah tiga bulan aku bekerja di syarikat keluarga Julian. Nak kerja dekat Princeville Holdings, ada Si Rae tu pula. Malas aku nak hadap dia. Takut sejarah lama berulang kembali."Mama, jom main!" sorak Eusoff dengan penuh keterujaan sebaik saja aku membuka pintu kereta di bahagian belakang. Tubuh Noah aku bawa ke dukunganku. Eusoff berdiri di sisiku sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Tak sabarlah tu nak main.
SUNGGUH meriah suasana rumahku hari ini dengan tetamu-tetamu yang dijemput hadir ke majlis hari kelahiran Noah yang ke-8 tahun. Staf-staf yang bekerja di Princeville Holdings turut hadir ke majlis hari kelahiran anak aku ini. Ini kali pertama mereka diundang ke rumah majikan sendiri. Jadi, muka masing-masing teruja dapat menjejakkan kaki di rumah keluarga Princeslon ini.Rae tidak mahu ketinggalan juga. Sanggup terbang dari Itali ke sini semata-mata mahu menyambut hari kelahiran Noah bersama-sama kami. Fazio diarahkan untuk menjaga syarikat di sana sementara Rae berada di sini. Mujur Fazio seorang wakil yang sangat boleh dipercayai. Dan ada satu berita gembira buat kami sekeluarga. Rae bakal melangsung perkahwinannya pertengahan tahun ini nanti. Julian orang yang paling bersorak sekali diikuti dengan Rery.Aku tak sangka. Akhirnya Rae akan berkahwin juga dengan gadis pilihannya yang merupakan anak jati Malaysia. Sekarang n
PAGIini, aku hanya mengenakandresslabuh berwarnababy blue. Sehelai selendang berwarna krim yang aku beli bersama dengan Melina tempoh hari sudah terlilit cantik di kepalaku. Hari ini, aku akan menambahkan lagi kejutan buat si suami yang lagi membersihkan diri di dalam kamar mandi. Aku harap dia gembira akan perubahan aku pada hari ini. Semoga aku terus istiqamah untuk menutup aurat."Ho..."Aku memalingkan tubuh ke belakang apabila terdengar sepertinya Rery mahu memanggil aku tetapi panggilannya terbantut. Mungkin terkejut melihat penampilan aku."Ya, biy?" Aku tersenyum."Is that really you, honey?" soal Rery dengan riak wajahnya sangat terkejut.
SEPERTI yang aku katakan, malam ini adalah malam perbincangan kami sekeluarga. Rery sudah dapat kesan keadaan Noah yang sepertinya lemah saja. Reaksi anak lelakinya hari ini tidak terlalu ceria seperti sesebelum ini. Rery yang ingin mendukung tubuh Noah, laju saja Noah menggelengkan kepala. Itu yang membuatkan Rery bertambah pelik. Bila aku menceritakan tentang kejadian di sekolah tadi secara ringkas. Terus saja senyumannya mati. Diganti dengan kerutan seribu di dahi. Itu sudah cukup membuatkan aku tahu yang emosi Rery sudah berubah. Sudahlah baru balik dari kerja. Agak lambat juga sampai ke rumah. Tepat jam 10 malam. Terus saja dia meminta diri untuk membersihkan tubuhnya.Tak lama itu, Julian dan Melina datang bersama dengan Eusoff. Eusoff terus saja duduk di sebelah Noah yang sedang menonton televisyen bersama dengan si kembar. Suasana sepi saja memandangkan mereka tahu, emosi papa kesayangan mereka ketika ini dalam keadaan tidak baik.
JAM tangan yang terbelit pada pergelangan tanganku dikerling sekilas. Masa masih lagi berbaki satu jam lagi sebelum anak-anak menamatkan sesi persekolahan mereka pada hari ini. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik, pejam celik saja dah nak masuk waktu tengah hari. Tak ada apa sangat yang kami buat pada hari ini. Sekadar berjalan sambil bercerita sesama sendiri."Tekak ni terasa pulak nak makan susyi. Kita singgah Sushi King sekejap awak," ajak Melina.Aku hanya menganggukkan kepala. Tangannya aku kembali genggam kemudian kami bersama-sama menuju ke Sushi King yang tidak jauh dari situ. Aku pun tiba-tiba saja terasa mahu makan Sushi King. Jarang-jarang aku nak mengidam makanan macam ni. Biasanya kalau keluar makan bersama Rery, dia yang paling kuat sangat mengidam macam-macam makanan. Aku pun bedal sajalah."Kita bungkus sajalah. Lepas tu, kita terus ambil dia orang dekat sekolah. Takut sesak pulak wakt
BIBIR melengkung senyum. Sedar tak sedar, malam ini malam terakhir aku di Pulau Langkawi ini. Dan malam ini juga, Rery membawa aku mengambil angin di Pantai Cenang. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang hadir pada malam ini. Ada yang sedang berkumpul bersama ahli keluarga dan ada juga yang sedang menjamu selera di gerai-gerai makanan kecil yang dibuka di tepi pantai."Aara Malika..."Mata aku terpejam seketika. Sudah bertahun-tahun lamanya aku dah lama tak dengar orang memanggil aku dengan nama itu. Secara automatik, aku teringatkan arwah ayah dan ibu yang berada di kampung. Memori-memori ketika aku kecil bermain-main di dalam kotak fikiran. Perasaan rindu mula terpasak di dalam hati. Ya Allah... rindunya aku pada mereka. Terutama sekali arwah ayah yang sangat menyayangi aku. Menatang aku dengan minyak yang penuh. Sedangkan aku bukanlah anak kandungnya."Arif..." Aku hanya tersenyum kecil sebaik saja
Di Pulau Langkawi, Malaysia.AKU tersenyum memerhatikan Rery dan Julian sedang melayani anak-anak bermandi-manda di dalam kolam renang. Melina turut tersenyum memerhati gelagat mereka. Kami berdua hanya duduk di bibir kolam renang sambil menepis-nepis air menggunakan kaki. Kuat betul tawa Ryana dan Ryan memeriahkan suasana kolam renang itu. Suka sangat dapat bermain air."Adra... apa yang awak rasa sekarang ini?" soal Melina sambil memeluk bahuku."Saya rasa bahagia. Dan saya harap sangat yang tiada lagi konflik akan timbul lagi. Biarlah kebahagiaan ini kekal buat selamanya sehingga kali terakhir saya bernafas. Saya tak nak tengok anak-anak saya terkena tempias lagi. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Keadaan Noah tu pun sampai sekarang saya rasa sedih dan terkilan." Bibirku menguntumkan senyuman kecil. Anak mata terpaku pada Noah yang sedang menyelam bersama Eusoff."Ya. Saya f
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia. TROLI bagasi ditolak oleh Rery sambil sebelah tangannya merangkul pinggangku. Syukur, kami selamat sampai ke tanah air bersama dengan anak-anak. Begitu juga dengan Julian dan Melina. Rae dan Fazio seperti yang dikatakan oleh Rery. Mereka berdua diberi amanah dan kepercayaan untuk mewakili syarikat di sana. Jadi, tidak perlulah Rery berulang-alik ke sana. Semuanya akan diketahui perkembangan Princeville di sana melalui dalam talian saja."Honey, nak makan atau nak singgah mana-mana? Ke nak balik terus?" soal Rery."Honey ikut biy saja. Kalau biy lapar, kita makanlah dulu. Tadi dalam flight pun biy makan sikit aje."Rery menjuihkan sedikit bibirnya. Anak matanya meliar melihat suasana sekeliling. "Kita singgah Subway la. Tekak terasa nak makan Subway pula."
BIBIRKU melengkung senyum lebar. Daun pintu kereta aku tolak lalu berlari keluar dari perut kereta. Setelah beberapa hari terperap di dalam rumah kerana menjaga Rery dan Noah sehingga sihat seperti biasa. Begitu juga dengan diri aku sendiri. Sepanjang kami di rumah, banyak aktiviti keluarga yang kami lakukan bersama."Mama tunggu!" jerit Ryana dan Ryan serentak. Diikuti dengan Eusoff di belakang.Aku tertawa kecil. Tangan didepa luas ke udara sambil kepala didongak ke atas. Mata dipejam seketika sebelum dicelikkan semula. Hari ini, Rery membawa kami ke berjalan-jalan sekitar Venice tanpa ada gangguan. Seperti biasa, pastinya ada mata-mata yang akan menjaga kami sekiranya ada pihak musuh yang datang menyerang secara tiba-tiba."Cantiknya!" ujar aku dengan sorakan gembira.Rery yang sedang mendukung Noah tersenyum kecil lalu dia mendekati kami. Bahuku dipeluknya rapat ke dadanya. Noah menguc
KATA-KATA Pablo bermain di fikiranku. Keadaan Noah tak seperti yang aku mahukan. Dia terpaksa menanggung parut kesakitan itu sehingga dewasa kelak. Tatkala menerima berita itu, jantung aku bagaikan gugur. Tidak lagi berdegup. Kecewa dan sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Macam mana Noah nak meneruskan hari-harinya sekiranya dia mendapat tahu perkara itu nanti?"Honey..."Aku tersentak dari lamunan apabila terasa satu tangan kekar menyentuh bahuku. Perlahan aku angkat muka. Wajah Rery aku pandang sayu. Hampir saja air mataku mahu jatuh buat sekali lagi."Noah macam mana?""He is still sleeping."Aku hanya angguk sekali. Lemah. Rasa macam hilang separuh kekuatanku apabila melihat keadaan Noah seperti itu."Jangan macam ni, honey. Biy tahu Noah seorang yang kuat. Dia akan menerima berita ini dengan hati yang terbuka.