_______________________
“ERR... ayah...” Kata-kata Sukri berhenti di situ.
“Ambillah Sukri.” Wan Saloma pula meminta Sukri tidak menolak.
“Baik, mak. Tapi saya ambil atas kehendak ayah dan mak, bukan kehendak saya, mak.”
“Tak apa, mak tahu.”
Sukri tertunduk hiba. Air matanya yang dari tadi ditahan jatuh berderai juga akhirnya. Kenangan pahit itu datang
Alangkah indah jika selalu begini. Tanpa rasa sakit hati. Tanpa ada rasa keluh resah yang menghujani. Andai selalu begini, senyum manis terukir pasti.________________________MENJENGAH ke pukul 5.00 petang, Sukri bersiap-siap untuk pulang. Dia menghidupkan enjin motosikal dan menujuke lorong rumahnya. Pasti Tini sedang menunggu. Tetapi apabila sampai di tengah jalan, Sukri membatalkan niatnya untuk pulang dahulu. Dia ke kedai runcit dan membeli sedikit barang dapur.
Kematian bukan jarak pemisah yang sebenar. Ia mengingatkan kita tentang secebis kebaikan yang pernah ia lakukan, saat keberadaannya mengingatkan kepada setiap kejahatannya.________________________HAMPIR sebulan Sukri menguruskan kebun sayur dan ladang kelapa sawit bapa mertuanya, Pak Salihin meninggal dunia. Kesihatannya semakin merosot hinggalah satu pagi dia mengadu sesak nafas.Wan Saloma menelefon Sukri yang ketika itu berada di ladang kelapa sawit. Sukri bergegas pulang namun Pak Salihin dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Wan Saloma.Sukri hanya mampu menelefon Tini memberitahu khabar duka yang ayahnya telah tiada. Menggigil kepala lutut dengan penj
Memaafi itu lebih baik dari mendendami. Walau perit dan sakit, hati pasti akan terubati...______________________URUSAN pindah rumah berjalan dengan lancar. Sejak beberapa minggu yang lalu Sukri dan Tini sibuk mengemas barang-barang. Penat mereka berdua berganda di samping melakukan tugas harian di kebun sayur dan ladang kelapa sawit.Setelah menilai dari pelbagai sudut positif dan negatifnya, Sukri membuat keputusan untuk berpindah ke rumah ibu mentuanya sekaligus menjaga ibu Tini itu.Tindakan Sukri mendapat sokongan dari kedua ibu bapanya. Sukri tersenyum gembira apabila mendapat lampu hijau dan sokongan daripada keluarganya.Demi Ti
Rasa ikhlas ini benar-benar lahir dari lubuk hatiku yang paling dalam. Tidak ada lagi rasa dendam - Sukri__________________________PUAS mata dipejamkan namun tak kunjung lena. Masih terngiang-ngiang kata-kata Abang Minhad di telinganya.Sungguh dia tidak menduga bahawa arwah bapa mentuanya itu benar-benar sudah menerimanya.“Katanya, kalau dia pergi dahulu sebelum sempat memujuk kamu, perginya dengan impian yang tak kesampaian
Penyesalan ini mungkinkah akan membuat aku mendapatkan kembali apa yang telah aku buang dulu? Terasa sukar untuk aku menggapainya, saat dia menghindar dariku - Mail________________________“ASSALAMUALAIKUM.”Semua yang berada di pangkin itu berpaling sebaik sahaja mendengar suara orang memberi salam. Mata Tini bulat memandang lelaki yang berada di hadapannya itu. Mulutnya ternganga melihat Natasha yang menyorong basikal di sebelah lelaki itu.Tini bingkas bangun menarik tangan Natasha. Ha
Bimbang dan takut bertamu menjadi satu. Kini membuatku lelah harus menepis rasa ragu.______________________TINI memandang Sukri dan emaknya silih berganti. Beberapa ketika kemudian Tini berlari memasuki rumah. Sukri berlari mendapatkan Tini. Pasti Tini menangis lagi. Lelaki itu memanggil nama Tini berulangkali. Wan Saloma menggeleng kepala melihat tingkah Tini.“Tini... Tini...”“Tini tak percaya pada Abang Mail. Dia hanya berlakon depan kita. Tini takkan percaya dengan apa yang dia buat tadi. Tak mungkin dia menyesal macam tu.” Tini bersuara sebaik sahaja Sukri menghampirinya.
Kenangan lama datang kembali. Mengusik tangkai hati. Merobek luka dan tak mungkin kan sembuh lagi. Kerana parutnya kekal abadi..._______________________PETANG itu, Natasha duduk bermenung di beranda. Dia hanya memandang ke hadapan rumah. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Biasanya, waktu petang seperti itu, Natasha akan ke rumah kawannya untuk mengulangkaji pelajaran.Tetapi kali ini dia tidak berbuat seperti itu. Apabila ditanya opahnya dia menjawab ringkas, dia tidak ada mood. Wan Sa
Rasa pedih yang berbuku di hati ini, mungkinkah dapat dirawat cuma dengan kata sabar? Yang ada tidak lebih dari rasa kecewa. Mana mungkin bisa mengikhlaskan sebegitu mudah._________________________SUKRI yang melihat Tini tertunduk hiba, menghampiri wanita itu seraya menariknya ke dalam pelukan. Hatinya tersentuh melihat Tini begitu. Saat butiran hening itu diusap, Sukri melihat kekecewaan di mata Tini. Ya