Dua tahun kemudian,
Zayyan membuat keputusan untuk berhenti mencari Suha. Selama ini dia langsung tidak menerima apa-apa berita daripada Suha. Mungkinkah Suha telah mati? Zayyan menepis tanggapan negatif yang masuk ke dalam mindanya.
Keluhan berat dilepaskan. Suha, please where are you? Sungguh dia terseksa dengan kehilangan Salena Suha. Kepalanya berdenyut kuat.
"Argh!" Zayyan hampir rebah. Dia berpaut pada meja. Penglihatannya mula menjadi kabur.
"Nara.. Nara!" Bergema bilik itu bila dia menyeru nama adiknya dengan lantang. Bergegas Nara masuk ke dalam bilik abangnya.
"Ya Allah, Abang!" Nara membantu Zayyan untuk berdiri. Tubuh Zayyan dibaringkan di atas katil.
Laci meja disebelah katil Zayya
"Are you ready?"soal Emiir dengan lembut. Senyuman sinis terukir di bibir. Kepala diangguk sekali. Matanya memandang sekeliling. Rambut diselitkan ke belakang telinga. Sudah lama dia tidak menginjakkan kaki di negara ini. "Dah jom. Ingat kau kena jaga perwatakan kau. Faham "ujarnya memperingatkan gadis itu. Jelingan maut diberikan kepada Emiir. "Ish I tahu lah. Jangan nak ingatkan I berulang kali. Rimas." Beg ditarik menuju kereta yang sedang menanti mereka. Tanpa menunggu Emiir, dia langsung masuk ke dalam kereta. Emiir mengelengkan kepala. Susah sangat nak handle. Berharap agar rancangan mereka berjalan dengan lancar. Emiir masuk ke dalam perut kereta. Wajah gadis itu direnung lama. Aku cuma berharap kau tidak melakukan sesuatu yang melampau. Desus hatinya.&n
Sarah mengerling Emiir yang sudah lena dibuai mimpi di atas sofa bilik. Hausnya. Sarah melangkah keluar dari bilik. Dengan langkah berhati-hati dia turun ke bawah untuk membasahkan tekaknya yang dahaga. Sarah mencapai gelas dari kabinet lalu diisikan dengan air. Air diteguk beberapa kali. Hah lega, kering sangat tekak aku. Selamba saja dia memakai baju tidur yang agak sexy dalam rumah agam ni. Terasa pinggangnya dirangkul seseorang. Bahunya yang terdedah dikucup lembut. Sarah menjungkitkan kening. "I miss you sayang."ujarnya bersuara lunak. Bibir tersungging senyuman sinis. Hee rindu laa sangat. Dulu kau buat adik aku macam sampah. Arhan tanpa segan silu sesuka hati memeluk tubuh Sarah. Bibir cuba mengukir senyum meskipun dia tidak rela. Sarah menoleh ke belakang memandang Ar
Sarah menilik pemakaian dari pantulan cermin. Bibir tersungging senyum sinis. Dia hanya mengenakan kemeja putih dan short pants paras paha. Rambut dibiarkan terurai. Aku rasa baju ni tak seksi sangat kan. Hurm okay laa kot. Botol minyak wangi miliknya dicapai lalu disembur ke badan. Fuh wangi semerbak bilik tu dbuatnya. Lipgloss dicalitkan pada bibir munggilnya. Done! Beg tangan di atas meja dicapai. Kaki mengorak langkah turun ke bawah. Sunyi je rumah ni. Mana semua orang agaknya. Tangannya direntap seseorang membuatkan tubuh Sarah hilang pertimbangan. Pantas pinggangnya dirangkul agar tubuhnya tidak jatuh mencium lantai. Pandangan mata mereka bertaut. Tangan Saran melekap pada dada sosok tubuh lelaki yang berada di hadapannya kini.&
Tangan naik mengurut pelipis keningnya. Hah masa-masa macam nilah migrain datang. Mata meliar memandang ke arah jalan. Tsk! Mana pula Emiir ni? Dah cakap kan aku balik dah, dia ni saja je kan. Jam di pergelangan tangan di kerling. Dah senja kot. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangannya. Bibir tersungging senyum. Gambar Suha diusap lembut. Sungguh dia berasa rindu pada kembarnya. "Akak rindu adik. Jangan risau akak akan pastikan mereka semua terima balasannya."gumamnya perlahan. Air mata mula bergenang. Bahu Sarah ditepuk seseorang membuatkan dia terkejut. Pantas dia menutup lock screen telefon bimbitnya. Sarah menoleh ke belakang. Kelihatan Zayyan sedang berdiri di belakangnya dengan senyuman. Berkerut seribu dahi Sarah. Dah lama ke dia berdiri belakang aku? 
Tubuh disandarkan pada sofa bilik tidur miliknya. Tangan naik mengurut pelipis kening. Aduh terlalu banyak pekerjaan yang harus dia selesaikan. Untung saja Emiir sentiasa membantu. Kalau tak, memang lingkup syarikat mereka.Beep Beep! Tangan mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja. Mesej yang diterima dibuka. Berkerut wajahnya saat melihat gambar Naura bersama lelaki lain. Gambar itu di zoom agar dapat dia lihat wajah itu dengan lebih jelas. Naura? Bibir diketap kuat. Telefon bimbit digenggam kuat. Turun naik nafasnya saat ini. Melampau! Sangat melampau. Naura melangkah naik ke atas biliknya. Tangan naik mengurut belakang lehernya. Letih. Entah apa dia buat asyik letih saja. Tombol pintu dipulas. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik. Arhan sedang duduk sambil menyilang tangannya ke dada. Jelas kelihatan
Suha menopang dagu. Pelbagai soalan mula timbul di minda. Mustahil Sarah dan Emiir menipu. Tapi laporan yang dia terima juga tidak mungkin salah. "Apa jadi sebenarnya ni? Kenapa mereka nak ke Malaysia? Bukankah kak Sarah dah janji akan lupakan benda yang telah berlaku."gumamnya perlahan. Perlukah aku ke sana? Tapi bagaimana kalau Arhan tahu? Arhan.. Sebaris nama yang telah dia lupakan. Cintanya pada Arhan sudah lama terkubur. Tapi entah mengapa dia berasa gugup untuk bertemu mereka semula.. 'Aku nak jumpa kau esok'- Nara. Lama mesej itu direnung. Entah sudah kali ke berapa dia membaca mesej itu. Mimpi apa pula dia nak jumpa aku ni? Bibir tersun
Sarah masih merenung wajah Zayyan yang sedang melutut di hadapannya. Otaknya ligat memikirkan jawapan apa yang harus dia berikan. "Suha…"seru Zayyan lembut. Pandangan mata mereka bertaut. "Erm sa.. Saya…" Sarah mengaru kepala yang tidak gatal. Perlahan-lahan dia mengangguk. Zayyan pantas berdiri dari duduknya. "Betul ni awak terima?"soal Zayyan seakan tidak percaya. Suha terima lamaran aku? Biar betul? "Yea. Saya sudi jadi isteri awak."jawab Sarah dengan senyuman terukir di bibir. Lidah Zayyan kaku seakan tidak mampu berbicara. Zayyan menarik tubuh Sarah masuk dalam pelukan. Sungguh erat dakapan itu. Zayyan tidak mahu masa berlalu dengan sangat pantas.
Suha membuka mata perlahan. Kepalanya masih berasa pening akibat kesan daripada ubat klorofom. Aku dekat mana ni? Mata meliar memandang sekeliling. Suha cuba membuka tali yang mengikat kedua-dua pergelangan tangannya. Kenapa aku boleh dekat sini? Mana phone aku? Mata meliar mencari telefon bimbitnya. Mana? Dalam pada dia sedang bergelut mencari telifon bimbit miliknya, tiba-tiba perbuatannya itu tertahan seketika. Pendengarannya telah menangkap bunyi sepasang kaki dari arah luar yang melangkah menghampiri tempatnya. Siapa pula tu? Jantungnya berdegup dengan sangat kencang. Nafasnya seakan tersekat. Perasaan takut mula menyerbu dirinya. Air liur ditelan. "Wahh kau dah sedar ye." Imran tersenyum sinis sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik kurungan Suha. Tangan naik menyilang ke dada. Suha mengetap bibir kuat. "Abang! Kenapa abang buat macam ni?"soal Su
Lama dia merenung ke arah kubur yang berada di hadapannya. Tanpa sengaja air matanya mengalir perlahan ke pipinya. Hujung lengan bajunya digenggam. Hatinya sarat dengan seribu satu perasaan. Segala kenangan dari dia kecil sehingga sekarang bermain di fikirannya bagaikan rakaman berulang. Terutamanya kenangan dia ketika remaja. Perlahan bibirnya tersungging senyum. “Mama...” Satu tangan menarik-narik hujung bajunya. Perlahan dia menundukkan wajahnya. Air mata diseka perlahan. Tubuh kecil itu didukungnya. “Ayah...” Suha menganggukkan kepalanya. Pipi Adam diusap lembut. Sedar tak sedar anak sulungnya sudah pun berusia 2 tahun masa berlalu dengan begitu pantas. “Adam rindu ayah ke?” Adam menganggukkan kepalanya. Leher Suha dirangkul. Kepalanya dilentukkan di atas bah
Nara mundar mandir dengan perasaan resah gelisah. Kenapa benda macam ni boleh terjadi lagi? Sedangkan tandas tu dekat saja. Bukannya jauh berbatu dari mereka. Macam mana Suha dengan Adam boleh kena culik? Dengan perempuan? Biar betul dia ni cakap... “Seriuslah perempuan yang culik dorang. Kau yakin ke?” soal Emiir kepada Arhan. Arhan mengusap dagunya. Kepala dianggukkan sekali. Wajah Nara dipandang lama. Seolah olah memikir sesuatu. “Abang Han abang rasa siapa yang culik kakak? Macam mana rupa dia? No plat kereta?” Arhan menepuk dahinya. Kenapalah dia ni dungu sangat? Lepas jumpa nara dengan Emiir dia boleh lupa nak cakap pasal nombor plat kereta yang dia hafal tadi. Bongok kau ni Arhan. “Ah nasib kau cakap Nara. No plat dia aku ingat.”
Nara duduk di sebelah Suha. Tangan Suha digenggam. Wajah pucat Suha dipandang lama. Hanya bunyi mesin hayat saja yang kedengaran. "Kak maafkan Nara. Nara tak sepatutnya biar kakak sorang sorang. Nara silap. Maafkan Nara..." Zayyan yang berdiri di pintu terdengar bualan Nara pada Suha. Dia semakin serba salah pada nara. Sepatutnya dia tak salahkan Nara. Dahlah Nara mengandung ditengking pulak tu. Adui Zayyan Zayyan. Kau ni marah tak tengok situasi. "Er abang. Duduklah. Nara keluar dulu." "Nanti.." Langkah Nara terhenti. Kepala didongakkan memandang ke arah Zayyan yang berdiri di hadapannya. "Kenapa?" Dah kenapa pula Zayyan tahan dia. Tak cukup lagi dah tengking hari tu ke. "Abang minta maaf." Zayyan menarik Nara ke
Suha ketawa melihat wajah Adam yang sedang menghisap susu badannya. Mata Adam membulat besar memerhatikan suasana sekeliling ruang tamu. Tinggallah mereka berdua di dalam rumah ini. Zayyan pula bekerja setelah lama bercuti menjaganya ketika pantang. Mujur saja Nara menemaninya harini. Tiadalah dia terasa bosan. "Kak, Adam baru bangun ke?" Nara menghampiri Suha dengan dua gelas air diletakkan di atas meja kopi. "Haah baru bangun. Terus nak susu." suha menepuk-nepuk punggung anak kecilnya itu. Nara menganggukkan kepala. Kepala Adam diusap lembut. Kemudian dahi anak kecil itu dikucup. "Muchuk." Suha tertawa kecil. Pipi gebu Adam diusap lembut. Adam banyak mewarisi wajah Zayyan. Cuma di bahagian bibir dan hidung lebih kepada dia. "Kak kita keluar nak petang nanti? Bosanlah. Nara dah cakap dengan Zariff. Akak cakapl
"Abang dah janjikan tak akan tinggalkan, Suha?" Zayyan tersenyum. Kepala diangguk. Suha melepaskan nafas lega. Dia memeluk lengan Zayyan erat. Entah kenapa hatinya berasa tidak sedap. "Ingat pesan abang. Jaga diri dan sentiasa kuat demi anak kita." ucap Zayyan. Mukanya cerah bersinar. Bibirnya tidak lekang dari menguntum senyuman. "Baik abang. Suha janji. Tapi Suha mohon jangan tinggalkan suha dengan adam. Suha tak boleh tak ada abang. Adam perlukan abang." Terhinjut-hinjut bahu suha melepaskan esakan. Perutnya yang memboyot besar disentuh. Terasa anak kecilnya menendang-nendang dari tadi. "Abang janji sayang." Zayyan bangkit dari duduknya kemudian meleraikan pelukan suha pada lengannya. Terkebil-kebil suha memandangnya. "Abang nak pergi mana?" Zayyan tidak menoleh. Dia tetap melang
Beberapa bulan kemudian... Zayyan termenung jauh. Entah apa yang difikirkannya pun tak tahu. Suha yang perasan akan perubahan Zayyan mengundang rasa khuatir di dalam hatinya. Dia melabuhkan duduk di sebelah suaminya itu. Senyuman cuba diukir pada dua ulas bibir Suha. “Abang jauhnya abang termenung. Menungkan apa tu?” Zayyan tersentak dari lamunannya. Segera menoleh ke sisinya. Dia tersenyum melihat Suha yang sedikit berisi. Seri wajahnya juga kelihatan. “Tak ada apa sayang. Fikirkan sayang je.” Zayyan tertawa kecil. Bahu Suha dipeluk erat ke dadanya. Perut Suha yang semakin membesar diusap lembut. Sekarang Suha sedang hamil anak sulung mereka. “Ye ke abang fikirkan sayang? Betul?” sakat Suha sambil mencuit pipi Zayyan. Zayyan menganggukkan k
Nara pandang dengan penuh harapan. Zayyan hanya menayang wajah kosong. Matanya kekal memandang ke arah wajah manis milik Suha. Dia tak akan memaksa Suha sekiranya Suha memilih Arhan. Asalkan Suha bahagia dengan cinta hatinya sendiri. “Maafkan Suha, abang. Cinta Suha untuk abang dah lama mati. Abang sendiri yang bunuh perasaan itu. Jangan paksa untuk Suha beri abang peluang. Suha pilih Zayyan sebagai pasangan sehidup semati Suha. Maafkan Suha sekali lagi.”ujar Suha dengan linangan air mata. Tunggu masa saja untuk jatuh. Dia menggenggam tangan Zayyan seolah-olah meminta semangat daripada Zayyan. Arhan memandang tajam ke arah Zayyan. Pandangannya penuh benci. Zayyan Armand, lelaki yang telah merampas suha daripadanya. Kalaulah lelaki itu tidak wujud, semestinya suha akan memberi dia peluang yang terakhir. “Suha!!” jerit Arhan sepertinya mahu menerkam Suha. Zayya
Semua mata yang berada di dalam dewan itu merenung ke arahnya dengan renungan penuh kehairanan. Nara bangkit berdiri. Tangan naik silang ke dada. Dia merenung tajam ke arah Sarah. "Apa motif kau, kak sarah?" soal Nara. Zayyan berdiri tegak secara mengejut. Wajah Suha dan Sarah dipandang bersilih ganti. Jantungnya berdegup hebat. Apa yang terjadi sebenarnya ini? "Su... Suha?" Suha berlari ke arah Zayyan. Kedua-dua belah tangan Zayyan digenggam. "Awak ni saya Suha. Saya suha bukan dia. Dia kembar saya. Dia sarah." bersungguh sungguh suha memperkenalkan dirinya. Zayyan tercengang. Sejak bila suha ada kembar? Sekali dia merenung wajah Suha dan Sarah bersilih ganti. Baru dia perasan. Selama ini dia bersama dengan kembar suha bukannya suha. "Su... Suha...
Nara dari tadi hanya mendiamkan diri tetapi telinganya setia mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut Suha. Sekarang mereka berada di rumah kawan Nara, Shazira. Mujur saja Nara ada seorang kawan yang boleh dipercayai dan sudi menolong mereka saat diperlukan. “Jadi sekarang, yang ada dengan abang Zayyan sekarang ni, Kak Sarah? Nara tak pernah tahu yang kak suha ada kembar. Inilah kali pertama Nara dengar.” Ujar Nara sambil mengusap tepi lehernya. Terkejut juga bila dapat tahu suha mempunyai kembar. Suha menganggukkan kepala. Sekarang ini dia berasa pelik. Kenapa Sarah menerima lamaran Zayyan sedangkan Sarah tak kenal siapa Zayyan? Kenapa Sarah sanggup berpura-pura menjadi dia? Apa muslihat Sarah sebenarnya? Emiir pula mana? “Nara, mana Emiir? Nara ada jumpa dengan dia tak?” Nara menganggukkan kepala. Tanga